Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥


「 ᴡʜʏ ʏᴏᴜ ᴅᴏ ᴋᴇᴇᴘ ᴀᴘᴘᴇᴀʀᴇᴅ ɪɴ ᴍʏ ᴅʀᴇᴀᴍ 」

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

  Chaena, kau boleh!

  "Awak..."

  Sekejap- tak. Aku tak boleh (╥﹏╥)
Ahhhh, Kim Chaena tolong jangan malukan keluarga Kim yang megah ini. Setakat tanya nama saja.

  "Awak! Boleh saya tahu nama awak?"

  Lelaki yang sedang membaca buku tidak jauh daripada tempat Chaena berdiri itu menoleh. Mata mereka bertemu dan sempat lelaki itu mengukirkan sekuntum senyuman ke arahnya.

  Huwaaa- dia senyum pula. Saya nk nama awak tapi awak siap bagi extra senyuman pula.

  "Saya..."

Telefon pintar yang berada di sisi katil menyanyikan lagu Inferiority Complex membuat Chaena terjaga.

  Ah, gagal lagi! Sudah hampir sebulan dia mimpikan lelaki itu tapi masih belum dia dapat tahu siapakah gerangan penyergah mimpinya itu.

  Telefon yang masih gigih menyanyi itu dicapai sebelum nama pemanggil membuat dia terduduk di atas katil.

  Dia teragak-agak mahu menekan butang hijau di skrin telefonnya. Dia mengeluh. Kalau tak jawab lagi teruk dimarahi. Matanya dipejam dan butang hijau itu ditekan.

1

2

3

  Aik? Takde suara pun. Matanya dibuka perlahan. Matanya terbeliak. Dia tolak panggilan daripada Minha.

  Chaena terkulai semula di atas katil. Tamatlah riwayat hidupnya.

🆁🅴🅳 🆂🆃🆁🅸🅽🅶🆂

"Maaf maaf, aku terlewat" kata Chaena membetulkan ikatan rambutnya. Jihye hanya mengangguk dan Minha memandang gadis itu dengan pandangan tajamnya.

  "Wahai bakal pengantin, jangan jeling aku begitu ya. Ini kalau Haruto nampak, dia lari tinggalkan kau" usik Chaena cuba menawan hati gadis yang sedang berpeluk tubuh itu.

  "Aku baru nampak dia halau Haruto dengan beg tangan dia ni tadi. Hulk long lost sister" celah Jihye. Uhuk, lupa pula Minha ni lagi garang daripada singa. Chaena hanya menayang senyumannya.

  Minha mengeluh kecil sebelum membuka bicara, "Kau ajak kita bertiga jumpa tapi kau paling akhir muncul. Aku call, kau tolak. Cepatlah mahu cakap apa"

  "Sebelum Taehyung call suruh Jihye balik rumah dan sebelum Haruto sergah kafe ni dan heret kau keluar" tangannya diletakkan di atas bahu Minha.

  "Aku nak cakap pasal mimpi pelik aku itu" Minha dan Jihye mengangkat sebelah kening. Itu bukan kali pertama mereka dengar tentang mimpi gadis itu.

  "Sudah hampir sebulan mimpi itu datang menghiasi tidur aku. Aku sangatlah stres"

  "Kau mimpikan lelaki yang sama?"

  "Ya"

  "Tapi kau tak ingat muka, tak ingat suara, tak ingat nama dia?"

  "Tepat sekali"

  "Setan datang kacau tidur kau agaknya" kata Jihye sebelum bahunya ditepuk Chaena.

  "Tak pun kau sunyi sangat. Lepas Jihye kahwin, kau melekat dengan aku. Sekarang aku sibuk dengan persiapan kahwin, kau sorang-sorang"

  Boleh jadi juga. Lepas si Haruto itu melamar Minha, Chaena sentiasa bersendirian. Nak ajak makan sama-sama, Minha sibuk. Jihye dah masak untuk Taehyung dekat rumah. Nak ajak membeli-belah macam dulu, Jihye ada date dengan Taehyung, Minha kena uruskan perkahwinan dia.

  Chaena menongkat dagunya dengan tangan. "Perlu ke aku dengar saja cakap Ji Eun unnie dan pergi berkenalan dengan Moonbin?"

  "Wait- siapa Moonbin?" soal Minha dan Jihye serentak. Nama yang sangat tidak biasa mereka dengar. Satu-satunya nama lelaki yang pernah disebut Chaena hanyalah nama crushnya pada zaman sekolah menengah dahulu.

  "Kawan satu kuliah dengan aku dulu. Alah, lelaki rambut merah jambu yang pernah teman aku pulang itu" selepas Chaena menghuraikan persona Moonbin barulah Jihye dan Minha bereaksi.

  "Kalau dia, aku setuju. Kacak dan baik hati" kata Jihye.

  Sudah. Aku tak mahu cakap lagi soal jodoh buat sakit hati dan sakit kepala saja. Aku mengangkat sudu yang elok tersusun di piring untuk menikmati kek yang Minha pesan. Napkin yang berada di atas piring itu terjatuh.

  Lelaki yang duduk membelakanginya pantas membantu Chaena mengambil napkin itu.

  "Terima kasih ya" tunduk Chaena perlahan walaupun mereka tidak bersua muka. Lelaki itu hanya mengangguk.

𝒟𝒾𝓃𝑔! 𝒟𝒾𝓃𝑔!

  Chaena menoleh kiri dan kanan. Mana datang bunyi loceng itu?

  "Oi, kau kenapa!" tepuk Minha. Jihye turut menoleh apabila gadis itu menegur Chaena.

  "Kau berdua tak dengar ke bunyi itu?"

  "Bunyi perut Jihye ke?"

  "Apa kau ca-"

  "Bunyi loceng" jawapan Chaena membuat Jihye dan Minha bertukar pandangan. Mereka berdua dah pekak atau Chaena ini banyak tengok anime?

  "Tak" jawab dua kawan baik itu serentak. Chaena memuncungkan bibirnya. Dia silap dengar ke? Eyyy, Kim Chaena. Berhentilah layan anime dan webtoon, takkanlah benda dalam kartun begitu jadi dalam realiti. Klise sangat.

  Orang yang duduk dibelakangnya menolak sedikit kerusi itu membuatkan kerusi mereka berdua berlaga.

  "Ah, maaf ya" kata lelaki itu. Chaena hanya menggeleng tanda dia tidak kisah. Bukannya dia sengaja langgar.

  𝒟𝒾𝓃𝑔! 𝒟𝒾𝓃𝑔!

  Apakah- Chaena menoleh dan figura lelaki tadi sudah melangkah keluar daripada pintu kafe itu.

  Siapa lelaki itu? Ehhh, sudah! Kim Chaena mohon beringat, ini dunia nyata bukan manga atau manhwa yang boleh berlaku benda-benda klise begitu ya.

  "Chaena, kau okay?" soal Minha. Chaena tersenyum kecil sebelum mengangguk.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

 ᴄᴏɪɴᴄɪᴅᴇɴᴄᴇ? ɪ ʜᴏᴘᴇᴅ ɴᴏᴛ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro