dua
haseul perlahan lahan membuka mata. sinar cahaya yang ada didalam bilik tersebut buatkan matanya silau buat sementara waktu.
setelah dapat menyesuaikan diri sendiri, matanya terpaku pada seorang lelaki yang sedang tidur diatas sofa berdekatan dekat katilnya.
kening haseul berkerut. dia memegang kepalanya. timbul tanda tanya, mengapa kepalanya berbalut?
malas mahu berfikir, haseul gagahkan diri untuk turun dari katil. oh, dia baru perasan yang dia ada di hospital.
dia beranikan diri untuk pergi kearah lelaki tadi. banyak pertanyaan yang ada di fikiran haseul. dia bercangkung dilantai.
wajah lelaki itu ditatap. keningnya berkerut menandakan yang dia keliru. dalam masa yang sama, dia cuba untuk menganalisis lelaki itu.
lelaki itu nampak seperti rakan sekolahnya dulu atau lebih senang untuk di ringkaskan, lelaki itu merupakan crush haseul sendiri.
tapi kenapa wajah lelaki itu berubah? seingat haseul, dia dan lelaki itu masih bersekolah. jadi, kenapa wajahnya lain dari sebelum ni?
ah, lupakan. janji lelaki itu nampak kacak dimatanya. tanpa sedar, haseul tersenyum seorang diri. perlahan lahan tangannya naik kebahu lelaki itu.
"dongheon-ah, bangun" bahu lelaki itu di goncang perlahan. dongheon terjaga dari lena. tiba tiba matanya terbuka luas.
haseul turunkan semula tangannya. dia memandang lelaki itu dengan senyuman. siapa saja yang tak suka bila crush ada dihadapan kita?
"haseul, bila kau bangun?" tanya dongheon berserta dengan suara serak basahnya. dongheon menggosok matanya.
"baru 5 minit tadi, kenapa?" jawab haseul polos. dongheon hanya mengangguk tanda faham. haseul yang dari tadi asyik menyangkung, terus bersila diatas lantai.
"eh, janganlah duduk dekat lantai. duduk dekat sini" dongheon menepuk ruangan kosong sofa itu. haseul turutkan saja.
"dongheon, kenapa awak tak pergi sekolah lagi? dah pukul 7.40 lah" tanya haseul, wajah dongheon berubah sedikit.
"s-sekolah?" tanya dongheon, haseul hanya mengangguk. "kenapa? ada yang tak kena ke?" tanya haseul pula.
"bukan, tak salah pon. cuma.." mata dongheon beralih ke lantai. dia mengetap bibir. "cuma apa?" haseul makin pelik.
"cuma.. sekarang ni umur kita dah 26"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro