Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31 | BALAS DENDAM

PAPAN tanda yang dihias dengan lampu-lampu neon itu diperhati lama oleh Amira. Tertulis di situ perkataan Rax Club. Air liur ditelan payah lalu Luna yang baru saja mahu keluar daripada kereta itu terus dipandang. Dia pantas menuju ke arah gadis itu.

"Luna! Kita buat apa dekat sini?" Lengan Luna dipegang lalu dia terus bertanya dengan nada yang risau. Gadis itu sedikit tersentak dengan tindakannya yang secara tiba-tiba itu.

"Melepaklah. Buat apa lagi," jawab Luna selamba.

"Tapi boleh je kan kita pergi ke rumah besar tu. Kenapa nak melepak di sini pula?" tanya Amira yang masih ragu-ragu.

"Kalau you nak bekerja, kenalah kerja di sini. Dah, jangan banyak cakap! Ikut je I okey?" kata Luna sebelum dia melangkah ke arah pintu utama kelab malam itu. Amira segera mengikut dari belakang.

"Kita nak bekerja sebagai apa ni? Jual tubuh ke?" tanya Amira lagi yang masih keliru dan tidak faham. Langkah Luna terus terhenti. Nafas dihela perlahan lalu dia berpaling memandang gadis itu dengan senyuman nipis.

"Andrea, nampaknya you dah salah faham. You mesti ingat kelab malam ni selalunya tempat you jual tubuh kan? Ternyata you silap. Kelab malam yang you sangka selama ni bukannya macam tu." Dahi Amira terus berkerut hairan, cuba menghadam kata-kata Luna itu.

"Habis tu? Ni tempat apa?" Luna mengukirkan senyuman lalu jari-jemarinya naik menyentuh pipi Amira yang putih mulus. Gadis itu hanya mendiamkan diri.

"Bila you dah masuk nanti, baru you akan tahu," balas Luna yang masih sengaja mahu berahsia, ingin menarik sifat rasa ingin tahu dalam diri mangsa-mangsanya dengan taktik yang halus. Hebat bukan? Semestinya mereka tertipu.

Tanpa memikirkan perasaan Amira yang masih berkecamuk dan kusut, dia terus menuju ke arah pintu utama yang dijaga oleh dua orang pengawal yang memakai sut hitam dan bertubuh sasa. Amira tergesa-gesa menghampiri Luna yang masih berdiri di situ.

"Siapa dia ni?" tanya salah seorang pengawal yang mempunyai parut di mata.

Amira terus menundukkan wajah, gerun apabila dirinya direnung lama oleh pemilik sepasang mata yang tajam itu. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Luna dengan menghantar isyarat mata secara sembunyi kepada pengawal lelaki itu.

"Okey," jawab lelaki itu ringkas bersama senyuman sinis di hujung bibir, faham dengan isyarat rahsia Luna yang turut mengukirkan senyuman ketika ini.

"Thanks."

Luna terus mencapai pergelangan tangan Amira lalu ditarik gadis itu masuk ke dalam sambil matanya meliar mencari seseorang. Disebabkan dia tidak dapat menangkap kelibat orang yang dicari-cari, dia terus mendekati seorang pelayan lelaki yang sedang sibuk bekerja di sebuah meja bar yang besar.

"Tuan Razen mana? Kata dia nak datang," bisik Luna agak kuat disebabkan lagu yang dipasang sedikit sebanyak membataskan pendengaran. Pergerakan lelaki itu terus terhenti.

"Oh... dia tak jadi datang. Ada hal," kata pelayan lelaki itu pula. Luna mengangguk perlahan.

Amira yang masih dalam keadaan bingung itu hanya mampu memerhati segenap ruang kelab malam yang besar itu. Meremang bulu romanya tatkala matanya dapat menangkap perilaku sepasang kekasih yang sedang berasmara di sebuah meja. Segera dia mengalihkan pandangan dan mempamerkan riak wajah yang jijik.

"Budak baru?" tanya pelayan lelaki itu apabila dia mula perasan figura Amira yang hanya berdiri di belakang Luna.

"Yes."

"Dia nampak macam polos. Kau pasti ke nak ambil dia? Kalau dia report polis macam mana?" Pelayan lelaki  itu terus bertanya sambil mengangkat kening, cuba mencabar keyakinan perempuan itu biarpun dia sudah tahu hasilnya.

Luna mengukirkan senyuman manis lalu dagunya ditongkatkan ke atas meja. Mata nakalnya menatap lama lalu jari-jemarinya naik mengelus wajah lelaki yang berkumis itu.

"I dah banyak pengalaman. 10 tahun bukan sedikit. Macam-macam jenis orang I dah jumpa. Kalau dia tetap berkeras, bunuh je la. Apa susah." Dia mengangkat bahu lalu dijarakkan semula kedudukannya dengan lelaki itu.

"Okey... okey. Aku tak nafikan kau memang hebat." Pelayan lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan sebagai tanda mengalah lalu keluhan dilepaskan. Luna berpeluk tubuh bersama senyuman sinis di hujung bibir.

"Baguslah kalau you tahu. Dahlah. I gerak dulu." Luna membalas angkuh lalu kedua-dua belah kakinya yang berkasut tumit tinggi berwarna merah itu terus dibawa ke arah sebuah pintu. Tergopoh-gapah Amira mengikut dari belakang.

Luna hanya buat tidak endah. Jari-jemari naik memulas daun pintu itu lalu dikuak seluas-luasnya. Amira yang berdiri di belakang menjengukkan kepala sambil matanya mencari hujung lorong yang hanya disinari cahaya lampu yang samar-samar. Sangat gelap.

"Kita nak pergi mana?" Suara Amira terus memecah susana yang hanya sunyi dan sepi antara Luna dan dirinya tadi. Masing-masing tidak mahu membuka mulut.

"Ada la. You ikut je okey?"

Luna berpaling bersama senyuman manis lalu pergelangan tangan Amira ditarik supaya gadis itu dapat mengikut jejak langkahnya. Amira tidak membalas dan hanya patuh. Tenang sedikit hatinya apabila melihat senyuman Luna. Segera diusir pelbagai tanggapan negatif dalam fikirannya sejak tadi.

Semakin lama, semakin jauh mereka menelusuri lorong yang sunyi itu. Alunan muzik yang pada mulanya kuat turut sama menghilang sedikit demi sedikit daripada pendengaran. Hanya kedengaran bunyi derapan kasut tumit tinggi miliknya dan Luna. Itupun dia masih terkial-kial mahu melangkah.

Langkah Luna terhenti. Begitu juga dengan Amira. Dia mengangkat wajah dan memerhati raut wajah Luna dari sisi. Gadis itu menoleh bersama senyuman yang meniti di bibir lalu dipegang bahu kanan Amira dengan erat. Amira terpinga-pinga.

"Kita dah sampai."

Amira terus menoleh memandang ke hadapan semula. Jelas kelihatan sebuah pintu besar di situ. Dia tertanya-tanya, mengapa perlu ada lorong di antara dua ruangan? Mengapa tidak disambungkan saja terus?

"I tahu apa yang you fikir. But ini bilik eksklusif.  Khas untuk yang VVIP sahaja," jelas Luna tanpa memerlukan pertanyaan daripada pihak Amira. Gadis itu hanya melopong sedikit lalu menganggukkan kepala. Pipinya digaru perlahan.

"Er... oh okey. Jom kita masuk."

Baru saja Amira menapak beberapa langkah melepasi Luna, gadis itu terus memaut bahunya lalu ditarik Amira ke belakang. Terhuyung-hayang Amira dibuatnya. Nasib baik dia tidak jatuh tersungkur. Luna berpeluk tubuh.

"Sebelum kita masuk, I nak beritahu beberapa peraturan yang wajib you patuhi."

"Apa dia?"

"First, you wajib jalankan tugas you sehingga selesai. Second, you tak boleh merungut dan ikut saja semua keinginan pelanggan. Third, you dilarang beritahu orang lain. Ini rahsia antara kita sahaja. Dan akhir sekali, you tak boleh berhenti atau berpatah balik kepada kehidupan you yang asal. Life must goes on," bisik Luna tepat di telinga Amira lalu menjarakkan dirinya semula.

"Tapi... saya sendiri pun tak tahu nak buat apa," kata Amira perlahan. Luna tersenyum.

"Jangan risau. Kerja you senang je. You just dengar luahan kisah hidup seseorang."

"Luahan?" ulang Amira semula dengan ekspresi muka yang begitu terkejut. Senang betul kalau hanya mendengar luahan sahaja.

"Yeah. You just perlu dengar luahan je. You pernah dengar sugar daddy or baby?"

"Sugar daddy? Apa tu?" Kening Amira bertaut hairan. Dia langsung tidak pernah mendengar perkataan sebegitu.

"Oh come on! Tak kan you tak tahu? Pekerjaan ni sangat popular. Kalau dulu you miskin, bila you buat kerja ni, terus you jadi kaya sekelip mata. Sugar daddy ni macam I cakap tadi. Just layan as a friend," kata Luna dengan teruja.

"Layan sebagai kawan je?" tanya Amira yang masih ragu-ragu. Luna pantas menganggukkan kepala.

"Ya. Kalau you tak percaya, jom kita masuk."

Luna terus memeluk lengan Amira lalu ditarik gadis itu masuk ke dalam setelah menguak pintu besar itu. Kelihatan beberapa pasangan sedang berbual mesra sesama sendiri. Langsung tiada jarak antara mereka. Amira gementar.

"Ingat peraturan yang I cakapkan tadi. Jangan berani you nak langgar. Kalau tak, you tunggulah hukuman yang bakal menimpa," bisik Luna yang berbaur ugutan. Mahu atau tudak, Amira terpaksa menganggukkan kepala dan bersetuju.

"Okey. Mari I perkenalkan you dengan pelanggan you yang pertama."

Sekali lagi lengan Amira ditarik lalu dibawa ke arah satu sudut di sebelah kanan. Mata Amira ligat memerhati orang sekeliling. Sungguh ngeri dan begitu menggelikan walaupun mereka jelas kelihatan hanya bersentuhan kulit dan tidak bersetubuh. Namun, itu sudah cukup membuatkan bulu roma Amira terasa meremang.

"Andrea, I perkenalkan ini Sir Airel. Seorang CEO syarikat perabot. Berumur 32 tahun dan sudah berkahwin," bisik Luna setelah mereka sampai di hadapan seorang lelaki tampan yang sedang duduk di atas sofa. Mata Amira terus membulat.

"Apa? Dah berkahwin? Apa yang dia buat di sini? Mana isteri dia?" balas Amira yang begitu tidak percaya. Lelaki itu ketawa kecil. Amira pantas menoleh dengan raut wajah yang masih terkejut.

"Andrea... jaga mulut you," bisik Luna dengan nada yang keras. Amira pantas menundukkan kepala. Bibir digigt perlahan. Salahnya juga kerana asyik suka cakap lepas.

"Tak apa. I suka kejujuran you," balas Sir Airel bersama senyuman.

"I tinggalkan you di sini. Ingat! Jangan langgar peraturan!" tutur Luna sekadar mengingatkan sebelum berlalu pergi. Amira langsung tidak sempat menghalang.

"Eh! Sekejap! Saya nak buat apa ni?" tanya Amira begitu gelisah.

Namun, figura dan bayang Luna sudah menghilang. Tinggallah dia sendiri bersama seorang lelaki bernama Sir Ariel itu. Keadaan menjadi janggal. Dia langsung tidak tahu mahu membuat apa dan mula daripada mana. Sir Ariel langsung tidak dikerling.

"I rasa you mesti orang baru kan?" Suara Sir Ariel terus menghentak suasana janggal tadi. Teragak-agak Amira menganggukkan kepala.

"Ya," jawabnya sepatah. Sir Airel tersenyum.

"Marilah duduk sini. Kita berkenalan," ujar lelaki itu sambil menepuk perlahan sofa yang berada di sisinya. Amira ragu-ragu.

"Marilah. Janganlah malu-malu," panggil Sir Airel lagi.

"Err... okey."

Langkah dibawa perlahan mendekati jejaka itu lalu dia terus melabuhkan duduk. Kedudukan mereka tidak jauh dan tidak terlalu dekat. Hanya sedang-sedang. Sir Airel pula langsung tidak memaksa dan mempertikaikan, faham dengan situasi Amira.

"Nama you?"

"Ami... err..."

"Andrea... Andrea." Amira segera membetulkan nama panggilannya, sedar nama sebenarnya memang patut dirahsiakan.

"Nice name. I like. Umur?"

"17," balas Amira ringkas. Lelaki itu sekadar menganggukkan kepala.

"Well... I terkejut sangat pun. Umur gadis seperti you memang ramai. Malah ada juga yang lagi bawah daripada tu," respons Sir Airel senada.

"Boleh saya tanya... harap Sir Airel tak berkecil hati," ujar Amira dengan berhati-hati setelah sekian lama mendiamkan diri. Jejaka itu terus menoleh.

"Apa dia? Tanyalah..."

"Err... kenapa Sir Airel datang ke sini sedangkan Sir Airel dah ada isteri? Dah ada keluarga? Bagi saya... Sir Airel patut hargai mereka selagi masih ada," kata Amira selepas mengumpul kekuatan untuk membuka mulut.

Sir Airel melepaskan keluhan berat sambil menyandarkan tubuhnya ke sofa. Raut wajah Amira ditatap lama bersama senyuman yang cukup memukai hati dan perasaan Amira. Jantungnya berdegup kencang dan masa seolah-olah terhenti dengan sendiri.

"Sebab I nak balas dendam."

















Happy Aidiladha semua! ❤
20072021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro