Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

tujuh

haseul terjaga dari lena. dia memandang jam yang ada diatas meja bersebelahan dengan katil. "dah pukul 11?"

kening haseul berkerut. baru saja dia mahu bangun, dia terasa seperti ada sesuatu yang berat ditangannya.

rupanya pipi dongheon berada diatas telapak tangan haseul selama ini. haseul tersenyum seorang diri. dia batalkan niat untuk bangun.

dia pusing ke kiri, menghadap dongheon yang sedang tidur lena. tangan kanannya bermain main dengan rambut dongheon.

walaupun sakit dikepala masih terasa, haseul lebih kisahkan orang yang ada disebelahnya berbanding diri sendiri.

baginya, bukan senang mahu lihat dongheon layan dia sebegitu rupa. dari dulu lagi dongheon selalu memulaukan haseul.

pandang pun taknak, apatah lagi nak bercakap. bagi haseul, ini satu keajaiban yang berlaku pada dirinya.

dilayan baik, berkahwin dengan orang yang dia suka. walaupun masa silamnya agak buruk, dia sudah tak kisah.

semuanya berlaku ada sebabnya. biarlah sekarang, dongheon cuba berbaik dengan dirinya.

dia tak kisah dan tak peduli apa yang terlintas difikirannya. kalau boleh, dia mahu saja lupa apa yang terjadi sebelum dia koma sebulan lalu.

kalau tak kerana jaeyoung, sudah lama dia akan memarahi dongheon diatas sikap egonya itu. haseul hanya berdiam diri saja.

dia tahu perkara sebenar yang terjadi, tapi dia sengaja buat buat tak tahu.

dia nak tengok apa perubahan yang terjadi pada dongheon selepas dia koma selama sebulan.

setakat ini, dongheon sedang cuba untuk menyayangi haseul. lagipun, dia sendirilah yang harus perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

berbalik pada haseul. dia masih lagi memandang dongheon, matanya terasa seperti mahu tertutup.

masih ada lagi sisa baki mengantuk didalam diri haseul. perlahan lahan mata haseul pun tertutup. tangan kanan dongheon dipegangnya.

maka terlelaplah mereka berdua disitu. hanya tinggal lampu tidur saja yang menyinari bilik itu.

dongheon terjaga. dia terjaga pun sebab angin sejuk. ditariknya selimut yang ada dikaki lalu dia selimutkan dirinya.

dia baru perasan yang haseul sudah berpaling menghadap dirinya. selimut tadi dijuihkan kearah haseul.

selesai menyesuaikan diri sendiri, dongheon tidur seperti biasa. tangan yang tadi dipegang haseul, diambil lalu diletaknya di pipi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro