Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0.7

•͙✧⃝•͙┄✩ͯ vii . 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::

"Jadi kita tinggal lagi separuh kan ?" Yeri mengangguk perlahan . Sunwoo memandang ke luar tingkap dan jam tangannya dipandang sekilas.Sudah pukul 6 petang .Lama juga mereka duduk di dalam kelas ini.

"Jom balik." Mereka berdua mula mengemaskan barang-barang lalu keluar daripada kawasan sekolah.

"Yeri , aku hantar kau balik jom " tawar Sunwoo . Yeri menggeleng laju. Menolak pelawaan Sunwoo itu. Yeri mengelak daripada memandang Sunwoo.

"Yeri dah petang ini , bahaya." Yeri terdiam. Setelah itu baru gadis itu mengangguk .Sunwoo sudah tersenyum kemenangan.

Sunwoo mengikuti langkah Yeri . Selama ini mana pernah dia mengetahui tempat tinggal Yeri.

Setelah turun daripada bas , Sunwoo mengikuti langkah Yeri dengan senyap. Dia cuba mengingati jalan-jalan yang dilakuinya sekarang supaya dia tidak tersesat nanti.

"Sunwoo dah sampai." kata gadis itu perlahan .Dia masih menundukkan pandangan , tidak mahu memandang Sunwoo. Sunwoo memandang rumah agam yang berada di hadapannya sekarang.

"Jumpa esok Yeri!" Sunwoo mengusap lembut rambut gadis itu membuatkan Yeri tersipu malu . Habis merah mukanya disebabkan perbuatan Sunwok itu .

Baru sahaja dia mahu melangkah pergi , bunyi kaca pecah kedengaran daripada dalam rumah. Sunwoo menoleh . Yeri pula sudah terbuntang matanya dan berlari masuk ke dalam rumahnya.

Tanpa diundang , Sunwoo mengikuti Yeri daripada belakang. Kunci dikeluarkan segera dadipada poket bajunya dan dipulas . Pintu masuk rumah ditolak kasar .

Sunwoo tergamam melihat pemandangan yang ada di hadapan matanya sekarang.

Lantai yang dipenuhi darah. Seorang wanita yang sudah terbaring pengsan dan ayah Yeri...

"Appa!" Yeri menjerit kuat. Matanya sudah bertakung dengan air mata . Tubuh ibunya terus diterkam. Ibunya yang sedang terbaring diatas lantai itu dipeluk kemas . Tangisannya makin menjadi-jadi .

" Ye--Yeri ap--appa tak sengaja , betul ini." kata lelaki pertengahan usia itu . Matanya menggeletar memandang anak gadisnya itu .Seolah-olah merayu kepada anaknya buka dia yang bersalah.Tangannya yang tadi memegang serpihan pasu bunga dilepaskan.

"Yeri..." Sunwoo bersuara perlahan. Dia terkejut dengan semua yang berlaku sekelip mata ini. Apa yang baru terjadi...

"Sun--Sunwoo..." Gadis ini terpana. Dia lupa sebentar Sunwoo ada bersamanya tadi.

"Siapa ini Yeri?" tanya ayahnya , tetapi nadanya menggerunkan. Yeri lantas melepaskan tubuh ibunya dan bangun.

Tanpa sempat membuat apa-apa , ayahnya lebih laju menerkam kearah Sunwoo. Leher Sunwoo dicekik kuat membuatkan dia susah untuk bernafas.

Yeri tergamam. Dia terus menarik tubuh ayahnya daripada terus mencekik Sunwoo.Pegangan itu dilepaskan. Wajah Sunwoo sudah merah padam dan terbatuk-batuk .Mencari nafas . Yeri berdiri di hadapan Sunwoo. Menghalang ayahnya daripada menyentuh Sunwoo.

"Yeri , apa kamu buat ini..." Ayahnya mula menyeringai membuatkan bulu roma Sunwoo meremang. Walaupun dia masih cemas dan takut dengan apa yang baru berlaku.Lelaki di hadapannya ini seperti lelaki gila ataupun psycho!

"Jangan sentuh dia appa." Tegas dan dingin Yeri berkata. Matanya seolah-olah menikam anak mata ayahnya.

Sunwoo sudah seperti patung. Dia hanya kaku dan melihat situasi ini .

"Lim Yeri!" Suara garau itu menengking kuat . Wajah ayahnya sudah bertukar . Urat-urat di lehernya sudah timbul menunjukkan dia cukup marah sekarang.

Payung yang berada di tepi diambil oleh ayahnya lalu dipukul-pukul tubuh ibunya itu untuk melepaskan amarah. Sunwoo tergamam .

Yeri memejamkan matanya rapat . Tidak mahu berganjak dari tempatnya. Jika dia berganjak sedikit pasti ayahnya akan menyerang Sunwoo dengan sepantas kilat. Nafasnya ditarim dalam-dalam.

Dia tidak sanggup melihat ibunya dipukul tetapi dia tetap perlu pertahankan orang yang tidak tahu apa-apa tentang masalah keluarga mereka.

Itu janjinya.

"Appa!" Perbuatan ayahnya tadi terhenti. Payungnya tadi terus dilepaskan daripada pegangan.

Yeri melepaskan nafas lega setelah mendengar suara itu . Sunwoo menoleh kebelakang dan kelihatan lelaki yang berpakaian kemeja melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang ketat.

Lelaki itu terus menuju kearah ayah Yeri .Dia terus menyepak kaki ayahnya itu sehingga dia terduduk melutut. Tangannya laju mengeluarkan picagari daripada poketnya dan dicucuk di lengan ayahnya itu. Setelah itu, ayah Yeri terbaring.

"Yeri , kau okey." tanya lelaki itu . Dia menuju kearah ibunya yang masih terbaring lalu nadinya diperiksa . Dia mengangkat tubuh ibunya itu dan memandang kearah adik perempuannya itu .

"Ok--Okey." nafasnya seperti tersekat-sekat . Sunwoo hanya diam menjadi pemerhati.

Sunwoo terkejut apabila lelaki itu tadi memandangnya secara tiba-tiba .

"Kau jaga adik aku dulu , ikut aku ." dingin sahaja lelaki itu berkata.

"Ya--ya hyung." Sunwoo menjawab gagap. Jujur dia katakan dia sangat gerun dengan lelaki itu .

" Ambulance dah sampai , diorang akan ambil appa , Yeri jom." Yeri mengangguk lemah. Lelaki itu terus berjalan keluar daripada rumah agam itu .

"Yeri--" Tubuh gadis itu ditangkap apabila tubuh gadis itu hampir sahaja jatuh .Bahu Yeri dipeluknya erat dan dia membantu Yeri masuk ke dalam kereta abangnya di tempat duduk hadapan .Manakala Sunwoo duduk di tempat duduk belakang , kepala ibu Yeri diletakkan diatas ribanya.

Sunwoo memandang kearah rumah agam itu . Ramai orang yang sedang berkumpul di hadapan rumahnya disebabkan bunyi siren ambulan. Dia melihat tubuh ayah Yeri diangkat oleh beberapa orang pandemik ke dalam ambulan.

Kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro