Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 9

Jungwon sudah pun siap berpakaian.Sungguh kacak dia malam ini.Baju kemeja putih lengan panjang dilapiskan coat berwarna hitam.Tali leher yang tersarung kemas di lehernya.Rambut disisir dengan rapi.Jungwon senyum sendiri melihat penampilannya malam ini.Jungwon yang berada di ruang tamu itu melihat ke atas.Dia mengerutkan dahi,kenapa Sori ni lambat betul.

"Min Sori!Dah ke tu!?"

"Kejap!Sikit lagi nak muat kat badan!"

Jungwon mengerutkan dahi.Pakaian apa juga yang gadis itu pakai?Dengan rasa ingin tahu,Jungwon menaiki tangga.Pintu bilik diketuk.

"Kau dah siap ke tu?Kenapa lambat sangat?"

"Dah,dah siap dah"

Pintu bilik dibuka lalu Jungwon memasukinya.Lelaki itu terhenti di saat melihat penampilan Sori.Sori hanya senyum comel di hadapannya.

"Comel tak?Lama tau Sori nak muatkan ni,tapi akhirnya muat juga"

Gadis itu tersengih.Jungwon meraup kasar wajahnya.

"Kau pakai apa ni Sori?Kau ingat ni Anime Event ke pakai kostum Anya ni?"

Ya,gadis itu memaki kostum Anya untuk pergi ke parti malam ni.Gaun cantik yang berlambar di almari tu langsung dia tidak sentuh,padahal cantik jika Sori memakainya.Baju ini juga yang dipakai.Sori memuncungkan bibirnya.

"Ala,kenapa?Salah ke?"

"Tak salah Sori,malu tau tak malu?Nanti silap silap,orang tanya anak siapa ni?Padahal kau isteri aku,tak pasal pasal nanti orang lain gelak"

"Ala biarlah,ni pilihan Sori"

Jungwon menggeleng.Dia menuju ke arah almari baju Sori.

"Kau sampai kat sana,ramai tau yang pakai gaun cantik cantik,takkan lah kau sorang je pakai macam ni?Umur dah meningkat"

Pintu almari itu dibuka lalu Jungwon mencari gaun yang cantik untuk Sori.Sori mencebik sambil bercekak pinggang.

"Ish,Sori tak biasalah pakai gaun..tak selesa"

Jungwon yang sudah memilih gaun untuk Sori,menoleh ke arahnya.Dia memberikan gaun itu ke dia.

"Cuba pakai"

Sori dengan muka cemberutnya mengambil gaun tersebut.Sori masih melihat Jungwon dengan tatapan geram.Jungwon masih berdiri tegak di hadapannya.Sesekali lelaki itu berkerut.

"Kenapa lagi?Pakai lah"

Sori memukul bahu Jungwon membuatkan lelaki itu terkejut.

"Kau kenapa?"

"Jungwon yang kenapa kat sini lagi!?Pergilah keluar!"

Jungwon yang baru sedar itu ketawa kecil.Dia mengelus elus lehernya.

"Oh ye lupa.Maaf Sori"

Lelaki itu menuju ke arah pintu lalu keluar.Sori menguncinya.Gadis itu mendengus geram lalu membuka balik bajunya.Beberapa minit kemudian Sori muncul dengan gaunnya yang berwarna hijau itu.Di sekeliling pinggangnya terhias kupu kupu kecil.Di bawak gaunnya pula terhias manik manik yang bersinar sinar.Jungwon juga terpaku melihat penampilan Sori biarpun gadis itu masih tidak suka.Jungwon senyum.

"Kan cantik tu Sori"

Sori melihat dirinya di cermin.Tidak memberi apa apa reaksi pun.Jungwon kembali bersama sikat rambut di tangannya lalu mula menyisir rambut Sori sehingga rapi.

"Sori tak suka lah"

"Kau akan suka punya,dah jom kita gerak sekarang"

Sikat tadi diletakkan di meja lalu Jungwon menggenggam tangan Sori untuk mengikutinya.Sori memasuki perut kereta diikuti dengan Jungwon.Enjin di hidupkan.Lelaki itu memakai tali pinggang keselamatan.Minyak ditekan dengan perlahan lalu stereng di gerakkan.Dia melirik ke arah Sori yang tidak memakai tali pinggang keselamatan.Jungwon melihat ke hadapan semula.

"Pakai tali pinggang Sori"

Sori yang bermain dengan telefon itu menoleh ke arah Jungwon.Gadis itu memuncungkan bibirnya.

"Bukannya Jungwon bawa laju pun"

Jungwon menghembus nafas berat.

"Kena pakai juga Min Sori"

"Tak nak!"

Gadis itu menjelirkan lidah.Jungwon hanya bisa mengeluh.

"Ikut kau lah"

Sori sambung bermain telefonnya lagi.Dalam perjalanan itu,Jungwon memandu dengan tenang dan aman sambil sambil mendengar lagu di radio.Sori pula masih lekang bermain telefonnya.Sebenarnya,Jungwon berkali kali memberitahu gadis itu agar memakai tali pinggang keselamatan.Namun gadis itu membantah.Macam macam jawapan dia bagi.

"Ala bukannya polis tau pun"

"Jungwon berlumba kereta ke?Tak kan?"

"Suka hati Sori lah"

"Takde pun kereta ni bagi arahan sila pakai tali pinggang keselamatan"

"Takkan mati punya kalau tak pakai,jangan risau"

Jungwon menggigit bibirnya.Geram sungguh mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya.Tengah fokus Jungwon memandu,tiba tiba sahaj seoranh budak melintas jalan tanpa memberi isyarat untuk berhenti.Jungwon membulatkan matanya lalu brek ditekan dengan kuat sehingga dia termaju ke hadapan.Di situasi Sori pula,selepas sahaja Jungwon menekan brek,dia juga terikut sekali termaju,disebabkam tidak memakai tali pinggang keledar,kepalanya terhantuk.Sori meraung kesakitan dan akhirnya menangis.Jungwon melirik ke Sori.Dia senyum sinis.

"Padan muka,tulah orang suruh pakai tali pinggang tak nak pakai"

Bahu Jungwon jadi mangsa pukulan kuat Sori.Lelaki itu bekerut.

"Kenapa kau pukul aku?"

"Semua salah Jungwon!Kenapa Jungwon tak tekan brek awal awal!?Tak lah Sori terhantuk macam ni,sakit tau..!"

Jungwon mendengus geram.

"Kau nak salahkan aku?Budak tu entah dari mana tiba tiba lintas jalan,manalah aku tau.Asal aku pula yang disalahkan?Dah kau yang tak pakai tali pinggang"

Sori memukul lagi bahu Jungwon.Jungwon hanya mengabaikannya lalu sambung memandu.Sori akhirnya memakai tali pinggang.Tidak mahu hal yang sama terulang lagi.Siapa suruh,kan dah kena.

-

Akhirnya,mereka telah tiba di rumah Q.Ramai sungguh tetamu yang datang,dan sangat meriah.Dihiasi dengan warna lampu kekuning kuningan.Belon belon juga ada,berserta langsir berwarna putih.Sori keluar dari kereta lalu menghampiri Jungwon.Hampir sahaja gadis itu ingin terjatuh tetapi sempat Jungwon menangkapnya.Ini disebabkan oleh kasut tinggi Sori.Sungguh gadis itu tidak biasa memakainya.Mereka berdua masuk ke dalam halaman rumah Q.Beberapa kawan Q mereka sapa.Sori melihat kiri kanan jika ada makanan atau minuman.Tiba tiba,seseorang menyapa Jungwon.

"Encik Jungwon!Encik datang!"

Q yang memakai gaun tanpa lengan berwarna peach itu dilihat.Selamba sahaja Q memeluk Jungwon tanpa melihat Sori.Jungwon agak terkejut.Pelukan dileraikan.

"Encik datang"

Jungwon senyum sambil mengangguk.Barulah Q sedar,bahawa Sori berada di sebelah Jungwon sahaja.Q yang tersenyum itu berubah air muka.Dia melihat Jungwon.

"Err encik,ni siapa ye?"

"Oh ni,Min Sori.Isteri saya"

Q membulatkan matanya.Dia melihat Sori dari bawah hingga ke atas.Dia senyum kekok.

"Isteri?"

Jungwon mengangguk.Sori senyum manis ke arah Q lalu ingin bersalaman dengannya.

"Hello,nama saya Min Sori"

Q sepertinya tidak tertarik dengan Sori.Tanpa teragak agak,Q melepaskan genggaman mereka berdua lalu menggengam tangan Jungwon.Jungwon dan Sori terpinga pinga.

"Err,kenapa ni?"

Q tersenyum.Dia menoleh ke arah Sori.

"Err hai Sori,saya Q.Erm,boleh saya pinjam encik Jungwon sekejap?Ada benda saya nak bagitau dengan dia,awak boleh lah ye makan makan dekat hujung sana.Makanlah sampai puas"

Sori mengembangkan senyuman.

"Betul ke ni?"

Q mengangguk.Lantas sahaja gadis itu berlari untuk mendapatkan makanan.Jungwon agak risau dengan Sori,ingin dia mengikuti Sori tetapi Q menahannya.

"Q,saya kena ikut dia.Takut nanti ada orang kacau kacau dia,awak tau kan kita ni semua...ada yang minum ada yang tak.Jadi saya risau kalau sekumpulan lelaki yang dah mabuk teruk kacau Sori.Dia akan takut punya"

Q menggenggam erat tangan Jungwon.Lengannya kini dipeluk.Q senyum manis.

"Encik jangan risau,kawan kawan saya kat sini baik baik.Dah dah,jom kita masuk"

Jungwon hanya menuruti Q.Dia masih lagi risau tentang keadaan Sori.Semoga gadis itu baik baik sahaja.

'Min Sori'

Bersambung...

HELLOOO seperti yg dijanjikan,wapa hari ni upd!!!! hihi harap krg suka yerrr ~~

Byeeee !!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro