Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPILOG

•——For more feeling, turn on the audio. Have fun!——•

Stella duduk di atas katil empuk milik Lia. Gaun labuh buku lali berwarna peach dipadankan dengan kasut berwarna putih dan gaya rambut dilepaskan.

(Dress Stella dan yang lain)

Sangat cantik jika dilihat dengan mata kasar. Bagaikan seorang bidadari yang turun dari kayangan. Namun ada sesuat
u yang kurang. Senyumannya.

Hari ni harinya. Hari yang buat perasaan aku bercampur aduk. Memilih sama ada kawan atau pengarang hati. Tapi dia dah buat keputusan.

Dan tiada sesiapa pun boleh ubah keputusan dia sekarang.

"Stella. Cantik tak?" Stella terkejut. Dua tiga hari ni dia selalu berangan. Haih~

"Hari tu kau dah tanya kan? Berapa ribu kali lansung kau nak tanya aku?" Balas Stella selamba. Wajah toya ditayangkan.

Lia tersengih malu. Saja je dia nak tanya pendapat Stella. Manalah nak tahu, tetiba badan dia membesar ke, mengecut ke. Dia jadi pendek ke, makin tinggi ke. Dia nak kelihatan sempurna pada hari bahagia dia.

"Tapi aku rasa macam kau lagi cantik dari aku. Takut orang silap pengantin je." Usik Lia. Selalunya Stella yang usik Lia. Kali ni Lia pulak usik Stella. Balas dendam.

"Memanglah. Rambut kau tak buat lagi. Mekap tak lagi. Senang kata tak complete. Kalau silap pengantin pun. Nak ke kau bagi Luke kat aku?"

Walaupun kata² Stella dianggap gurauan pada Lia, tapi sebenarnya Stella nak test persahabatan mereka. Mana tahu? Ada chance?

"Of courselah aku bagi dekat kau. Kau je kawan aku kau tahu tak?" Tubuh Stella dipeluk mesra. Stella tersenyum kecil.

Tetiba rasa beruntung dapat kawan macam Lia. Biarlah dia bahagia dengan Luke. Aku tak nak rampas kebahagiaan mereka.

"Amboi. Bualkan apa sampai berpeluk sakan tu? Serai ehh???" Usik Melina dan Irya yang baru masuk dalam bilik tu. Elly hanya tersenyum manis je. Semanis madu!!

"Banyak lah korang. Dah lah aku nak buat rambut dengan mekap ni. Nanti majlis dah nak mula panggil aku tau."

Lia mengangkat kain gaunnya yang meleret dekat lantai tu. Jatuh tersadung tak pasal² kena tangguh majlis ni.

Melina, Irya dan Elly mengambil tempat di sebelah Stella. Tubuh mereka pun tersarung gaun warna peach sedondon dengan Stella.

Tangan Stella digapai lalu diusap lembut. Mereka tahu Stella tengah menderita sekarang ni. Dia tahu Stella tengah cuba sedaya upaya untuk tahan air matanya.

"Aku okeylah. Jangan risau."

Jawab Stella dengan senyuman pahit sebelum ditanya. Sepahit kopi yang dicampur dengan peria!

Tangan Melina dan Elly yang mengenggam tangannya digenggam kembali.

"Kalau kau nak hentikan semua ni, rasanya tak terlambat lagi." Pujuk Irya pulak.

Kesian dia tengok kawannya itu. Kalau ikutkan hati nak je dia tumbuk muka Luke tu sebab hancurkan hati Stella.

"Tak. Aku tak nak Lia sedih. Cukuplah aku je yang sakit. Aku tahu aku kuat. Jadi aku nak biarkan diri aku yang tanggung semua ni. Dan... Please. Jangan cakap pasal benda ni lagi. Aku tak nak Lia tahu pasal aku dengan Luke. Please eh?" Mohon Stella bersungguh². Ketiga² rakannya itu dial membisu.

"Weyh! Can-- kenapa ni? Macam sedih je?" Tegur Lia yang baru keluar dari bilik mekap dan rambut tadi.

"Tak ada apa²lah. And you look gorgeous, Lia! Macam ni baru panggil pengantin!!" Stella menceriakan semula keadaan.

Tapi serius, Lia nampak cantik sangat sekarang ni. Dengan rambutnya yang dilepaskan dan mahkota emas terletak elok di kepalanya disertakan dengan mekap yang nipis. Well. Dia dah cantik, buat apa nak mekap tebal². Natural beauty orang kata.

"Ehem!!! Majlis dah nak mula. Boleh kita pergi sekarang?" Kami semua dengan teguran Qreya yang entah sejak bila dia masuk.

Kami semua mengangguk lalu bangun. Melina, Irya dan Elly berlalu ke dewan dulu. Sementara Stella mengambil jambangan bunga ros putih dan memberikannya dekat Lia.

Tangan Stella tetiba Lia raih. Ehh? Serai ke Lia ni? Dah lah genggam kuat pulak tu.

"Aku nervouslah Stella..." Komen Lia. Stella tersenyum kecil. Patutlah tangan Lia ni sejuk sangat.

"Tak payah nak nervous sangat. Buat biasa je. Aku ada dengan kau. Jom! Bakal suami kau dah tunggu."

Stella mengangkat gaun putih Lia yang meleret lalu menolak Lia perlahan keluar dari bilik tu. Semoga semuanya berjalan lancar.

∆∆∆∆∆∆∆∆

Lia mengenggam jambangan bunga ros itu kuat. Ayahandanya disebelah meniadi tempat dia bertaut. Takut jugak kekalau dia jalan dan terjatuh di kalayak ramai tu.

"Jangan risau. Everything gonna be fine. Anggap je yang kebahagian kau ada dekat depan sana. Dan kau semakin lama menghampiri kebahagiaan kau. Kau boleh Lia." Bisik Stella perlahan di telinga Lia.

Dia yang akan mengiringi Lia dan ayahandanya bersama Qreya. Yep! Mereka berdua jadi bridesmaid.

"Thanks Stella." Satu senyuman nipis mula terukir di bibir Lia. Stella juga turut tersenyum.

Pintu gerbang di depan mereka tetiba terbuka secara perlahan². Ianya dah bermula.

Sebaik sahaja pintu itu terbuka sepenuhnya, Stella melangkah mengiringi Lia menuju ke arah paderi dan....

Luke.

Jujur, Luke nampak hensem sangat pakai kot tu. Tak pernah² Stella nampak dia pakai kot. Selalunya t-shirt hitam je.

Stella cuba mengawal perasaannya yang memberontak dalam hati. Kawal diri Stella kau boleh!!

Sebaik sahaja tiba di paderi Stella dan Qreya melangkah ke arah tempat duduk paling hadapan sebaris dengan bonda dan yang lain.

Dari tempat duduk tu dia dapat lihat Luke yang menyambut tangan Lia dari tangan Raja Ransome. Hati dia... Sakit.

"Hari ini, semua yang berada di dalam dewan ini akan menjadi saksi kepada penyatuan 2 insan ini. Jadi tolong hormat majlis." Ujar paderi itu sebelum memulakan majlis.

Satu melodi yang tak diketahui Stella mula bergelendang di dalam dewan itu. Lagu tu... Menambahkan lagi sakit hati dia.

"Putera Luke Barlord. Putera sulung Arriendell Kingdom. Sudikah kamu menerima Puteri Lia Ransome, puteri kedua Florial Kingdom sebagai peneman hidup kamu sehingga maut memisahkan kamu?" Soal paderi itu ke arah Luke.

Suasana dewan itu senyap sunyi. Lagu yang tadi didendangkan, diperlahankan. Semua di situ menanti akan apa yang bakal diungkapkan oleh Luke.

"Saya Putera Luke Barlord sudi menerima Puteri Lia Ransome sebagai peneman hidup saya sehingga maut memisahkan kami."

Stella menarik nafas sedalam yang mungkin. Ibu, ayah. Bagi Stella kekuatan.

"Puteri Lia Ransome, puteri kedua Florial Kingdom, sudikah kamu menerima Putera Luke Barlord sebagai peneman hidup kamu sehingga maut memisahkan kamu berdua?" Soalan yang sama diajukan semua kepada Lia.

Stella menumpukan perhatian ke arah Lia. Apa yang keluar dari mulut Lia, akan dia terima dengan hati yang terbuka.

"Saya Puteri Lia Ransome menerima Putera Luke Barlord sebagai peneman hidup saya sehingga maut memisahkan kami."

Tangan Stella dikepal menjadi penumbuk. Kau kena terima Stella. Luke bukan dilahirkan untuk kau. Dia ditakdirkan untuk bersama Lia.

Tapi kenapa hati ni bertambah sakit bila dia fikir macam tu. Tolonglah hati!! Ianya cuma cinta yang tak berbalas! Kenapa ianya sakit sangat?!

"Dengan ini Putera Luke Barlord dan Puteri Lia Ransome adalah pasangan suami isteri yang sah. Pasangan boleh menyarungkan cincin dan teruskan dengan sesi bercium."

Seorang dayang datang ke arah mereka dengan satu kotak bewarna emas di tangannya. Kotak cincin.

Satu cincin Luke ambil lalu tangan Lia diraih lembut lalu cincin itu disarungkan pada jari manis Lia.

Begitu juga Lia yang menyarungkan satu lagi cincin ke jari manis Luke. Stella dapat lihat wajah Lia yang mula dibasahi air kata kebahagiaan.

Cepat² Lia mengesat air mata itu. Luke dan Lia masing² melangkah satu langkah ke hadapan. Makin lama jarak mereka semakin berkurangan.

Stella memejamkan matanya rapat. Dia tak sanggup nak lihat. Air matanya mula membina empangan di tubir matanya. Cepat² dia menepis air mata tu. Dia kena kuat. Dia tak boleh menangis.

Saat ini otaknya kembali mengimbau kenangannya bersama Luke. Ketika Kali pertama dia berjumpa dengan Luke ketika dia termasuk ke Hrasia World. Ketika Luke menjadi jurulatihnya.

Ketika Luke risau akan dirinya. Ketika Luke menenagkan dirinya. Ketika Luke mengusiknya. Dia rindukannya.

Tepukkan dan sorakkan dari tetamu yang lain membuatkan Stella mencelikkan mata dan bangun dari kerusi. Luke dan Lia...

Bercium...

Stella betul² tak boleh tahan air matanya. Dia tak sanggup nak tengok semua ni lagi. Hatinya bagai dirobek² hingga lunyai. Sakitnya tak terkata!!

"Bonda, Qreya. Stella pergi tandas kejap eh? Tetiba sakit perut pulak. Nanti kalau Lia tanya Stella dekat mana cakap Stella pergi tandas."

Tanpa menunggu jawapan Qreya dan bonda terus Stella meminta diri berlalu dari dewan tu.

Ibu. Ayah. Tolong hentikan semua ni. Tolong Stella harungi semua ni. Stella mengaku. Stella tak kuat...

∆∆∆∆∆∆∆∆

Stella meletakkan 8 pucuk Surat yang tertera satu² nama kawan² dan bonda di atas sampul itu.

Kerudung yang dipakainya ditarik menutupi wajah dan rambut kelabunya. Dia tekad dengan keputusannya.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Bonda? Stella mana?" Soal Lia sebaik saja dia selesai beramah mesra dengan para tetamu.

"Entahlah. Tadi katanya pergi tandas. Tapi dari tadi tak datang². Ada dalam bilik kot? Katanya sakit perut." Wajah menantunya itu ditatap.

Akhirnya, Lia menjadi salah seorang dari keluarga mereka. Sudah berapa tahun anak sulungnya tu bertunang dengan gadis ni. Akhirnya, mereka bersatu jugak.

"Erm... Kalau macam tu... Lia cari Stella kejap eh? Awak. Saya pergi cari Stella kejap. Awak layanlah tetamu." Baru je Lia nak melangkah ke bilik Stella tangannya ditahan oleh sang suami.

"Saya ikut. Nanti apa saya nak jawab kalau tetamu tanya?" Lia hanya mengangguk dengan senyuman manis.

Sejak bila Luke jadi caring dengan dia ni? So sweet~~

"Okey. Jom!" Lengan Luke dipeluknya manja lalu mereka berlalu ke bilik Stella. Bonda hanya mampu tersenyum kelat. Dia tahu Luke risau akan Stella. Pasti dia rasa bersalah sangat².

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Stella?" Pintu bilik Stella dibukanya. Tapi batang hidung gadis tu lansung dia tak nampak.

"Stella? Aik? Mana dia ni?" Luke yang disebelahnya pun tercari² Stella.

Tadi kata sakit perut? Tapi tak ada pun dalam bilik ni. Takkanlah guna tandas lain?

Lia mula melangkah masuk ke dalam bilik Stella. Dicari kelibat gadis tu dalam bilik. Tapi still tak jumpa. Mana pulak minah ni?

"Lia." Panggil Luke di hadapan almari pakaian milik Stella. Terus Lia melangkah mendekati Luke yang menunding ke arah almari Stella.

Lia dengan dahi berkerut menoleh ke arah almari Stella. Kosong? Tapi... Baru malam semalam dia lihat semua baju Stella dalam almari ni.

Matanya tertancap dekat meja solek dalam bilik Stella. Surat? Surat apa?

Satu persatu sampul surat tu diambil dan dilihat. Kenapa ada nama kami dekat sampul Surat ni.

"Saya rasa kita kena panggil yang lain lah. Saya panggil diorang. Awak tunggu sini." Pantas Lia memecut mencari rakan²nya dan bonda.

Luke terduduk di atas katil milik Stella. Rambutnya dikusutkan kasar. Dia rasa bersalah sangat sekarang ni!

Ni semua salah aku!! Aku patut bagitahu awal² lagi pasal Lia dekat dia! Aku minta maaf Stella. Aku minta maaf!

"Luke!!!"

Tetiba sahaja Tezz datang secara tetiba dan menumbuk wajah Luke kuat hingga jejaka itu jatuh terduduk.

"Ni semua salah kau!!! Kalau kau bagitahu dia awal² ni semua takkan terjadi!!!" Baru saja Tezz nak melangkah sekali lagi ingin menumbuk wajah Luke, Sheran terlebih dahulu menghalang.

"Sudah Tezz!! Cukup!!" Tezz berhenti memberontak. Tapi hati dia masih membara. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Luke yang menunduk.

"Nah. Aku rasa Stella tinggalkan surat ni untuk kita semua. Korang bacalah."

Lia dengan baik hatinya menyerahkan kesemua sampul surat itu mengikut nama.

Akhir sekali dia serahkan surat tu pada Luke. Sempat dia merawat pipi Luke yang menjadi mangsa tumbukkan Tezz.

"Saya tak tahu kenapa diorang cakap ni semua salah awak. Tapi saya rasa better awak baca dulu surat ni dan kita bincang pasal ni later okay." Surat yang tertera nama Luke diatasnya dihulurkan.

Perlahan² Luke mengambil surat tu dari tangan Lia. Tangan dia terketar² membuka sampul Surat tu. Setiap perkataan dibacanya dengan jelas.

Hai Luke. Aku tahu, time kau baca surat ni mesti kau kena tumbuk dengan salah seorang dari kawan kita kan? Hahaha. Aku agak je. Kalau betul² kena takziah ye. Hahaha.

Sampai hati kau rahsiakan dari aku dan yang lain Yang kau dah bertunang dengan Lia. Kata keluarga? Tapi berahsia jugak.

By the way. Congrats for your marriage. Semoga dapat anak² yang comel nanti. Walaupun ibu kepada anak² tu bukan aku. Hahaha. Apa aku mengarut ni?
Okey. Straight to the point. Aku nak ucapkan terima kasih atas segala² dekat kau. Sebab kau ajar aku cara nak berlawan sampai aku masuk dalam final. Tapi malangnya time final ada pulak yang mengacau. Aku nak ucap trimas jugak sebab sudi jadi pendorong dan keluarga aku aka musuh aku. Walaupun kita selalu bertekak lidah, tapi sebenarnya aku sayangkan kau.

Tak. Aku cintakan kau. Lebih dari seorang keluarga. Ya. Aku dah jatuh cinta dengan kau. Dan aku rasa kau dah tahu. Pasti kau salahkan diri kau kan sebab semua jadi macam ni? Jangan fikir macam tu. Aku yang tekad untuk buat semua ni. Aku bukannya tak sayang korang sanpai sanggup tinggalkan korang. Tapi bagi aku, ini yang terbaik. Aku tak nak Lia tahu apa² pasal kita.

Aku akan pergi jauh dari korang. Jauh~~~ Aku tak nak kacau kebahagiaan kau dengan Lia. Aku tak nak jadi orang ketiga dalam rumah tangga korang. Dan aku tak nak Lia rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Ianya terlalu menyeksakan untuk gadis sebaik Lia. Macam aku cakap dekat kau malam tu. Satu je permintaan aku dekat kau. Jaga Lia untuk aku? Jaga yang lain jugak untuk aku. Tapi kau kena utamakan Lia. Diakan isteri kau? Sayang dia macam mana kau sayang aku. Jaga dia macam mana kau sayang aku. Jangan bagi dia rasa sakit macam aku sekarang ni. Jangan biarkan setitik pun air mata dia mengalir sebab kesedihan. Sentiasa buat dia tersenyum please? Janji dengan aku?

Aku rasa cukuplah sampai dekat sini. Panjang² nanti kau rimas pulak. Ingat janji kau Luke. Jaga Lia untuk aku. Dan berhenti salahkan diri kau. Ni semua takdir. Okey? Semoga kita jumpa lagi, Luke. Aku sayang kau. Aku cintakan kau. Semoga kau bahagia dengan Lia sampai akhir hayat kau. Dan aku dah maaf kan kau.

Love,
Stella Zirgan.

Luke menekup wajahnya. Stella...
Air mata jantannya perlahan² mengalir membasahi pipinya. Kenapa? Kenapa kau tinggalkan kitaorang Stella.

Dari atas pokok yang tinggi itu, sesusuk tubuh memerhati setiap wajah yang berada dalam bilik tu dengan wajah yang sayu. Matanya dipejam rapat.

Maafkan aku korang. Aku kena pergi. Aku hanya akan menyusahkan korang kalau aku terus bersama korang. Aku minta maaf.

Stella mencantumkan kedua² belah tangannya lalu dibawakan ke dada.

"With the power of light and darkness. Destroy all memories of Stella Zirgan in all people that know her. Make Stella Zirgan never exist in their mind. From now. No one knows Stella Zirgan."

Bagaikan satu gelombang berlaku di seluruh dunia. Surat² yang dipegang oleh Tezz, Melina, Irya, Queen Hreya, Qreya, Sheran, Lia dan Luke terus hilang dari pegangan dan lesap dari pandangan.

Mereka masing² bagai tersedar dari mimpi. Mereka menyentuh pipi masing² yang masih nerair.

"Basah? Aku nangis ke tadi? Kenapa aku nangis tetiba ni?" Soal Luke sambil mengesat pipinya yang basah.

"Kenapa kita dekat sini? Bukan sepatutnya kita dekat dewan ke? Luke! Lia! Kenapa korang dekat sini? Tetamu masih ada dekat bawah!!"

Bilik yang tadinya dihiasi dengan sedu sedan dan tangisan kini bising dengan pelbagai persoalan.

Stella yang melihat dari tingkap bilik hanya tersenyum kelat lalu kerudungnya ditarik menutupi wajahnya.

Dia melompat turun dari pokok lalu melangkah pergi dari situ dengan hati yang berat.

⚪—————❇—————⚪
S

tarting with unexpected meeting,
We become 'sibling',
Arguing totally everyday,
Like there's no other day,
But suddenly,
You become so friendly,
Teaching me how to fight,
Giving me some light,
So I can survive,
And start a new life,
With you supporting me,
And others on my side.

You help me getting my powers,
So I can be like the others,
We go through a lot of danger,
But we still together,
And then, we find Elly,
Who help us fight the enemy,
And I realise how important you are to me,
We keep our promise,
And start a happy life,

But... It's look like,
Fate didn't let us together, isn't I?

•|•|•|•|•|•

Love is all about sacrifice,
And soon it will be nice,
Like a rainbow that come after rain,
And the ocean that never drain,
But sometimes it would be painful,
Sometimes it make your life colourful,
Just wait and see your fate,
Then you will find out your soulmate.

For me it is a disaster,
Like toxins that contominate the water,
The guy that I fall in,
Suddenly become mean,
Hiding his biggest secret in his sleeve,
Giving fake hope to me,
Which make my heart break,
And make me weak,
For our future life,
For your new wife,
I need to step aside,
So this is a goodbye.

Sayonara, Luke.

~The End~






























































Apa? Ingat ni main² ke? Nope! This is the real ending. No joke.

Dengan ini, saya mengistiharkan Book Reaching The Sky telah tamat! Yey!!!

Jangan kecam pasal poem kat atas tu, penat Arine karang dalam masa 1 jam tahu tak?😡

Hilang satu beban Aerin. Tapi banyak lagi buku yang on going so stay tuned okay.😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro