Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2


Junaidah banyak kali mengetuk bilik air, memanggil Nuar dari luar. Risau apabila melihat Nuar tiba-tiba berlari menuju ke bilik air dan mendengar bunyi muntah-muntah.

"You tolong masuk tengok Nuar. Please."

Pintu tandas dibuka, masuk seorang lelaki, Amirul. Dia merapati Nuar. Junaidah pun turut terjenguk kepalanya ke dalam. Perasaan ingin tahunya meluap-luap. Belum pernah dia melihat Nuar jadi seteruk ini. Sampai muntah-muntah.

"Kau okey ke tak ni? Kalau tak okey ambil mc hari ni." Tanya Amirul.

"Nuar, jom la I bawak you pergi klinik. I tengok you pun dah macam makin tak bermaya." Ajak Junaidah dari pintu.

"Ya, nanti kita jumpa boss. Dia faham punya."

"Ya. Tak sihat sangat tuh.

"For once, boleh tak korang berdua diam sekejap!?" nada Nuar meninggi. Kemudian baru dia sedar dia tersilap kerana naik angin. Mereka ini hanya prihatin padanya. Kenapa harus dimarahi pula? "Maaf." Nuar keluar dari tandas, Junaidah memberi laluan pada Nuar. Melihat lelaki itu pergi keluar daripada pejabat, dia mengeluh berat.

"Kenapa dia tuh?" tanya Amirul.

"Ntah la. Makin teruk I tengok dia."

"Dadah kot."

"Uish. Tak la! Nuar tak ada la sampai camtu." Junaidah menepuk bahu Amirul. "Dia ada mengadu kat I, dia ada insomnia. Mungkin tu mengganggu dia."

Amirul mengangguk-angguk kepalanya. Orang yang rajin seperti Anuar pun ada masalahnya tersendiri. Sayangnya. Dia harap lelaki itu tidaklah terjebak dengan dadah. Pernah juga dia mendengar orang mengambil dadah semata-mata untuk meningkatkan prestasi kerja namun akhirnya menjadi ketagihan teruk sehingga satu kerja pun tidak dapat buat sehingga la dibuang kerja.

***

Tak mungkin Johari masih lagi hidup. Depan matanya sendiri dia melihat Badrul menikam budak itu berkali-kali malah depan matanya sendiri mereka mengerat tubuhnya sehingga jadi bahagian-bahagian kecil. Malah salah satu plastik beg hitam yang berisi bahagian tubuh Johari itu dia sendiri bawa untuk ditanam di kawasan 'gurun' (lokasi di kawasan bukit batu dan seperti tanah lombong.)

Nuar tersenyum sendiri. Mungkin itu hanya pelanduk dua serupa. Mana mungkin lelaki itu boleh hidup kembali. Sia-sia sahaja dia cemas tak tentu pasal. Lelaki itu dah lama mati. Dia kembali ke pejabat, kali ini wajahnya ceria sedikit. Sesekali kepalanya terjenguk-jenguk juga sekitar pejabat. Dia ingin melihat lagi si Johari klon ini.

"Woi terjenguk apa?"

Melompat Nuar apabila ditegur dengan tiba-tiba. Dia mengurut dada. Rupanya Amirul bersama kuih ditangan. Masa rehat sudah pun habis. Kebanyakan pekerja sudah kembali ke pejabat. Meneruskan rutin harian mereka.

"Kau ni Mirul. Jangan bagi aku terkejut."

"Kau okey dah ke? Macam okey je dah ni? Cari Ju ke? Dia keluar cari kau tadi. Lepas tu tak jumpa dia keluar makan dengan Elly dan Mia." Sambil itu dia mengunyah kuih donat yang dipegangnya dari tadi. Mulutnya penuh, masih mahu bercakap.Gula yang berada dihujung bibir segera diseka.

Nuar angguk kepala. "Oh ya, ada pekerja baru eh?"

"Haa ada-ada. Yang laki tu kan? Joe nama dia. Budak department I.T."

Tersentak Nuar mendengar. Joe? Joe boleh jadi Johari. Tak, ini kebetulan je. Lagi pula dia department I.T. Bukan bidang yang boleh diuruskan oleh bekas pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan. Semua itu memerlukan kemahiran pengaturcaraan komputer.

Nuar terus menyedapkan hatinya sendiri. Walau bagaimanapun perasaan takut yang bersarang dalam hatinya masih tidak mahu hilang. Dia takut rahsia hitamnya bakal terbongkar. Jika itu berlaku, pasti semua orang di pejabat ini akan merasa benci padanya. Merasa jijik.

Untuk memastikan bahawa Joe bukan Johari, nanti dia akan sahkan sendiri bila dia jumpa dengan si Joe itu. Walaupun takut, tapi Nuar fikir ini mesti dilakukannya. Demi membuat perasaannya ini hilang. Satu penyeksaan jika di simpan terlalu lama.

Walau apapun bukan lah sekarang. Kerana sekarang dia tidak bersedia dari segi mental. Untuk melihat wajah orang yang dibunuhnya di depan matanya semula? Itu memerlukan keberanian yang banyak. Sedangkan selama ini dia menderita hanya dengan memikir peristiwa itu sahaja.

"Kau tak payah risau sangat lah. Tak ada siapa tahu mengenai hal ni melainkan kita berlima. Sama-sama kita jaga rahsia ni. Setakat ni, dah dua tahun. Ada polis cari kita? Tak ada kan? Tu kes Atirah hilang. Bukan polis cari kita pun. Semuanya tuduh si Johari culik. Sebab apa? Perangai dia pelik. Padahal.." Arif ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya. Itu la apa yang dikatakan olehnya setahun yang lepas sebelum kelmarin dia mati bunuh diri.

Bagaimana kalau salah seorang daripada mereka membongkarkannya? Sebab tak tahan dosa yang ditanggung mereka? Untuk memastikan perkara itu tak terjadi. Nuar harus pergi berjumpa dengan mereka semula. Cuti seminggu ini akan digunakan olehnya untuk berjumpa dengan salah seorang dari mereka. Ini hanya untuk melegakan perasaan paranoidnya. Untuk melihat sekiranya mereka punya tanda-tanda yang sama sepertinya. Trauma, paranoid, resah, takut.

Orang pertama dia jumpa ialah Jamadi. Dia telah hubungi Jamadi sejak sehari sebelum dia cuti lagi. Untuk memastikan pertemuan mereka berjalan lancar. Kini Jamadi menginap Chanlun, Kedah. Pertama kali sejak sekian lama, Nuar lihat Jamadi kelihatan lebih berisi daripada 3 tahun yang lepas. Bahagia? Jamadi menyambutnya dengan ceria sahaja, mengajak bersiar-siar, makan-makan di sekitar pekan Chanlun.

"Kurusnya hang la ni Nuar. Apa jadi ni? Dulu badan hang bukan men tegap. Hang dah tak pi main gym?" tanya Jamadi sambil matanya melirik ke arah tubuh Nuar. Memang benar. Dulu badannya tegap, berketul dan sasa. Selalunya dia akan luangkan masa bersama Badrul membina badan di gym. Semuanya semata ingin menarik perhatian gadis di fakulti.

Tetapi sekarang, dengan kondisinya sebegini, dia sudah tidak lagi memikirkan hal yang macam itu.

"Kau tahu kan Arif?" tanya Nuar.

Wajah Jamadi bertukar muram. Beberapa kali juga dia menggosok tangannya. "Aku tahu. Serius bila aku dengaq berita tuh. Aku jadi shock. Bunuh diri wei. Hang macam tak tau, dulu aku rapat dengan dia macam mana. Main pes sama-sama."

"Habis tu kenapa kau tak datang masa pengembumian dia Jem?"

"Tak boleh, jauh nun. Aku kat sini. Mak pak aku kena jaga. Mana boleh aku tinggalkan depa." Balas Jamadi memberi alasan. Ayah dan ibu Jamadi setahu Nuar tinggal di Butterworth, Penang.

"Oh." Nuar memuncung bibirnya sedikit. "Kau tahu Jem, aku datang sini sebab nak cerita sikit dengan kau."

"Ha ceritalah."

"Baru-baru ni. Budak baru kat pejabat aku tu. Muka dia sebijik macam Johari.." belum sempat Nuar menghabiskan ayatnya. Cepat-cepat Jamadi memotong.

"Bodoh..hang jangan sebut nama tu boleh dak? Aku dah lupakan benda tu." Matanya meliar melihat sekeliling sebelum dia menyambung kata-katanya kembali. Kali ini suaranya dihaluskan. "Ada sebab aku tak mahu jumpa dengan hampa lagi dah sebenaqnya. Aku tak mahu la dah teringat benda bodoh yang kita buat masa dulu. Anggaplah semua tu mimpi ngeri kita semata. Sekarang semua dah berakhir okey. Takyah dok sebut lagi."

Nuar tunduk kepalanya. "Maaf. Aku ingat nak cerita je apa yang aku nampak."

"Dia dah meninggal okey. Kalau hang nampak tu mungkin pelanduk dua rupa je. Dalam dunia ni kan ada 7 orang muka sama. Hang toksah duk pikiaq benda ni lagi. Dia ada teguq hang?"

Nuar geleng kepala.

"Ha maknanya dia orang lain la tuh. Hang tau dak, member-member kita hat lain semua dah move on dah. Aku harap hang pun camtuh gak. Benda bodoh kita buat tu jangan gatal plak hang sebaq cerita kat orang lain. Ingat pesan Badrul. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut." Pesan Jamadi.

Dalam hati Nuar timbul sedikit kelegaan. Jamadi tak mungkin akan membocorkan rahsia. Dia sudah bahagia dengan hidupnya kini. Melihat rakannya yang kini boleh move on membuatkan dirinya berasa sedikit cemburu. Kenapa dia tak boleh jadi seperti Jamadi? Kenapa hanya dia yang dibelenggu dengan kisah lampau itu?

Balik sahaja daripada Kedah, Nuar masih bermimpi buruk. Diatas katil itu dia menggeletar dengan teruk. Mulutnya itu telah lama diletakkan kain. Kerana sebelum ini dia pernah berdarah lidah dan bibir akibat dia mengigit-gigitnya sehingga berdarah macam orang diserang sawan ketika tidur. Tidak mahu peristiwa berulang, dia sebelum tidur dia meletakkan kain dimulutnya dan diikat di belakang kepala.

Dalam mimpi itu, Nuar telah bermimpikan dia adalah Atirah. Dirogol bergilir oleh teman rapatnya. Banyak kali dia meminta, merayu untuk dilepaskan namun tiada simpati di wajah perogol-perogol ini. Syaitan! Binatang! Bunyi histeria yang kuat menjadi latar bunyi. Semakin bingit, semakin bingit di kepalanya.

Dia terjaga dari tidur dalam keadan berpeluh-peluh. Bunyi histeria itu serta merta hilang.

Nuar bangun menuju ke dapur, malam ini dia terlupa mengambil ubat. Sampai bila harus begini? Terus diseksa perkara lampau. Berjaga terseksa, tidur pun sama seksa. Kadang-kadang dia terfikir untuk bunuh diri sahaja.

Wajah Arif terbayang di benaknya. Cih.

Ironinya orang yang kelihatan tiada apa-apa masalah setahun lepas yang membunuh diri dulu dari dia. Bukan tidak pernah sebenarnya dia cuba untuk membunuh diri. Namun dia tak ada keberanian untuk mencabut nyawanya sendiri. Membunuh diri bukan satu benda yang senang macam orang fikirkan. Sesiapa yang lakukan, sudah tentu mereka betul-betul dalam keadaan terdesak sampai berani buat begitu.

Baki cutinya itu dihabiskan dengan berjogging, membaca buku dan menghabiskan masa di mall-mall. Dia tak ada kekasih untuk diluang masa bersama. Junaidah dulu pernah la sekali cuba meluahkan perasaannya, namun bulat-bulat Nuar menolak dengan alasan dia tak mampu menjadi seorang kekasih yang bagus. Itu memang benar. Kerana dalam kepalanya selama tiga tahun ini adalah memikirkan traumanya sahaja. Tiada masa untuk benda lain.

Suatu hari pada petang Ahad, Nuar telah menerima panggilan cemas daripada Jamadi. Nadanya seperti seseorang yang dalam ketakutan. Nafasnya seperti orang yang sedang mengah baru lepas berlari.

"Nuar, kalau aku habaq ni jangan gelakkan aku noh." Ujarnya dihujung talian dengan suara yang gugup.

"Cakaplah, kenapa suara kau semacam ni Jem?"

"Dia..Dia hidup lagi Nuar. Sumpah aku tak bohong."

Jantung Nuar bagai terhenti sebentar. Dia menunggu Jamadi menyambung cerita.

"..kelmarin dia call aku Nuar. Dia ugut aku. Macam-macam dia ugut aku."

"Jap..dia tu maksud kau Johari ke?"

"Ha la! Aku takut Nuar. Aku takut. Aku tak nak mati."

"Tak ada siapa akan mati Jem."

"Hang kena mai sini tolong aku Nuar."

"Esok aku amik tiket pergi sana."

"Dia ada video.."

"hah?"

"Dia ada video masa kejadian."

"Apa kau mengarut ni. Macam mana dia ada video pulak sedangkan mana ada siapa-siapa rakam."

"Aku tak tau, tapi sungguh dia hantar aku video tuh. Memang ada!"

Jantung Nuar bertambah laju. Apa sebenarnya yang jadi ini? Tak mungkin ada video. Sedangkan tak ada siapa yang masa tu pegang telefon bimbit. Ah, mungkin Jamadi hanya mahu main-main kan dia. Dia kenal sangat sifat Jamadi. Celaka punya Jamadi. Dia sendiri yang tak mahu sebut hal ini, sekarang nak main-main plak.

"Kau nak mainkan aku ye celaka."

"Tutt.."

Talian telah dimatikan. Nuar membalingkan telefonnya ke atas katil. Mulutnya tidak putus-putus memaki hamun Jamadi. Kenapa nak dibuat main benda ni. Video? Kepala hotak. Ini serius tak lawak. Ini hanya membangkitkan lagi perasaan paranoia dia sahaja. Tak membantu Jamadi. Tak membantu.

Keesokan harinya, dia menerima panggilan lagi, namun kali ini dari nombor yang tak dikenalinya.

"Hello, ni Nuar kan?" suara seorang perempuan.

"Ya. Siapa yang call ni ye?"

"Ni Suhaini."

Nuar cuba ingat-ingat balik nama tu. Suhaini. Suhaini ya member sama belajarnya dulu. Orang kampung Jamadi juga tuh. Dulu ada ura-ura mengatakan mereka bercinta. Yelah, rapat kemain. Tapi Jamadi hanya mengatakan teman dari kecil. Memang la rapat.

"Hang kenai kan Jamadi. Semalam dia baru je meninggai. Jemput la datang pengembumian dia. Member-member kita tuh. Datang la noh."

"Jap apa yang berlaku?"

Terdengar suara seperti menahan esakan. "Dak ni, malam semalam. Dia mati gantung diri."

Bagai nak luruh jantung Nuar apabila mendengar balasan Suhaini. Telefon bimbit jatuh dari tangannya. Terdengar suara 'Hello' memanggil. Matanya terbuka luas tidak berkedip. Jadi semalam Jamadi tak bermain-main dengannya. Ia memang betul-betul jadi. Nuar meraup wajah.

Adakah Johari Sudin kembali ingin membalas dendam tentang apa yang berlaku pada dirinya? Tak..tak. Ini mustahil. Johari Sudin dah lama mati. Terngiang-ngiang kembali suara Jamadi.

Dia hidup lagi Nuar.

Sungguh aku tak tipu.

Bulu-bulu romanya memacak. Dia menjadi seram sejuk. Arif dan Jamadi ditemui mati bunuh diri. Ini bukan satu kebetulan. Johari kembali menuntut bela kematiannya. Sekarang ini dia telah mulakan pemburuannya. Bila-bila masa nyawanya juga akan melayang.

Nuar mengurut belakang tengkuknya.

Hantu Johari Sudin telah pun menjumpainya dan mengekorinya. Kerana itulah sejurus selepas dia berjumpa dengan Jamadi. Jamadi mati bunuh diri. Ini adalah satu amaran membuktikan dia ada. Jangan-jangan memang benar budak di pejabatnya itu adalah Johari Sudin. Dia memerhati Nuar dan menunggu masa saja. Buat masa ini, sengaja dia menyeksanya dengan membunuh mereka yang lain terlebih dahulu.

Perut Nuar tiba-tiba berasa mual. Dia muntah serta merta disitu juga.    

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro