part 40
Disebabkan matahari sudah melabuhkan dirinya, Stella dan yang lain terpaksa berhenti daripada meneruskan perjalanan di dalam hutan tebal itu.
3 buah khemah yang dihasilkan oleh Tezz dengan menggunakan kuasa tanahnya. Melina pula menggunakan kuasa tumbuhannya untuk menghasilkan lapik untuk mereka semua tidur.
Luke pula menghasilkan unggun api betul² di tengah² tapak perkhemahan yang menjadi punca cahaya dan haba kepada mereka semua.
Stella duduk di batu sungai berdekatan dengan tapak perkhemahan. Kunci yang didapat pada petang tadi setia di tangannya.
Satu dah dapat, ada lagi 6 nak cari. Mesti susah. Sedar tak sedar dia melepaskan nafas berat.
"Kuat kau mengeluh." Satu suaranya menyapa dari belakang. Terkejut Stella.
Jejaka itu mengambil tempat di sebelah Stella. Stella pula hanya menatap Fire Key yang dipegangnya.
"Kau fikir apa?" Soal Luke. Kakinya direndamkan ke dalam air sungai yang sejuk itu.
"Tak ada apa² pun." Jawab Stella ringkas.
"Kau tak nak tidur lagi ke?" Soal Luke lagi.
Sekali lagi Stella mengeluh. Sejak bila Luke ni banyak mulut dan jadi peramah? Selalunya diam je~ detus hati Stella.
"Nantilah. Kenapa kau Tanya?" Balas Stella diikuti dengan soalan.
"Taklah. Mana tahu boleh tidur sekali kau sekali ke?" Jawab Luke selamba.
Namun dengan kata² tu manpu membuat muka Stella yang Putih mulus itu bertukar merah.
Tiada perbualan yang berlaku diantara mereka selepas itu. Keadaan kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan air sungai yang menerpa kaki mereka berdua.
Secara tetiba Stella bangun Dari batu sungai itu dan menepuk bajunya.
"Aku tidur dululah. Esok kena bangun awal." Ujar Stella.
Fire Key di tangannya disimpan di dalam poket seluarnya.Luke juga turut bangun Dari duduknya.
"Jomlah. Aku pun nk tidur." Tanpa amaran Luke terus menarik tangan Stella ke tapak perkhemahan.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella mengacau sup cendawan dalam periuk yang dimasaknya. Beberapa buku roti turut dihidangkan di dalam bakul di atas tikar yang dihampar di atas tanah.
Sup cendawan itu dicedok masuk ke dalam mangkuk Yang secara sengaja dia bawa.
Tetiba Irya keluar dari khemahnya dan Tezz. Tergesa² dia menyarung kasutnya.
"Irya. Marilah sara--"
belum sempat Stella mahu mengajak Irya untuk bersarapan gadis itu telah lari sepantas yang mungkin ke satu pokok berdekatan.Dia mula memuntahkan isi perutnya keluar di pokok itu.
Tak lama kemudian Tezz keluar Dari khemahnya dengan tergesa² dan bergegas ke arah Irya yang masih dipokok.
Stella menggapai botol airnya lalu menuju ke Tezz yang menepuk belakang Irya Yang masih memuntahkan isi perutnya.
"Kenapa dengan Irya, Tezz?" Soal Stella prihatin.
Tezz hanya menjawab dengan bahunya diangkat. Stella menghulurkan botol airnya kepada Irya yang baru memuntahkan isi perutnya.
Setelah berkumur dengan air, botol air itu diserahkan semula kepada Stella. Kepalanya direhatkan di bahu Tezz. Terasa dirinya agak lemah. Stella hanya mampu menepuk belakang Irya untuk menenangkannya.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Luke, Stella, Sheran, Graze dan Tezz menunggu Melina dan Irya yang berada di dalam khemah Tezz dan Irya.
Memandangkan Melina tahu serba sedikit tentang perubatan, mungkin dia boleh periksa Irya.
Tak lama kemudian Melina keluar dari khemah itu sambil membuka ikatan rambut hijau panjangnya itu.
"Melina. Macam mana dengan Irya?" Soal Tezz resah akan keadaan kekasihnya itu. Melina hanya mampu mengeluh.
"Aku tak tahu, sama ada ini berita baik atau tak, tapi aku kena bagitahu korang." Ujar Melina serius.
"Apa? Kenapa dengan Irya, Melina?!" Desak Tezz.
"Irya...." Kata² Melina berjeda seketika.
•
•
•
"Mengandung."
Semua di situ tersentak dengan kenyataan itu. Lagi² Tezz. Dia tak tahu dia nk gembira ke tak.
"A--aku nk jumpa Irya." Baru je Tezz nak masuk kedalam khemah ith tetapi ditahan oleh Melina.
"Dia tak nak junpa kau buat masa ni. Mungkin dia tak sedia lagi nk berhadapan dengan kau." Kata² Melina membuatkan Tezz terpaku.
"T--tapi kenapa?" Soal Tezz yang masih dengan kejutan budayanya. Melina sekadar menggeleng.
"Sifat orang mengandung sukar diduga. By the way. Tahniah." Bahu Tezz ditepuk perlahan.
∆∆∆∆∆∆∆∆
Stella masuk ke dalam khemah dimana Irya berada. Tangannya menatang sarapan buat Irya.
Kelihatan Irya yang duduk di penjuru khemah sambil memeluk lututnya. Dengan berhati² Stella meletakkan dulang yang ditatangnya di atas tanah.
"Irya..." Panggil Stella lembut sambil menghampiri rakannya itu. Tiada balasan dari Irya.
"Aku ada bawa sarapan ni. Kau makan sikit eh?" Soalan Stella dibalas dengan gelengan dari Irya.
"Janganlah macam ni Irya. Kau kena makan. Tak kesian ke dekat bayi dalam perut kau tu?" Soal Stella lembut.
Dia tak nak menyakiti hati rakannya itu. Perlahan² Irya memandang Stella.
"Korang dah tahu?" Soal Irya perlahan. Stella menjawab dengan anggukkan ringkas.
"Tezz?" Soal Irya lagi.
"Dia dah tahu." Balasan Stella membuatkan air mata Irya mengalir. Mukanya ditekup dengan kedua² belah tangannya.
Stella dengan ikhlasnya meminjamkan bahunya pada Irya. Kepala Irya diusap lembut. Kedengaran esakan yang keluar dari mulut Irya.
"A--apa yang patut aku buat sekarang ni Stella? M--macam mana kalau Tezz tak nak bayi ni?" Kata Irya diselangi dengan esakkannya.
"Shuuhh~ Janganlah nangis. Aku yakin, Tezz takkan buat macam tu. Dari apa yang aku nampak, dia betul² cintakan kau. Takkan dia sanggup nk sakitkan hati orang yang dia cinta?" Pujuk Stella. Tangannya setia mengusap kepala Irya lenbut.
"T--tapi-- macam mana kalau d--dia--"
"Shuhh~ Jangan cakap macam tu. Fikir positif, okey?" Potong Stella laju. Dia tak nak tangisan rakannya itu semakin menjadi². Perlahan² Irya mengangguk.
Stella yakin, Tezz bukan seorang yang tak bertanggungjawab. Dia pasti akan bertanggungjawab atas bayi tu. Dia pasti.
Bersambung...
Again! Sorry sebab tengah² malam baru nak update. Sibuk sikit dengan exam. Dengan terawih lagi.
By the way, hari ni dah hari ke 16 ramadhan. Dah beli ke baju raya? Warna apa?
Kalau Arine punya warna Emerald Green. Korang? Commentlah. Mana nak tahu kita sedondon ke?
Okaylah. Tu je kot? Sabtu pulak Arine update ye.
Tata!!😘💕💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro