Bab 18
DAHLIA mencedok nasi goreng ke dalam pinggan anak-anaknya. Tersenyum Dahlia melihat anak-anaknya makan dengan berselera sebelum pergi ke sekolah.
Kini Dahlia berasa sangat lega kerana anak-anaknya bersekolah yang sama. Dapatlah dia mengharapkan Syamil untuk menjaga Sakinah.
Sakinah sekarang sedang menyesuaikan dirinya di sekolah menengah. Dia akui kali ini cabaran lagi berat dan dia perlu banyak lagi kuat berusaha.
“Mana pula abah kamu ni?” Dahlia sudah mula berbebel.
“Tadi Mil nampak abah tengah bercakap dalam telefon.” Kata Syamil sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
Sakinah pula hanya menguis-nguis sahaja nasi goreng dipinggannya. Tidak lama kemudian, muncul Syamsul di meja makan dengan wajah yang ceria.
“Siapa call abang pagi-pagi ni? Senyum sampai ke telinga gayanya…” Tanya Dahlia dengan rasa curiga.
Syamsul tergelak lucu.
“Along call abang. Dia beritahu Piah masuk wad baru-baru ni. Alahan mengandung katanya. Esok, Piah dah boleh keluar. Jadi Along bercadang nak buat kenduri kesyukuran pada hari lusa. Itu yang Along jemput kita sekeluarga. Alang-alang tu, nak buat majlis tahlil untuk arwah mak sekali.” Terang Syamsul.
Sakinah yang mendengar tentang berita itu terus memandang ke arah Syamsul. Dia sangat berharap agar mereka sekeluarga tidak akan ke sana. Dirinya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu.
“Alhamdulillah. Piah dah mengandung rupanya. Abang nak ke majlis tu ke?” Tanya Dahlia.
“InshaAllah, kita semua pergi. Abang cadang kita bertolak petang esok ke sana.” Cadang Syamsul.
Syamil dan Sakinah saling berpandangan.
“Tapi lusa kan kami sekolah lagi.” Sampuk Syamil.
Dahlia baru teringat tentang perkara itu.
“Betul juga tu. Khamis ni, anak-anak sekolah lagi.”
“InshaAllah abang rasa tak ada masalah. Mil dengan adik tak perlu risau pasal perkara tu. Abah akan call cikgu kamu berdua dan jelaskan nanti.” Jelas Syamsul.
Syamsul mula menjamah makanan di pinggannya.
“Adik tak nak.” Tiba-tiba Sakinah membantah.
Mereka yang berada di meja makan terkejut dengan bantahan daripada Sakinah. Kunyahan di mulut Syamsul turut terhenti kerana terkejut dengan reaksi anaknya.
“Adik cakap apa ni?” Bisik Syamil sambil mencuit lengan adiknya.
Belum pernah lagi Syamil melihat adiknya bertindak seberani ini.
“Adik tak nak ponteng sekolah. Bukan abah tak suka ke adik ponteng sekolah dulu? Nanti, makin teruk pula pelajaran adik.” Sindir Sakinah.
Dia masih lagi bersikap selamba dengan menghabiskan makanan di pinggannya. Syamil sudah hampir ternganga dengan keberanian Sakinah.
“Adik!” Panggil Syamsul dengan nada yang agak keras. Makin mendidih perasaan Syamsul dengan sikap anaknya yang suka memberontak sekarang.
“Abang, jangan macam ni. Tak baik depan rezeki. Adik, kenapa adik cakap macam tu? Ibu dengan abah tak pernah fikir pun sampai macam tu sekali.” Tegur Dahlia dengan lembut.
Dahlia turut terkejut dengan reaksi anaknya.
“Adik setuju atau tidak, kita semua akan balik ke KL petang esok. Abah tak nak dengar ada sesiapa lagi yang membantah.” Tegas Syamsul memberi arahan.
Sakinah tersenyum sinis. Beg galasnya terus diambil.
“Baiklah. Adik ikut.” Segera dia bersalam dengan Syamsul dan Dahlia sebelum meninggalkan meja makan.
Baru sahaja beberapa langkah dia meninggalkan meja makan, Sakinah menoleh memandang ibu dan abahnya yang masih setia memandangnya.
“Nanti kalau dah sampai KL, jangan pula ada yang mengadu pasal masalah adik pula. Adik tak suka!”
Tegas Sakinah meluahkan perkara yang terbuku di hatinya. Dia sudah tidak tahan lagi menjadi bahan aduan Syamsul.
Dahlia dan Syamsul berasa terpukul dengan kata-kata Sakinah. Syamil turut segera mengambil beg sekolahnya dan bersalam dengan ibu bapanya. Langkah Syamil dipanjangkan untuk mengejar adiknya yang telah jauh meninggalkannya.
Syamsul merautkan wajahnya dengan kasar. Dia dapat merasakan Sakinah seperti mencabar kesabarannya sejak akhir-akhir ini.
Dahlia juga terus terduduk di kerusi makan. Kini jelas anaknya sudah lama mengetahui tentang perkara ini. Perasaan Dahlia tidak tenteram kerana suami dan anaknya sudah mula bertikam lidah.
“Lia, salah ke apa yang abang buat? Sampai macam tu sekali tanggapan adik pada kita.” Tanya Syamsul dengan penuh rasa kecewa.
“Tak abang, abang tak salah. Adik cuma salah faham je tu. Abang jangan ambil hati. Adik tu kecil lagi. Dia baru 13 tahun. Abang bersabar ye.” Pujuk Dahlia.
Dahlia juga serba salah kerana kedua-duanya sangat penting dalam hidupnya. Syamsul masih tidak dapat melupakan kata-kata sinis daripada seseorang yang pernah bermanja dengannya suatu ketika dulu.
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
MEREKA sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Sejak mereka bertolak, Sakinah lebih suka mendiamkan dirinya tanpa mengikuti perbualan bersama keluarganya. Syamil yang duduk di sebelah Sakinah berasa agak kekok dengan sikap adiknya yang banyak berubah.
Dahlia dan Syamsul masing-masing tahu tentang perubahan anak gadis mereka. Namun perkara yang membimbangkan buat mereka, Sakinah bukan lagi seperti dahulu yang ceria serta boleh diajak berbual.
“Abah harap dekat sana nanti, tolong jaga perangai masing-masing. Jangan sampai keluarga Pak Long dan Mak Ngah dapat tahu tentang masalah keluarga kita.” Arah Syamsul kepada anak-anaknya.
Dia risau jika Sakinah bertindak sesuka hati dengan cara memberontak seperti tempoh hari. Syamsul mahu merahsiakan masalah keluarga demi kebaikan Sakinah. Dia tidak mahu rahsia tentang diri Sakinah terbongkar.
Sakinah sembunyi senyum. Dia dapat merasakan kata-kata itu dtujukan kepadanya. Mungkin Syamsul malu jika dia bersikap kurang ajar sama seperti semalam.
“Dengar tak apa yang abah cakap tadi?” Kali ini tegas nada suara Syamsul bertanya kerana tiada balasan daripada anak-anaknya.
“Err... dengar abah.” Laju Syamil menjawab. Sempat dia mencuit lengan adiknya supaya turut memberikan balasan.
“Ye, adik cukup faham. Sebab pesanan tu memang untuk adik kan?” Sarkastik sekali Sakinah membalas kata-kata abahnya.
Syamsul yang terlalu geram dengan perangai anaknya itu terus memberhentikan keretanya secara mengejut di bahu jalan. Tergamam Dahlia dan Syamil dengan perbuatanm Syamsul. Mujurlah tiada kereta yang berada di belakang kereta mereka ketika itu.
“Apa yang adik tak puas hati pada abah? Jawab!” Tanya Syamsul dengan penuh amarah. Dia hanya memandang Sakinah melalui cermin pandang belakang sahaja.
Dahlia mula tidak sedap hati melihat suaminya sudah mula bertikam lidah dengan Sakinah. Syamil juga turut berasa kecut perut.
“Abang, tolong jangan mulakan. Kita kan dalam perjalanan ke KL. Adik, kenapa cakap dengan abah macam tu? Cepat minta maaf dengan abah.”
Kali ini Dahlia terpaksa berkeras dengan Sakinah. Dia tidak mahu suaminya dikuasai amarah.
Syamil turut menggenggam erat tangan Sakinah. Sakinah menoleh memandang abangnya.
“Minta maaf dengan abah…” Bisik Syamil dengan perlahan.
Sakinah mula rasa bersalah kerana telah melukakan perasaan ahli keluarganya yang lain hanya kerana dia marahkan abahnya.
“Adik minta maaf kalau adik berkasar tadi.”
Sakinah terpaksa juga mengalah kerana dia sedar selagi dia tidak meminta maaf, mereka tidak akan bergerak ke sana.
Lega hati Dahlia setelah mendengar ucapan maaf dari anaknya itu. Sekurang-kurangnya dia tahu anaknya itu masih lagi boleh diajak berbincang.
Syamsul yang tidak mahu memanjangkan lagi masalah itu, segera memulakan perjalanan mereka. Dia beristighfar di dalam hatinya agar dirinya tidak dikuasai dengan amarah seperti tadi.
Sakinah pula sudah mula memandang ke luar tingkap. Tanpa sedar, air matanya mengalir di pipinya. Sakinah dapat merasakan dirinya sudah terlalu jauh dengan ahli keluarganya ini.
💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟💟
Malam ni, akak up dua bab lagi ye💟
Ramai yang pm tanya nape setiap bab pendek?
Jawapannya, saya pecahkan dan susun supaya lbh teratur.
Jalan masih sama, cuma saya ada ubah sedikit plot situasi dan tempt. Malah, sy ada tambah scene yang tak pernah ada dlm versi watpad😍😍
Nak tahu, kena beli ye.😉
InshaAllah, esok preorder akan dibuka. Tunggu my boss AireenAryana bg lampu hijau ye👏👏
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro