1.1
•͙✧⃝•͙┄✩ͯ xi. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::
Sunwoo sudah menunggu kelibat Yeri muncul di hadapan pintu pagar sekolah. Jam tangannya sudah ditelek beberapa kali.
"Mana Yeri ini." Sunwoo berkata berseorangan. Hatinya melonjak gembira sebaik sahaja kelibat Yeri muncul di pintu pagar.
Namun senyumannya luntur, apabila Yeri terut melarikan pandangannya daripadanya. Malah langsung tidak membalas lambaiannya.
Sunwoo cuba berfikiran positif. Mungkin ada sesuatu yang terjadi padanya. Sunwoo berjalan mendekati Yeri.
"Selamat pagi !" kata Sunwoo ceria. Tetapi diam. Langsung tiada balasan daripada gadis itu. Yeri hanya menundukkan pandangannya .
Sebelum ini, Yeri pasti akan membalas ucapan selamat paginya walaupun dia tidak banyak bercakap.
Sunwoo terkilan. Kenapa dengan perubahan mendadak gadis ini ?
Kakinya berhenti melangkah. Yeri hanya meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan kewujudan Sunwoo. Dia terkilan. Lidahnya kelu, tidak mampu bersuaru untuk menegur gadis itu lagi.
"Kau kenapa berdiri macam tunggul dekat sini ?" Eric datang menyapa daripada belakang dan memeluk bahu kawan baiknya.
Sunwoo tidak menjawab pertanyaan Eric dan hanya mengeluh. Eric memandang Sunwoo pelik.
Kenapa pula dengan lelaki ini. Pagi-pagi dah bad mood ke?
"Kau jangan jadi tunggul dekat sini ." Eric menggeleng perlahan dan menarik tangan Sunwoo masuk ke dalam kelas. Kalau dibiarkan Sunwoo disitu, tidak bergeraklah nampaknya lelaki ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro