part 15
Seusai sarapan Luke terus mengendong Stella dengan cara piggy back ke satu taman yang cukup indah dan unik.
Pokok² di taman tu berdaun berwarna ungu cair dan merah jambu. Ada sebuah tasik yang jernih di tengah² taman. Ada juga beberapa pasangan yang meluangkan masa bersama di sekitar taman itu.
Buat seketika Stella tergamam dengan keindahan taman itu yang begitu indah.
"Cantiknya." Spontan ayat itu keluar dari mulut Stella.
"Memang. Taman ni dipanggil The Memories Park. Kebanyakkan pengunjung di sini adalah pasangan kekasih. Tapi ada jugak yang ingin mencari ketenangan di sini." Terang Luke panjang lebar. Stella hanya mengangguk akibat terlalu tergamam dengan taman yang tidal pernah dia jumpa di dunia.
"Taman ni jugak ada sejarahnya." Kata² Luke membuatkan Stella memandang ke arahnya.
"Sejarah?" Luke mengangguk sambil meletakkan Stella di atas rumput di keliling sebatang pokok.
"Ikutkan mitos, taman ni dulunya macam taman yang lain. Daun hijau, tasik yang cantik. Di sini juga menjadi tempat pertemuan seorang Puteri dan seorang lelaki yang datang dari golongan yang sederhana. Mereka berdua bercinta dalam diam tanpa pengetahuan raja dan permaisuri. Dan satu hari ada orang yang bocorkan tempat pertemuan mereka ni lalu sampai ke telinga Raja dan permaisuri. Mereka tak mahu tuan Puteri itu mempunyai hubungan dengan golongan miskin jadi raja dan permaisuri perintahkan tenteranya untuk membunuh lelaki tu. Satu hari tuan Puteri dan lelaki itu berjanji ingin berjumpa di taman dimana tempat pertemuan rahsia mereka. Dan lelaki itu tiba awal dari tuan Puteri. Tanpa melengahkan masa tentera² terus membunuh lelaki itu. Sebaik sahaja Puteri tiba di taman dia terpaku melihat kekasih dia terbaring tidak bernyawa sambil dilumuri dengan darah. Akibat terlalu sedih tuan Puteri pun tenggelemkan dirinya dalam tasik ni dan tiada siapa yang menjumpai mayat mereka berdua." Luke menoleh ke arah Stella dan dia terkejut apabila melihat hidung dan mata Stella mula memerah dan dipenuhi dengan cecair.
"Woi kau kenapa ni? Kenapa kau nangis ni?!" Soal Luke cemas.
"Sedih... Hiks... Cinta sejati.." Mendengar saja kata² Stella Luke menghela nafas lega. Buat orang risau ja.
"Kalau kau nk tahu aku pun ada cerita yang terukir di sini." Ujar Luke selamba.
"Cerita apa?"
Kalau nak boleh dengar lagu kat atas.🌸🌸
♦flashback♦
Luke dengan tenangnya duduk di salah satu dahan sebuah pokok di The Memories Park sambil membaca bukunya.
Tanpa sengaja dia terjatuhkan bukunya dan terkena kepala seorang gadis yang kebetulan lalu di bawah pokok itu...
"Aduh!" Jerit gadis berambut biru itu kesakitan.
Pantas Luke melompat turun dari pokok. Gadis yang jatuh terduduk itu didekatinya.
"Maaf! Awak okey?" Soal Luke risau.
Sudahlah bukunya itu berkulit tebal. Memang pasti terasa sakitnya jika buku itu terkena seseorang pasti.
"Tak apa. Saya ok..." Gadis itu mengangkat mukanya memandang Luke. Buat seketika Luke terpaku dengan kecantikkan yang dimiliki oleh gadis itu.
"Awak." Gadia itu melambaikan tangannya di hadapan Luke apabila Luke lansung tak memberi apa² respon.
"Oh! Maaf." Luke menghulurkan tangannya ke arah gadis itu.
"Tak mengapa." Huluran Luke disambut gadis berambut biru itu. Buku milik Luke yang berada elok di atas rumput diambil.
"Hi. Nama saya Andriana Wylsten. Nice to meet you." Kini gadis itu menghulurkan tangannya kepada Luke.
"Oh! Nama saya Luke, Luke Barlord." Huluran salam itu disambut.
Dari situlah permulaan persahabatan antara Andriana dan Luke. Kebetulan pula mereka berdua satu academy dan kelas yang sama. Prestasi Luke yang selalunya mendapat kedudukan paling tinggi di kelas terus turun mendadak. Tetapi prestasi Andriana pula yang meningkat.
Amarah dan nasihat para guru dihiraukan. Luke hanya memikirkan tentang sahabat baiknya itu Andriana. Dia mana ada Andriana pasti ada Luke. Rakan² Luke yang Lain pun sudah buntu memikirkan rakan mereka itu.
Dan satu hari...
"Kenapa awak tetiba nk berjumpa di sini Luke? Kan di academy pun boleh?" Soap Andriana sambil duduk di bangku yang disediakan di Memorial Park itu.
"Erm... Saya.. Nak bagigitahu awak sesuatu." Ujar Luke dengan wajah yang merona.
"Cakap sahajalah. Sejak bila awak minta izin bila nak bercakap dengan saya?" Luke menggigit bibir menahan malu.
"Awak tahukan And(nama panggilan Luke pada Andriana) yang kita dah 4 tahun berkawan? Dan kalau awak tolak sekali pun saya harap persahabatan kita tak terjejas."
"Ok. Teruskan."
"S--saya, saya nk awak tahu yang saya anggap awak lebih daripada kawan baik. S--saya sukakan awak Andriana! Sudi tak awak jadi Girlfriend saya?!" Luah Luke sambil menatap mata Andriana.
Andriana pula terpaku dengan luahan hati Luke. Tangannya ditekupkan pada mulutnya. Luke masih setia menanti jawapan Andriana. Perlahan² Andriana mengangguk.
"Saya sudi." Luke tersenyum lega. Akhirnya penantiannya tidak sia². Seutas rantai Perak halus diberikan pada Andriana sebagai tanda kasih cinta Luke padanya. Mulai hari itu mereka berdua secara rasmi menjadi pasangan kekasih.
Dan pencapaian Luke semakin menurun. Jika dulunya dia berada di top 10 student sekarang dia berada di ranking ke 47. Manakala Andriana pula berda di ranking pertama. Berita tentang mereka sudah menjadi pasangan kekasih telah tersebar di seluruh pelosok academy.
Ada juga rakan²nya dan pelajar lain memberitahu Luke bahawa Andriana itu curang. Tapi dia lansung tidak percaya malah memarahi pelajar dan rakannya itu.
Sehinggalah...
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro