Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 42 | TAHFIZ



Hati.

Empat huruf, satu perkataan.

Ringkas tetapi berselirat. Ibarat sebuah cerita yang terlalu banyak konflik dan rahsianya. Kau dan aku tidak akan sesekali memahaminya.

Luaran kelihatan baik bak malaikat yang suci bersih tanpa dosa, tetapi siapa sangka... dia hakikatnya manusia munafik berhati Iblis. Penuh dengan muslihat dan tipu daya.

ఌ︎









"RUMAH kau ke? Asal kau bawa aku ke sini?" tanya Amirul sambil memerhatikan ruang tamu yang kelihatan agak besar itu. Dua buah komputer riba yang berada di atas meja kecil menjadi sasaran matanya.

"Kau tinggal seorang diri ke?" Kali ini, matanya beralih pula memandang Danial yang sedang berjalan menuju ke arah sebuah bilik.

"Tak." Danial hanya menjawab ringkas. Pintu yang berada di hadapan matanya itu diketuk perlahan. Amirul yang hanya berdiri tegak di hadapan pintu masuk tadi sekadar memerhatikan gerak geri Danial.

"Asal kau bawa aku ke sini? Kenapa tak singgah mana mana kafe or tempat-tempat lain?" Amirul bertanya lagi. Namun, Danial masih belum mahu menjawab persoalan yang berada dalam benak lelaki itu.

Setelah kali ketiga mengetuk pintu bilik itu, Danial lekas membuka pintu apabila memikirkan sebarang kemungkinan yang terjadi kepada rakannya. Tidak mungkin Tuan Razen telah mengetahui lokasi persembunyian mereka pula! Namun, pintu bilik tersebut terkunci!

Perasaan cemas dan risau mula membelenggu diri apabila memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Beberapa langkah ke belakang diambil lalu dipasang posisi kekuda, bersiap sedia untuk menghentam pintu yang terkunci rapat dari bahagian dalam itu. Amirul hanya memandang hairan dan tidak pula dia melontarkan apa apa persoalan.

Satu.

Dua.

Tiga!

Selesai saja kiraan ketiga, Danial terus berlari ke arah pintu dan menolaknya dengan menggunakan tubuh bahagian kanannya dengan sepenuh tenaga. Dengan sekali hentaman saja, pintu tersebut terus terbuka dan Danial berusaha menyeimbangkan badannya daripada terjatuh ke hadapan.

Amirul yang sekadar melihat terus terpegun dan kagum dengan kekuatan Danial. Memang tidak dinafikan lagi bahawa jejaka itu sememangnya seorang yang kuat dan gagah. Cuma ego lelakinya saja yang menghalangnya untuk memuji Danial secara berhadapan.

Saat Danial mengalihkan pandangan ke arah katil, perasaan cemasnya terus berubah serta- merta apabila melihat gerangan yang amat dikenalinya itu masih tidur di atas katil meskipun matahari sudah tegak di atas kepala. Geram! Pelipisnya dipicit perlahan. Amirul yang perasan akan perubahan reaksi Danial terus menjengukkan kepala ke dalam bilik. Kelihatan dua orang lelaki sedang tidur dalam keadaan posisi yang pelik. Amirul cuba menahan ketawa.

Danial terus mengeluarkan pistol yang disembunyikan di sebalik bajunya lalu dilepaskan beberapa das tembakan ke arah siling rumah apabila satu idea menjengah fikirannya.

Bam!

Bam!

Bam!

Tidak sampai beberapa saat, umpama terkena renjatan elektrik, Razuddin dan Ikram terus bangun secara mengejut dari posisi tidur mereka. Amirul turut tersentak dengan tindakan tidak disangka-sangka itu. Danial memang seorang yang sangat serius.

"Arghh! Bunyi apa tu wei! Ada penceroboh ke?" ujar Ikram dalam keadaan kelam-kabut dan kusut-masai. Wajah Razuddin usah dikatakan, terkejut beruk dan cemas apabila mendengar bunyi tembakan. Mujur kediaman yang mereka tinggal sekarang jauh dari kawasan perumahan orang ramai.

"Dah bangun?" tanya Danial dengan wajah dan suara yang serius dan tegas sambil menyilangkan tangan ke dada meskipun dua orang jejaka itu jauh lebih berusia daripada dirinya. Razuddin dan Ikram terus memandang ke arah yang sama.

"Fuh! Kau ke Danial? Aku ingatkan dah kena serang dengan anak buah Razen dah tadi? Alhamdulillah nyawa aku masih panjang," ujar Ikram sambil mengurut dadanya. Lega!

"Kau ni pun satu. Lain kali kejutlah. Ini tak pergi tembak kenapa? Nasib tak gugur jantung aku," tambah Razuddin pula yang sememangnya terkejut dengan situasi yang mencemaskan itu.

"Dia dah ketuk pintu banyak kali dah. Kau orang berdua je yang tidur mati," jelas Amirul yang sejak tadi berdiam diri bagi pihak Danial. Razuddin dan Ikram terus memandang. Baru mereka tersedar akan kehadiran Amirul yang sejak tadi hanya memerhati dari pintu bilik.

"Eh kau siapa pulak?" Razuddin terus bertanya dengan pandangan yang curiga. Lelaki itu dipandang dari atas hingga bawah. Berdasarkan anggaran umur, mereka berada dalam lingkungan usia yang sama. Danial terus mendekati Amirul.

"Kenalkan... namanya Amirul. Abang kandung kepada salah seorang mangsa culik anak buah Razen," ujar Danial dengan riak muka yang serius. Razuddin dan Ikram terus terkedu.

"Jadi, apa rancangan kau yang seterusnya?" Ikram terus bertanya dengan reaksi yang penuh bersemengat. Kelihatan seperti mereka masih ada sinar harapan untuk merealisasikan misi yang sukar dan penuh berliku ini.

Mendengar persoalan jejaka itu, Danial hanya mengukirkan senyuman sinis. Razuddin dan Ikram masih menantikan jawapan manakala hati Amirul masih terdetik perasaan hairan. Berdasarkan riak wajah Danial, mereka bertiga langsung tidak dapat mengagak dan membaca maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh Danial. Anak Tan Sri Afnan sememangnya sangat misteri.





•𖧷•







IVY termenung jauh apabila teringatkan riak wajah ketakutan seorang gadis yang meminta pertolongannya tadi. Terbit pula perasaan serba-salah kerana tidak membantu gadis itu. Jelas dia seperti dikejar oleh seseorang. Lihat dari segi pemakaiannya yang compang-camping serta kesan-kesan luka dan lebam yang ada pada tubuh, gadis itu seperti didera dan diseksa dalam tempoh masa yang lama.

'Macam mana kalau gadis tu betul betul dalam masalah?' bisik hati kecilnya.

Fikiran Ivy semakin bercelaru. Situasi yang berlaku tadi umpama kaset yang dipasang berulang kali dalam fikirannya. Dia terduduk di atas sebuah kerusi panjang yang berdekatan sebuah kafe di taman besar itu seraya melepaskan keluhan panjang. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati dan turut tidak berasa selamat.

"Ivy!"

Sergahan seseorang membuatkan lamunan Ivy terus termati dengan sendiri. Matanya terus beralih melihat Zahra yang sedah berdiri di sisinya. Buat seketika, otaknya cuba mengerti situasi yang terjadi sebelum kehadiran gadis misteri tadi meminta pertolongannya.

"Kau termenung jauh kenapa? Ada masalah ke?" tanya Zahra dengan penuh kerisauan.

"Oh tak... tadi sebenarnya..."

Entah mengapa mulutnya terhenti untuk menceritakan kejadian yang berlaku tadi. Hatinya berbelah-bahagi. Patutkah dia beritahu? Mana tahu Zahra boleh beri jalan penyelesaian.

"Tadi?" ulang Zahra yang berasa ingin tahu.

"Oh tak ada apalah, Zahra. Nah kopi awak," nafi Ivy seraya menyerahkan kopi yang baru dibelinya tadi. Zahra terus mengambilnya.

"Betul ni tak ada apa? Kalau ada masalah beritahu. Jangan simpan," tambah Zahra lagi. Prihatin. Ivy pantas menganggukkan kepala dan melemparkan senyuman manis, berharap gadis itu tidak syak apa-apa. Cukuplah selama ini dia terlalu bergantung harap dengan Zahra.

"Ya. Tak ada apa. Macam mana dengan darah kat baju awak? Boleh hilang tak?" tanya Ivy yang baru teringat akan tujuan gadis itu yang menghilangkan diri tadi.

"Boleh. Cuma ada kesan sikit tapi tak jelas sangat pun. Nanti cuci hilanglah. Dah, jom balik. Hari dah lewat ni."

Ivy hanya mengangguk lalu mereka terus berjalan beriringan untuk pulang ke rumah. Tanpa sedar, figura Ivy menjadi perhatian seorang lelaki bertopi dan berpakaian hitam disebalik dinding suatu bangunan. Senyuman sinis terukir di hujung bibir lelaki itu.

"Jadi, kaulah Ivy ya?" bisik Alex dengan suara yang halus lalu terus beredar meninggalkan kawasan tersebut tanpa disedari sesiapa pun yang berada di situ.






•𖧷•






"RITA, boleh hantar makanan ni dekat Nurhan tak? Akak dah lambat nak pergi kerja ni," tanya Nana yang sedang mencuci pinggan di sinki. Rita yang baru saja selesai bersarapan terus menghampiri Nana.

"Boleh. Mana bekalnya?"

"Ada dekat tepi peti ais tu. Meh sini pinggan Rita akak yang basuh."

"Terima kasih kak Nana..." Rita membalas lalu terus menyuakan pinggannya kepada Nana. Bekas makanan yang berada di atas meja tepi peti ais segera diambil.

"Haa akak baru teringat! Hari ni Nurhan tak ada di kebun tau." Nana segera mengingatkan. Risau gadis itu pergi jauh ke kebun tetapi orang yang dicarinya pula tiada.

"Eh dia cuti ke hari ni, kak Nana?" Rita terus bertanya hairan. Tak silapnya, selepas subuh tadi Nurhan terus keluar dengan motosikalnya.

"Hari ni dia ada di surau. Ajar budak budak tahfiz hafazan dan murajaah Al-Quran."

Jawapan Nana membuatkan Rita terpegun dan berasa kagum. Jejaka yang menyelamatkannya itu bukan saja seorang pekebun malah seorang guru tahfiz yang amat disegani. Entah kenapa dia berasa kerdil dan malu pula dengan seorang hamba Allah yang dalam diam, sangat taat dengan Tuhan itu.

"Oh tak tahu pula Rita. Dia pandai ajar budak-budak tahfiz."

"Abang Nurhan tu memang seorang yang pandai. Tapi dia tak nak pulak sambung belajar. Katanya nak berbakti dekat kampung ni. Kalau semua anak muda bekerja di bandar, siapalah yang nak menguruskan hal ehwal agama dan segala kerja di kampung ni. Tak kanlah nak mengharapkan orang tua-tua saja, kan?" tambah Nana lagi.

Buat seketika, Rita semakin kagum dan terpegun. Dia tidak sangka keperibadian Nurhan sangat baik dan mulia, membuatkan dia semakin kerdil dan berasa jahil.
















Hi guys! Di bln ramadan yg pnuh berkah ini,  I'm back after SPM! ❤️🤧

Doa ii lah sy dpt result yg cemerlang ok. Selamat berpuasa! 🥰



3 April 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro