BAB 21 | MALU
"AKU beri kau amaran. Jangan kacau dia lagi."
Mata Cassandra memandang tidak percaya. Berani betul lelaki bertopi di hadapannya ini membaling telefon mahalnya sehingga pecah! Tangan yang dicengkam terus ditarik dengan kasar. Hatinya panas!
"You ni siapa nak masuk campur urusan I? You tahu tak telefon I tu mahal! Duit gaji bulanan you belum tentu dapat bayar ganti rugi telefon I tau!" tengking Cassandra dengan kuat.
Danial mengangkat kening. Senyuman sinis yang terukir di bibir jejaka itu membuatkan Cassandra sedikit gerun lalu dia terus melarikan pandangan matanya daripada terus bertaut dengan mata tajam Danial.
"Kalau kau nak saman aku, dipersilakan. Aku tak kisah. Asalkan..." Ayat dijedakan lalu mata Danial beralih memandang Ivy yang masih menundukkan kepala. Cassandra turut memandang gadis itu.
"Kau tak ganggu dia lagi." Cassandra berdecit.
"Kalau I ganggu dia juga... Macam mana? You nak buat apa?" Cassandra berani mencabar sambil tangannya disilangkan ke dada. Raut wajah yang angkuh dan sombong turut dipamerkan.
Danial terus mendekatkan jaraknya dengan Cassandra yang sudah pun cuak dan gelisah. Jacket hitam yang disarung pada tubuh diselak sedikit ke sisi. Sepucuk pistol Glock-17 yang tersisip kemas di pinggang menyapa pandangan Cassandra. Dia terbungkam.
"Kau fahamkan maksud aku? Jadi, tak perlulah aku bagi penerangan dekat kau..." kata Danial lalu menjarakkan semula kedudukan mereka. Cassandra masih lagi kelu dan terkejut.
Danial sekadar membiarkan Cassandra di dalam dunianya sendiri lalu kakinya dibawa perlahan-lahan mendekati Ivy. Gadis itu sedikitpun tidak mengangkat kepala, mengundang keluhan di bibir Danial.
"Sampai bila kau nak menunduk ni?" Suara Danial menyapa pada pendengaraan Ivy. Gadis itu menggigit bibir, malu apabila mereka berdua mula menjadi perhatian orang ramai.
"Dah. Ikut aku. Tak kan kau nak berdiri di sini lama-lama kan?"
Ivy masih membisukan diri. Sedikit pun wajah Danial tidak dikerling. Hati dan fikiran mula berperang antara satu sama lain, langsung tidak seiring dan bersefahaman. Penghinaan demi penghinaan yang dilontarkan oleh jejaka itu pada suatu ketika dahulu meyebabkan dia tidak mahu menaruh harapan kepada jejaka itu lagi. Dia sudah serik.
"Okey. Kalau kau tak nak ikut, aku pergi dulu," ujar Danial senada.
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, hujung jacketnya ditarik sedikit dari arah belakang. Danial tidak menoleh dan hanya menunggu kata-kata yang ingin gadis itu ucapkan. Ivy pula masih menundukkan kepala.
"Tunggu saya..." ujarnya perlahan.
Danial mengukirkan senyuman nipis lalu dia terus berpaling dan memandang Ivy. Hujung lengan baju yang dipakai oleh gadis itu ditarik lalu dia terus melangkah pergi dari situ. Ivy hanya mengikut langkah Danial. Keadaan mereka sekarang menyebabkan mukanya terasa berbahang. Malu.
Sampai sahaja di suatu tempat, Danial terus melepaskan tangannya. Badan disandarkan ke dinding sambil mata helangnya memandang wajah Ivy yang masih menundukkan kepala itu. Kelihatan pipi gadis itu masih basah dengan deraian air mata.
"Anything to say?" Suara Danial terus membunuh suasana sunyi dan sepi di antara mereka.
"Err... terima kasih," ucap Ivy perlahan.
"Terima kasih for what?" tanyanya sambil mengangkat kening sebelah kiri. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Ivy menggigit bibir. Muka yang terasa berbahang membuatkan hatinya turut dilanda keresahan. Jarang sekali dia menjadi begini.
'Kenapa kau nak malu-malu pula, Ivy? Kau kan dah move on! Tunjuk yang kau betul-betul dah tak ada perasaan dekat dia! Kau kuat!' bisik hatinya.
Ivy menghela nafas. Kekuatan cuba dicari dan diraih sebanyak yang mungkin lalu perlahan-lahan wajahnya diangkat. Matanya terus bertaut dengan anak mata coklat Danial. Jantung mula berdegup kencang.
"Terima kasih sebab dah selamatkan saya. Saya terhutang budi..." ujarnya dengan nada yang sedikit kuat.
"Jadi, bila kau nak bayar hutang?" tanya Danial sarkastik.
"Huh? Hutang?" Ivy keliru. Dia langsung tidak faham dengan maksud Danial.
"Kau kata... Kau terhutang budi dengan aku. So, aku nak kau bayar," katanya selamba. Ivy mengetap bibir. Geram!
'Dah datang dah perangai annoying dia... Geram betul la!'
"Perlu ke? Saya ingatkan awak ikhlas tolong saya. Kalau ikhlas, tak perlulah saya bayar hutang awak." Ivy terus membalas. Terselit unsur perlian dalam kata-katanya.
"Tak. Aku memang tak ikhlas pun tolong kau. Aku tolong pun sebab terpaksa. Kesian tengok kau menangis macam budak kecil di situ tadi," ujar Danial penuh bersahaja. Langsung tidak memikirkan perasaan Ivy.
Ivy menggenggam penumbuk. Kecil besar kecil besar sahaja Danial pada pandangannya!
"Siapa yang suruh awak bantu saya? Saya ada mintak ke? Tak ada kan! Saya pun kalau boleh tak nak la awak tolong saya! Tak ikhlas langsung!"
Danial buat tidak dengar. Sapu tangan yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan lalu dia terus mengelap pipi Ivy yang masih basah dengan air mata. Gadis itu terkedu. Tiada lagi kata-kata yang keluar daripada bibir merah bak delimanya itu. Danial dipandang tidak percaya.
"Ish! Apa dekat-dekat ni!" marah Ivy setelah tersedar dengan wajah yang sudah kemerah-merahan, baru tersedar ke dunia realiti. Dia segera menjauhkan jarak di antara mereka berdua.
"Ehh? Tak kan dekat sikit pun dah blushing?"
Wajah Ivy yang sudah sediakala berbahang menjadi semakin berbahang, darah semakin banyak menyerbu ke muka. Bibir digigit bagi menyembunyikan perasaan malu sedangkan tingkah lakunya itu sudah dapat dihidu oleh Danial.
"Mana ada! Diamlah!" Ivy pantas menafikan. Dia terus berpaling dan melangkah pergi. Danial sekadar membiarkan. Bibirnya tersenyum.
Tanpa mereka berdua sedari, terdapat sepasang mata yang memerhati dalam diam bersama senyuman sinis. Agak jauh daripada tempat mereka berdua berdiri sebentar tadi. Butang hijau yang terpapar pada skrin telefon pintar ditekan lalu didekatkan ke telinga.
"Macam mana? Dah jumpa dia?" tanya satu suara di hujung talian. Lelaki yang memakai hud di kepala bersama kaca mata hitam itu terus mengukirkan senyuman senget.
"Saya dah jumpa dia, tuan. Dia ada bersama seorang gadis tadi." Lelaki berhud itu terus memberitahu.
"Kau tahu ke siapa perempuan tu?"
"Tak, tuan."
"Kau cari identiti perempuan tu dan kau ikut budak lelaki tu. Cari juga identiti orang yang berada di sekelilingnya. Aku nak semua maklumat tu paling lewat malam esok. Faham?" kata lelaki itu lagi dengan nada yang tegas. Lagaknya seperti ketua dan dalang disebalik segala rancangan ini.
"Baiklah, tuan. Saya akan buat sebaik mungkin."
"Bagus."
Setelah itu, panggilan terus dimatikan. Lelaki itu terus beredar dari situ lalu masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam yang terletak di seberang jalan raya. Kawannya yang hanya menunggu di dalam kereta dari tadi terus memandu pergi dari kawasan itu.
•¤•
PINTU bilik ayahnya, Encik Afnan diketuk perlahan. Dengar saja suara ayahnya memberi kebenaran, dia terus memulas tombol pintu bilik itu. Langkah dibawa mendekati Encik Afnan yang sedang berehat di beranda rumah mereka lalu punggung dilabuhkan di atas sebuah kerusi.
Danial mengikut jejak langkah ayahnya, memerhati pemandangan bukit bukau yang mempunyai ketinggian yang agak berbeza. Sejak peristiwa tujuh tahun lalu, mereka berdua sekali lagi berpindah ke kawasan pedalaman, tempat yang paling kurang menjadi tumpuan orang ramai. Kedudukan mereka juga tidak akan dapat dikesan.
"Kenapa kamu nak berjumpa dengan ayah? Macam ada hal yang penting je..." Suara Encik Afnan terus memecah suasana.
Danial tersenyum lalu beberapa helaian kertas dokumen yang dipegangnya terus diberikan kepada ayahnya. Dia lebih suka berterus terang berbanding membuat ayat kiasan.
"Contract untuk jadi bodyguard?" Encik Afnan membaca perlahan. Kaca matanya yang melorot jatuh ke bawah dinaikkan ke atas semula.
"Ya." Danial terus mengiyakan. Dia ingin menjadi seorang yang jujur.
"Kamu nak jadi bodyguard kepada siapa? Jauh betul. Paris?"
"Ya. Haah. Bodyguard kepada seseorang yang pernah Danial kenali," ujarnya lagi.
"Lelaki ke perempuan?" Soalan Encik Afnan sangat membunuh. Danial berusaha untuk bertenang, namun Encik Afnan lebih bijak menangkap perasaan gundah dalam hati anaknya itu.
"Yang itu tak penting. Janji hidup dia selamat," kata Danial. Dia cuba mengelak dan memilih jalan yang selamat.
"Perempuan?" teka Encik Afnan bersama senyuman mengusik. Dia masih tidak mahu mengalah dan tidak akan sesekali tertipu dengan helah Danial. Anaknya itu kelihatan gelisah dan kehilangan kata-kata. Terkelu.
"Akhirnya, anak ayah ni jatuh hati juga dekat seseorang. Tak lama dah nak dapat menantu," usik Encik Afnan lagi. Pen diambil lalu tandatangan diisi pada ruangan yang disediakan tanpa berfikir panjang. Bukannya senang untuk anaknya jatuh cinta.
"Memandai je ayah ni. Mana ada."
"Yelah tu. Ayah tak kan tertipu," balas Encik Afnan sambil tersengih. Danial sekadar membiarkan. Diam itu lebih baik.
Any words for Danial, guys? 🤭😏
Btw maaf kalau sis tak dapat nk update setiap hari sbb pagi dah ada kelas online sampai pukul 4 ptg. Then mlm plak ada kelas pemantapan untuk SPM. So, jadual sis agak padat.
Masa yang kosong hanya selepas subuh sampai kul 7.30, sewaktu asar dan maghrib dan selepas pukul 10. Sy menaip bab ni pum waktu asar. Maafkan saya ya. Doakan saya tau.
Syukran sbb masih support saya. May Allah always bless you
❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro