Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◉6◉


Flashback 3 tahun lepas...

Segala persiapan perkahwinan sudah disiapkan. Tinggal menunggu ketibaan pasangan pengantin sahaja.

Tuksedo yang tersarung pada tubuh Jimin itu cukup membuatkan para tetamu hampir pengsan melihatnya. Sungguh kacak.

Bibir lelaki itu pula tidak lepas dari mengukir senyuman manis. Hari yang bahagia untuknya , mestilah kena gembira. Kerana tak lama lagi dia akan disatukan oleh gadis yang dicintainya.

Satu jam berlalu, kelibat pengantin perempuan belum juga kelihatan. Jimin sudah seperti cacing kepanasan. Sekejap dia bangun , sekejap dia duduk. Lelaki itu tidak berhenti dari membuat panggilan untuk menghubunginya.

"Tuan, maaf. Dia tidak dapat dikesan. Rumahnya juga kosong."

Jimin menjambak rambutnya ke belakang. Mukanya diraup dengan kasar.

"Sial! Kau ingat aku apa!? Daddy sugar!? Bank ATM!? Senang-senang kau lari macam tu je!? Ingat Grace , ni kali kedua kau ulang perkara yang sama. Kau datang cari aku lagi , sampai mati aku takkan hadap muka kau lagi!"

Belum sempat kaki Jimin melangkah keluar dari dewan itu, tangannya ditahan membuatkan langkahnya terhenti.

"Majlis macam mana? Takkan nak biarkan macam tu je? Malu lah mama." Ucap puan park.

Bibir Jimin mengukir senyuman sinis.

"Ini yang mama nak kan? Jimin mati-matian nasihatkan mama jangan cuba untuk satukan lagi dia dengan Jimin lepas apa yang dia dah buat pada kita dulu. Tapi mama apa, nampak kekayaan sikit , mata tu terus senang ditipu."

Puan park terkaku. Memang betul apa yang dikatakan oleh Jimin. Grace telah menawarkan kepadanya tanah yang berukuran kira-kira 2 hektar itu dengan syarat Jimin harus menikahinya.

Kerana rambang mata, puan Park terus sahaja bersetuju tanpa mengetahui yang dirinya telah ditipu.

Sejak itu , sikap Jimin menjadi lebih dingin dari sebelumnya. Gelak ketawa yang dulu kini telah bertukar menjadi senyap dan sunyi.

End flashback...

🌀🌀🌀

"Aunty, percayalah cakap Grace. Waktu tu Grace bukan saja nak larikan diri. Tapi papa ugut Grace supaya tinggalkan Jimin. Kalau tak Jimin dalam bahaya." Kata Grace seraya memegang tangan wanita itu.

"Habistu kenapa kau datang balik?"

"Aunty, mestilah sebab Jimin. Grace nak Jimin balik. Aunty pun tahu kan yang Grace cintakan Jimin sangat-sangat. Buktinya, dah tiga kali Grace hilang dan tiga kali itu jugalah Grace datang balik."

"Simpanlah niat kau nak dapatkan Jimin balik. Sebab Jimin dah ada isteri. Dia dah lupakan kau dan dia cintakan isteri dia."

"Isteri? Aunty, tolonglah Grace. Aunty dah kenal lama kan Grace? Perempuan itu, entah-entah jadi isteri Jimin pun sebab nakkan harta."

Puan park terdiam. Ada betulnya kata-kata gadis itu. Kim Ellyana, gadis yang tidak tahu dari mana asal usulnya, silap haribulan licin hartanya.

"Aunty tolonglah Grace. Grace nak tebus balik apa yang Grace dah lakukan pada Jimin dulu. Grace betul-betul cintakan Jimin."

"Betul kamu masih cintakan dia?"

"Aunty betullah takkan Grace nak tipu. Jadi aunty ada plan tak untuk Grace dapatkan Jimin balik dan ceraikan isteri dia?"

Lama puan park termenung sebelum dia membisikkan sesuatu pada telinga gadis itu.

Memang puan park sendiri akui yang dia tidak sukakan Ellyana. Dia lebih menyayangi Grace namun hatinya sedikit tawar setelah apa yang dilakukan oleh gadis itu.

🌀🌀🌀

Ellyana yang masih berselubung didalam selimut itu dihampiri oleh Jimin. Perlahan-lahan lelaki itu melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu. Wajah Ellyana yang tertidur pulas itu dipandangnya. Terbit satu senyuman dibibirnya.

Gadis kedua yang telah mencuri hatinya. Namun kerana ego, dia membatalkan niatnya untuk melayani gadis itu dengan baik. Mungkin satu hari nanti dia akan meruntuhkan egonya.

"Elly." Panggil Jimin membuatkan Ellyana menggerakkan tubuhnya sebagai tanda dia menyahut panggilan lelaki itu.

"Bangun dan mandi. Mama minta kita berkumpul di ruang tamu. Ada tetamu nak datang."

Dengan gaya yang malas, dia bangun. Sejak kejadian dia dimarahi oleh Jimin, dia cuba untuk merajukkan dirinya. Dan ternyata hasil itu berkesan malah Jimin tidak pula memarahinya. Sekadar bersikap dingin sahaja.

"Cepat bangun. Kau lambat tunggulah jawapan dia nanti." Ucap Jimin yang masih duduk di sebelah gadis itu.

"Tch, tepilah. Dahlah busuk." Ucap Ellyana sambil menolak lembut tubuh lelaki itu sebelum gadis itu berdiri dan masuk ke dalam bilik air.

Jimin ketawa kecil kerana geli hati melihat Ellyana yang mengatakan dirinya busuk. Wangi macam ni pun boleh kata busuk?

🌀🌀🌀

Pinggang ramping milik Ellyana dirangkul kemas oleh Jimin sambil melangkah menuruni anak tangga.

Dari jauh dua insan yang melihat mereka, hanya menggulingkan biji mata tanda menyampah.

"Elly, buatkan air minuman untuk kami." Arah puan park pada Elly yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya.

"Elly isteri Jimin. Dia patut ada disini. Bibik, buatkan minuman untuk kami." Balas Jimin lalu tangan Ellyana ditarik membuatkan gadis itu terjatuh disebelahnya.

Grace mengetap bibirnya tatkala melihat dua insan itu. Layanan yang diberikan kepada gadis itu sepatutnya menjadi miliknya.

"Hai Jimin, hai Ellyana." Sapa Grace lalu tangannya bergerak ke arah Ellyana untuk berjabat tangan dan disambut baik oleh gadis itu.

Jimin pula hanya mengangguk perlahan tanpa memandang ke arah gadis itu. Luka dihatinya kembali basah apabila melihatkan gadis itu.

Jimin berdecit perlahan. Dia baru sahaja hendak memulakan hidup baru bersama gadis disebelahnya, tetapi mengapa disaat itu juga, dia datang? Jimin yakin gadis ini pasti datang dengan membawa seribu satu rancangan.

"Emm Jimin, kepala saya sakit. Saya naik atas dulu. Saya nak rehat." Ucap Ellyana lalu bangun.

Jimin mengangguk lalu Ellyana segera menuju masuk ke dalam biliknya.

"Apa yang penting sangat sampai perlu bawa dia? Sekarang baru muncul, ingatkan dah mati." Ayat yang pedas dilontarkan oleh Jimin. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah gadis itu.

"Grace datang dengan niat yang baik. Dia nak minta maaf atas apa yang dia lakukan sebelum ini. Mama dah dengar penjelasan dia dan mama dah maafkan dia."

Jimin tersenyum sinis manakala Grace menundukkan wajahnya.

"Itu mama. Jimin? Seberapa banyak penjelasan dia bagi, hati Jimin takkan berubah kembali."

Grace mengepalkan tangannya dalam diam. Nampaknya semakin susah untuk dia dapatkan lelaki itu semula.

"Jimin, lagipun dia cinta pertama kamu. Takkan semudah itu kamu lupakan dia?"

"Cinta pertama adalah cinta yang menyakitkan hati. Dia yang mulakan semua ini, dia hadaplah. Dan ingat, Jimin dah ada isteri."

"Mama nak Jimin kahwin dengan Grace dan ceraikan Elly. Isteri kamu yang tak tahu asal usul tu entah-entah tamakkan harta kita."

"Jangan tuduh melulu tanpa usul periksa. Jimin takkan menikah dengan dia dan takkan ceraikan isteri Jimin." Balas Jimin.

"Jimin, saya tahu awak masih cintakan saya. Untuk kali ini sahaja awak bagi saya peluang. Pasal kahwin tu, awak ketepikan dahulu. Tolong Jimin, saya merayu sangat-sangat."

"Tolong jangan nak buat benda pelik boleh? Aku rimas dan aku tak suka. Sekarang ni aku nak kau balik dan jangan muncul lagi."

"Jimin..."

"Balik atau kau diheret keluar."

"Ok saya balik. Tapi pasal muncul balik tu saya tak janji. Saya akan datang juga."

"Kau nampak muka aku kisah? Tak kan? Jadi sebelah kanan kau pintu keluar terbuka luas untuk kau. Jadi sila keluar."

"Sampai hati awak! Tu saya belikan asam untuk Elly, nanti jangan lupa bagi dia."

"Elly tak suka asam. Jadi bawa semua ni keluar dengan kau."

Asam yang berada di atas meja itu diambil oleh Jimin lalu diberikan kepada Grace sebelum lelaki itu menolak keluar gadis itu.




















































































Chak! Terhibur tak 🤓

Muehehehehe

Harap anda semua terhibur..

Jangan lupa vomment tau 😉😘

Vomment anda amatlah dihargai 😍😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro