Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 55 | 'BENDA' PENTING

"You won't be able to be kind to others if you're not kind to yourself."






















AMIRA masih menangis teresak-esak. Bukan dia seorang malah mereka yang berada di dalam lori yang tertutup itu turut menangisi takdir mereka yang malang. Setiap hari mereka mengharapkan adanya hari esok. Berharap sinar mentari tidak memancar seperti biasa sebaliknya memberi kesembuhan buat hati dan tubuh yang berdarah.

Kesembuhan dapat mewujudkan sebuah harapan. Harapan untuk mereka terus bertahan. Harapan yang menjadi sebab untuk mereka meneruskan kehidupan. Hakikatnya, harapan itulah yang bersifat hancur. Apabila takdir tidak seiring harapan, hati akan kembali melecur kesakitan.

Ramai yang mempersoalkan takdir tetapi hakikatnya manusia buta, pekak dan bodoh. Takdir tidak pernah memberikan jawapan. Takdir hanya laluan untuk manusia mendapatkan jawapan. Jawapan akan ada andai kaki yang pernah melutut di tanah kembali didirikan lalu terus melangkah meskipun goyah.

Jika lelah, tidak mengapa untuk rehat sebentar. Lihat awan. Lihatlah langit lalu toleh ke belakang. Sudah berapa jauhkah jarak perjalanan kau sejak dilahirkan? Pasti ada keindahan yang pernah dinikmati sebagai kenangan walaupun semakin lupus dalam ingatan. Bukankah itu sinar yang memberi kesembuhan untuk terus bertahan supaya kau dapat merasai rasa indahnya semula?

Ivy simpati melihat gadis itu. Rasa serba-salahnya semakin menebal kerana dia pernah mengabaikan Amira yang merayu minta diselamatkan. Ketika itu, perasaan simpati dan curiganya bercampur baur. Syaitan berjaya membuatkan dia keliru lalu Ivy memenangkan rasa curiganya. Akhirnya, harapan Amira lesap bersama bayangan silamnya yang menakutkan.

Keadaan yang sempit dan sesak di dalam lori itu menyebabkan Ivy sukar untuk bergerak. Dengan berhati-hati, dia bangun lalu bergerak mendekati Amira yang duduk melutut di penjuru. Punggung dilabuhkan bersebelahan gadis itu lalu dia menyandarkan badannya. Sengaja dia membiarkan keadaan menjadi sepi buat seketika.

"Kalau kau tolong aku hari tu... nasib aku tak akan jadi macam ni..." luah Amira setelah tangisannya terhenti. Matanya yang sembab dikatup rapat. Intonasi suaranya kedengaran dingin.

Ivy menggigit bibir. Rasa bersalah menyebabkan lidahnya kelu mahu membalas. Penderitaan Amira menjadi beban berat di pundak walaupun dia tahu itu bukan seratus peratus salahnya. Qadr Allah tetap akan berlaku tepat pada masanya walaupun pelbagai jalan untuk melarikan diri terbentang di hadapan jalan.

Semua jalan itu tetap menuju ke situasi yang sama. Takdir tidak mampu diubah melainkan kau adalah Tuhan yang mampu mengatasi segala sifat Allah. Tuhan cuma satu dan tiada duanya.

"Maaf... Zahra yang... maksud saya, Luna. Saya tak sangka dialah yang..."

Ivy mati akal untuk memberikan alasan. Lidahnya bagaikan terkunci. Suaranya seperti tersekat. Entah kenapa dia tidak boleh menyusun kata-katanya dengan baik. Tiba-tiba saja dia menjadi gagap.

Dia juga tidak sangka Zahra hanyalah watak palsu disebalik gadis kejam bernama Luna. Lakonan baik Luna berjaya mengaburi mata hatinya lalu diabaikan Amira yang menjadi mangsa dalam diam.

"Maaf Amira... maaf..."

Air mata Ivy tumpah. Hanya kata maaf yang terluah walaupun hakikatnya banyak untuk dia bicarakan. Dia juga sakit tetapi Amira jauh lebih sakit. Kedua-dua belah tangan gadis itu dipegang, memberi secebis kekuatan walaupun dia turut lelah dan lemah.

"Bunuh saya."

"Apa?"

Ivy terkejut mendengar permintaan gadis itu. Dalam kesamaran cahaya dengan hanya berbekalkan satu mentol, dia dapat melihat wajah Amira yang sudah hilang harapan. Tiada lagi tangisan dan esakan. Mata yang sembab itu kelihatan kosong seiring hatinya yang  sudah mati rasa.

Amira meleraikan genggaman tangan Ivy. Kedua-dua belah tangan gadis itu diletakkan ke lehernya. Tangan Ivy terketar-ketar.

"Saya tak ada sesiapa dan saya tak dapat cari tujuan untuk teruskan hidup. Kalau kita selamat pun... saya tak ada tempat nak pergi..." luah Amira tanpa nada.

Ivy lekas menarik tangan lalu menggelengkan kepalanya. Walau apapun yang berlaku, dia tidak akan sesekali membunuh. Itulah yang menjadi perbezaan antara dia dan Luna. Jika Amira dibunuh, dia dan Luna sama saja.

Keadaan lori yang tadinya tenang tiba-tiba saja bergegar kuat disebabkan permukaan tanah yang tidak rata. Tahulah Ivy mereka sekarang berada di hutan. Sengaja mengelak menggunakan jalan di kota agar tidak diketahui pihak berkuasa. Hatinya tertanya-tanya... ke manakah arah tujuan mereka?

Disebabkan tidak dapat melihat keadaan luar, bukan hanya Ivy tetapi mereka yang berada di dalam lori itu turut berasa curiga. Pelbagai tangkapan negatif menjengah kepala. Tangisan dan esakan menjadi semakin kuat tetapi malangnya, raungan itu tetap tidak dipedulikan. Segalanya menjadi sia-sia.






























<<•>>























KUNCI pendua rumah apartmen itu dikeluarkan daripada saku seluarnya. Nurhan berpakaian serba hitam. Topi hitam dibetulkan agar wajahnya tidak terlalu terdedah. Keadaan kawasan itu diperhati supaya tidak ada mata-mata yang memerhati.

Sebelah tangannya yang bersarung tangan terus memegang tombol pintu. Kunci dimasukkan ke tempatnya lalu dipulas. Suatu bunyi kedengaran, menandakan pintu itu berjaya dibuka. Tanpa berlengah, Nurhan terus masuk ke dalam. Ruang tamu yang gelap itu diperhati lama. Matanya melilau mencari suis lampu. Sukar untuk dia melakukan misi rahsia ini dalam keadaan gelap.

Matanya yang tajam menemui suis yang terletak berhampiran kabinet televisyen. Suis lampu ditekan. Serta-merta keadaan rumah yang besar itu menjadi terang-benderang. Sekali lagi matanya menyelongkar ruang tamu milik Inspektor Khalil. Bersih, kemas dan dia pasti 'benda' penting yang dicarinya tiada di sini.

Nurhan melangkah lebih jauh. Mendekati bilik pertama lalu pintu itu dipulas. Tiada apa-apa melainkan hanya ada katil dan almari pakaian yang besar. Firasatnya yakin bukan bilik itu juga lalu pintu kembali ditutup perlahan. Bilik kedua didekati lalu dipulas tombol pintu bilik itu. Berkunci!

Nurhan tersenyum. Dia tahu inilah bilik yang tepat walaupun dia masih belum masuk ke dalam bilik itu. Mata Nurhan lekas melilau mencari tempat kunci bilik itu disembunyikan. Disebalik kabinat televisyen, sofa, karpet, pasu bunga, semuanya digeledah dengan cermat dan berhati-hati namun, dia masih belum menjumpai kunci tersebut.

Masa semakin suntuk. Bila-bila saja Inspektor Khalil akan pulang semula ke sini. Dia perlu segera menjayakan misinya. Dia cuba memerah otaknya dengan keras.

"Kalau aku jadi dia... tempat sepatutnya aku akan letak?"

Nurhan berbisik dengan dirinya sendiri. Menjadikan dirinya yang memegang watak Inspektor Khalil. Jika dia menjadi lelaki itu dan  berada di situasi yang sama, ke manakah kunci itu akan disorokkan?

Mata Nurhan membesar sedikit. Tiba-tiba saja dia mendapat satu ilham. Bilik pertama yang menjadi bilik tidur Inspektor Khalil dimasuk lalu matanya melilau mencari sesuatu yang aneh dan pelik pada pandangan matanya. Bebola matanya menangkap satu bingkai gambar yang digantung pada dinding kepala katil.

Kakinya dibawa ke arah gambar itu. Semakin dekat, semakin jelas dua figura manusia dalam gambar itu. Figura Inspektor Khalil dan isterinya yang telah meninggal dunia tujuh tahun yang lalu akibat mengalami kegagalan jantung. Mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata lalu hiduplah Inspektor Khalil keseorangan. Hidupnya dihabiskan untuk berbakti kepada masyarakat dan itulah cara dia merawat hatinya yang kosong dan sepi.

Tangan Nurhan naik menyentuh gambar tersebut namun, dia tidak menemui apa-apa. Setelah itu, dia terus menarik gambar itu ke atas. Senyumannya melebar saat matanya melihat kunci yang tergantung di belakang gambar. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil kunci tersebut lalu bergerak ke bilik kedua.

Kunci tersebut memang sepadan. Lekas dia membuka pintu lalu menggeledah pejabat milik Inspektor Khalil. Dokumen-dokuman yang disusun di atas meja kerja dan almari diperhati satu-persatu. Saat matanya berjaya menangkap dua fail dokumen penting itu, dia terus mengambilnya.

Dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang terletak berhadapan meja kerja. Komputer riba milik Inspektor Khalil dibuka lalu kata laluan berjaya diakses dengan mudah dengan bantuan seorang penggodam professional. Tetikus digerakkan lalu dibuka fail-fail yang ada dalam komputer riba. Beberapa fail dan e-mel berjaya disalin dan dipindahkan ke pemacu kilat USBnya.

Misinya berjaya. Segera dia menutup komputer riba lalu mengembalikan keadaan rumah itu seperti sediakala. Segala jejak bukti dihapuskan dan bilik pejabat Inspektor Khalil turut dikunci. Jam sudah menunjukkan pukul 6:45 petang. Dia perlu segera pulang untuk menyerahkan 'benda-benda' penting ini.




























Alamak! Nurhan pengkhianat ke? 🥺
Sian korang klau dh terminat Nurhan.








Jgn lupa vote 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro