TUTORIAL 01 | SIMPLE COVERBOOK
TUTORIAL 01 | SIMPLE COVERBOOK
Assalamualaikum dan salam sejahtera, tujuan buat ni sebab saya sedang bosan, jadi saya nak kongsikan cara buat cover yang simple, sesiapa yang sudi jenguk tyy <3
Kalau awak jenis yang malu atau tak tahu nak buat order kat covershop, awak boleh belajar cara buat cover sendiri. Tak kisahlah app apa yang awak pakai, kreativiti awak akan terlihat pada cover yang awak buat. Kalau nak tahu saya mula bergiat dalam bidang ni sejak 2021. Saya mula minat dengan perkara-perkara macam ni, saya asah bakat saya dan cuba buka request.
Berbalik kepada topik asal, saya akan mulakan dengan membuka pixellab. Siapa yang guna pixellab, awak kena download font. Jadi agak sulit untuk awak. Tapi pixellab ada sediakan sedikit font untuk awak, yang lain awak download sendiri. Kalau awak tak pandai guna pixellab, saya sarankan awak download app yang ada font seperti canva.
Saya sarankan awak guna gambar yang half light half dark. Sebab takkan menyusahkan awak nak edit-edit.
Font ni bagi sayalah ; sesuai untuk awak nak buat coverbook yang simple. Boleh kalau nak guna font lain, tapi asalkan fontnya sesuai dengan gambar juga. Jangan guna banyak font dalam cover, sebab akan nampak tidak kemas juga berserabut. Elakkan juga guna warna yang hampir sama dengan gambar, warna yang berlainan dan tidak sesuai. Satu atau dua font sudah cukup :^
♡
Bila awak nak tekan save, saya sarankan awak guna 'ultra' sebab kualitinya akan lebih baik. Kalau tak nak tekan pun tak apa. Ini hanya kalau awak nak cover awak tidak terlalu kabur.
Awak boleh save font guna 'transparent'. Sebenarnya ni selalu saya buat bila menyiapkan request. Saya akan save font dulu dan gunakan untuk banner. Kalau awak buat macam tu kerja awak jadi cepat dan kemas. Awak tak perlu risau dia jarak lebih atau senget. Kalau awak jenis tak nak save pun tak apa. Tiada masalah untuk ini :""
Sama juga yang tadi, saya selalu pilih yang paling last.
Kita go ke picsart. Bagi yang ada picsart, sesetengah orang ada yang pandai guna, ada juga tak. Picsart juga app fav saya, tetapi saya jarang guna picsart. Saya lebih suka ibispaintx. Kalau saya pergi picsart, saya cuma guna sticker dan jarang filter.
Awak juga boleh guna filter di picsart. Saya suka jenis yang hitam putih, cover fav saya hitam putih. Ia akan terhasil begini.
♡
Cakap pasal kualiti gambar, awak boleh guna enhance app. Dia akan hilangkan kabur pada cover awak, nanti tak adalah cover awak nampak kabur. Sebenarnya ni tak jadi masalah, kalau awak nak kabur, kabur. Kalau awak jenis yang perhatikan kualiti gambar, guna enhance.
♡♡♡
Kalau saya rajin, saya buat tutorial. Mungkin topik yang berbeza dengan topik ni ♡ btw tyy tau sudi luangkan masa di sini, Rain berterima kasih sangat-sangat ♡♡❤
Sunday, 18 December 2022
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro