0.2
•͙✧⃝•͙┄✩ͯ ii. 𝓲𝓽𝓼 𝓸𝓴𝓮𝔂 ::
Setelah lama dia tidak memasuki kelas akibat sibuk dengan latihan bola keranjang, akhirnya hari ini dia dapat masuk ke dalam kelas.
Pertandingan bola keranjang yang diadakan pada hari minggu yang lalu juga berjalan dengan baik baginya. Mereka memenangi tempat pertama!
Sebaik sahaja dia memasuki kawasan kelas, matanya terhenti pada seorang gadis yang duduk bersendirian di hujung kelas. Melakukan kerja seorang diri tanpa mengisahkan keadaan sekelilingnya.
Dia Lim Yeri .
Gadis pelik yang dikatakan Eric. Adakah matanya salah ? Kerana dia dapat merasakan aura misteri terhadap Lim Yeri.
Terasa dirinya diperhati, Yeri menoleh dan memandang Sunwoo dengan pandangan kosong. Bahu Sunwoo terhincut apabila Yeri menoleh kearahnya. Segera dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain dan duduk di tempatnya semula.
Kenapa dia baru tersedar tentang kewujudan Lim Yeri di dalam kelasnya ?
--
Setelah tibanya waktu rehat , Sunwoo mula mengemaskan barang-barangnya. Sengaja dia mengemas barangnya lambat-lambat kerana dia suka keluar daripada kelas sebagai orang yang terakhir.
Setelah kelas kelihatan kosong, Sunwoo memandang sekeliling. Sekali lagi, bahu Sunwoo terhincut apabila melihat Yeri yang masih duduk di tempatnya. Sunwoo mengurut dadanya, terkejut dia apabila melihat gadis itu. Mungkin salah satu sebab dia tidak perasan kehadiran gadis itu kerana dia duduk di hujung kelas ? Dia juga pendiam, guru-guru pun jarang memanggil namanya.
Entah apa yang menarik perhatiannya, kakinya mula melangkah kearah meja Yeri. Dia memandang kearah tangan yang bergerak bebas pada buku lukisan itu. Lukisan itu kelihatan menarik perhatiannya. Cantik.
Yeri menyedari kehadiran Sunwoo yang berada di hadapannya terus mengangkat wajahnya dan memandang wajah Sunwoo kosong.
"Kau tak rehat ?" soal Sunwoo prihatin. Yeri hanya menggeleng perlahan tanpa bersuara. Sunwoo terdiam sejenak. Perasaan ingin tahunya terhadap gadis ini semakim membuak-buak.
"Kau tak lapar ?" tanya Sunwoo lagi. Yeri menggeleng sekali lagi, serentak dengan itu perut gadis itu berbunyi meminta makanan. Yeri mengemam bibirnya, wajahnya jelas kelihatan terkejut. Pasti dia sedang memarahi dirinya sekarang. Sunwoo pula sudah tergelak kecil melihat reaksi terkejut gadis itu.
"Ambil ini, makan tau nanti perut kau masuk angin." kata Sunwoo sambil meletakkan bekal makanan miliknya di atas meja gadis itu. Dia tidak boleh terus berlapar, masih lama jika mahu menunggu loceng balik sekolah dibunyikan. Sunwoo terus melangkah keluar daripada kelas itu, meninggalkan gadis itu berseorangan di belakang.
Anak mata gadis itu mengekori kelibat Sunwoo sehingga menghilang daripada pandangan matanya. Dia memandang bekal makanan yang terletak diatas mejanya. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
Salah satu sebab dia boleh jatuh kepada lelaki ini kerana dia pernah melakukan perkara yang sama semasa hari pertama mereka masuk ke dalam sekolah ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro