Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 10

Stella sekarang tengah enak berendam dalam mandian susu yng disediakan oleh dayang² di sini.

Memang Queen Heyra tak melayannya bagaikan banduan. Malah bagaikan seorang Puteri! Mandi ada yang sediakan. Bilik tidurnya pun cantik dan luas! Rasanya dia boleh ajak hampir 50 orang untuk tidur di biliknya itu!

Setelah puas berendam dia terus keluar dari tab mandi. Tuala putih yang kemas tergantung di penggantung tuala digapai lalu dibalut tubuhnya dengan tuala itu. Rambutnya yang basah berak itu diperah lembut.

Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik air dia terkejut dengan kehadiran seseorang. Pantas dia menutup kembali pintu itu. Pintu itu dibuka sedikit lalu muka merah padam Stella dijenguk keluar.

"Kau ni memang tak reti nk ketuk pintu eh?" Jelas nada percakapan Stella terselit rasa geram. Nasib baik tuala tu cover dari Dada sampai ke lutut dia.

"Ikut suka aku lah. Ni rumah aku." Jawab Luke selamba sambil melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Aku ni tetamu. Tak reti nk hormat privasi tetamu ke?!" Marah Stella. Kalau dia pakai baju sekarang ni dah lama dia tarik rambut merah Luke tu.

"Tak. Cepatlah bersiap. Bonda aku nk jumpa. " kata Luke tapi masih berada di atas katil.

"Kau nk kata bangang top 1 dalam academy. Keluarlah! Aku nk pakai baju lah bahalol!" Bibir Stella diketap menahan geram.

"Pakai ja lah. Boleh aku dapat free show." Senyuman nakal terukir di wajah Luke.

"Kau keluar sebelum aku jerit." Mata Stella dibesarkan.

"Huh. Tu pun nk jerit. Macam perempuan."

"Aku memang perempuanlah! Kau ingat aku ni apa?!" Jerit Stella melepaskan amarahnya.

"Khunsa." Jawab Luke sebelum keluar Dari bilik Stella.

"Bahabi kau Luke!!!"

∆∆∆∆∆∆∆∆
Gaun labuh yang diberikan Oleh dayang diangkat sedikit supaya tidak meleret. Ya lah. Tak pernah dia pakai gaun meleret yang menyapu lantai macam ni.

Bunga menjadi tempatnya menjejakkan kaki. Kelihatan seorang gadis yang rasanya lebih muda daripada Stella sedang bercakap dengan pokok bunga matahari. Gila ka apa?

"Oh! Stella. Marilah duduk. " pelawa Queen Herya yang sedar akan kehadiran Stella.

Stella hanya akur dengan arahan Queen Ariendell Kingdom itu.
Kerusi yang bertentangan dengan permaisuri itu menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

"Tak salah lagi. Kamu sesuai dengan gaun ni." Puji si permaisuri.

"Terima kasih tuanku." Stella mula malu² kucing.

"Panggil saja bonda." Stella sedikit terkejut.

"Err... Tak apa ke?"

"Tak apa." Ujar Queen Herya ingin menyedapkan hati aku.

"Erm... Tu--bonda. Sapa gadis yang tengah bercakap dengan bunga tu?" Stella menunjuk ke arah gadis itu.

"Oh. Itu Puteri Qreya. Adinda Luke. Dia muda 2 tahun Dari kakandanya." Stella hanya membulatkan mulut.

"Qreya! Mari sini." Gadis itu berpaling. Terserlah wajahnya yaag innocent plus comel itu. Cemburu Stella buat seketika dengan wajah si gadis itu.

"Ya bonda?" Gadis itu menghampiri kami berdua.

"Kenalkan.  Stella."

Gadia itu menoleh ke arah Stella.

"Princess Qreya. Panggil Qreya ja. Erm... Bonda... Kak Stella ni... Gf kakanda ka?" Tersentak Stella buat seketika. Mukanya terus berasa panas.

"B--bukan! Saya kawan Luke sahaja." Qreya mengecilkan matanya memandang Stella.

"Iye ke?"

Makin lama makin hampir muka Stella dengan muka Qreya.

"Dah² lah usik dia Qreya. Stella ni sama umur dengan kakanda kamu."

Qreya hanya menganggukkan kepalanya.

"Bonda!!!" Kelihatan Luke yang sedang berlari ke arah kami bertiga.

"Kekanda!!!" Qyera juga berlari ke arahnya. Drama ja lebih. Waktu bagaikan dislow motionkan.

Qyera berlari dengan tangan yang didepakan dan air mata palsu yang mengalir. Drama Queen sungguh. Silap. Drama Princess😂.

Baru sahaja Qyera mahu memeluk Luke Luke telah menahannya Dari memeluk tubuhnya dengan menolak Qyera dengan satu tangan di dahinya. Qyera pula masih tidak berputus asa untuk memeluk kekandanya itu.

"Bonda. General nk jumpa di collesium. Sekarang. Katanya ada hal penting." Ujar Luke selamba.

"Baiklah. Kalau macam tu bonda pergi dulu ya." Stella bangun lalu merendahkan diri apabila permaisuri melangkah pergi Dari situ.

Qreya pula dah menepis tangan kekandanya lalu duduk di sebelah Stella.

"Orang punyalah rindu dia. Tapi dia tolak orang pulak." Lengan Stella dipeluk lembut. Bibirnya dimuncungkan ke depan.

"Lantak kau lah. Stella malam ni macam biasa." Tempat duduk permaisuri telah diambil alih oleh Luke.

"Hah? Tak faham." Ujar Stella yang masih blur. Manakala si Puteri bongsu itu tersengih nakal apabila otaknya mula fikir yang lain. Dasar otak kuning betul!

"Latihan. Kau jangan ingat kau kat istana kau x payah buat latihan. Malam nanti aku jemput kau." Stella pula hanya memuncungkan mulut. Baru sahaja dia ingin berehat buat hari ni. Tapi ditegah Dari awal lah pulak.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Kuat lagi!"

Stella menguatkan tendangan dan tumbukkannya pada punching bag di hadapannya yang dipegang oleh Luke.

"Kuat lagi! Aku tak rasa apa²!!" Desak Luke.

Tumbukan dikuatkan dan tendangan juga dikuatkan. Tubuh Stella sudah dibanjiri peluh. Sudah 2 jam dia menumbuk punching bag itu.

Qreya yang menjadi penonton hanya memandang Dari tepi bilik. Terbit rasa kasihan di lubuk hatinya apabila melihat Stella Yang digesa Oleh abangnya.

"Kalau macam ni yang kau bagi! Memang tak ada harapan!"

"ARGHHH!!!!" Stella menggunakan separuh daripada tenaganya untuk tumbukkan itu.
Luke pula yang memegang punching bag itu terundur ke belakang sedikit akibat tumbukkan padu Stella.

"Take 5." Mendengar sahaja kata² Luke terus Stella melangkah ke tepi dinding dan menyandarkan badannya yang longlai itu di sebelah Qreya. Nafasnya tersekat² akibat keletihan.

"Kak Stella okey?" Soal Qreya prihatin. Akibat terlalu kepenatan Stella hanya mengangguk.

"Nah. Minum ni." Sebotol air kosong diserahkan kepada Stella lalu diteguk laju oleh Stella.

"Kakanda ni pun. Tak kesian ka kat Kak Stella. Habis peluh." Qreya mencerlung tajam ke arah abangnya.

Luke mengambil tempat di sebelah Stella.

"Aku buat semua ni untuk kebaikkan dia jugak. Ianya melibatkan hidup dan mati dia. Aku hanya tolong."

"Hidup dan mati? Apa yang abang cakapkan ni?" Soal Qreya kehairanan.

"Kau tak perlu tahu" kata Luke dingin.

"Hmm... Dah lah. Adinda masuk bilik dulu. Slamat malam."

Qreya melangkah keluar dari bilik dan menuju ke kamarnya. Rasanya semua penghuni istana sudah tertidur.

Tetiba sahaja Luke terasa bahu kirinya tetiba berat. Pantas dia menoleh. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Nampaknya gadis itu terlalu keletihan.

Tanpa membuang masa Luke terus mengangkat Stella ke kamar tidur Stella. Tubuh Stella diletakkan di atas katil perlahan². Selimut ditarik sehingga paras dada Stella.

"Goodnight."

Bersambung...

Seperti yang dijanjikan. Here the new chapter.

Harap korang enjoy. Kalau rajin vomment ye~

Tata!😘💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro