Teaser Sebak😭
💗Rahsia Hati Mrs. Fakrul💗
SELEPAS sahaja mengirimkan pesanan kepada Sakinah melalui WhatsApp, Fakrul terus pergi meninggalkan tempat itu. Dia masih terkejut apabila melihat kemesraan yang terjalin di antara Adam dan Sakinah. Ada sekelumit perasaan cemburu yang timbul dalam hatinya setelah mengetahui hubungan yang terjalin di antara mereka selama ini.
Namun, perasaan marah dan terkilan lebih menguasai dirinya ketika ini. Langsung dia tidak menyangka selama ini Sakinah sudah banyak menderita. Malah, tunangnya sanggup memutuskan hubungan mereka dahulu disebabkan perkara ini.
Betapa hancurnya hatinya kerana ditipu oleh Sakinah. Alasan yang diberi oleh Sakinah kepadanya dulu hanya dusta semuanya. Kononnya tidak mahu menyintai saudara sendiri tetapi rupa-rupanya berpunca dari masalah lain.
Air mata Fakrul sudah mula bergenang dan sedikit masa sahaja lagi akan jatuh mengalir ke pipi. Kenapa Sakinah langsung tidak mahu berkongsi masalah yang penting ini dengannya? Terjawab sudah mengapa Syamil sanggup belajar di tingkatan enam. Pasti perkara ini disebabkan masalah yang dihadapi oleh Sakinah.
Masih tergiang-giang lagi di telinganya dengan kata-kata Adam tentang adik angkatnya semalam. Terasa bodoh betul dirinya kerana langsung tidak menyangka Nur dan Sakinah adalah orang yang sama.
Malah kata-kata Fariha juga masih tersemat kuat di dalam ingatannya.
“Kawan kak Riha tu cakap Kinah kena buang sekolah sebab ada masalah mental."
Terus Fakrul memberhentikan keretanya di bahu jalan. Terasa sesak nafasnya apabila mengetahui hakikat yang sebenarnya. Segera telefon bimbitnya dikeluarkan dan nama kakaknya dicari. Dia inginkan kepastian daripada kakaknya sekarang supaya semuanya jelas.
“Hello, assalamualaikum Arul. Kenapa call kak Riha ni?” Tanya Fariha sebaik sahaja menjawab panggilan daripada Fakrul.
“Waalaikumussalam. Hari tu masa Kak Riha cerita tentang hal Kinah, siapa kawan Kak Riha tu? Arul nak tahu apa pekerjaan dia.” Soal Fakrul dengan nada yang mendatar.
“Hah! Pasal Kinah? Maksud Arul, kawan Kak Riha yang cakap tentang Kinah tu ke?” Soal Fariha inginkan kepastian.
“Ye, Arul nak tahu siapa dia.” Tekan Fakrul lagi.
“Kau ni kenapa Arul. Kan kak Riha cakap mungkin dia…”
“Arul nak tahu! Susah sangat ke Kak Riha nak jawab!” Potong Fakrul tanpa sempat Fariha menghabiskan ayatnya.
Terdiam Fariha seketika kerana terlalu terkejut melihat reaksi Fakrul. Fakrul yang baru tersedar dirinya sudah bertindak kasar, segera beristighfar di dalam hatinya. Wajahnya diraut kasar.
“Maaf Kak Riha, Arul tak sengaja.” Pinta Fakrul dengan nada yang lemah.
“Tak apa Arul. Kak Riha tak tahu apa masalah Arul sekarang, tapi Kak Riha harap Arul baik-baik je. Pasal kawan Kak Riha tu, dia bekerja sebagai staff nurse di hospital Johor dulu, bertugas di bahagian wad pesakit mental.”
Dupp!
Sah! Fakrul sudah jelas dengan perkara yang menimpa Sakinah dulu. Sakinah pernah dirawat oleh umi Adam semasa di Johor. Panggilan telefon segera dimatikan. Tanpa sedar air matanya mengalir juga. Wajahnya disembamkan pada stereng keretanya. Kesal kerana terlambat mengetahui perkara ini.
“Ya Allah... sampai hati sayang. Kenapa? Kenapa tak beritahu abang? Abang tak tahu selama ni sayang menderita sampai macam tu sekali...” Mengongoi Fakrul menangis seorang diri.
Sungguh dia tidak menyangka, selama ini dirinya ditipu hidup-hidup oleh Sakinah.
Preorder sehingga 9 Julai.
Cetakan kedua.😍
Whatsp 0129284568😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro