◉3◉
Pinggang ramping milik Ellyana dirangkul kemas oleh Jimin tatkala kaki mereka melangkah masuk ke dalam sebuah dewan yang cukup meriah.
Gadis itu kekok. Sudah beberapa kali dia menolak ajakan lelaki itu namun Jimin berkeras mahu gadis itu mengikutinya.
"Jaga prestasi kau sebagai isteri aku. Ingat, sekali kau buat kesilapan, padah yang buruk akan menunggu kau. Jangan malukan aku depan klien-klien aku." Ucap Jimin dengan nada berbisik.
Ellyana hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
Setelah itu, mereka melabuhkan punggung diatas kerusi.
"Ellyana?" Ucap seorang lelaki membuatkan Ellyana mengangkat wajahnya memandang ke arah lelaki.
Jimin yang sedari tadi bermain-main dengan telefonnya turut memandang ke arah lelaki itu.
"Suga oppa." Balas Ellyana membuatkan Jimin mengerutkan dahinya. Lantas tangan gadis itu digenggam.
"Tak sangka jumpa awak kat sini." Ucapnya manakala Ellyana hanya tersenyum.
"Wait, bro. Who are you?" Soal Jimin.
Suga tersenyum lalu tangannya dihulurkan kepada Jimin.
"I'm Min Yoongi. But people call me suga. So you can call me suga too." Ucap Suga dengan ramah.
Huluran tangan Suga disambut oleh dengan riak wajah yang dingin.
"So, what's going on between you and my wife?" Soal Jimin lagi.
Suga tersenyum.
"Ahh aku sepupu dia. Elly, Elly tak bagitau oppa ya yang Elly dah kahwin?"
Kening Jimin terangkat. Ellyana hanya memandang sekilas ke arah lelaki itu sebelum bibirnya mengukir senyuman.
"Maaf, Elly bukan tak nak bagitau oppa. Tapi waktu tu Elly lost contact." Tipu Elly sedangkan lelaki itu sendiri tidak memintanya untuk memberitahu saudara-maranya termasuk kawan-kawannya.
"Ouh takpelah. Oppa nak jumpa kawan jap. Selamat pengantin baru." Suga terus beredar dari situ setelah mengucapkan kata-katanya itu.
Senyuman Ellyana mati apabila terdengar deheman Jimin.
"Orang lain boleh pulak panggil oppa? Suami sendiri, terus berat mulut." Ucap Jimin.
Ellyana diam. Lantas ditutup rapat mulutnya.
🌀🌀🌀
Ellyana mengaduh sakit apabila badannya ditolak kasar kearah dinding.
Bae Hyunhee, gadis itu memandang tajam ke arah Ellyana. Dia sakit hati apabila Jungkook membelanya apabila Jimin cuba memarahi Ellyana.
Kesilapan kecil yang dilakukan olehnya membuatkan Jimin marah besar kepadanya.
"Seronok kan bila laki aku bela kau? Menagih simpati betul!" Ucap Hyunhee.
"M-maaf saya tak bermaksud nak buat macam tu."
"Ucapan maaf kau tak ada gunalah! Dengar sini, sekali lagi laki aku bela kau, aku tak teragak-agak nak halau kau dari rumah ni!"
Hyunhee terus sahaja beredar dari situ. Jika berlama-lama, mungkin teruk Ellyana dikerjakan gadis itu.
🌀🌀🌀
Ellyana mengacau air yang masih tidak berusik itu sambil termenung. Fikirannya melayang.
"Elly?" Panggil Suga membuatkan gadis itu tersentak. Lantas dia memandang ke arah lelaki itu lalu bibirnya mengukir senyuman.
"Jauh termenung. Fikirkan encik suami ke?" Usik Suga lalu tertawa.
Mujur gadis mendapat kebenaran dari Jimin untuk berjumpa dengan Suga. Sudah lama tidak bertemu sejak lelaki itu melanjutkan pelajarannya di luar negara.
Ellyana hanya tersenyum.
"Takkan dah tinggal sekejap, dah rindu?"
"Tak lah. Cuma Elly terfikirkan sesuatu."
Suga mengerutkan dahinya.
"Apa tu? Elly ada masalah nak cerita dekat oppa? Elly dengan Jimin tak bahagia?"
Berbagai soalan ditujukan kepada gadis itu. Ellyana tertawa kecil.
"Tak ada apa-apa lah. Dah cepat pesan oppa nak makan apa, Elly belanja."
Walaupun masih tidak faham akan gadis itu, Suga hanya mengangguk lalu buku pesanan terus dibelek-beleknya.
CHAK!!
MUEHEHEHEHE
JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍
SAYANG KORANG ❤️❤️ ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro