Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 57

Flashback Graze🍂

Seorang lelaki berambut hitam bersandar pada sebatang pokok rendang dengan tenangnya. Di depannya terbentang padang rumput yang luas terbentang.

Tengah dia ralit mencari ketenangan, sepasang tangan menekup matanya dari belakang. Hampir sahaja dia melompat.

"Guess who~" satu suara merdu menerpa telinganya. Terus dia tersenyum manis.

"My little star, Elly right?" Lelaki itu dah kenal sangat dengan suara merdu tu.

"Betul!!!" Matanya dilepaskan daripada sepasang tangan itu dan terserlah, seorang gadis berambut putih bermata biru tersenyum manis ke arahnya.

"Pandailah my hubby ni!" Hidung mancung Graze dipicit lembut oleh jari mulus Elly.

"Mestilah. Ni kan Graze." Graze mula berbangga diri. Hidung tu jangan katalah. Pinocchio pun kalah.

"Hahaha. Berlagaknya! Nah. Elly ada bawa makanan tengahari." Satu bakul rotan dihulurkan kepada Graze lalu disambutnya lembut.

"Temanlah abang makan. Tak bestlah makan sesorang."

"Hehehe. Yelah²." Elly duduk bersimpuh di atas permaidani rumput di sebelah Graze. Bekal makanan tengahari yang dibawa olehnya dibuka lalu dicedok menggunakan sudu.

"Meh sini. Biar saya suap." Dengan rela hatinya, Graze membuka mulutnya seluas yang mungkin dan masakan Elly selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Ermm... As expected from Chef Elly." Mereka berdua masing² ketawa kecil.

Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan turut gembira melihat pasangan ni. Sama cantik sama padan.

Gelak tawa yang selalu menghiasi hidup mereka. Senyuman yang diukir mereka setiap masa. Kebahagian yang mereka alami sekarang...

Semuanya adalah tipu. Di sebalik gelak tawa itu tersimpan tangisan yang memberontak. Di sebalik senyuman itu, tersorok mutiara jernih yang hari² menitis melalui pipi. Di sebalik kebahagiaan yang ditonjolkan, terpendam perasaan perit yang tiada tandingannya. Semua ni hanya dusta. Bagaikan memakai sebuah topeng.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Graze membaringkan diri di atas permaidani rumput berbantalkan paha si isteri setelah perut penuh diisi. Rasa nk meletup dah perut tu.Angin sepoi² bahasa menampar lembut wajah mereka. Masing² bermasam muka. Di lubuk hati mereka terpendam perasaan pedih dan perit.

"Tomorrow is the day right?" Soal Elly tetiba. Senyuman yang tadi terukir hanya semantara.

Soalan Elly dibalas dengan anggukkan lemah dari Graze. Di wajahnya juga terserlah kesedihan yang ditanggungnya.

"She's gonna born tomorrow. So, I think this is a goodbye then." Graze bangun dari baringnya.

Mata hitam Graze bertemu mata biru Elly yang dah mula berair. Pantas tubuh lelaki itu dipeluknya.

Terus air matanya yang ditahan mengalir di pipi. Wajahnya disembamkan pada dada bidang Graze.

"Saya harap, dia tak ambil masa yang lama untuk cari kita." Rambut putih Elly diusap lembut.

"I hope so too." Keadaan kembali hening. Tiada lagi gelak tawa ataupun berbualan antara mereka berdua.

Yang tinggal hanya pelukkan yang bakal terlerai tak lama lagi. Dan tak diketahui bila lagi, mereka berdua dapat bersama seperti ini lagi. Dan belum tentu mereka dapat berjumpa lagi selepas ni. Semuanya bergantung kepada seorang gadis.

Ya. Ianya Stella Zirgan.

End Flashback

"Jadi... Sebab aku... Korang berdua terpisah?" Perasaan bersalah mula menyelubungi diri Stella setelah mendengar carita Graze.

"Ianya bukan salah kau pun. Ianya takdir. Semuanya dah ditentukan dari awal lagi." Mendengar kata² Graze, hilanglah sikit perasaan bersalah tu.

"Kiranya kalau aku nak temukan korang semula. Aku kena kumpulkan ketujuh² kunci tu dan cari dekat mana guardian kedua a.k.a Elly tu berada?" Teka Stella.

"Exactly!" Balas Graze.

"Kalau macam tu, aku kena berusaha keras lagi lah untuk dapatka ketujuh² kunci secepat mungkin." Ujar Stella bersemangat. Graze tersenyum melihat kerenah Stella.

"Kalau macam tu, jangan sesekali kau fikir untuk berhenti dari terus cari kunci² tu." Sokong Graze.

"Aku takkan berhenti punya! Kita dah dapat 5 kunci. Tinggal lagi dua je. Dan kita terus boleh cari isteri kau. Tak lama pun. Sekejap je." Bahu Graze ditepuk perlahan memberi semangat.

"Thanks. Dah! Sekarang kau pergi mandi! Aku bau kalah daripada kambing dah kau ni! Busuk!" Sindir Graze sambil menolak Stella jauh daripadanya.

"Aku tahulah! Memang aku nak mandi pun tadi!" Balas Stella geram. Orang risau pasal dia pun dah baik dah tu. Bukannya nk berterima kasih. Malah menghalau pulak.

Terus dia keluar dari bilik Graze dengan pipi yang dikembungkan. Merajuklah tu...

Graze tersenyum nipis.

"Aku harapkan kau, Stella. Elly. Tunggu abang."

Bersambung...

Bad news guys~ disebabkan ramai orang tahu yang Arine adalah mangsa Pt3 dan trial just~ around the corner...

I'm gonna hiatus for a while from updating books~ sorry guys~ Arine akan hiatus sampai habis Pt3.

Dan!! Arine janji! Lepas je Pt3 Arine akan update balik setiap hari Rabu dan Sabtu. Dan! Ats cadangan mesyuu- yang memaksa Arine... Lepas pt3 Arine akan update 4 chapter sehari!! Arine janji! Jadi~~~ pleaseee!!! Jangan buang book ni dari library korang!

Takkanlah korang tak nak tahu kesudahan cerita ni kan? Okay? Jadi... This is a goodbye then. Arine still akan balas komen korang kalau ada masa. Insyaallah.

Doakan Arine dapat keputusan cemerlang ye? Oh! Dan Fighting untuk mangsa yang seangkatan dengan Arine.

Love you! Muahh!!😘💕💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro