Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

empat

dongheon masuk kedalam wad haseul. dia tersenyum nipis memandang haseul yang sedang membaca buku. memang itu hobinya.

"haseul" panggil dongheon, lembut. seraya dengan itu, haseul terus menutup buku yang dibaca tadi. kaca matanya juga dibetulkan.

"hai dongheon, duduklah" balas haseul. dongheon menarik kerusi yang ada disebelah katil lalu dia duduk dikerusi tersebut.

"kau dah rasa ok sikit?" haseul mengangguk mendengar soalan dongheon. walaupun dia baru sedar semalam, badan dia takdelah rasa sakit sangat.

"kau dah makan?" tanya dongheon lagi. kali ini haseul menggeleng kepala. dia tiada selera mahu makan pagi.

"aku ada bawak makanan favourite kau, kau nak makan?" plastik kek diletak diatas meja katil. kening haseul berkerut.

"makanan apa awak bawak? nampak macam kek je" kaki haseul bersila lalu dia kehadapan sedikit untuk lihat apa yang ada dalam bungkusan.

"bukaklah" dongheon hanya memandang haseul yang gigih mahu membuka bungkusan itu. "kek red velvet? macam mana awak tau?"

dongheon tersenyum lega. "aku kan suami kau, mestilah aku tau" haseul pusing menghadap dongheon.

hilang senyuman dibibir haseul apabila terdengar perkataan 'suami' yang keluar dari mulut dongheon.

dongheon yang perasan riak wajah haseul berubah, terus mengetap bibir. "kenapa haseul, ada yang tak kena ke?"

perlahan lahan bibir haseul mengukir senyuman. "terima kasih!" tubuh dongheon dipeluk sekilas.

haseul mengeluarkan garfu yang ada didalam bungkusan itu lalu kek red velvet itu dimakan dengan berseleranya.

dongheon menggaru leher. matanya memandang kebawah. entah kenapa, dia terasa malu apabila haseul memeluknya tadi.

"dongheon, bukak mulut" pinta haseul. dia sudah menyua kek itu dihadapan mulut dongheon. perlahan lahan dongheon membuka mulut.

haseul menyuap kek itu kedalam mulut dongheon lalu krim yang terhias diatas kek itu dicalit dihidung dongheon.

"hm!" marah dongheon, dia tak dapat keluarkan suara disebabkan kek yang ada didalam mulutnya.

haseul tergelak suka. dia menarik kek itu jauh daripada dongheon supaya lelaki itu tak dapat calit krim pada mukanya.

disebabkan mereka asyik berbalah pasal kek, akhirnya dongheon mengaku kalah. dia duduk semula dikerusi.

baru saja dia mahu lap kesan krim yang ada di hidung, haseul terlebih dahulu mengambil tisu lalu krim itu dibersihkan.

pergerakan dongheon terhenti. dia menatap haseul yang ada dihadapannya. haseul nampak cantik dimatanya.

kenapalah dia terlambat untuk sedar perkara itu? haseul perasan yang jarak antara dia dan dongheon terlalu dekat.

dia terus kebelakang lalu kek tadi diletak dihadapan dongheon supaya mereka dapat makan bersama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro