Bab 3
Jamadi baru sahaja pulang dari kerja. Terkejut apabila melihat banyak kertas dimasukkan melalui lubang bawah pintu rumahnya. Semua kertas tersebut dicetak dengan tulisan merah bersaiz besar memenuhi ruang kertas bersaiz A4.
AKU TAHU APA YANG BERLAKU
JOHARI SUDIN
JOHARI SUDIN
ATIRAH
UITM PUNCAK ALAM
ARIF JAMADI HARIS BADRUL NUAR
BUNUH
ROGOL
Jamadi mengutip kesemua kertas tersebut, lalu cepat-cepat dironyoknya dan dibakar di luar rumah. Dia melihat sekeliling rumah dengan cemas. Takut kalau-kalau ada orang sedang memerhatikannya. Jika kejadian 3 tahun lepas diketahui orang, benda paling utama yang dia paling takut ialah diketahui oleh mak ayahnya.
Siapa punya angkara ini? Selain dari mereka berlima tiada siapa lagi tahu mengenai hal ini. Dia terfikirkan Nuar. Ah ini kerja Nuar nak menakutkan dia. Supaya terikut sama jadi penakut macam dia la ni.
"Babi la hang ni Nuar. Nak jadi gila. Hang sorang sudah la. Besok aku habaq kat Badrul. Biaq padan la muka hang. Hang tak tahu dia lagi gila. Bunuh orang tu celah gigi dia je." Gumamnya. Selesai membakar dia kembali masuk ke dalam rumahnya.
Malam itu dia bercadang untuk menelefon Nuar supaya tidak bermacam-macam. Dia mahu ugut supaya Nuar tidak melampau batas, kalau dia degil, Jamadi tak teragak untuk memberitahu Badrul supaya mencari dia. Hal ini mereka telah sepakati untuk menjadi rahsia sama mereka. Pecah lobang bermakna mereka telah memutuskan perjanjian itu dan akibat yang besar harus ditanggung si pengkhianat.
Hmm. Tak sanggup dia memikirkan dirinya disebat di punggung, atau mati di tali gantung jika tertangkap kelak.
Sebelum dia menelefon Nuar, dia telah dihubungi oleh seseorang terlebih dahulu. Nombor yang masuk tidak dikenali. Tapi dia agak melalui nombor itu orang KL.
"Hello." Ujarnya.
Tiada balasan. Hanya mendengar suara orang bernafas.
"Cakap la sesuatu."
Masih kedengaran bunyi orang bernafas sahaja. Jamadi mematikan talian. Orang gila ka pa?
Telefon bimbitnya dihubungi lagi. Nombor yang sama. Kali ini Jamadi menunggu suaranya. Tiada suara.
"Wei Hello. Hang call aku, hang tak cakap. Pi mampus la kat hang." Maki Jamadi.
"Jamadi." Kedengaran suara parau di hujung talian. Jamadi menelan air liur.
"Hang siapa. Toksah buat main la. Hang ni Nuar kan. Hang ni saja ja kan nak takut-takutkan aku?"
"Pintu." Ucapnya lagi.
"Pintu? Hah Awat ngan pintu?"
Bunyi letupan kecil pada papan.
Berderau jantung Jamadi mendengar bunyi pintu rumahnya tiba-tiba diketuk. Cepat-cepat dia menuju ke arah pintu. Kemudian langkahnya terhenti apabila melihat lambakan kertas dimasukkan ke dalam lubang bawah pintu. Semuanya dicetak dengan ayat yang sama seperti sebelum ini.
Cepat-cepat Jamadi membuka pintu rumahnya, melihat keluar rumah. Tiada siapa. Jamadi menjadi seram sejuk.
Bunyi telefonnya berbunyi lagi. Dia melompat terkejut. Menggigil tangannya menjawabnya. "Hang siapa? Nuar kan? Toksah la takutkan aku lagi. Hang nak aku suruh Badrul bunuh hang ke apa?"
"Johari Sudin. Video." Talian diputuskan. Sebelum dia menerima whatsapp daripada nombor itu. Video telah dihantarkan kepadanya. Jarinya telunjuk menyentuh video tersebut.
Matanya terbeliak besar apabila dia melihat isi kandungan video tersebut. Cepat-cepat dia memadamnya. Bagaimana ini boleh berlaku? Dia menjadi gementar secara tiba-tiba. Lututnya juga menjadi lembik.
Sesaat kemudian, barulah dia yakin bahawa bukan Nuar yang sedang permainkan dia. Mustahil lah Nuar mahu menjerat dirinya juga. Nuar pun datang kepadanya mengadu hal ini. Mengenai budak pejabat yang mirip Johari. Tapi dia tak nak ambil tahu, nah sekarang dia yang terkena. Johari Sudin memang masih hidup. Dia datang untuk balas dendam.
Jamadi geleng kepalanya. Tak, mereka dah kerat dia. Tangan kepalanya semuanya dah berpisah dari badan. Mustahil dia mampu hidup selepas diperlakukan begitu.
Telefon berbunyi lagi. Kali ini Jamadi tidak segera menjawab. Dia membiarkan ia berbunyi dan mati sendiri.Beberapa kali baru la dia jawab.
"Hang siapa ha?"
"Jo.ha..ri..Su..din." suara terputus-putus seperti radio yang rosak.
"Hang jangan tipu, Johari mati lama dah."
"Jo..ha..ri..Su..din..takkan..mati..sela..gi..pembu..nuhnya...masih..hi..dup."
Nak tercabut jantung Jamadi mendengarnya. Tak dia tak mahu mati lagi. Dia masih mahu berbakti kat keluarga.
"Hang boleh buat apa ja kat aku." Suara Jamadi menjadi yakin.
"..video...kau..mak..ayah...kau.."
Mendengar ugutan itu, meruntun la Jamadi merayu supaya video itu tidak disebarkan kepada mak ayah dia. Dia tak mahu mak ayah dia melihat betapa teruknya dia dahulu.
"...kau..tak..boleh lari..da..ri aku. La..ku..kannya..atau..mak..ayah..kau tahu...semuanya.." Talian diputuskan. Berjurai air matanya membayangkan jika mak ayahnya tahu perbuatan terkutuknya 3 tahun yang lalu. Selama ini, mak ayah nya sering menggangap dia anak contoh. Baik dan patuh pada keluarga.
Kepalanya pusing memikirkannya. Dia tidak mahu keluarga malu.
Esoknya dia menghubungi Nuar. Terketar-ketar dia menceritakan mengenai hal yang berlaku malam tadi. Namun belum sempat apa-apa. Talian dimatikan oleh Nuar. Kalau Nuar tidak mahu mendengarnya. Siapa lagi dia mahu mengadu?
Lama dia duduk di ruang tamu sambil termenung memikirkan nasibnya. Panggilan telefon dari ibunya juga tak diangkat. Ia terus berdering sehingga putus. Dia takut kalau mereka sudah tahu.
"Ini anak aku baru graduate dari universiti!" ibunya sangat bangga dengan kejayaan anaknya. Ia membuatkan Jamadi sedikit malu tetapi apalah sangat malunya itu dengan dapat membuat ibunya bangga dengannya.
"Jamadi janji ngan mak pak, Jamadi akan ubah nasib keluarga kita. Depa yang mengata kita dari dulu tu. Mesti telan liuq la." Janji Jamadi saat dia mengenggam segulung ijazah. Dari dulu memang keluarganya sering di perkata. Abangnya kaki dadah. Kuat mencuri. Selalu keluar masuk penjara. Orang-orang sekeliling selalu kata keluarganya keluarga penjenayah. Sebab itu lah mak ayah meletakkan dia sebagai harapan keluarga. Mencuci nama keluarga kembali.
Namun tanpa pengetahuan. Dia juga telah mengotorkan nama keluarga. 3 tahun lepas. Bersama rakan-rakannya. Mereka telah memperkosa seorang gadis.
Jamadi pejam matanya sambil menitiskan air mata. Dia tak nak mati tapi apa lagi yang boleh dilakukannya? Hidupnya dah berakhir.
Dia menuju ke dapur. Mencari sesuatu sebelum menjumpai bekas tali yang dibuat penyidai baju. Biar lah dia mati, tak sanggup dia melihat air mata mak ayahnya jatuh bila mengetahui hal yang berlaku 3 tahun yang lepas.
Selamat tinggal mak ayah, along sayang mak ayah sebab itu along buat begini. Itulah nota yang ditulis oleh Jamadi sebelum lehernya dijerut tali sehingga memutuskan roh dari jasad.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro