◉9◉
"Hi mr Taehyung? Are you miss me?"
Panjang umur, murah rezeki namun pendek jodoh. Baru sahaja namanya disebut, si empunya badan sudah datang.
Riak wajah Taehyung terus sahaja berubah.
"Buat apa datang sini?" Soal Taehyung. Dingin.
Gadis itu hanya tersenyum.
"Salah ke kalau saya nak datang? Lagipun saya rindu awak. Saya menyesal atas apa yang saya buat kat awak 3 tahun lepas." Balas gadis itu.
"Choi Lauren, kalau kau datang nak semakkan hidup aku, baik kau pergi!"
"Tolong maafkan saya. Saya tak sanggup nak berpisah dengan awak lagi. Cukup lah 3 tahun saya menderita tanpa awak."
"Baguslah kau derita. Selama ini aku bersusah payah pertahankan cinta kita. Tapi apa kau buat, kau curang dengan aku! Kau tak puas dengan aku, kau cari jantan lain! Sekarang ni, senang-senang kau datang balik dalam hidup aku!?"
Airmata gadis itu tumpah. Bukan dibuat tapi kenyataan. Dia betul-betul menyesal. Dia nak lelaki itu balik. Dia masih cintakan lelaki itu namun kerana akal fikiran yang terlalu bodoh, bisikan syaitan diturutinya.
Dia lemah dalam godaan.
"Tae, please... Tak salah kan kalau kita bina balik mahligai kita?" Soal Lauren.
Taehyung tersenyum sinis. Bina balik? Huh, jangan harap!
"Aku dah muak dengan kau. Aku tak kisah kau dah bosan dengan aku, tapi bukan macam ni caranya. Sekurangnya kita bincang dan selesaikan dengan baik. Tapi kau, KAU PILIH JALAN YANG KOTOR, LAUREN!!"
Bahu Lauren terhinjut.
"Saya mengaku saya salah. Waktu tu saya bodoh! Tolong Tae, tolong maafkan saya!"
"Aku jijik dengan kau! Tiada maaf untuk pelacur macam kau! Keluar!!"
Lauren menggeleng tanda tidak mahu.
"KELUAR!!"
Jerkahan lelaki itu membuatkan Lauren cepat-cepat memeluk kaki lelaki itu.
"Jangan sampai aku guna kekerasan." Namun gadis itu tetap sama.
Dengan amarah yang masih tersisa, kaki Taehyung segera menyepak tubuh gadis itu membuatkan pelukan segera terlerai.
Rayuan gadis itu langsung tidak diendahkannya. Tangan ditarik kasar lalu tubuh gadis itu dibawa keluar.
Sebagai seorang doktor pakar, Taehyung memang terkenal akan sikapnya yang suka menjaga imej. Namun hari ni, tidak lagi kerana amarahnya betul-betul meletus.
Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan lagi. Yang penting, dia mahu gadis itu pergi dari situ.
🌤️🌤️🌤️
Bingkai gambar perkahwinannya dilap supaya bersih dari sebarang habuk. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat gambar itu.
"Sekeras-keras hati oppa, tetap juga akan lembut." Ucap Ellyana lalu bangun dari duduknya.
Kerusi dipanjat untuk memudahkannya mengantung gambar itu.
Namun gadis itu tersilap langkah, gambar itu jatuh lalu pecah.
Segera Ellyana turun dari kerusi itu lalu mengutip serpihan-serpihan kaca yang pecah.
Jantung bergerak laju. Entah mengapa hatinya tiba-tiba sahaja berasa tidak enak.
"Hanya tuhan yang tahu, mungkin perasaan aku je kot." Ucap Ellyana cuba menenangkan dirinya.
"Elly, kenapa ni?" Soal Jimin yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu. Ellyana yang masih sedang mengutip serpihan-serpihan kaca itu dihampirinya.
"E-Elly nak gantung ni, tapi tangan Elly licin. Gambar ni terlepas tadi. Maaf, oppa.. Elly tak sengaja, betul-betul tak sengaja." Balas gadis itu sambil terus mengutip serpihan-serpihan kaca itu.
Jimin hanya tersenyum lalu menolong gadis itu.
"Oppa, Elly tak sedap hati. Ibu Elly kata, kalau gambar pecah akan terjadi sesuatu yang tak baik dalam rumahtangga kita."
Serpihan-serpihan kaca itu dibuang ke dalam tong sampah sebelum tubuh gadis itu ditarik ke dalam dakapannya.
"Jangan fikir yang bukan-bukan, ok? Jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja." Balas Jimin sambil mengusap lembut bahu gadis itu.
"Oppa dah makan?" Soal Elly sambil melepaskan pelukan itu. Jimin menggeleng.
"Jom turun. Elly masakkan untuk oppa. Oppa mesti lapar, kan?"
Jimin tersenyum lalu tangan gadis itu ditarik perlahan. Ruang dapur dituju mereka.
Sedang mereka asyik bergelak ketawa, muncullah sesusuk tubuh milik seorang gadis yang cukup membuatkan mereka tidak senang.
"Kalau nak bermesra pun, tak payahlah nak tunjuk-tunjuk kat sini." Ucap Grace. Sebotol susu diambil lalu terus meninggalkan tempat itu.
Jimin dan Ellyana hanya ketawa kecil lalu menyambung asmara mereka.
"Habis ni kita gi rumah ayah, nak? Dah lama kan tak lawat ayah?" Soal Jimin.
Ellyana mengangguk sambil meneruskan kunyahannya.
"Oppa tak sibuk, ke?"
"Tak, lagipun oppa dah lama tak bagi duit kat ayah." Balas Jimin.
"Oppa jangan ikutkan hati ayah tu sangat. Kalau terus macam ni, habis lah duit oppa."
Jimin hanya tertawa kecil.
"Tak apa, tujuh keturunan pun tak akan habis harta keluarga ni."
Ellyana hanya mencebikkan mulutnya. Makin dihalang makin menjadi-jadi suaminya. Si ayah pula satu, hanya mengharapkan dia sahaja.
Ellyana tidak mahu jika ayahnya terus meminta duit dari suaminya. Dia akan cuba berbincang dengan ayahnya nanti. Mana tahu ayahnya setuju?
AAAAAAAAAAAA
HOPEFULLY UOLLS TERHIBUR TAU😉😚
BTW JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😉😘
VOMMENT ANDA AMATLAH MENGHIBURKAN HATI ❤️
THANKS FOR VOMMENT 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro