part 11
Gaun biru laut dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna putih. Rambut yang selalu dibiarkan, kini diikat menjadi tocang satu yang tinggi. Rambut tepi ditarik dan dibiarkan terjuntai di tepi kepala.
"Macam Puteri dah aku ni." Stella ketawa kecil dengan penampilannya. Mengalahkan seorang puteri. Sekali sekala dia memusingkan badannya di hadapan cermin ala² model.
Pintu bilik itu tetiba sahaja dikuak dari luar. Kelihatan kepala Qreya yang tersembul masuk ke dalam bilik itu.
"Wow. Cantiknya Kak Stella." Puji Qreya. Stella pula dah malu² kucing mendengar pujian Qreya.
"Mana adalah. Qreya lagi cantik." Stella cuba merendah diri.
"Ye lah tu. Jomlah! Pertabalan dah nk mula!" Tangan Stella ditarik laju oleh Qreya. Dah lah pakai kasut tumit tinggi. Jatuh nanti tak ke naya?
Setiba di dewan istana kelihatan beribu² orang yang berada di situ. Stella pula agak malu bila sesetengah lelaki memandangnya. Sapa yang tak malukan?
"Jomlah Kak!" Qreya menarik Stella naik ke atas pentas.
"Eh! Tapi! Saya sepatutnya duduk kat bawah!" Tegah Stella.
"Jangan risau! Ni semua bonda yang suruh!" Stella pula berasa tak senang duduk. Di atas pentas itu ada dua tempat duduk yang kosong. Satu sebelah permaisuri Hreya. Satu lagi sebelah bakal putera mahkota Ariendell. Stella pula tak tahu dimana dia patut duduk.
"Kak duduk sebelah kakanda Qreya duduk sebelah bonda." Stella hanya mengangguk mendengar kata² Qreya. Tempat kosong di sebelah Luke diambilnya.
"Kenapa kau duduk sini?" Soal Luke perlahan.
"Aku--"
"Bonda yang suruh dia duduk situ." Kata² aku dipotong oleh bonda. Luke pula hanya diam tidak mampu melawan cakap bondanya.
Sekarang dipersilakan kepada Putera sulung Ariendell Prince Luke Barlord untuk berucap.
Kata² pengerusi majlis jelas kedengaran dari pembesar suara.
Terus Luke bangun dan maju ke hadapan pentas. Para tetamu terus diam membisu. Hanya bunyi kipas siling yang kedengaran.
Seusai sahaja majlis itu acara tari menari diadakan. Semua yang berada di atas pentas terus turun ke bawah dewan.
Beberapa orang lelaki telah mengajak Stella untuk menari bersama tetapi ditolak lembut olehnya. Akhirnya dia buat keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan di tepi dewan.
Dia tak tahu nk buat apa kat dewan yang besar lagikan luas itu. Qreya awal² lagi dah diajak menari oleh Putera Enjiel Kingdom merangkap teman lelakinya. Sekarang dia keseorangan tak tahu nk but apa.
Tetiba Luke melangkah dan berdiri di hadapannya. Dia hanya memandang putera mahkota Ariendell itu dengan pandangan kosong.
"Ikut aku." Ujar Luke dingin sambil tangannya dihulurkan ke arah Stella.
"Pergi mana?" Soalan Stella tak dijawab malah tangannya terus ditarik keluar Dari dewan hingga tiba di taman istana.
"Woi! Kenapa kau bawak aku datang sini?!" Tangannya direntap kasar untuk melepaskan genggaman Luke.
"Aku nk bagi sesuatu kat kau." Luke melangkah ke satu pokok yang tinggi dan berusia lalu dengan sekali lompatan dia naik atas salah satu dahan pokok.
"Cepatlah. Kau nk ikut ke tak?" Luke memandang dingin ke arahnya.
"Perlu ke panjat pokok?" Soalan Stella dibalas dengan 2 Kali anggukkan Dari Luke.
"Ergh! Menyusahkan!" Rungut Stella. Dah lah dia pakai gaun + kasut tumit tinggi.
Tangannya menggapai satu dahan yang agak rendah lalu dia bergayut pada dahan pokok itu. Badannya dilonjakkan ke atas lalu dia mendarat betul² di atas dahan itu. Tangannya didepakan cuba mendapat kestabilan.
"Pandai kau panjat pokok." Ujar Luke yang berada 1 dahan pokok diatasnya.
"Aku pernah panjat pokok dengan kawan² aku dulu." Balas Stella bangga. Tak sia² dia jatuh pokok puluhan kali dulu.
"Hmm. Cepatlah. Nanti pengawal nampak." Mendegar kata² luke terus dia naik lagi satu dahan. Kini mereka betul² berhadapan dengan bilik Luke yang berada di tingkat 2. Dengan senangnya Luke melompat hingga ke balkoni biliknya.
"Cepatlah." Tangannya dihulurkan kepada Stella. Stella menyambut huluran tu lalu ditarik oleh Luke hingga ke balkoni bilik Luke.
Tanpa sengaja Luke hilang keseimbangan lalu jatuh terbaring di atas lantai dan Stella yang berada di atasnya. Masing² merah padam mukanya. Pantas Stella bangun dan menggabus gaunnya.
"Kau nk bagi apa?" Soal Stella ingin menghilangkan perasaan kekok antara mereka berdua.
"Ikut aku." Pintu berandanya dibuka dan terserlah lah bilik Luke yang bertemakan warna biru gelap dan hitam.
"Cantik gila ah bilik kau." Stella terpesona dengan bilik Luke yang kemas dan luas itu.
Luke hanya menghiraukan Stella dan mendekati tempat perhiasan yang dipenuhi dengan pelbagai figura. Figura seekor naga ditenungnya lalu kepalanya ditarik.
Dinding dimana rak buku berada terus bergerak dan digantikan dengan dinding yang penuh dengan perhiasan pedang.
Sekali lagi Stella ternganga melihat pedang² di depan matanya. Banyaknya~
"Ambillah mana yang kau nk." Ujar Luke selamba sambil melabuhkan punggungnya di atas katil miliknya.
"Eh?"
.
.
.
"EHHHHH????? SERIUS AH KAU NK BAGI PEDANG NI KAT AKU?!" Soal Stella yang terkejut beruk mendengar kata² Luke.
"Hmm. Kau ambik ja satu. Ada banyak lagi." Luke hanya memandang kosong ke arah Stella.
"Kalau macam tu.... Hmm..." Stella meletakkan jarinya di dagu seolah² seorang yang sedang berfikir. Pedang² dihadapannya dipandang dengan teliti.
Luke yang melihat hanya mengeluh. Kalau macam ni sampai tahun depan pun belum tentu habis. Dia bangun dan melangkah mendekati Stella. Satu pedang rapier diambil dan dihulurkan pada Stella.
"Try yang ni." Stella mengambil pedang itu lalu dilibas beberapa Kali.
"Ringan sangatlah." Jujur Stella. Nama pun rapiet mestilah ringan. Satu lagi pedang dihulurkan kepada Stella.
"Yang ni?" Stella mengambil pedang itu lalu dilibas beberapa kali seperti sebelum ni.
"Perfect!"
Luke tersenyum lega apabila ada salah satu koleksi pedangnya yang disukai oleh Stella. Sebenarnya itu pedang kegemarannya. Tapi bila lagi dia nak guna pedang tu? Pedang yang cantik dan berkualiti tinggi hanya dibiarkan menjadi pameran. Lebih baik dia bagi pedang tu pada Stella. Ada juga gunanya. Kot?
Bersambung...
Yo! What's up guys! Miss me?
Sorry sebab Rabu tu tak update. Wifi rumah Arine buat hal plak.
Tapi jangan risau, sebagai tanda maaf, malam nanti Arine update cerita ni ye?
Kepada para reader jaga kesihatan ye. Author pun baru lepas demam ni.😅
Tata!😘💞
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro