Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 14

"Aku nak pergi academy jugak!" Stella mula menjerit ke arah Luke. Tubuhnya Sudah kemas tersarung baju uniform yang kemas. Terlalu bersemangat nk pergi academy agaknya.

"Kaki kau tu sakit! Macam mana kalau jahitan tu terbuka?!" Balas Luke juga dengan nada menjerit. Dia pun sudah mahu menuju ke academy tetapi tetiba Stella pula turun dan berkeras ingin ke academy.

"Ahhh! Aku tak kira! Aku nak pergi jugak academy! Dah 3 hari aku tak pergi academy dan hari ni aku nak ponteng lagi?!" Stella masih nerkeras dengan keputusannya.

"Kau tak boleh  pergi academy! Prof Lycia sendiri cakap kau tak boleh banyak bergerak! Jangan degil sangat boleh tak?!" Begitu juga Luke yang tak ingin mengalah.

Yang lain hanya memandang dan tak mahu masuk campur. Takut tak pasal² diorang pulak yang kena marah.

"Lepas kalau aku duduk dalam Rumah ni kalau aku lapar ke apa ke! Tu tak bergerak?! Dan kau ponteng 3 hari ja tapi aku 4 hari?! Ni tak adil!" Kata² Stella membuatkan Luke terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Stella. Luke menghela keluhan kecil.

"Fine! Kau tak boleh pergi academy! Dan aku pun tak payah pergi academy! Now we fair! Biar aku jaga kau!" Kini kedua² mereka terdiam.

"Kalau macam tu baguslah! Selesai masalah! Kitaorang pergi dulu eh. Kitaorang tak nak kena denda. BTW Luke! Jangan buat macam² kat Stella eh!" Ujar Sheran dan yang main melangkah ke academy meninggalkan  Luke dan Stella berdua.

Terus sunyi rumah tu apabila pertikaman lidah antara Luke dan Stella berakhir. Masing² diam membisu.

Luke melangkah ke arah Stella dan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Stella. Tali leher yang dipakainya dilonggarkan.

Diantara mereka begitu sunyi. Tiada seorang pun yang ingin membuka  mulut hinggalah.....

.

.

.

.

.

.

.

Kruukk~

Muka Stella terus terasa bahangnya apabila perut dia tetiba buat hal. Terus dia memandang ke arah lain bila Luke menoleh memandangnya. Wajarlah kalau dia lapar. Dari semalam dia tak makan apa².

"Kita sarapan luar." Kata Luke dingin terus Stella memandang Luke dengan muka gembira.

"Betul ni?" Soal Stella tak percaya. Soalan Stella hanya dijawab dengan 'hmm' oleh Luke.

"Aku pergi bersiap!" Baru sahaja Stella mahu membuka langkah seribunya ke biliknya tangannya terlebih dahulu di sambar.

"Tak payah nak berlari bagai. Naik." Luke menundukkan belakangnya supaya Stella boleh naik. Stella pula tersengih² seperti kerang busuk sebelum tanganya melingkari leher Luke. Lalu dia dibawa ke biliknya dengan bantuan si 'kuda' a.k.a Luke.

"Ambil cepat baju kau." Ujar Luke setelah tiba di depan almari milik Stella.

"Kejap eh." Lalu Stella mengambil baju dan seluarnya. Dan dia teringat pakaian dalamnya.

Dia memandang Luke yang asyik memandangnya mengambil pakaian dari almari. Dasar pervert.

"Pandang tempat lain." Ujar Stella selamba.

"Why?" Soal Luke kehairanan tetiba suruh pandang tenpat lain.

"Just do it!" Luke mengulingkan matanya sebelum memandang ke arah katil milik Stella.

"Ok!" Luke mula melangkah ke arah katil apabila mendengar kata² Stella. Badan Stella diletakkan di atas katil perlahan².

"Kau tunggu sini. Nanti aku datang. Jangan gatal sangat nk berjalan ataupun berlari!" Amaran dikeluarkan oleh Luke. Amboi macam polis😂

"Ok... Now. Shuh². Aku nk pakai baju." Luke mula meluat dengan Stella. Tak reti nk berterima kasih lansung. Malah suka hati halau orang. Dia melangkah ke biliknya.

Selepas menyalin pakaiannya dia melangkah ke bilik Stella. Dia hanya mengenakan seluar jean Hitam dan hoodie Hitam. Walaupun simple tapi still kekal hensem. Pintu bilik Stella diketuk dahulu beberapa Kali. Dia tak nak dapat flying kick dari Stella.

"Masuklah!" Luke membuka pintu dan terserlah Stella Yang mengenakan reaped jeans dan T-shirt oversize berwarna merah.

Luke mula memiggy back Stella ke kedai makan palinh dekat di situ.

"Weyh Luke."

"Hmm."

"Aku berat tak?"

"Hmm. Macam gajah." Balas Luke selamba. Pantas Stella menumbuk bahu Luke.

"Kau ni kalau sehari tak sakitkan hati aku memang tak sah kan? Janganlah main²!" Marah Stella.

"Ok je aku rasa. Taklah berat sangat." Jujur Luke. Baginya Stella tu bagaikan perkara mudah. Dia pernah angkat benda yang 2× beratnya dari Stella. #abangsado

Akhirnya mereka tiba di kedai makan. Mujur tak ramai orang kalau tak malulah Stella dipiggy back oleh Luke. Setelah memesan sarapan mereka keadaan kembali hening.

"Erm.. Luke. Ayahanda kau mana? Masa kita kat istana aku tak nampak pun ayahanda kau." Stea mula membuka suara.

"Ayahanda aku dah takda. Dia mangkat dalam perang waktu aku umur 5 tahun." Luke menjawab selamba tanpa perasaan.

"Sorry." Stella turut bersimpati atas pemergian ayahanda Luke yang berkorban demi Kingdom dan rakyatnya.

"Kau pulak. Tak ada adik beradik lain ke? Saudara mara?" Soal Luke ingin tahu.

"Aku anak tunggal. Saudara mara aku pulak... Diorang cuma nakkan harta ibu dan ayah aku. Diorang cuma tinggalkan rumah pusaka mak dan ayah aku ja."

Pelayan yang menghantar pesanan mereka membuatkan perbualan mereka terjeda.

"Ayah kau kerja apa?"

"Doktor. Macam healer kat dunia ni." Penkek di depan Stella dipotong lalu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Ooh..." Suasana kembali hening. Masing² mencari topik yang ingin dibualkan.

"Lepas makan kita pergi makan angin kau nak?" Soal Luke tetina.

"Nak!!"

"Makan cepat."

Pantas sahaja Stella menghabiskan penkeknya. Luke pula tersenyum nipis apabila melihat Stella yang comot akibat terlalu kalut nk makan.

Bersambung...

Sorry sebab tak update semalam. Penat sangat stay back dengan kawan dekat sekolah.

Biasalah exam. Kepada reader yang exam dalam waktu terdekat ni Arine doakan korang dapat keputusan yang cemerlang ye.

Sayonara!😘💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro