Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 3


“Baguslah kalau nikah terus…” Perlahan sahaja Fakrul berkata tetapi masih boleh didengari oleh Farhan.

Pap!

Sekali lagi kepala Fakrul diluku. Kali ini sengaja Farhan memukulnya dengan lebih kuat berbanding dengan yang tadi.

“Allah! Sakitnya…” Adu Fakrul.

“Cakap lagi yang bukan-bukan. Gelojoh sangat ni dah kenapa? Bukan lama je pun lagi... lepas dua bulan, nak berkurung laki bini pun ikut sukalah. Jaga sikit perangai tu Arul. Nama je kerja doktor tapi tak gaya macam doktor perangai tu.” Tegur Farhan dengan sikap merenyam adiknya itu yang semakin menjadi-jadi.

“Cakap kat Arul bukan main lagi, Abang Paan pun sama jelah. Macamlah Arul tak tahu, dulu tu bukan Abang Paan kena tangkap juga ke?” Sindir Fakrul.

Farhan yang sedar dirinya disindir, sengaja berpura-pura tidak mendengar kata-kata itu. Dia terus membuat minuman yang diminta oleh isterinya sebentar tadi.

“Pergi masuk tidurlah Arul. Esok pagi kita dah nak gerak KL. Lagipun Arul yang kena drive.” Arah Farhan dengan tegas.

Cepat2 grab... tempahan dibuka sehingga 5hb Mei shj ye. Buku ni dicetak ikut permintaan.

Berminat pm/ whatsp 0129284568.😚😚💟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro