Bab 3
Darina mengesot tubuh betul-betul di sudut dinding. Tempat yang asing menakutkannya. Bahkan, anak mata nya mengedip beberapa kali dengan anak mata berkaca.
"Da-Darina ta-takut..."
Pintu tertutup rapat ditambah dengan pintu dikunci dari luar menyebabkan nya trauma. Darina selalu dikurung di tempat gelap. Malah acap kali dibiarkan sendiri seharian dalam kamar mandi tanpa sesiapa di sisi.
"Tak-takut..."
Darina mengigil ketakutan sehingga baju yang dipakai nya digempal hingga telapak tangannya memutih. Anak matanya meliar mencari mask juga selendang hitam agar bisa melindungi diri dari tatapan siapa saja. Bunyi sesuatu menarik perhatian nya, tiba-tiba pintu dikuak. Lekas-lekas Darina menyembunyikan diri di sebalik paha nya.
"Jangan hukum Rina, Ri-Rina tak salah." Bibir mungil itu bergumam kecil.
Menyedari keheningan yang menyelimuti diri, Darina beranikan diri angkat kepala. Anak mata polos nya bertemu dengan anak mata seseorang diyakini bahawa dialah lelaki yang melafaz akad nikah pada nya.
"Suamiku?" Suara kecil melenggok merdu itu berhasil memberi impak aneh dalam diri Azka.
"Takut?" Soal Azka mendatar.
Darina mengangguk laju. Anak matanya meliar pandang sekeliling. Mungkin bisa membantu nya untuk melarikan diri dari lelaki asing ini.
"'Status kita sah di sisi agama, jangan sesekali cuba melarikan diri. Aku boleh melumpuhkan kau." Ugut Azka kejam tanpa memikirkan ketakutan besar dari raut wajah memerah Darina.
"Tapi-"
"Walaupun ini bukan rumah kau, sekarang rumah ini milik kau dan aku. Aku haramkan kau keluar dari rumah tanpa aku. Aku tak main-main dengan amaran aku."
Entah sejak bila, Azka terpesona dengan Darina. Bibir tercebik-cebik kerana sedih. Ditambah kedua tangan itu begitu rapuh mengempal di balik pakaian yang tersarung di tubuh. Makin membuatnya hatinya menggila tatkala anak matanya jatuh pada rambut berwarna merah panjang mengurai separas lutut itu. Persis Rapunzel, bahkan anak mata hazel itu menambah kecantikan Darina.
"Maaf,"
Darina meraih beberapa helai rambutnya. Ia malu-malu menyembunyikan muka merah menyala nya di sela rambut nya.
"Jalan-jalan denganku." Arah suara dingin itu tidak mungkin menerima bantahan dari Darin.
"Tak nak." Bantahan tak terdengar itu keluar dari bibir Darina.
"Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari kau. Cepat!"
Darina tergopoh-gapah berdiri lantas kerusi roda itu didorong keluar dari bilik. Sempat rambut panjang nya itu diikat malas. Tak ada cara lain, Darina ikutkan saja arahan dari Azka tanpa membantah. Setiap laluan yang dikeluar dari bibir Azka memudahkannya. Sejujurnya, Darina tidak mengerti apa yang sedang berlaku dalam kehidupan nya. Semuanya terlalu tiba-tiba dan tidak masuk akal.
"Cantik,"
Suara Azka menyedarkan Darina, terkebil-kebil anak mata nya menatap sekeliling. Sedar tak sedar, mereka kini berada di taman belakang rumah Azka. Hanya ingin tahu kepujian yang terpacul dari bibir Azka kerana apa, Darina beranikan diri pandang Azka.
Gulp!
Tubuh nya mendadak gelisah bagai cacing kepanasan mendapat tatapan berbeza dari Azka. Kedua telapak tangannya berengas dengan peluh.
"Ke-kenapa?"
Muka Darina menghangat. Malu untuk sekadar memberi muka sebagai santapan Azka, Darina memaling muka pandang arah lain. Berpura-pura sedang melihat sekitar.
"How rare and beautiful it is to even exist." Gumam Azka perlahan, bibir nya berkedut kerana perasaan gembira yang tersembunyi kemas di dada.
Tiba-tiba Darina berubah tingkah seperti budak kecil. Melompat keriangan tatkala anak mata nya menemui seekor rama-rama. Azka akui tidak pernah bosan memuji pesona Darina yang memabukkan.
"Sa-saya nak tangkap butterfly bo-boleh?" Suara bahagia yang terselit takut-takut itu terlontar dari bibir Darina.
Azka mengangguk dan secepat kilat Darina berlari mendapatkan rama-rama yang berterbangan di sana. Azka mendapatkan telefon pintarnya dan tangkas jari itu menekan butang tengah kamera di sana. Mengambil curi-curi gambar Darina.
"Butterfly! Yeay!"
Darina ketawa kecil. Terlalu gembira sehingga celah mata itu mengeluarkan titisan air mata.
"Hehe..."
Azka tergamam. Melupai gambar yang ingin dijadikan koleksi. Telefon pintar nya disimpan kemas di dalam poket. Kesedihan yang dikaburi dengan senyum manis itu menyiat halus isi hati nya. Sangat sakit.
'Kenapa? Kenapa hidupnya terlihat benar-benar menyedihkan?'
Tidak betah bermain sendiri Darina bersungguh-sungguh cuba dapatkan butterfly untuk Azka.
"Yah!"
Bibirnya tersungging senyum manis kerana yakin bahawa dirinya bisa mendapatkan butterfly di tangan nya. Darina melangkah perlahan-lahan agar butterfly tidak terlepas. Azka terhibur dengan kesungguhan Darina sehingga bibir nya berkedut hampir ketawa.
"Ish! Tak dapat!"
Raut wajah Darina berubah monyok tatkala butterfly dalam tangannya terlepas. Mukanya yang putih salju itu berubah kemerahan kerana terlalu lama berjemur di panas terik. Merajuk dengan diri sendiri, Darina merapati Azka lalu kerusi bulat yang ada berdekatan nya diraih dan dilabuh duduk di situ.
"Sorry," ucap Darina sayu sambil bermain dengan hujung bajunya.
"Kenapa?" Ringan bibir Azka menyoal tidak bosan mengintai reaksi sedih Darina.
"Saya nak bagi hadiah butterfly tapi susah nak tangkap."
Azka mengangguk kecil. Setelah itu, jari telunjuknya bergerak ke depan dan belakang. Memanggil Darina agar mendekat. Tidak mempersoalkan apa-apa, Darina beranikan diri mendekat. Seakan dejavu, ciuman pantas kilat dari Azka menyebabkan jantungnya berdetak laju tak terkawal.
"Ini dipanggil hadiah." Ujar Azka biasa, jelas reaksi nya ditutup dari tersenyum.
"Cium-ciuman pipi?"
Azka angguk.
"Tapi kalau nak bagi part lain pun, apa salahnya kan?" Sakat Azka berbisik perlahan.
Muka Darina menghangat. Dia menepuk kedua pipinya agar hangat pada wajahnya sedikit berkurang. Namun, tiada perubahan sama sekali. Merah nya kian menampak sehingga dia bertindak duduk di tempat nya tadi lalu ditekup muka nya dengan telapak tangan.
"Tak nak bagi hadiah lain?" Masih dengan usikan menggoda, Azka menyoal.
"Saya tak ada hadiah lain tapi saya boleh melukis."
"Aku nak lukisan aku."
Tiada keraguan dalam hobi yang dicintai nya, lekas-lekas Darina setuju. Dia bangun lantas kerusi roda sang suami dibawa masuk kembali dalam rumah.
"Naik atas tingkat empat."
Menyedari kekurangan sang suami, mereka memboloskan diri masuk ke dalam lif.
"Bilik saya adalah bilik awak?"
Menyedari keduduk bilik nya hanya berada di tingkat bawah, tanpa tangga membuatnya tertanya-tanya. Adakah mereka sama kamar?
Kerana, hanya ada satu kamar saja di sana.
"Yup!"
Mengingat mereka berdua berkongsi kamar, dadanya menyirat perasaan sedikit rumit. Ada perasaan kurang senang mengenangkan Darina belum pernah mencampuri diri dengan kaum adam sebelum ini.
Ting!
Lif terbuka, mereka keluar dari lif. Ada empat bilik di sana, mengingat dirinya bukan pemilik rumah ini. Darina hanya menanti arahan dari Azka.
"Bilik yang ke-3."
Mendapat arahan itu, Darina mendorong pintu yang ke-3. Selanjutnya, dia masuk ke dalam bilik itu. Melupai bicara mereka tadi, Darina terpaku pada sekitar nya. Seluruh dinding terlakar cantik dengan bertemakan bandar Itali di Rome.
"Ini,"
Azka meraih canvas bersama peralatan khas melukis lalu dihulur pada Darina. Darina menerima baik. Selanjutnya, punggungnya dilabuh di atas kerusi yang tersedia.
"Lukis aku."
Entah di mana urat malu Azka hilang, tiba-tiba saja pakaian yang tersarung di tubuh nya dicampak menjauh. Muka Darina memerah malu tatkala Azka mempamer kedua otot nya. Menepis segala malu, Darina dengan tenang mulai melukis.
📍Nak bab seterusnya?
Kuncinya 🔑 🔐
10 votes 🔓⭐
See ya🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro