Part 76
[SPOILER ALERT!! SIAPA YANG TAK NAK FRUST MENONGENG JANGAN BACA!]
•°•°•
Kami semua mengeluarkan beg pakaian masing² dari bonet kereta. Well. Zaman dah maju bila Bumi dah dicantumkan dengan Hrasia World.
Terbentang luas sebuah istana di depan mata mereka. Istana siapa lagi? Istana Luke lah. Diorangkan nak realese tension dekat istana Luke.
Dua orang pengawal mendekati mereka semua. Dengan hormatnya mereka menunduk di hadapan Luke dan yang lain.
"Tuanku. Izinkan patik berdua mengangkat semua barang ni." Pinta pengawal tu sopan.
Luke hanya mengangguk lalu membiarkan 2 orang pengawal tu mengangkat barang mereka semua.
"Bawak masuk ke bilik aku dengan bilik tetamu." Arah Luke.
"Mengikut perintah tuanku." 2 pengawal tu membawa kesemua beg pakaian menuju ke dalam istana.
Nasib baik mereka bawak sikit je. Bukan nak duduk lama pun. Kan?
"Thanks." Ujar Stella apabila salah seorang pengawal tu mengambil beg pakaiannya.
"My pleasure, my lady." Pengawal tu melangkah masuk ke dalam istana bersama beg² pakaian mereka.
"Jom. Kita jumpa bonda dulu." Mereka semua mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam istana.
Belum sempat mereka nak ke ruang singgahsana istana untuk berjumpa Queen Hreya, mereka terlebih dahulu terserempak dengan wanita separuh abad itu di taman istana.
"Bonda." Terkejut Queen Hreya melihat anak sulungnya itu membuat lawatan mengejut ke istana bersama rakan² anaknya yang lain. Tak bagitahu pulak tu!!
"Luke? Ya tuhan! Kenapa datang tak bagitahu?" Tubuh anak sulungnya itu dipeluk erat. Rasa lama tak jumpa. Padahal baru 2 bulan lepas jumpa.
"Diorang ni, teringin sangat nak jumpa bonda. Katanya rindu." Sempat lagi dia jeling kawan² dia yang lain.
Mereka semua hanya tersengih tak bersalah. Punya muka tak tau malu😂😂😂
"Sheran! Melina! Irya! Tezz! Stella! Lama bonda tak jumpa kamu." Tubuh sorang² dipeluknya mesra.
"Maaflah bonda. Busy sikit." Balas Stella ramah. Dicium pipi wanita tua itu berkali². Sudah dia anggap wanita itu sebagai bondanya sendiri.
"Iya lah kan. Penyelamat dunia. Eh? 2 orang ni siapa pulak? Kawan baru ke?" Soal bonda sebaik sahaja nampak Elly dan Graze.
Elly dan Graze masing² menunduk hormat. Menghadap Queen kenalah hormat. Mau kena pancung nanti.
"Mereka berdua ni guardian Stella bonda. Yang lelaki tak berapa hensem tu Graze. Perempuan jelita tu pulak Elly. Diorang ni dah berkahwin." Sampuk Sheran.
Dengan tak tahu malunya dia pi kutuk Graze tu. Graze mampu jeling je. Permaisuri kat depan tu. Kalau permaisuri tak ada dah lama dia hempuk Sheran tu bagi lunyai.
"Ohh. Gembira jumpa kamu berdua. Kamu panggil je bonda. Tak payah nak bertuanku bagai okey?" Elly dan Graze tersenyum manis ke arah Queen.
"Baik bonda." Ujar Elly lemah lembut. Penuh sopan santun. Penuh kesopanan dan kesusilaan.
"Bonda!!!" Terus semua menoleh. Kelihatan Qreya berlari tak cukup tanah menghampiri bonda. Buat marathon ke?
"Diorang dah sampai bonda."
Diorang dah sampai? Siapa yang dah sampai? Bonda ada tetamu ke?
"Oh lupa pulak bonda. Bonda pergi dulu ye. Ada tetamu." Kami semua menunduk hormat sebelum bonda berlalu. Sempat bonda berbisik sesuatu ke arah Luke.
"Dia ada di sini Luke." Bisikkan bondanya bagaikan renjatan elektrik memasuki tubuhnya.
Perlahan² bonda melangkah pergi dari situ meninggalkan Luke yang terpaku.
"Qreya pergi dulu ye! Ada date ni! Nanti kita sembang ye! Tata!!!" Amboi! Datang tak dijemput. Pergi tak disuruh.
"Ceh. Makin liar Qreya ni. Tak tahu malu lansung. Nak pergi date pergi je lah. Perlu ke bagitahu?" Aik?? Jeles ke Sheran?
"Aik?? Takkan cemburu kot?" Soal Melina sambil mematah² jarinya. Prak prak bunyi.
"Ehh!!! Kau jangan fikir lain! Buat apa aku nak jeles?! Aku dah ada kau kan?!" Laju je Sheran menafikan kenyataan gf dia tu. Bahaya².
"Kalau aku tahu kau ada perempuan lain, aku kerat kau 18 faham?!" Amaran maut.😂😂
"Ye². Faham². Hanya kau saja di hatiku wahai Cik Melina." Terus semua tertawa melihat telatah pasangan tu.
"Mengada!!" Eleh. Jual mahal konon! Suka cakaplah suka!!!
"Luke!!!"
Tengah mereka berseronok dekat taman tu, seseorang menjerit nama Luke kuat. Terus semua menoleh.
Kelibat seorang perempuan cantik berambut biru dengan gaun putih berlari ke arah mereka. Siapa?
"Luke!! Lama kita tak jumpa kan? Awak apa khabar?" Tangan Luke yang bebas itu dipeluk perempuan itu erat.
Sedikit sebanyak menyakitkan hati Stella. Tak Stella. Fikir positif. Diorang mungkin kawan atau sepupu ke? Lagipun perempuan tu nampak macam seorang puteri.
"Lia? B--bila awak sampai sini?" Luke pula terkejut dengan kehadiran gadis tu. Nama gadis tu Lia?
Dan... Sejak bila Luke pandai guna saya-awak ni? Sebelum ni dia guna aku-kau je.
"Baru je tadi. Patutlah saya rasa macam nak ikut ayahanda tadi. Sebab awak ada rupanya." Senyuman manis di wajah gadis tu menyerikan lagi wajah cantiknya itu.
"Ermmm..." Tetiba Luke nampak down. Riak wajahnya turut berubah. Kenapa?
"Oh? Ni kawan awak ke Luke?" Soalan Lia hanya dijawab dengan anggukkan.
"Hai. Nama saya Sheran. Sebelah saya ni pulak Melina. Sebelah Melina pula Tezz. Yang rambut ungu tu Irya. Rambut hitam tu Graze. Rambut putih tu pulak Elly. Dan yang dekat tepi Luke tu pulak--"
"Sekejap!!! A--awak ni Stella kan?! Stella Zirgan!! Yang cantumkan semula Bumi dengan Hrasia World kan?! Omg!!! Tak sangka saya dapat jumpa idola saya!!! Saya minat kat awak sangat² tahu tak?! Luke!! Awak tak bagi tahu pun awak ada kawan kuat macam ni!!" Jerit Lia teruja.
Luke pula hanya mengalihkan pandangan dari tadi. Dia macam nak elakkan dari bertentang mata dengan kitaorang. Macam dia ada rahsiakan sesuatu.
Stella pula tersenyum malu. Tak sangka dia ni terlenal jugak.
Terkenal? What the heck. Kau cantumkan semula 2 dunia yang terpisah. Siapa yang tak kagumi kau?!
"Oh! Saya lupa."
Tangan putih melepak milik Lia dihulurkan ke depan. Nampak sangat putih dia weyh. Macam Olaf dah aku tengok. Nasib tak ada hidung carrot je😂😂
"Saya Puteri Lia Ransome. Puteri kedua Florial Kingdom."
•
•
•
•
•
"Dan juga tunang kepada Luke."
Bersambung...
Amacam? Terkejut? Jangan kecam Arine ehh!! Kita masih tak tahu ending dia macam mana walaupun sebenarnya Arine dah tahu😜
Nak tahu jugak? Tunggulah~~
Tata!!😘💕💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro