Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◉1◉


"ELLYANA!"

"ELLYANA!"

"ELLYANA!"

Laungan suara seorang lelaki yang agak berusia itu membuat Ellyana terburu-buru menuruni anak tangga untuk mendapatkan ayahnya.

Dengan nafas yang tercungap-cungap dia berdiri dihadapan si ayah dengan menundukkan wajahnya.

"Y-ya ayah. M-maaf Elly kemas bilik tadi." Ucap gadis itu.

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" Soal lelaki separuh baya itu.

"B-belum ayah." Balas Elly ketakutan. Sejak ibunya meninggal, ayah berubah seratus peratus. Jika dulu dia sering bermanja-manja dengan
Si ayah, kini tidak lagi. Dia hanya akan dapat 'bermanja' dengan rotan sahaja setiap kali ada kesalahan yang dilakukan walaupun kesalahan itu tidaklah begitu besar.

"Kau naik sekarang, kemas semua barang kau!" Arahnya lagi.

"Tapi ayah, kenapa ayah buat Elly macam ni?" Soal Elly.

Geram dengan si anak yang suka mengajukan berbagai soalan, lantas kepala anak gadisnya itu ditunjal.

"Aku perlukan duit. Jadi aku dah jual kau pada dia. Kau tinggal mengandungkan anak untuk dia, lepastu aku akan dapat duit setiap bulan." Kata si ayah sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah seorang lelaki muda yang sedang duduk bersantai dia atas sofa.

Bulat mata Elly apabila melihat lelaki itu tidak lepas dari mengukir senyuman sinis.

"T-tapi ayah, kalau pasal duit nanti Elly boleh usahakan lagi."

Kepalanya ditunjal lagi.

"Nak harapkan kau , sampai mati pun aku tak dapat!" Marah ayahnya manakala bahu gadis itu terhinjut akibat terkejut.

"Nak pergi mana!?" Marah ayahnya lagi apabila melihat Ellyana cuba beredar dari situ.

"E-Elly nak buat apa yang ayah suruh." Balas Ellyana.

"Tak payah." Kata lelaki muda itu apabila sudah lama dia memerhati dua beranak itu.

Ellyana memandang wajah lelaki itu dengan perasaan terkejut.

"Bawa dia masuk kereta." Arah lelaki itu kepada seorang pengawal peribadinya.

Tanpa berlengah, lengan gadis itu terus ditarik lalu dibawa keluar.

Lelaki itu, atau lebih dikenali sebagai Park Jimin menunduk hormat ke arah lelaki separuh baya itu sebelum dia turut keluar dari rumah itu.

Baru sahaja kaki Ellyana hendak melangkah masuk ke dalam kereta itu, lengan pengawal peribadi Jimin itu digigit sehingga dia mengaduh sakit.

Kesempatan itu digunakan untuk Ellyana melarikan diri. Gadis itu terus berlari tanpa memandang ke arah belakang.

"Kau tunggu apa lagi, kejarlah!!" Marah Jimin apabila melihat pengawal peribadinya masih sibuk menahan kesakitan.

"B-baik, tuan." Balas lelaki itu lalu terus mengejar langkah Ellyana.

🌀🌀🌀

Tubuh Ellyana yang sudah lemah dek pukulan lelaki itu diheret masuk ke dalam sebuah bilik lalu dicampak kasar ke atas katil.

Ellyana hanya mampu menangis. Sedikit demi sedikit dia mengundurkan dirinya kebelakang apabila melihat Jimin yang mula memanjat katil mendekatinya.

"Awak kejam!" Ucap Ellyana membuatkan Jimin tertawa.

"Aku kejam? Aku dah cakap kalau taknak bagi aku guna cara kasar, dengar cakap aku." Balas Jimin sambil menarik kaki gadis itu sehingga tubuh gadis itu terbaring dibawahnya.

Tangannya digunakan untuk menampung dirinya supaya tidak menindih tubuh gadis itu.

"Awak lelaki tak berguna." Ucap Ellyana sambil memandang ke arah lain.

"Aku akan lebih tak berguna bila kau selamat jadi isteri aku nanti, ingat tu."

"Tolong lepaskan saya."

"Aku dah bayar kau. Dan kau dah jadi milik aku. Aku takkan sesekali lepaskan kau."

"Awak nak apa sebenarnya?"

"Aku nak anak. Aku tak minta banyak. Tugas kau sekarang cukup mudah. Beri aku anak."

Anak mata gadis itu dipandang. Jujur pada pandangan mata itu membuatkan jantungnya berdegup laju. Namun dia cuba mengawal dirinya.

Tangan Jimin bergerak mengusap lembut lengan gadis itu sebelum tangannya tepat berhenti pada zip baju gadis itu.

Perlahan-lahan zip baju itu ditarik ke bawah.

PAP!

Ellyana menahan tangan Jimin dari membuka habis zip bajunya. Walaupun takut untuk memandang lelaki itu, tapi dia cuba memberanikan dirinya.

"Kita masih tiada ikatan yang sah. Saya tak nak serahkan diri saya pada awak tanpa ikatan yang sah." Ucap Ellyana membuatkan Jimin tersenyum.

"Ini permulaan, sayang." Ucap Jimin lalu bibir gadis itu dikucup sekilas sebelum dia bangun dari tubuh gadis itu. Ellyana kaku manakala Jimin sudah melangkah masuk ke dalam bilik air.

🌀🌀🌀

Ellyana hanya menundukkan wajahnya apabila Puan Park, ibu kepada Jimin tidak lepas dari memandangnya.

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, puan park memandangnya.

"Not bad. Walaupun mama tak berkenan tapi jika ini pilihan kamu, mama akan tetap setuju."

"Terima kasih, mama."

"Anak gadis, siapa nama? Dari tadi diam, bisu ke?" Soal puan park berbau sindiran.

Ellyana mengangkat wajahnya memandang ke arah wanita itu lalu bibirnya mengukir senyuman.

"Ellyana, Kim Ellyana. B-boleh panggil Elly je." Jawab Elly gagap.

"Ellyana, cantik nama tu. Macam tuan dia. Tapi abaikan semua itu, sekarang ni, Jimin macam mana dengan majlis itu nanti?"

"Semuanya dah beres, mama." Balas Jimin.

"Ok, kalau macam tu mama naik dulu. Borak-boraklah ya." Ucap puan park lalu segera beredar dari situ.

Lengan Ellyana dicengkam kuat oleh Jimin membuatkan gadis itu meringis kesakitan.

"Dengar sini, aku ada abang. Dan jangan sesekali kau cuba untuk dekati dia. Lagipun dia dah ada bini. Faham?"

"F-faham, Jimin."

"Bagus. Sekarang ni kau naik atas bawa semua barang-barang kau masuk bilik aku. Bilik aku ada ada di sebelah kanan. Jangan salah masuk bilik. Kalau tak, siap kau."

"B-baik."

Setelah itu, Ellyana pun terus menuju ke dalam bilik lelaki itu. Setiap sudut bilik lelaki itu dipandangnya. Bibirnya tidak lepas dari mengukir senyuman.

Tetiba airmatanya jatuh apabila teringatkan mendiang ibunya.

"Ibu, tak lama lagi Elly dah nak jadi isteri orang. Elly tak bersedia lagi, tapi ayah paksa Elly. Elly harap walaupun Elly kena paksa, Elly dapat bahagia dengan dia. Elly tahu, ibu mesti tengah doakan Elly kat sana, kan? Elly rindu sangat-sangat kat ibu. Kalau ibu masih ada, mesti semua ni takkan terjadi, kan? Ayah pun tak akan jual Elly pada orang lain sebab nak duit, kan ibu? Tapi semua dah takdir dan Elly redho. Kalau ini yang terbaik untuk Elly, Ellya akan lakukan yang terbaik."

Setelah itu dia mula mengemas barang-barangnya.





















































































CHAK!

TUDIAA TERHIBUR TAK?

APAKATA RINGANKAN TANGAN ANDA UNTUK TEKAN BUTANG OREN YANG IMUT TU🤭

VOMMENT ANDA AMATLAH MENGHIBURKAN HATI SYA😚😉

JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍

SAYANG KORANG ❤️❤️❤️ AHAKS!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro