Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

「 ɪ ʙᴇʟɪᴇᴠᴇ ᴡᴇ ᴀʀᴇ ᴍᴇᴀɴᴛ ᴛᴏ ʙᴇ 」

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Kau serius ke ni? Tak percayalah aku" Chaena memandang Jihye dengan matanya yang disepetkan. Minha menolak jari Chaena yang menekan perut rakan baik mereka itu.

"Takkanlah Jihye nak buat main berita penting macam ni" Minha menghulurkan secawan coklat panas ke arah gadis itu. Chaena pula awal-awal Minha sudah campak air kotak berperisa lemon ice tea.

"Mana ada orang mengandung tiba-tiba sergah rumah kawan dengan muka takde reaksi terus cakap weh, aku pregnant" ajuk Chaena.

Minha mengambil tempat disebelah Jihye, malas dia nak layan Chaena. Katalog dihulurkan ke arah Jihye.

"Pilihlah kain yg kau mahu, Chaena sudah pilih. Aku dh tanda tona warna yg kau boleh pilih"

"Minha" gadis itu menoleh ke arah punca suara yang memanggilnya. "Kau dah tinggal dengan Haruto, jangan cakap kau pun pregnant juga" jeling Chaena.

Minha menggulingkan matanya. "Belum lagi. Kau fikir aku tidur sebilik ke dengan budak itu?" bebelnya.

"Tanya je" Chaena mengunyah nuget yang Minha goreng buatnya.

"Eh, date kau dengan Moonbin bagaimana?" soal Jihye. Chaena berkerut dahi. Pelik pula kalau soalan begitu keluar daripada mulut Jihye.

"Date apanya, dia date dengan Yunseong bukan dengan aku" Jihye memandang Minha disebelahnya.

"Moonbin itu songsang ke?" Minha mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Mungkin?"

"Kenapa ada lelaki gay eh?" soal Chaena memuncungkan bibirnya.

"Kenapa? Sebab perempuan single yang tinggal dalam dunia ni semua macam kau. Tak boleh buat bini. Bangun lambat, masak tak tahu, pemalas, sampai pagi buta main ga-" Minha diserang oleh Chaena.

"Sekejap kau cakap Moonbin date dengan siapa tadi? Yunhyeong?"

"Yunseong lah"

"Hwang Yunseong?" soal Jihye sekali lagi mendapatkan kepastian. Chaena yang bersandar di bahu Minha itu mengangguk.

"Bukan ke itu crush kau masa zaman sekolah menengah dulu?" Minha menolak tubuh Chaena yang menghimpitnya. Gadis yang sudah ditolak hingga dia terpaksa duduk di lantai itu mengangguk.

"Kau tak lari pula? Biasanya kalau Yunseong sunbae datang dekat je, kau dah lesap dah" usik Minha yang menerima jelingan Chaena. Nak menafikan pun tak boleh, memang itu faktanya.

"Aku terkesima. Terkejut. Dah empat tahun tak jumpa, dia muncul depan mata"

Jihye menyiku Minha disebelahnya. Mereka bertukar pandangan sesekali kening mereka dijongketkan.

"Korang memang cakap guna isyarat mata je ke?" soal Chaena memandang dua rakan baiknya. Rasa tersisih? Dah terbiasa dah.

"Aku rasa ini petanda dia itu jodoh kau tak? Yelah kau kan tengah cari jodoh tiba-tiba dia muncul balik dalam hidup kau" terang gadis berkaca mata itu.

"Tapi-"

Mimpi pelik yang sering dialaminya berlayar di kaca minda. Lelaki tinggi lampai yang sering dijumpainya itu muncul di fikiran. Bunyi loceng yang didengarinya berdesing di telinga.

"Tapi apa, Chae?" soal Jihye. Mereka berdua menanti jawapannya tapi gadis itu mengelamun pula.

"Serabutlah" Chaena membaringkan tubuhnya di atas lantai berjubin itu.

🆁🅴🅳 🆂🆃🆁🅸🅽🅶🆂

"Kenapa aku kena keluar beli barang dapur kau?" Chaena mengambil bungkusan sawi ke dalam troli. Telefonnya masih terlekap di telinganya.

"Sebab Minha sakit kepala. Aku nak masak. Kalau aku keluar siapa nak jaga dia. Kau?"

Ingat serbu rumah Minha dapat makan percuma sekali kena halau dengan Haruto suruh belikan barang dapur.

"Yelah. Cepat sikit. Kau nak aku beli apa lagi ni" troli ditolak ke arah rak yang menempatkan minuman.

"Beli sekotak air teh hijau. Kau dah siap bayar, terus datang rumah aku tau. Minha dah bangun, aku gerak dulu. Bye"

Chaena memandang rak timggi itu. Seriuslah weh. Kenapa diaorang buat rak ni tinggi macam Chanyeol. Celah mana aku nak capai air kotak itu.

Selepas beberapa minit aku memandang air kotak teh hijau yang terletak tinggi itu, aku cuba mencapainya. Kalau aku jatuh, aku bunuh Haruto lepas itu Minha boleh kahwin dengan boss dia yang hawt.

Belum sempat aku menjengkutkan kaki, seseorang mencapai air kotak teh hijau itu.

"Nah, cik! Kalau tak sampai, cik boleh minta tolong orang sekeliling" suara itu seperti biasa didengar. Chaena menoleh.

𝒟𝒾𝓃𝑔! 𝒟𝒾𝓃𝑔!

  Chaena terkedu. Figura lelaki itu melangkah jauh tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih.

Bagus, Kim Chaena. Kau biarkan dia pergi sekali lagi.

WAYO RESIDENT. //stream Wayo by my lil baby Yedam//

  "So betul lah kau jumpa lelaki dalam mimpi kau itu tapi kau selalu hilng kata dan tengok dia pergi?" soal Haruto. Chaena mengangguk.

  Kepalanya dibaringkan di atas meja itu. Haruto pula mendagu di meja itu. Nampak seperti dua budak kecil yang sedang bermesyuarat.

  "Chaena, aku rasa kau tak perlu risau. Jodoh itu datang tanpa kita cari atau tanpa kita letak harapan" Chaena mengalihkan wajahnya memandang lelaki berdarah Jepun itu.

  "Macam Jihye dan Minha. Jihye jumpa Taehyung selepas tiga hubungan cinta yang tak berkesudahan gembira. Minha jumpa aku selepas dia patah hati bertahun-tahun lamanya. Sedar atau tak, cinta itu datang pada waktu yang tepat jadi jangan risau"

"Minha ada cerita pasal Yunseong?" Haruto mengangguk. Chaena mengeluh kecil.

  "Aku keliru. Kenapa dia muncul balik dalam hidup aku dan ayat dia- weh, ayat dia buat aku keliru"

  "Kau je yang senang sangat tergoda" dahi Chaena dijentik. "Walaupun dia pernah jadi crush kau, tak bermakna perasaan kau pada dia masih sama"

  "Apa patut aku buat, Haruto?" Lelaki itu mengangkat bahu.

"Jawapannya ada pada kau. Segala yang berlaku dalam hidup kau adalah keputusan kau. Aku boleh tolong nasihat je"

  Hah, nak nangis pun tak boleh nangis. Aku saja tahu betapa serabutnya perasaan aku sekarang ini.

  Tak boleh ke aku jumpa lelaki macam Kim Taehyung? Lelaki yang pulihkan cinta dalam hati Jihye.

  Atau lelaki seperti Watanabe Haruto? Lelaki yang gigih mengejar cinta Minha walaupun bertahun menanti.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

  ɪ ᴀᴍ sᴛɪʟʟ ᴡᴀɪᴛɪɴɢ ᴀɪᴍʟᴇssʟʏ ғᴏʀ ʏᴏᴜ
 


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro