Intro
-Sebelum kahwin-
"Yang Jungwon"
Jungwon menoleh ke arah ibunya,puan Yang.Lelaki itu mengangkat kedua keningnya.Puan Yang senyum kecil lalu membetulkan kolar baju anaknya.
"Kahwin dengan Sori nanti ingat pesan ibu,jaga dia betul betul.Jangan sakitkan hati dia.Sayang dia macam mana kamu sayang ibu.Faham?"
Jungwon mengangguk.Secara tiba tiba,ibu Sori muncul.Dia tersengih.
"Ni makcik nak cakap sikit dengan Jungwon"
Jungwon melihat Puan Min.Puan Min membisikkan sesuatu kepada Jungwon.
"Kalau kamu nak tau,si Sori tu tak senang untuk dijaga.Walaupun sekarang ni dah 24 tahun"
Jungwon berkerut.
"Maksud makcik?"
Puan Min tersengih lagi.
"Sori tu Jungwon,orangnya manja.Kuat merengek,kuat memaksa,kuat merungut.Semua bendalah dia suka memaksa.Makcik dengan suami makcik tu pun,larat dah nak layan anak kami sorang.Ada lagi satu,budak Sori tu,kalau katakan kita tak bagi benda yang dia nak auto menangis.Menangis tak henti henti.Kami pun dah tak larat nak hadap semua ni.Itu sebab lah kami ambil keputusan untuk kahwinkan Sori.Dan orang tu ialah kamu.Jadi,kamu selama hidup bersama Sori ni,harap bersabarlah ya Jungwon"
Jungwon mengangguk.Dia ketawa sinis.Rambutnya dikuak kebelakang.
"Jangan risau makcik,setakat tu je?Nangis nangis,rengek rengek,saya boleh urus semua.Saya pasti yang saya takkan menangis sebab layan si Sori"
Puan Min melirik ke arah Puan Yang.Dia menyiku lengan wanita itu.Puan Yang melihat Puan Min.
"Boleh percaya ke anak awak tu?"
Puan Yang ketawa kekok sambil menggaruk kepalanya.
"Kita tengok je lah nanti"
Jungwon senyum yakin.
Oh Jungwon,kau pasti boleh jaga Sori yang penuh dengan ragamannya?
Tengok ni.
-Selepas kahwin-
Yang Jungwon memejamkan matanya.Cuba untuk bersabar.Sekarang ini,Sori menangis kuat kerana Jungwon tidak ingin membeli gula gula untuknya.
Gadis itu memukul mukul bahu Jungwon dengan kuat.Air mata lelaki itu hampir mengalir.
Haritu,bukan main berlagak lagi kan Jungwon.Sekarang ni,kenapa pula menangis ni?
"Nak gula gula!Nak gula gula!Kalau tak,Sori tak nak kawan dengan Jungwon lagi!"
'Aku tarik balik kata kata aku.Budak Sori ni memang susah nak di urus'
Sori menjerit sekuat hatinya,Jungwon lalu menekup mulut Sori.Tidak mahu jiran sebelah mendengar.Sori meronta ronta.
"Sori,tenang dulu!Kalau kau tak tenang,aku tak beli gula gula"
"Benci Jungwon benci Jungwon!"
"Hey hey,Min Sori"
Jungwon mengenggam kuat kedua dua bahu Sori.Gadis itu masih teresak esak.Jungwon menghembus nafas berat.
"Okay,aku belikan kau gula gula.Tapi,tolong berhenti menangis.Hm?"
Sori terdiam seketika.Jungwon memberikan senyuman manis ke arah gadis itu.Beberapa helai rambut Sori diselitkan ke belakang telinganya.
Lantas sahaja Sori berhenti menangis.Jungwon mencium dahi isterinya.Jungwon menuyuruh Sori untuk buat sarapan.Gadis itu akhirnya pergi.
Jungwon menghembus nafas lega.Akhirnya selesai juga uruskan Sori.
Ini baru sikit.Kita tengok yang lain pula.
Adakah Jungwon boleh bersabar dengan ragaman isterinya?
YOU AS MIN SORI
YANG JUNGWON AS HIMSELF
HELLO EVERYONE!!! YEY Malay story is back~~~
Sooo ini baru intro tau haha ep 1 lps habis pub ff Jay. Ada satu ep lgi,jgn risauu.
Okay lah,itu sahaja HAHA bye bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro