BAB 45 | AMANAH
"Sabar ialah apabila hati tidak meratap dan mulut tidak mengeluh."
ఌ︎
SAAT senja sudah melabuhkan tirai, barulah Ivy pulang ke rumah. Perbualannya dengan seseorang secara rahsia tadi telah menyebabkan fikirannya terpengaruh dengan pelbagai andaian negatif. Dia mulai berasa takut apabila firasat hatinya dapat meneka kehadiran seseorang yang sengaja mengekorinya dari belakang.
Ivy tidak berani menoleh. Kedua-dua belah tangannya digenggam agar rasa takut dan paniknya tidak jelas kelihatan pada pandangan musuh. Kalau ikutkan, mahu saja dia melarikan diri dari situ tetapi apabila difikirkan semula, tindakannya pasti akan menyebabkan keadaan bertambah panik dan cemas. Dia tidak mahu mengambil risiko.
Pada saat yang mencemaskan sebegini, dia hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa melindunginya tidak kira apa jua situasi. Tanpa membuang masa, dia terus membuka beg tangannya untuk mencari kunci pagar rumahnya. Gerak gerinya kelihatan tenang tetapi hanya Allah yang tahu betapa kencang jantungnya berdegup pada saat ini.
"Ya Allah... mana kunci ni!" bisik Ivy perlahan yang mulai cemas. Diselongkar seluruh isi begnya dengan tergesa-gesa.
Namun, takdir seperti tidak memihaknya apabila kunci yang dicari masih belum ditemui. Ivy semakin takut. Dia lekas mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Hello? Da-"
Tidak sempat Ivy menghabiskan ayatnya, kepalanya sudah dipukul kuat dengan suatu objek keras yang menyebabkan kepalanya berdenyut-denyut. Dia terus jatuh tersungkur di atas jalan. Matanya yang mulai berbinar-binar dapat melihat sepasang kaki menghampirinya.
"Sekarang, bawa dia masuk ke dalam kereta," ujar seorang lelaki.
"Pastikan tak ada mata-mata yang memerhati. Kalau jumpa, bunuh." Kali ini suara milik seorang perempuan pula kedengaran. Dalam keadaan yang lemah seperti ini, dia langsung tidak dapat mengecam pemilik suara tersebut.
"Baik!"
Setelah itu, Ivy terus dipaksa bangun lalu matanya ditutup dengan sehelai kain hitam yang diikat kuat dari belakang. Ivy langsung tiada daya untuk melawan mereka semua. Lagipun, kudrat mereka jauh lebih kuat, dia tidak akan ada peluang untuk menang. Ivy pasrah lalu terus jatuh pengsan.
•𖧷•
"AMIRA..."
Tangan kanan seorang lelaki menepuk perlahan bahu Amira yang tertidur itu. Namun, gadis itu langsung tidak memberi apa-apa respon. Kali ini, lelaki itu menguatkan suaranya sedikit tetapi masih dalam nada yang lembut. Dia tidak mahu Amira takut.
"Amira..." panggil lelaki itu lagi. Kali ini, suaranya lebih kuat sedikit.
Usahanya membuahkan hasil apabila melihat Amira perlahan-lahan mencelikkan mata bundarnya. Nampak sahaja figura jejaka yang amat dikenalinya itu, bibir Amira yang pucat itu terus mengukirkan senyuman nipis. Hatinya lega apabila melihat jejaka itu.
"A... awak ba... zirkan du... it untuk sa... saya lagi, Haffaz?" ujar Amira dengan suara yang perlahan. Dalam keadaan tangan kiri dan kanannya dirantai, dia kelihatan sangat lemah sekali setelah diseksa berkali-kali oleh Luna dan Zack.
Sekarang, dia tidak ubah seperti seekor haiwan. Diseksa, dikurung dan dirantai. Badannya penuh luka. Bajunya penuh dengan darah. Sejak melarikan diri dari tempat yang bergelar neraka ini, dia langsung tidak menjamah apa-apa makanan. Amira yang sekarang tidak seperti Amira yang dahulu.
Ketika kehidupannya yang lalu, dia dikenali sebagai seorang gadis yang sopan, cantik dan manis. Tetapi sekarang, akibat maruahnya sudah diragut buang, semua serinya terus hilang. Kulit putih mulusnya dipenuhi luka dan lebam. Badannya kurus umpama tidak bertulang. Rambut panjangnya kusut masai.
Dia umpama sang bidadari yang selama ini terbang bebas tinggi di langit awan nan biru, tetapi telah kepatahan sayap akibat bidikan busur sang pemburu yang kejam lagi tidak berperikemanusiaan. Sekarang, sayapnya terus diikat dan disalahgunakan oleh manusia yang hanya mementingkan hawa nafsu.
Haffaz hanya mampu membalas soalan Amira dengan senyuman. Hampir hampir saja air mata jantannya tumpah apabila melihat Amira dalam keadaan sebegitu. Meskipun wajahnya hilang seri, tetapi senyuman gadis itu tidak pernah sekalipun pudar keikhlasannya kendatipun dalam keadaan yang payah.
"Saya tak nak biarkan Zack dan Luna terus seksa awak. Kenapa awak perlu lari? Awak tahukan risiko kalau dia orang dapat tangkap awak?" kata Haffaz yang berasa simpati. Perlahan-lahan tangannya naik ingin mengusap wajah gadis itu.
"Jangan!" larang Amira pantas. Tangan Haffaz terus terhenti.
"Kenapa?" tanya Haffaz yang mulai risau.
"A... awak bukan mahram saya. Cukuplah saya kotorkan diri saya selama ni... saya dah tak nak tambah dosa lagi..." ucap Amira dalam keadaan tertunduk. Air matanya jatuh berlinangan lalu sebak terus menghimpit dada. Haffaz terus menurunkan tangannya. Dia menghormati keputusan gadis itu.
"Baik. Tapi izinkan saya suap awak makan. Awak kena terus kuat..."
Tangan Haffaz terus membuka sebekas makanan yang berisi nasi goreng. Dengan perlahan-lahan, Haffaz menyuap sesudu nasi goreng tersebut ke mulut Amira. Gadis itu tidak menolak.
"A... awak masak sendiri ke?" Haffaz menganggukkan kepala.
"Kenapa awak baik sangat dengan saya, Haffaz? Awak boleh je tinggalkan saya mati macam ni. Kenapa perlu jaga manusia sampah seperti saya?" kata Amira perlahan. Haffaz hanya tersenyum.
"Sebab awak adalah amanah saya."
•𖧷•
PERASAAN simpati menjenguk hatinya apabila melihat Amira tertidur dalam keadaan kaki, tangan dan lehernya dirantai. Jauh dari sudut hati, mahu saja dia membawa lari Amira pergi, tetapi dia tidak mahu bertindak secara melulu. Mahu atau tidak, dia perlu sabar menanti rancangan seterusnya dilaksanakan.
Dengan perasaan berat hati dan terpaksa, dia menutup pintu bilik yang kecil itu. Keluhan berat dilepaskan. Langsung tidak sedar akan kehadiran Luna yang sudah berada di belakangnya. Gadis itu berpeluk tubuh lalu melontarkan senyuman sinis.
"Apa tujuan kau datang ke sini sebenarnya?" Haffaz terkejut lalu terus berpaling. Bekas makanan yang sudah kosong lekas disorok di belakang badan. Luna sempat menangkap gerak geri lelaki itu dengan ekor mata.
"Sayang sangat kau dengan dia."
"Aku dah kenal dia lama. Aku kawan dia. Jadi, aku tak sanggup tengok dia macam tu." Haffaz membalas dengan tenang. Tenungan tajam anak mata gadis itu dibalas berani.
"Dia cuma manusia sampah. Dah tak ada nilai. Bukankah lebih baik kalau dia mati?" hina Luna dengan senyuman senget. Haffaz berang lalu terus meluru ke arah gadis itu.
"Kau memang dah melampau, Luna!" Hampir-hampir saja dia menampar gadis itu. Namun, Luna sedikitpun tidak berasa gentar.
"Dengar Haffaz, kalau kau ada rancangan nak tikam belakang aku dengan Alex, aku tak kan teragak-agak bunuh Amira. Kau tahu kan apa yang aku cakap bukan main main," bisik Luna serius. Haffaz cuba untuk bertenang. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.
"Luna, kau sepupu aku. Aku lebih kenal kau dan Alex berbanding perempuan tu. Sekalipun aku suka dia, dia bukan taste aku. Dia dah diguna pakai. Perempuan macam dia cuma permainan aku je," kata Haffaz tanpa nada.
"Bagus kalau kau ingat kedudukan kau. Ingat, dulu waktu keluarga kau susah, aku yang tolong! Sekali kau cuba musnahkan aku, aku tak kan teragak-agak bunuh semua orang yang kau sayang."
"Don't worry. Aku tak kan berpaling," balas Haffaz seraya terus berlalu pergi.
Luna hanya menghantar pemergian jejaka itu sehingga hilang dari pandangan lalu dia terus menghantar isyarat mata ke arah dua orang lelaki yang juga pengikut Tuan Razen.
"Follow him."
Mereka mengangguk lalu terus berlalu pergi dari situ. Arahan diterima!
•𖧷•
"HAISH! Aku kalah lagi!" Seorang lelaki yang berkaca mata mengeluh kasar apabila kali ini sudah kali ketiga dia tewas. Tidak henti-henti hati kotornya mengeluarkan pelbagai kata carutan dan kesat. Khairul yang berada di hadapan terus tergelak besar.
"Kalau kau tak pandai main, jangan main! Kau bukannya tak tahu aku memang pro sejak azali!' puji Khairul kepada dirinya sendiri. Dia mulai bongkak. Kad daun terup yang berada di tangannya dilontar spontan ke muka pesaingnya tadi. Mereka yang memerhati terus bertepuk tangan dengan perasaan kagum.
"Memandangkan kau dah kalah, mari sini duit kau!"
"Haish! Tak guna!" Lelaki itu terus bangun lalu cuba untuk melarikan diri dari situ. Namun, tidak sempat dia keluar dari rumah lama itu, orang orang itu sudah menangkapnya terlebih dahulu. Tangannya dikunci erat.
"Lepaskan aku! Aku janji aku akan bayar kau nanti!" Lelaki itu mulai merayu apabila rancangannya untuk melarikan diri terus gagal. Khairul terus bangun dan mencengkam rahang lelaki pencundang tadi.
"Heh! Tadi bukan main kau kata kau pandai main! Dapat banyak duit!" Khairul menjerkah garang.
"Aku minta maaf! Aku tipu! Aku mamemg tak ada duit. Jadi, tolong bagi aku masa! Aku janji aku akan bayar!" rayu lelaki itu dengan bersungguh-sungguh.
Pang!
Pang!
Pang!
Tiga kali Khairul menampar kuat pipi lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, perut lelaki itu ditendang dan ditumbuk kuat sehingga menyebabkan lelaki itu muntah darah. Langsung tidak dipedulikan dengan keadaan lelaki itu yang sudahpun lemah.
"Kau orang nak buat apa-apa pun buatlah. Lelaki ni memang tak patut terus hidup di dunia ni," kata Khairul seraya berlalu dari situ dan melabuhkan duduk di atas sofa lusuh di situ. Tin arak yang berada di atas meja diambil lalu diminum.
Jeritan kesakitan lelaki tadi tidak diendahkan. Dia hanya mahu menikmati dunianya sendiri. Secara tiba-tiba, salah seorang rakannya yang berada di situ menunjukkan sebuah telefon pintar yang memaparkan gambar seseorang. Khairul mengangkat kening.
"Kenapa?"
"Bukankah ini perempuan yang kau buat dia jatuh dari tebing tu?" Khairul terus mengambil telefon pintar itu lalu diperhatikan wajah gadis itu. Gadis itu seperti pernah biasa dilihat, lantas dikerah otaknya mengingat nama gadis itu.
"Rita..." Spontan Khairul menyebut perlahan nama gadis itu. Bibirnya mengukirkan sengihan.
"Oh... jadi dia hidup lagi?"
"Aku ada nampak dia di kampung seberang sana tu. Nampaknya panjang lagi hidup dia. Kau tak rasa terancam ke? Kita semua boleh masuk lokap kalau dia dedahkan rahsia kita kepada polis. Habis musnah rancangan!" hasut rakan lelakinya.
"Tak apa. Aku tahu cara macam mana nak settlekan."
"Jangan lambat sangat, Khai. Pecah tembelang kita kalau lambat sesaat."
"Ya, aku tahu! Aku yakin dia tak kan berani beritahu. Aku kenal dia macam mana... pasti dia takut keluar dari kampung tu dan terserempak dengan aku. Lagipun dia tahu tempat kita ni tak jauh dari situ," balas Khairul sedikit geram.
"Baiklah kalau kau dah cakap macam tu."
"Hmm..." Khairul membalas ala kadar. Pada saat ini matanya dapat menangkap kelibat Lian yang baru sahaja masuk ke dalam rumah ini. Khairul bangun lalu mendekati lelaki itu.
"Kau buat apa di luar tadi? Lama betul," tanya Khairul sedikit curiga.
"Haih... awek aku tu la telefon. Mentang-mentang tahu aku kaya. Dia pergi minta macam-macam! Ingat aku ni sugar daddy dia ke!" jawab Lian penuh geram walaupun pelat cinanya agak pekat. Khairul tergelak.
"Perempuan macam tu memang tak ada nilai! Kalau kau tak kisah, kita share share la..."
Lian hanya tersengih.
Hai, saya nak beritahu yang saya ada buat contest. Korang boleh menang novel tau! Kalau korang dah baca novel ni, seriously memang easy je.
Kalau nak join, boleh tengok next chapter. ✨💗
Oh ya please vote if you want me to keep update! 🥺😽
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro