Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 37

Selepas 2 hari selepas perlawanan antara Graze dan Luke di collesium itu, semuanya kembali normal.

Cuma... Tulah. Luke ngan Graze tu... Tiap Kali bertembung ja pasti ada panahan kilat yang akan terhasil antara mereka.

Stella pula dah pening kepala. Mana taknya? Dia yang jadi mangsa keadaan sekarang ni! Graze ngan Luke tu suka kacau dia!

Kalau Graze okeylah jugak. Kekadang tolong dia masak, bawak dia jalan², tolong dia kemas Rumah. Ni si rambut merah tu! Bukan nk menyenangkan orang! Lagi menyusahkan orang adalah!

Sikit² suruh Stella buat kerja. Sikit² Stella. Yang tu Stella. Yang ni Stella. Stress!!! Macam nk meletup ja kepala Stella tu!

Pakaian Stella semuanya dilipat elok² dan dimasukkan ke dalam beg galasnya dengan kemas. Segala makanan, minuman, sabun, barang peribadi semuanya dia masukkan dalam beg itu. Tak lupa juga dengan herba dan ubat²an.

"Kau yakin kau pergi malam ni? Kita baru sampai academy 3 hari lepas kot. Penatlah~" rengek Graze yang duduk di atas katil milik Stella. Badannya di baringkan di atas tilam empuk itu.

Tanpa mereka sedar, Irya yang secara kebrtulan melintasi bilik Stella berhenti dari langkahnya. Dia mula mendekati pintu bilik Stella dan curi² dengar perbualan mereka berdua.

"Keputusan aku muktamad! Apa pun yang nk jadi, malam ni jugak aku kena pergi dari sini! Lagi cepat lagi bagus!" Stella meng'zip' beg galasnya kemas. 2 botol air mineral 1 liter di masukkan ke tempatnya di sisi beg.

"Haih~ Kau tak nak bagitahu yang lain ke? Takkan kita nk pergi berdua ja." Graze masih mahu membantah.

"Kalau aku nak diorang ikut dah lama aku bagitahu diorang! Bengap lah kau ni! Jangan risau. Kau kan ada. Boleh protect aku."

Graze melepaskan keluhan kecil. Penat nk pujuk tuannya yang bagai kepala batu dari hulu tu. Degil sangat!

"Ikut kaulah Stella. Aku nk tido kejap. Malam nanti kena berjaga pulak." Perlahan² Graze memejamkan matanya.

"Apa? Kau ingat kau sorang je nk berjaga? Aku pun kenalah! Tepilah sikit! Aku pun nk tidur!" Stella menolak tubuh Graze jatuh Dari katil miliknya.

Graze yang baru ja nk terlelap mendengus kegeraman. Terus dia bertular ke bentuk seekor kucing dan naik semua ke atas katil. Bantal di sebelah Stella menjadi tempatnya beradu.

Irya yang curi² dengar perbualan mereka terpaku bagaikan patung cendana. Stella nk pergi Dari sini? Kena bagitahu yang lain ni!

Pantas Irya mengatur langkah ke ruang tamu dimana mereka semua berkumpul.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella terjengket² keluar Dari biliknya bagaikan seorang pencuri. Di belakangnya ada beban beg pakaiannya manakala di atas kepalanya pula ada Graze yang nyenyak tidur.

Lampu bilik yang lain gelap! Lampu ruang tamu, gelap! Dapur pun gelap! Ok line clear! Perlahan² Stella menuju ke ruang tamu rumahnya itu.

Dia cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi yg mampu membuat rakan²nya itu terjaga Dari lena mereka.

Setelah pintu utama rumahnya mula kelihatan makin langkahnya melaju mendekati pintu itu. Sebaik sahaja dia nk Pulas tombol pintu tu...

Tikk!

Tetiba sahaja ruang tamu itu menjadi terang. Stella sudah mati akal di situ.

"Stella Zirgan. Kau nk pergi mana?" Satu suara menyapanya Dari belakang. Kenal sangat dia dengan suara serak² basah tu.

Air liurnya ditelan sukar. Perlahan² dia menoleh ke belakang dengan senyuman di bibir. Senyuman takut.

Kelihatan kelima² rakannya itu sedang memandangnya tajam sambil berpeluk tubuh. Muka yang mengerikan kalah rasaksa tu!

Stella hanya mampu tersenyum pahit ke arah mereka. Manik² peluh dingin mula kelihatan di dahinya.

Mak. Tolong Stella. Detus Stella dalam hati. Harap² lepas ni dia hidup lagi.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella dan Graze masing² duduk bersebelahan di atas sofa dengan wajah yang ditundukkan memandang lantai. Macam budak 5 tahun kena marah dengan mak sebab baju Kotor.

5 Pasang mata memerhati mereka tajam dari tadi. Tubuh mereka berdua dilihat berselang seli.

"Kau nak pergi Mana dengan Graze, Stella?" Soal Melina dengan Nada serious.

"Err... A--aku..."

"Kau nk tinggalkan kitaorang?" Potong Melina pantas. Apalah. Tunggulah orang jawab bagi habis dulu.

"Mana ada aku nk tinggalkan korang!" Jawab Stella pantas. Sapalah yang tetiba tuduh dia buat bukan² macam ni?

"Habis tu? Apa yang kau nk buat dengan beg semua ni?" Celah Sheran pula.

Keluhan kecil Stella lepaskan. Pelipisnya diurut perlahan. Si Graze kat sebelah dia pun bukan nk bela dia. Duk menunduk ja Dari tadi!

"OK... Biar aku terangkan." Nafas ditarik dalam sebelum memulakan bicara.

"Ya, aku memang nk keluar Dari Rumah ni..."

Mereka yang lain semuanya menayang muka kecewa mendengar ayat aku. Diorang betul² salah faham.

"Tapi! Aku pergi sekejap je. Aku ada sesuatu yang aku perlu buat. Nanti 1 bulan lagi aku baliklah. Takkan aku nk tinggalkan keluarga aku ni selama²nya."

"Benda apa yang kau nk buat sampai sebulan tu? Kenapa tak bagi tahu kitaorang? Kata keluarga." Celah Tezz pula.

"Ya. Memang aku dah anggap korang macam keluarga aku, dan sebab tu aku tak bagitahu korang. Benda yang aku kena buat ni bahaya. Aku tak nak korang cedera. Dan aku tak nak korang tinggalkan academy jugak." Terang Stella panjang berjela. Harap² diorang faham lah.

"Dah tahu benda tu bahaya, pergi sorang jugak." Kata² Luke membuatkan Stella menoleh ke arahnya.

"Aku dah ada Graze yang boleh teman aku. Jadi aku rasa aku tak payah nk libatkan korang dalam ni. Aku risaukan korang."

"Benda apa yang kau kena buat sampai sebulan tu? Kau tak jawab pun dari tadi." Soal Tezz sekali lagi.

"Err... Aku..." Stella menggaru kepalanya yang banyak kutu. Okey gurau!

"Biar aku terangkan."

Bersambung...

Sorry!🙏
Sorry!🙏
Sorry!🙏
Sorry!🙏
Sorry sangat²!!🙇🙇🙇

Sorry sebab lambat update!! Semalam tak boleh nak update sebab tempat Arine Hujan ribut! Tak boleh nak buka wifi.

Pagi tadi pulak ada tusyen dan lepas balik tusyen terus terlelap. Ni baru bangun! Sorry sangat² tau!🙇

Arine ada satu benda yang entahlah~ menggembirakan atau tidak. Arine nak buat satu story yang~ hmm...

Bagi Arine agak menerujakan lah. Nak tahu? Lambat lagilah sayang² ku~

Arine akan buat book tu selepas Arine habiskan semua buku² fantasy Arine. Nak Arine listkan? Jap eh!

(1)Warrior in silent(√)
(2)Magic in heart(√)
(3)Reaching the sky(O.G)
(4)The twins(O.G)
(5)Young Knight {RTS season 2} (selepas reaching the sky tamat)
(6)Lightning revenge(selepas the twins tamat)
(7)The World Ruler(selepas tamat young knight tamat)
(8)Gamers(selepas lightning revenge tamat)

Banyak kan? Dan kemungkinan selepas habis semua cerita di atas Baru Arine akan buat cerita yang Arine kata menerujakan tu.

Dan selepas cerita tu, Arine akan berhenti dari penulisan dunia fantasi. Dan mungkin Arine akan pergi ke genre² lain contohnya romance, teen fiction, science fiction dan lain².

Kecuali! Horror! Arine memang jenis yang betul² penakut! Sekarang pun masih tidur dengan mak dan tok.
Bukan sebab penakut sangat sampai tak berani nak tidur sesorang. Tapi mak Arine baru lepas operate so tak boleh tidur dengan ayah Arine. Jadi tidur dengan Arine.

Eh! Banyak pulak Arine cakap. Sampai sini je lah. Selamat berbuka puasa!!

Tata!!😘💕💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro