part 36
Stella, Luke, Graze, Melina, Sheran, Tezz dan Irya sekarang sedang menuju ke collesium. Hari ni ada kelas perlawanan sebab tu mereka pergi ke collesium.
Gila ke apa nk buat dalam kelas. Tak pasal² ranap banggunan tu! Lagi² kalau kena dengan orang yang kuat contoh, Melina.
Tiba saja di sana mereka mengambil tempat duduk di barisan hadapan sekali memandangkan mereka dari kelas pertama.
"Harap² bukan nama aku yg kena. Aku dah lah tak berlatih semalam." Pohon Sheran sambil berharap.
Siapa yang akan bertarung ditentukan melalui undian. Mula² Puan Irina akan cabut satu nama. Lepas tu akan tengok jika ada sukarela nk lawan dengan pelajar tu. Kalau tak ada akan dicabut pula nama yang kedua.
Dan juga ada had masa selama 15 minit. Jika seorang pun tak kalah dalam masa 15 minit akan dikira seri!
"I bet this gonna be soooooo boring." Ujar Graze dengan nada bosannya. Matanya mula kuyu sebab perasaan bosan yang menguasai diri.
Stella yang duduk di sebelahnya hanya menggelengkan kepala dengan perangai Graze. Kerja nk tido. Lebih baik tak payah datang collesium. Tidur je dalam kelas.
"Baik! Peserta pertama untuk hari ni adalah..."
Kertas undian yang dicabut oleh Puan Irina tadi dibuka perlahan². Semua pelajar menanti nama yang bakal diumumkan dengan debaran di Dada.
"Graze Dari kelas 5-diamond!"
Graze yang baru nk lelapkan mata terus duduk tegak. Mukanya jelas riak terkejut.
"Aku ke?" Soal Graze dekat Stella di sebelahnya. Kini dia menjadi tumpuan di situ.
"Tak ada nama Graze dalam kelas 5-diamond selain kau." Ujar Luke yang berada di sebelah kiri Stella selamba.
"T--tapi... Aku tak boleh guna kuasa aku tanpa kebenaran Stella." Bisik Graze perlahan. Nama pun bisik memanglah perlahan.
"Kau bagi ke Stella?" Sambung Graze.
Kalau Stella tak bagi, tak pasal² dia akan dibuang dari list seorang Guardian. Memang itu syarat nk jadi Guardian. Kalau nk guna kuasa kena ada kebenaran daripada tuan.
"Aku OK je. Tapi jangan lebih²." Balas Stella dengan senyuman.
"Yass!!!" Sorak Graze gembira sebelum berlari ke gelanggang di tengah² collesium academy.
"Baik! Ada sesiapa yang sukarela nk menjadi pesaing Graze?" Soal Puan Tina selaku jurucakap.
Tanpa ragu² Luke mengangkat tangannya. Semua di situ terkejut dengan kelakuan Luke. Tak pernah² Luke nk jadi sukarela.
"Nampaknya Top Student kita ingin menjadi pesaing Graze! Adakah ini akan menjadi pesaingan yang hangat atau pertarungan yang membosankan?"
Mendengar sahaja kata² Puan Tina terus Luke dan Graze menjeling Puan Tina tajam. Apa maksud 'pertarungan yang membosankan' tu. Puan Tina pula dah kecut perut dengan jelingan maut dari dua jejaka itu.
"B--baik. T--tanpa berlengah lagi! Mari kita mulakan pertarungan!!!"
Sorakkan para pelajar mula kedengaran. Dalam sekelip mata colessium itu menjadi bingit.
Masa persediaan selama 30 saat dimulakan kiraannya. Luke dan Graze masing² mengeluarkan pedang api dan pedang bayang milik mereka.
Buat kali pertama pelajar academy itu nampak Luke mengeluarkan pedang apinya. Dengar kata pedang api Luke mampu memusnahkan sebuah hutan dengan hanya satu libasan!
Graze hanya tersenyum sinis memandang Luke. Luke pula hanya menayangkan wajah dinginnya bagaikan ais kutub selatan itu.
Tettt!!!!
Masa persediaan telah tamat. Mendengar sahaja bunyi itu terus mereka meluru laju ke arah masing² dengan pedang yang telah siap sedia untuk dilibas.
Shingg!!!
Bunyi desingan yang amat kuat mula kedengaran akibat pedang Luke dan Graze yang bertembung itu.
Para pelajar mula menekup telinga masing². Debu² mula berterbangan di udara mengakibatkan kawasan gelanggang mejadi kabur.
Walaupun dalam kepulan asap itu, bunyi pedang bertembung masih kedengaran. Maksudnya Luke dan Graze masih bertarung!
Sebaik sahaja debu² itu kelihatan Luke dan Graze yang bertarung di tengah² gelanggang. Sesekali mereka bergerak ke tepi gelanggang.
Pergerakkan mereka bagaikan kilat! Terlalu pantas untuk dikesan melalui mata kasar.
Shingg!!
Tinggg!!!
Tanggg!!
Hanya kedengaaran bunyi pedang berlaga sahaja. Stella cuba sedaya upaya untuk menangkap pergerakkan mereka tetapi lansung tak berjaya.
Sekali lagi pedang mereka bertembung di tengah² gelanggang. Masing² menolak pedang masing² dengan kekuatan yang ada.
Akhirnya kedua² mereka melompat ke belakang berdekatan dengan pagar gelanggang. Masing² mengukir senyuman sinis.
Pedang masing² hilang dari pandangan. Secara serentak mereka berlari pantas ke tengah gelanggang. Kini perlawanan tanpa senjata a.k.a hand combat berlaku.
Walaupun hand combat, pergerakkan mereka masih laju. Tetapi sedikit sebanyak dapat ditangkap oleh penglihatan para pelajar.
Bukan sahaja tangan yang digunakan. Semua anggota badan! Siku, lutut, kaki, kepala, semuanyalah!
Tetapi satu serangan pun tak mengena mana² pihak. Semua serangan dapat dielak dengan sempurna bagaikan ada kuasa sykid.
Tett!!!
Tempoh 15 minit telah tamat. Mereka berdua masing² berhenti bertarung dengan keadaan tangan dihalakan ke muka masing².
Semua di situ terkedu. Tiada pun lebam mahupun calar di tubuh mereka.
"Keputusannya adalah seri!!!" Penguman itu membuatkan collesium yang senyap sunyi terus hingar bingar.
Mereka masing² kembali ke tempat masing² di sebelah Stella.
"Tahniah." Ucap Stella kepada mereka berdua tapi sorang pun tak menjawab. Frust ke?
Bersambung...
Hey guys!(and girls~) Itu je yang Arine boleh belanja hari ni. So~ tunggulah Sabtu ni pulak ye.
Dan selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Kepada semua yang boleh puasa jangan ponteng okay!
Banyakkan ibadah korang. Korang pun tahu bulan puasa ni pahala dilipat gandakan.
Dah²! Arine tak nak bertaskirah dekat sini! Arine pun bukan pandai sangat bab agama ni.
Dan! Book Arine akan diupdate macam biasa jangan risau ye~. Arine taklah kejam sangat😉
Tata!!😘💞💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro