Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

enam

"awak pergi mana? lambat betul balik. dah lupa ke yang awak ni dah ada isteri. ke awak keluar dengan perempuan lain?!"

"bila masa pulak aku keluar dengan perempuan lain? jangan tuduh boleh tak? aku dah lah penat kerja, balik balik kena marah. boleh tak kau faham aku?"

"habis tu, awak tak boleh nak faham saya? saya ni apa, tunggul? awak ingat saya ni takde perasaan ke? menyesal lah saya kahwin dengan awak!"

"eh, kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. kau tu je yang beria sangat nak kahwin dengan aku dari zaman sekolah lagi.

ikutkan hati, aku nak je tolak. tapi disebabkan ibu, aku terpaksa kahwin dengan kau. sekarang ni tepilah. aku penat tau tak!"

"oh. kalau macam tu, kalau jadi apa apa dekat aku, jangan amik tahu tau? kalau aku tersadai dekat jalan raya pon biar tau? yelah, kau kan tak kisah pon pasal aku"

seraya dengan itu, haseul pon keluar dari rumah. sempat dia mengambil telefon. dongheon hanya membiarkan haseul keluar seorang diri.

perempuan tu dah besar, tak payah lagi dia nak jaga. haseul menangis tak henti henti. dia bercadang mahu pergi ke pantai yang tak jauh dari situ.

baru saja dia mahu lintas jalan, dia tak perasan yang ada satu kereta sedang meluncur laju datang kearahnya.

badan haseul tersadai diatas jalan raya kerana terlanggar kereta tersebut. bibir haseul mengukir senyuman. air matanya mengalir.

"huh, masin betul mulut aku ni"

sempat dia mengejek diri sendiri. lama kelamaan, matanya tertutup rapat. apa yang difikirkan buat kali terakhir ialah dongheon saja.

dia berharap yang dongheon akan menyesal dengan perbuatannya. namun haseul tak tahu. sebenarnya, lelaki itu tak pernah langsung curang dibelakangnya.

dia balik lambat pon bersebab. selalunya kerja sajalah alasan yang dia selalu pakai. kadang kadang dia keluar minum bersama jaeyoung.

tapi haseul tak percaya. dia terasa seperti dongheon sedang curang padanya walhal lelaki itu tak pernah keluar dengan perempuan lain selain dari haseul.

mungkin dari segi layanan yang dongheon beri pada haseul. sampaikan gadis itu merasakan yang suaminya sendiri berlaku curang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro