五
「 ᴡʜᴇɴ ᴏᴜʀ ᴇʏᴇs ᴍᴇᴛ, ᴛʜᴇ ᴛɪᴍᴇ sᴛᴏᴘ ᴛɪᴄᴋɪɴɢ 」
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Yunseong menolak pelawaan Chaena untuk turun bersarapan kerana dia masih perlu menyiapkan sedikit lagi tugasannya untuk acara malam itu.
Oleh sebab itulah Chaena duduk seorang diri di kafe hotel itu. Betul-betul di tepi tingkap kafe yang membolehkan dia melihat permandangan pantai di Bali yang kelihatan sangat indah itu.
Sesekali wajah kacak Yunseong yang bermain di layar minda. Keadaan mereka berdua sangat awkward semalam.
Yunseong sudah menawarkan diri untuk tidur di sofa. Masalahnya sofa bukan tempat yang sesuai untuk tidur. Kalau hendak badan cepat letih, pergilah tidur di sofa.
Chaena mengambil masa hampir dua jam menyusun ayat mengajak lelaki itu berkongsi katil dengannya. Katil itu bukannya kecil, hendak tidur empat orang pun muat.
Bayangkan saja reaksi Chaena apabila wajah pertama yang dilihat sebaik bangun tidur adalah wajah lelaki yang lama dia minati. Bayangkan kal-
Telefonnya menyanyikan lagu Inferiority Complex meminta Chaena mengangkatnya. Butang hijau ditekan sebaik saja nama Jihye tertera di skrin telefon.
"Ya, Jihye?"
"Kau dekat mana? Kau jangan nak lari daripada blind date kau boleh tak?"
Blind date? Bukan ke dia dah pergi blind date dengan Moonbin sebelum ini?
"Chaena!"
"Blind date apa ni?"
"Chae, blind date dengan kawan Haruto itulah! Haruto kata lelaki itu dah blah, ada urusan penting katanya. Lima jam tau dia tunggu kau"
Oh, temu janji itu. Dia lupa (・–・;)
"Aku lupa"
Jelas Jihye mengeluh disebalik panggilan itu. Sejak mengandung ini, Jihye lebih kuat membebel kalau hendak dibandingkan dengan Minha. Hormon mak orang agaknya.
"Tak mengapalah, bukan jodoh kau agaknya"
Selepas berbual sedikit panjang, mereka berdua menamatkan panggilan sebaik saja Yunseong menarik kerusi di hadapan Chaena.
"Ah, sunbae nak pesan apa-apa ke?" soal gadis itu namun Yunseong hanya menggelengkan kepala.
"Tak perlu formal sangat dengan saya. Panggil saja Yunseong oppa, tak perlu sunbae bagai" senyum lelaki itu.
Aku panggil kau, hubby jelah ya. Lagi sesuai. Kini tiada perbualan antara teruna dan dara itu.
"Awak single lagi ke, Chaena?" Chaena memandang lelaki itu tidak berkedip mata. Kenapa dia tanya soalan begitu?
Gadis itu menggeleng. Yunseong hanya mengangguk faham.
"Saya ingatkan awak ada apa-apa dengan Taehyung" senyum lelaki itu ingin memulakan perbualan.
Huh? Bila masa aku ada skandal dengan bakal ayah anak Jihye itu?
"Mana ada! Taehyung itu pengecut nak try Jihye tapi suruh saya jadi orang tengah" bebel Chaena bersungguh-sungguh.
"Ye ke?"
"Iyalah! Taehyung suka Jihye lagipun dulu saya suka Yu-" Chaena pantas mematikan ayatnya.
"You? Saya? Awak suka saya ke?" tebak Yunseong yang tepat sekali.
"Ehhhh, saya maksudkan Yu..Yu....Yuta. Hah, saya suka Yuta drpd group NCT tu. Yang idol Jepun itu"
Yunseong tersenyum kecil. "Ingatkan awak suka saya. Kiranya saya syok sendiri jelah selama ini ya?"
Huh?
🆁🅴🅳 🆂🆃🆁🅸🅽🅶🆂
Chaena meneguk air yang masih tersisa di dalam gelasnya. Dia begitu kekok dengan Yunseong selepas perbualan mereka di kafe hotel pada pagi itu.
"Chae unnie!" sapa seorang gadis membuat Chaena menoleh. Cheon Ji Eun. Gadis yang dihiasi senyuman pada wajah cantiknya itu menghampiri Chaena.
"Jinyoung-sshi tak datang ke?"
"Dia ada urusan lebih penting" kata Chaena berbasah-basi. Yelah, Shin Cheon lebih penting daripada apapun dalam dunia Jinyoung.
"Tadi saya terserempak Yunseong sunbaenim. Jom jom, saya bawa unnie jumpa dia!" gadis genit itu cuba mengheret Chaena mengikutinya.
"Sekejap. Unnie datang dengan dia, tak perlu kacau dia" pernyataan itu menbuat Jieun tersenyum lebar.
"Ada progress yang Jieun tak tahu ke?" soalnya dengan nada teruja.
"Kawan sekerja saja" jawab gadis itu acuh tak acuh. Dia bukan segan atau malu dengan Yunseong tapi tak selesa. Kenapa dia rasa tak selesa dengan kehadiran Yunseong? Entahlah, dia sendiri tak punya jawapan.
"Yunseong sunbaenim tak confess lagi ke pada Chaena unnie? Slow lah dia tu" bebel Jieun perlahan namun telinga Chaena masih dapat menangkap bait kata-kata gadis itu.
"Sekejap, confess apa?" Jieun menutup mulutnya. Aduh, terlepas cakap pula!
"Unnie! Papa dah panggil Jieun lah! Bye bye" pantas saja gadis itu hilang disebalik orang ramai.
Chaena mengeluh kecil sebelum dia memusingkan tubuhnya untuk menambah airnya.
Buk! Matanya ditutup rapat. Bila-bila saja dia akan terhempas ke lantai jubin itu.
Sudah lebih seminit namun tiada impak jatuh yang dapat dia rasakan. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan.
"Cik, awak baik saja ke?"
Eh!
Wajahnya jelas di mata Chaena. Tiada kata-kata yang terpacul daripada mulutnya saat mata mereka bertemu.
𝒟𝒾𝓃𝑔! 𝒟𝒾𝓃𝑔!
"AWAK!"
Lelaki itu berkerut dahi jelas tidak memahami situasi itu. Menurut pentaksirannya terhadap gadis itu, dia seperti gadis yang menjumpai teman lelakinya setelah sekian lama mencari.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
「 sᴏ...ʜᴏᴡ ᴛʜɪs ᴡᴏʀᴋs? 」
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro