Bab 1
Dari kejauhan, Darina menatap raut wajah kegembiraan keluarga nya. Bibirnya tersungging senyum sedih sebelum dia masuk ke dalam bilik tetamu. Sejurus melabuh duduk atas katil, mask ditanggalkan bersama selendang hitam tatkala itu, rambut panjang mengurai berwarna merah itu begitu cantik beralun jatuh.
'Apa salah aku?' monolog Darina sendiri.
Darina mengulung rambut panjangnya dengan menghembus nafas nya kasar. Mama dan Papa tidak pernah mengizinkan nya keluar bilik walaupun setapak. Oleh sebab itu, Darina tak ada keberanian nak keluar tengok majlis pernikahan kakak nya.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu menarik perhatian Darina. Muncul lah kedua orang tua nya bersama seorang wanita paruh baya begitu asing baginya.
"Ma-ma?"
Darina melirik Datin Miriam. Meminta penjelasan mengapa tiba-tiba masuk ke dalam kamar tamu. Biasa memang payah untuk Datin Miriam masuk ke sini. Bahkan boleh kira berapa kali pernah masuk biliknya.
"Rina, kenapa belum ready ni?" Soal Datin Miriam teruja.
"Re-ready?"
Darina yang tak faham apa-apa berkerut dahi. Spontan, kedua tangannya menggempal kain duvet kerana terlalu gugup.
"Rina gugup nak kahwin dengan Tuan Azka ya?" Ujar wanita paruh baya itu.
Bahkan sekarang pun, Darina masih blur. Belum mengungkap tidak mengerti dari jalan cerita tiba-tiba disergah dengan perkataan 'ready'. Tiba-tiba dirinya dipaksa pakai baju pengantin.
"Ini pakai,"
Datin Miriam berkelakuan sebaik malaikat. Persis ibu yang paling terbaik di dunia. Dia mara merapat lalu dia berusaha bisik sesuatu pada Darina. Khas untuk mereka berdua saja mendengarnya.
"Baik kau pakai, kalau tak. Aku tak mengaku kau anak aku!" Ugut Datin Miriam sembari menyua baju pengantin milik Darin pada Darina.
"Mana Darin?" Soal Darina tidak mengerti akan keadaan yang dialami nya ketika ini.
"Diam dan pakai!" Ton suara sama. Berbisik kecil seperti tadi.
Darina mahu protes, namun setelah mendapat tenungan maha tajam dari Datin Miriam. Tak melengah masa, Darina meminta diri masuk ke dalam kamar mandi. Mahu tidak mahu, baju pengantin itu disarung ke tubuh. Bernasib baik tubuh kembarnya itu sama dengannya. Maka tidak terlalu sulit untuknya memakai nya. Usai itu, Darina keluar.
"Pastikan make up pengantin berbaloi dengan bayaran yang I bagi. Ingat! I bayar mahal, bukan seringgit! I boleh cari ramai lagi juru mekap kalau you tak boleh buat kerja!" Angkuh bicara itu meninggi diri.
"Baik Datin!" Juru mekap itu menunduk hormat sedikit setelah Datin Miriam keluar dari bilik.
"Maaf atas tutur kata mama saya." Ungkap Darina menunduk hormat persis sama yang dilakukan juru mekap tadi.
"Apa yang Datin cakap betul. Tak ada yang salah." Juru mekap itu menghulur senyum dan dibalas dua kali ganda senyum paling manis dari Darina sampai kedua matanya jadi sepet.
"Maaf, saya mesti pergi."
Darina berlari anak ke balkoni. Dari bawah ia menjangka bahawa kakinya pasti patah jika Darina berani mengambil risiko melarikan diri. Darina mengigit bibir kerana perasaan takut.
"Kau nak pergi mana?" Soal satu suara, yang pasti suara itu adalah milik Datin Miriam.
Mencicit takut Darina berdiri di sana. Dia menunduk menatap kaki sendiri sebelum teriak kecil keluar dari bibir saat rambutnya ditarik kuat hingga kepalanya tercongak ke atas.
"Sa...sakit Ma..." Suara itu merayu persis anak kecil yang begitu takut akan kemarahan ibunya.
"Kau nak pergi mana ha?! Kau nak malukan aku dengan melarikan diri dari perkahwinan kau sendiri? Boleh tak kau jangan menyusahkan aku? Aku bencikan kau! Kau tahu tak?" Semakin lantang suara Datin Miriam semakin kuat juga tarikan itu.
"Kakak yang sepatutnya menikah kan? Bukan adik."
"Menjawab! Menjawab kau eh?"
Nak tercabut rambut Darina kerana perbuatan kejam mama nya itu. Air mata usah dikata, mengalir bagai air hujan. Juru mekap yang berada beberapa meter darinya hanya mampu menunduk. Tidak mampu suarakan apa-apa.
"Tapi Rina tak nak kahwin."
"Kau tahu syurga di bawah telapak kaki aku kan?" Darina mengangguk laju.
"Ikut arahan aku! Gantikan Rin!"
Sejurus terlepas aje cengkaman pada rambutnya, Darina menghela nafas lega. Sempat ia melirik pada juru mekap yang sedang berbicara dengan mama nya.
"Cik Rina mari,"
Terpaksa namun rela, Darina buka langkah menuju ke meja solek lalu duduk. Suasana hening seketika, juru solek yang tadi berbicara dengannya tadi justeru tampak tidak ingin mengeluarkan suara. Dia buat kerja saja sehingga Darina memberanikan diri mengeluarkan apa yang berlegar dalam fikirannya.
"Apa yang mama cakap tadi?"
"Jadikan rahsia untuk apa yang terjadi antara Cik Rina dan Datin Miriam." Jujur gadis itu, tidak berniat langsung nak menipu.
Darina mengangguk. Terdetik dalam hati akan takdir hidupnya yang begitu malang. Sejak dulu, Darina dan Darin tidak pernah sekepala meski mereka adalah kembar. Malah mereka berdua selalu bergaduh akan hal yang remeh. Semestinya Darina yang selalu mengalah dan akur walaupun salah bukan pada dirinya.
"Cik Rina," seru gadis itu yang kini tersenyum manis pada pantulan cermin.
Seakan tidak percaya, Darina terpegun melihat dirinya versi pengantin. Sejujurnya Darina tidak pernah make up. Ini adalah kali pertama.
"Thank you."
"No problem."
Tok! Tok! Tok!
Muncul Datin Miriam di sana bersama senyuman manis. Tanpa apa-apa kata, ditarik lengan Darina agar mengikut langkah kakinya ke upacara majlis.
"Lepas kau kahwin dengan Tuan Azka, aku nak kau berlakon sebagai Darin. Jangan sampai rahsia kau terbongkar! Kau faham?" Sambil berjalan, sempat Datin Miriam berbisik di telinga Darina.
"Darina bukan Darin, Ma." Tegas Darina cuba membantah kerana perwatakan kembar yang berbeza.
"Boleh tak kalau kau jadi anak tak menjawab?" Darina mengetap kuat giginya.
"Rina takut kalau perwatakan Rina yang menyebabkan semua ini terbongkar. Rina pemalu manakala Rin peramah." Jawab Darina agar lebih jelas difahami oleh mama nya.
Namun, hati Datin Miriam tidak sebaik orang lain untuk memahami isi yang cuba disampaikan. Malah disalah ertikan pula?
"Kau nak cakap anak perempuan aku liar? Macam tu? Dah, dah! Aku tak nak dengar apa-apa dari kau! Macamlah kau baik sangat macam malaikat, tah tah kau lagi jahat dari Darin!"
Darina diam tanpa balasan. Bukan kerana dia sudah tidak mahu berbalah tapi jika berlarutan ia akan tetap sama. Darina yang salah dan Darina yang disalah ertikan lalu menjadi jahat dalam segala cerita. Maka itu, lebih baik Darina diam.
"Dah sampai, diam dan berlakon sebaik mungkin!"
Hadirnya Darina memberi impak yang besar pada suasana yang tegang tadi. Kala ini, semua mata menatap takjub pada seorang gadis yang sedang duduk bersimpuh di atas kusyen pengantin perempuan. Darina merasa malu untuk sekadar menatap sekejap sekeliling, kerana itu ia memilih menunduk lantas menatap jari-jemarinya sendiri.
"Boleh mulakan?"
Darina mula tidak fokus kerana terlalu gugup dan malu. Mukanya tiba-tiba merah menyala. Situasi ini sungguh menyukarkan dirinya. Darina tidak mampu bernafas apabila perkataan 'sah' bergema. Tak tahan untuk terus bertahan dan ia terus jatuh pengsan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro