BAB 51 | TWO-SIDED CASE
"Kebahagian itu tidak ke mana-mana kerana ia ada di dalam diri kita sendiri, di hati yang selalu mensyukuri."
LAKARAN pelan yang menunjukkan struktur bangunan yang menjadi pusat markas aktiviti
anak-anak buah Razen dibentangkan di atas meja. Di tengah-tengah ruang tamu itu, Danial selaku wakil daripada pihak atasan MEIO berdiri berhadapan dengan pegawai-pegawai polis yang turut memegang jawatan sebagai ketua unit masing-masing.
Setiap unit mempunyai pelbagai peranan dan tugas penting yang perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi besar-besaran ini berjalan lancar. Walaupun anak lelaki Tan Sri Afnan tersebut baru mencecah 18 tahun dan masih belum ada pengiktirafan dalam bidang ini, kemahiran jejaka itu sememangnya hebat dan tidak dapat disangkal lagi.
Mereka sudah dapat melihat kehebatan jejaka itu menyelesaikan kes dan bagaimana cara dia menumpaskan penjenayah dengan ilmu silat yang dipelajari. Rupanya dalam diam tanpa pengetahuan Tan Sri Afnan, dia sering membantu sahabat baik ayahnya itu mengendalikan kes.
Dendamnya terhadap Tuan Razen menyebabkan dia tekad menceburi bidang itu walaupun ayahnya melarang. Danial faham keadaan ayahnya yang trauma dan takut akan kehilangannya namun, kematian ibu dan kakaknya perlu ditebus sekalipun nyawa menjadi tebusan! Dia tekad!
"Baiklah. Saya harap anda semua dengar penjelasan saya baik-baik. Sebelum saya terang mengenai rancangan yang perlu dibuat, saya akan tunjuk terlebih dahulu tentang lokasi."
Danial terus membuka bicara. Peta besar benua Eropah dibentang di atas meja, menindih pelan lakaran markas penjenayah. Semua yang berada di situ terus memasang telinga dan fokus melihat peta besar tersebut. Ikram yang berada di sebelah terus menghulurkan pen penanda berdakwat merah bagi memudahkan lelaki itu membuat penerangan dengan lebih jelas.
"Berdasarkan alat penjejak yang telah dipakai oleh seorang mangsa, kami mendapati lokasi yang menjadi tempat dia disembunyikan ialah di Fresnes-sur-Escaut, France."
Jari jemari Danial pantas membulatkan lokasi yang disebutnya pada peta dengan pen penanda merah. Berdasarkan tafsiran mereka, kedudukan tempat itu agak jauh. Berhampiran sempadan Perancis dengan Jerman.
"Dari kedudukan kita untuk ke sana, jaraknya ialah 227 kilometer dan akan mengambil masa selama dua jam 30 minit."
Kali ini, tangan Danial pantas membuat garisan yang menghubungkan Paris dengan Fresnes-sur-Escaut bagi memastikan mereka semua faham dengan lebih jelas. Sebahagian daripada mereka kagum melihat kewibawaan yang ditunjukkan oleh jejaka bertopi hitam itu selaku pemimpin operasi penting ini. Tidak dinafikan Danial setanding dengan Tan Sri Afnan walaupun masih remaja.
"Jane?"
Panggilan Danial kepada salah seorang polis wanita di situ terus mengalih perhatian semua orang. Faham akan arahan yang cuba dimaksudkan remaja lelaki itu, Jane terus melangkah keluar ke hadapan. Kini, semua mata memandang ke arah wanita Perancis berambut pendek itu.
"Seorang gadis yang menjadi mangsa pengikut Razen ialah kawan kepada tuan Danial. Jadi, saya dan beberapa orang pegawai polis telah mengikut dan mendekati mangsa secara senyap. Alat penjejak lokasi telah berjaya dipasang pada kaki mangsa dan kini, gadis itu berada di sini," ujar Jane yang fasih berbahasa Melayu sebagai bahasa keduanya sambil jari telunjuknya menunjukkan lokasi bandar bernama Fresnes-sur-Escaut itu.
"Jadi, berkemungkinan tempat itu menjadi pusat markas penjenayah."
"Macam mana awak boleh pastikan itu menjadi markas utama? Boleh jadi mangsa-mangsa lain berada di lokasi yang berbeza dan berkemungkinan juga alat penjejak tu tak berfungsi."
Razuddin yang sejak tadi berdiam diri terus mencelah memberikan pendapatnya. Sebahagian kecil daripada mereka agak bersetuju.
"Setakat ini... saya dah pernah gunakan alat tu berulang kali dan terbukti berkesan," jawab Jane bersama senyuman.
"Ya, itu kebarangkalian yang besar untuk alat tu berfungsi tapi kita tak boleh memandang remeh dengan kebarangkalian yang kecil. Kita sendiri tak boleh jangka. Maaf saya ungkit tentang ini. Alat ni pernah sekali tak berfungsi sewaktu operasi penangkapan Razen suatu ketika dahulu bersama-sama dengan Tan Sri Afnan. Disebabkan kebergantungan kita pada alat, satu tragedi berdarah akhirnya berlaku."
Kata-kata Razuddin menyebabkan semua terdiam lalu mengalihkan mata mereka memandang Danial yang hanya mempamerkan riak wajah kosong dan tidak berperasaan. Ya, siapa saja yang tidak tahu mengenai kisah sayu disebalik tragedi berdarah tersebut malah, menjadi satu berita tergempar di seluruh negara pada saat itu.
"Saya telah bekerjasama dengan seseorang yang menyamar di sana secara rahsia. Berdasarkan maklumat yang saya dapat, memang benar jangkaan Jane... semua mangsa telah dikurung di sana," tambah Ikram yang sejak tadi sekadar mendiamkan diri.
"Berdasarkan pengamatan saya, operasi ni amat berbahaya dan berisiko. Kita tak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kerana boleh jadi ada mangsa yang cedera," celah salah seorang pegawai polis di situ. Mereka yang lain mengangguk setuju.
Tanpa membuang masa, Danial terus mengalih peta tadi ke tepi dan kini semua mata kembali fokus melihat lakaran pelan sebuah bangunan di atas meja. Satu kejayaan yang cukup hebat kerana bukan mudah sebenarnya untuk menyeludup masuk ke tempat penjenayah tanpa disyaki. Dengan teknologi yang canggih dan kerjasama yang baik di antara semua aggota polis, setiap sudut dan aktiviti penjenayah berjaya dikenal pasti.
"Tempat ini berkeluasan kira-kira 300 meter per segi dan ada dua tingkat. Terdapat dua pintu besar dan sentiasa berkunci di hadapan dan belakang bangunan. Kedua-dua pintu ini dijaga seramai empat orang pengawal."
"Apa kata kalau kita serang dari arah belakang? Unit tertentu akan menarik perhatian semua penjenayah ni dari arah pintu hadapan." Seorang polis di situ memberikan cadangan.
"Ya, cadangannya begitulah." Ikram membalas bagi pihak Danial.
"Di ruangan bawah, ia penuh dengan kontena yang mengandungi dadah dan senjata api. Di ruangan atas, ada satu bilik besar yang sentiasa dikunci dan dijaga ramai pengawal, disyaki di situlah semua mangsa ditempatkan," sambung Jane dengan suara yang tegas.
Perbincangan mereka berlanjutan sehingga ke lewat malam. Masing-masing bersemangat menjalankan operasi yang dinamakan two-sided. Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menjatuhkan organisasi gelap Tuan Razen, kini mereka bangkit semula untuk bertarung.
"Operasi ni akan dilaksanakan pada malam esok, jam 10 malam. Diharapkan semua unit dapat menjalankan tugas dengan baik! Kejahatan mereka perlu diakhiri!" laung Jane selaku penggerak operasi dengan semangat yang berkobar-kobar.
Tuan Razen, penjenayah licik yang paling dikehendaki pihak polis. Selama lebih 20 tahun, lelaki psiko itu berjaya bertahan daripada ditangkap pihak berkuasa. Dengan segala kekayaan yang diperoleh daripada aktiviti haramnya, rasuah dan ugutan berjaya menumpaskan mereka yang menjadi penghalang.
Buktinya suatu ketika dahulu, berlaku satu insiden pengeboman sebuah gudang yang dikatakan tempat persembunyian lelaki itu. Namun rupanya, ia cuma satu tipu helah yang sengaja memerangkap pihak berkuasa. Demi menebus kematian suaminya yang juga mangsa insiden ketika itu, Jane tekad mematikan gerak kerja organisasi Razen di sini meskipun nyawa yang menjadi taruhan!
"Baik, tuan!" Mereka semua yang berada di situ mengangkat tabik, menghormati keberadaan wanita itu yang jauh lebih lama berkhidmat dalam bidang ini.
Dalam diam, satu rakaman suara mengenai rancangan pada malam itu telah direkod oleh seseorang lalu terus dihantar kepada pihak di sebelah 'sana'. Senyuman sinis terus terukir pada bibirnya, memperlekehkan gerak kerja semua anggota polis. Bangga kerana setelah sekian lama menjadi musuh dalam selimut, identitinya masih belum terbongkar.
•𖧷•
LANGIT yang tadinya gelap sedikit demi sedikit mencerah apabila mentari sudah bangun daripada lenanya. Relungan cahaya kelihatan menerangi sebahagian ruangan itu menerusi tingkap besi berdekatan atap. Jauh di sudut hati, mereka mengharapkan cahaya itu menjadi satu harapan untuk mereka terus bertahan dan berjuang walaupun kudrat semakin terhakis. Riak wajah masing-masing jelas terlukis kepedihan yang maha dalam.
Bang!
Bunyi tembakan yang dilepaskan ke atas secara tiba-tiba, mengejutkan mereka yang sedang tidur diulit mimpi kirana yang sementara. Saat pintu besar itu dibuka, terpacul figura Alex, Luna dan beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam dengan wajah yang sengaja ditutup dengan kain.
Keadaan yang tadinya sepi terus bingit dengan suara tangisan dan jeritan memohon belas kasihan agar dibiarkan hidup bebas. Namun, mereka ternyata silap besar. Segala kejahatan yang dilakukan telah menyebabkan sifat kemanusiaan dalam jiwa mereka terhakis lalu digantikan dengan sifat Iblis. Kejam dan bengis.
"Diam sebelum aku tembak kau orang semua!" Suara Alex bergema nyaring di segenap ruangan itu. Serta merta suasana kembali dihentak sunyi.
Seorang gadis berhampirannya didekati dan dipandang sinis. Menggigil-gigil gadis itu apabila dipandang sebegitu rupa. Tatapan lelaki itu tidak berani dibalas malah dia hanya menekur memandang lantai yang tidak berwajah. Tidak semena-mena, lelaki itu menghulurkan kakinya.
"Cium."
Perkataan yang keluar dari mulut itu menyebabkan gadis itu begitu tersentak. Air matanya terus jatuh bercucuran apabila dilayan seperti seorang hamba yang cuma setaraf tapak kaki bagi lelaki itu. Umpama boneka yang hanya dimainkan saat bosan. Sebaknya tidak dapat dibendung.
"Kau tunggu apa lagi! Sebelum aku tarik nyawa kau dengan pistol aku ni!" Alex menjerkah kuat lalu rambut gadis itu dicengkam kuat mendongak ke arahnya.
"Ba... baik. Sa... saya buat..." Tenggelem timbul gadis itu mengeluarkan suara. Alex lekas melepaskan cengkamannya. Perlahan-lahan kepalanya ditunduk lalu kasut lelaki itu dicium untuk seketika.
Alex mengukirkan senyuman sinis apabila melihat gadis itu polos mengikut arahannya. Dia berasa puas melihat mangsa-mangsanya berada dalam ketakutan. Ivy yang sekadar melihat dari jauh turut tumpah air matanya. Begitu rendah dan hina sekali martabat seorang wanita di mata lelaki itu setelah perjuangan demi perjuangan telah Rasulullah lakukan bagi menganggkat takhta wanita.
Luna yang berada di sebelah membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Pandangan mata Alex terus mencerlung tajam ke arah Ivy yang sudah resah gelisah. Perlahan-lahan langkah lelaki itu dibawa mendekatinya. Dia tidak berani mendongak ke atas. Satu isyarat diberikan kepada Luna.
Gadis itu menganggukkan kepala lalu secara tiba-tiba, pergelangan kaki kanan Ivy dipijak kuat. Ivy tersentak apabila alat penjejak lokasi pada kakinya berjaya dikesan oleh gadis itu. Jantungnya mula berdegup kencang menunggu bahana yang bakal mendatang. Rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar!
"Gotcha! I got you..." Luna meleretkan senyuman sinis yang semakin menakutkan Ivy.
Masa seakan-akan terhenti dan dia hanya kaku tidak bergerak. Luna menundukkan badan lalu seluar Ivy diselak sedikit ke atas. Alat penjejak itu dibuka lalu dengan sengaja, dia menjatuhkan alat tersebut ke lantai. Dipijak-pijak sehingga musnah sepertimana hati Ivy yang turut punah berkecai.
"Ops! Maaf! Masa depan kau musnah, Ivy..."
Sorry lambat update! Bila dh nk sampai kemuncak konflik ni tiba ii dpt writer block. Trus blank 😌😭
silent readers, baik awk vote klau x sy x nk update😤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro