Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2.3

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xxiii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Saya nak tanya... dekat mana perpustakaan?" Yeri memegang bahu gadis berambut panjang itu. Wajahnya berpaling kearah Yeri bersama dengan segaris senyuman di bibirnya.

"Ahh perpustakaan. Mula-mula awak boleh teruskan ikut laluan ke bilik guru kemudian..." Gadis itu terdiam. Pergerakan tangannya yang menunjuk kearah bilik guru itu juga turut terhenti. Senyuman dibibirnya mati.

Yeri memandang pelik pada gadis itu. Matanya jatuh pada tag nama gadis itu.

Choi Mina.

Mina hanya terdiam. Seakan-akan tengah memikirkan sesuatu. Yerk berdehem dan melambaikan tangan di hadapan wajahnya. Mina menggeleng laju bagi menyedarkan dirinya semula.

"Ah- maaf, awak boleh tanya orang lain-" tidak sempat Yeri mahu menghalang, tetapi Mina terlebih dahulu berlari pergi meninggalkannya. Yeri memandang figura yang sedang berlari itu dengan ekor matanya sehingga kelibat itu hilang daripada pandagan matanya.

Pelik.

"Dia tidak ingat."

"Lim Yeri, Na Jaemin, Jung Sungkyu dan  Choi Mina sila ke hadapan." satu kelas mula tertumpu kearah mereka berempat. Dia bangun daripada duduknya dan berjalan kehadapan.

"Tuliskan alamat rumah baharu kamu semua. Maklumat kamu semua tidak lengkap di dalam sistem." Puan Kim menghulurkan sekeping kertas pada mereka berempat. Sungkyu mengambil kertad itu terlebih dahulu dan menulis alamatnya.

Kertas itu diserahkan kepada Mina yang berada di sebelahnya. Pen hitam itu diambil daripada Sungkyu. Jaemin dan Yeri masih berdiri disisinya.

Yeri memerhatikan gerak-geri Mina. Dia mulai pelik kerana mata pen itu langsung tidak bergerak daripada pegangan Mina. Pen itu statik pada pegangannya seolah-olah waktu yang terhenti.

Melihat kelakuan Mina itu, segera Jaemin menarik kertas itu daripada Mina. Gadis itu seakan-akan gementar dan kosong.

Yeri memerhati segala perkataan yang ditulis oleh Jaemin. Ou- dia tuliskan alamat Mina sekali ?

Setelah Jaemin selesai menulis, Yeri ternampak Jaemin mengenggam tangan Mina dalam beberapa saat dan dia terus melepaskannya untuk kembali ke tempat duduknya.

Yeri terdiam. Mina juga seakan cuba untuk mengatur nafasnya kembali dan berlalu ke tempat duduknya juga.

"Dia terlupa tentang maklumat penting tentang diri sendiri."

"Siapa lagi yang tahu hal ini?" tanya Yeri. Jeno menyandarkan badannya pada kerusi itu dan menarik nafas dalam.

"Kau , aku , Jaemin dan Mina. Tapi aku rasa Puan Kim pun tahu tentang hal ini." Jeno menjawab perlahan. Yeri terkaku. Tidak ramai yang mengetahui tentang keadaan kesihatan mental Mina.

ting!

Yeri mengeluarkan telefonnya daripada poket bajunya. Nama Sunwoo terpapar pada skrin telefonnya.

Sunwoo 🖤

Kitorang kena denda ;(
balik dengan Jeno.
Jangan merayap tempat lain
Cakap dekat Jeno jangan nak
melencong.

korang ponteng latihan kan ?
padan muka .
baiklah sunwoo kim
saya menurut perintah.

"Sunwoo kena denda." kata Yeri kepada Jeno. Senyuman dibibirnya masih tidak pudar. Tangannya ligat membalas mesej daripada Sunwoo. Yeri tergelak kecil membaca kata tidak puas hati dan rungutan daripada Sunwoo.

"Jom balik." ajak Jeno. Yeri mengangguk laju. Beg galasnya diambil dan mereka berdua berlalu keluar daripada kelas.

aku takda idea untung ending shshsh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro