Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 6

"Jungwon,bangun lah!"

"Bangun!"

"Bangun bangun bangun!"

"Ihhhh Jungwon bangun lah!"

"Jungwon!"

Jeritan Sori itu menyapa gegendang telinga Jungwon.Perlahan lahan matanya terbuka.Dia meraup wajahnya lalu melihat kiri kanan.Sori senyum gembira lalu berlari ke arah Jungwon dan menindih badannya.

"Yey Jungwon dah bangun!"

Jungwon meraung kesakitan.Dia melihat Sori yang di atas badannya sekarang.Kedua dua bahu gadis itu disentuh untuk menolaknya jauh daripada Jungwon agar lelaki itu bisa bangun.

Tetapi Sori menggeleng lalu memeluk Jungwon.Jungwon berdecit kecil.

"Sori..tepi,aku nak mandi ni"

"Hari ni Jungwon tak boleh pergi kerja!"

Jungwon mengeluh.Pagi pagi dah buat hal pula gadis ini.Kenapa juga?Lelaki itu tidak lama juga pergi ke kerja.Petang nanti baru dia balik.Bukannya satu hari tu dia tidak balik ke rumah.

Sori boleh sahaja tunggu,tapi dengan sikap manjanya itu gadis itu memang tidak boleh lepaskan Jungwon.Dia mau Jungwon berada bersamanya setiap hari.Di sebabkan itulah Sori agak sedih apabila Jungwon berangkat pergi kerja.

Kadang,gadis itu menangis kerana ditinggalkan seorang diri.Jungwon tinggalkan dia bukan saja saja.Lelaki itu ingin mencari nafkah untuknya dan Sori.Sori pula satu,langsung tidak kisah.Yang dia mahu hanya suaminya.

Dan kali ini,Sori cuba untuk menghalang Jungwon agar lelaki itu tidak pergi ke kerja.Jungwon cuba meleraikan pelukan namun gadis itu memeluknya erat.Jungwon mendengus halus.

"Sori-"

"Tak nak!Jungwon tak boleh pergi kerja!Jungwon kena kat sini je!Temankan Sori!"

Jungwon menghembus nafas berat.

"Sori tolonglah jangan buat hal,aku nak pergi kerja ni.Lepaslah"

Sori menggeleng laju.Kini Sori melentokkan kepalanya di dada sasa milik Jungwon.Bahu gadis itu masih disentuh.Cuba untuk menolaknya.

Sori saja meronta ronta agar Jungwon berhenti menolaknya.Jungwon sudah mula rimas.Ingin sahaja dia memarahi Sori tetapi dia tidak boleh.Dia mesti berlembut dengan Sori.

Sori masih memeluknya.Jungwon melirik ke arah jam.Sudah pukul 7:40.Matanya membesar sedikit.Dia cuba untuk meleraikan pelukan lagi.

"Sori,tolonglah lepas.Aku dah lambat dah ni"

"Tak nak!Jungwon tak boleh pergi kerja!"

Kemarahan Jungwon kian menaik di saat Sori masih melawannya lalu meronta ronta lagi.Disebabkan itu,Jungwon terus duduk dan membuatkan Sori hampir terjatuh tetapi sempat gadis itu melingkari tangannya di sekeliling leher Jungwon.

Kedua dua tangan lelaki itu pula menyentuh pinggang Sori.Gadis itu membulatkan matanya di saat Jungwon berbuat sebegini.

"Jungwon ni kenapa..?"

Jungwon hanya menatap dingin ke arah Sori.Sori menelan air liurnya.Takut ke Sori?Sori mula rasa panik.Ingin dia lepaskan pelukan tetapi kini giliran Jungwon memeluk pingganya lalu mendekatkan wajah mereka.

Sori makin membesarkan mata.Pipi kian merona merah.Jungwon masih memasang wajah serius.

"Nak sangat aku kan?"

Bibir mereka hampir bertemu.Sori cuba untuk mundur tetapi makin Jungwon mendekat.

"Kan?"

Sori menatap lagi Jungwon.Dia menggenggam baju Jungwon kerana sekarang ini dia gementar.Jungwon mengangkat kening kanannya.

"Min Sori"

"Turun sebelum aku cium kau"

Laju sahaja Sori turun dari dukungan Jungwon.Gadis itu akhirnya bisa beenafas dengan biasa.Rambut diperbetulkan.Peluh dilap.

Jungwon ketawa sinis lalu bangun dari katil.Tuala diambil lalu lelaki itu ingin ke tandas.Tetapi sebelum itu,lelaki itu sempat memanggil nama Sori.

"Woi Sori"

Sori tidak memandangnya.

"Buatkan aku kopi sekarang"

Gadis itu mengangguk laju lalu dia pun berlari keluar dari bilik.Pada masa yang sama,Jungwon masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

Beberapa minit kemudian,Jungwon akhirnya sudah siap untuk pergi ke kerja.Dia menuju ke dapur untuk sarapan.Kerusi ditarik lalu dia duduk.

Sori selesai membuat kopi untuk Jungwon lalu memberikan kopi tersebut kepada lelaki itu.Jungwon menghirup kopi itu.

Sambil sambil itu,Jungwon memakan buah buahan yang ada di depan matanya sekarang.Sori menggigit bibirnya.Teringat akan kejadian tadi.

Dia cuba untuk melupakannya.Kepala digeleng laju.Sori menelan air liur sebelum bersuara.

"Jungwon.."

Jungwon menatapnya.Kening diangkat.Sori teragak agak untuk sambung ayatnya.

"Err..mulai s-sekarang,Jungwon..Sori benarkan pergi kerja.S-Sori tak nak ganggu Jungwon lagi"

Jungwon mengangkat kedua dua keningnya lalu ketawa.Kepala digeleng geleng.Lelaki itu berdiri sambil kedua dua tangan dimasukkan di dalam poket seluarnya.

"Aduh kau ni Sori"

Jungwon menundukkan badannya seperti tinggi Sori.Kening kanan diangkat.

"Kenapa?Takut benda yang aku buat tadi terjadi lagi?"

Sori terdiam.Jungwon senyum sinis.Dia menegakkan badannya semula.Lelaki itu berdehem kecil.

"Betul..Sori tak kan ganggu lagi"

"Yelah tu,padahal nanti besok buat juga.Eh tapi,boleh juga tu.Hari hari kau buat,hari hari aku cium kau"

Jungwon tersengih.Sori memukul bahu Jungwon.Gadis itu kian merona merah.

"Apa lah Jungwon ni..orang cakap betul kot"

Jungwon menggelengkan kepalanya perlahan.

"Aku pelik,kau memang tak suka orang cium kau ke?"

Sori menggeleng.Kening kanan diangkat.

"Habistu?Kenapa kalau aku nak cium kau,kau elak?"

Sori bermain dengan jarinya.Sebenarnya,Sori suka juga dicium.Contohnya,Sori sungguh suka apabila ibu bapanya menciumnya setiap hari.Di dahi tidak pun di pipi.Kalau di mulut,lain lah ceritanya nanti.

Bagi Sori,Jungwon ini masih baru dalam hidupnya.Sori hanya suka dicium jika orang itu sungguh dia rapat dan sayang.Biarpun Sori juga begitu terhadap Jungwon,dia masih belum sedia.Risau nanti,Jungwon buat sesuatu kepadanya.Lagipun,pada mulanya Jungwon bukan keluarga Sori.

Tapi sekarang,barulah iya.Jungwon melihat Sori dengan tanda tanya.Sori menggigit bibirnya.

"Hurm...kita kena kenal lebih dekat lagi"

"Kau ingat ni cerita drama ke?Kenal lebih dekat lagi konon.Kita memang dah dekat pun,dah kahwin dah.Dah jadi suami isteri.Jadi,apa salahnya kalau suami mencium isterinya?"

Jungwon mengangkat bahunya.Sori melihat ke bawah.Jungwon mengeluh.Lelaki itu mendekati Sori.Kedua dua bahunya disentuh membuatkan Sori tersentak.

"Takpelah,kalau kau tak suka.Aku takkan cium kau sesuka hati.Okay?"

Sori mengangguk perlahan.Jungwon melirik ke arah jam.Sudah pukul 8:21,laju Jungwon mengambil beg kerjanya lalu pergi ke muka pintu diikuti oleh Sori.

Lelaki itu cepat cepat memakai kasut.Setelah itu,dia berdiri dan ingin keluar.Tetapi langkahnya terhenti.Lelaki itu menoleh ke arah Sori.Sori melihatnya pelik.

Jungwon senyum manis lalu mendekati Sori.Badan ditundukkan seperti tinggi Sori.Gadis itu undur sedikit kerana jarak mereka agak dekat.

"Ye Jungwon,kenapa?"

Jungwon dengan lembut mengelus elus pipi Sori.

"Boleh aku cium?"

Sori menelan air liurnya.Dia perlahan mengangguk.Jungwon tersengih.Bibirnya menyentuh pipi mulus milik Sori.

Jantung kian berdegup kencang.Setelah itu,Jungwon lalu pergi.Sempat dia mengucapkan selamat tinggal ke Sori.

-

Sampainya Jungwon di officenya,dia terkejut di saat melihat officenya yang bersepah itu.Dan ini semua salah Youngbin.Jungwon menatap tajam ke arah Youngbin yang sudah tertidur itu.

Sungguh kotor officenya sekarang.Makanan yang tertumpa sana sini.Kertas lah,minuman kotak lah.Banyak lagi lah.

Jungwon dengan geram mengambil bantal disebelahnya lalu memukul mukul kepala Youngbin membuatkan lelaki itu terbangun lalu terkejut.

"Woi apa ni Jungwon!?"

"Kau dah buat sepah kat office aku,kau tanya kenapa pula?"

Makin kuat pukulan Jungwon kepada Youngbin.Youngbin memohon agar lelaki itu berhenti tetapi dia tidak mahu.

Pada masa yang sama,Q ingin menuju ke office Jungwon.Dia berkerut dahi di saat semua pekerja bekumpul sambil mengintip di dalam.Q menghampiri mereka.

"Kenapa semua kat sini?"

Salah satu pekerja menjawab.

"Tu haa,encik Jungwon pukul pukul Youngbin.Tak tahulah kenapa"

Q membulatkan matanya.Adakah dia bergaduh?Q menyuruh mereka untuk berikannya laluan.Pintu office Jungwon dibuka lalu Q masuk.

Q membulatkan matanya di saat Jungwon berada di atas badan Youngbin sambil memukul mukulnya.Tambahkan pula dengan officenya yang bersepah itu.

Q cepat berlari ke arah Jungwon untuk menghalanginya.

"Encik Jungwon,cukup!"

Dada sasanya ditolak,menjauhi Youngbin.Dada Jungwon turun naik turun naik menahan amarah.Q memeluk lengan lelaki itu.

Youngbin yang sudah bebas itu bangun.

"Eh,aku nak lepak kat sini je takkan salah?"

"Lepak apa lepak!?Kau ada bilik sendiri,lepak kat sana lah!Yang kau pergi kat bilik aku lepastu sepahkan kenapa!?"

Q cuba untuk tenangkan Jungwon.Youngbin melihat orang lain yang juga melihatnya.Dia menggerakkan bebola matanya.

Keropok yang tidak habis itu Youngbin ambil lalu ingin pergi.Tetapi sebelum itu,dia bersuara.

"Okay,aku minta maaf"

Selepas itu,lelaki itu keluar dari bilik Jungwon.Q menghampiri pekerja pekerja yang masih berkumpul itu.

"Korang boleh sambung buat kerja,saya nak tenangkan encik Jungwon"

Pintu officenya ditutup.Q menghampiri Jungwon.Lengan lelaki itu dipeluk lalu dibawa untuk duduk disofa.Jungwon masih marah.

"Aku benci benda yang bersepah"

Q menenangkan Jungwon.

"Sabar ye encik Jungwon.Nanti kita suruh makcik cleaner yang bersihkan"

Jungwon menguak rambutnya ke belakang.

"Aku tak nak makcik cleaner!Aku nak dia yang bersihkan sendiri!Dah dia sepahkan!"

Q menenangkan lagi Jungwon apabila lelaki itu sudah meninggikan suaranya.Tanpa rasa ragu ragu,Q menekup wajah Jungwon dan kepalanya ditoleh menghadap Q.

Q senyum.

"Takpe encik Jungwon,saya ada untuk tolong encik"

Gadis memeluk Jungwon.Lelaki itu tidak membalas lalu meleraikan pelukan.Q memandang Jungwon pelik.

Lelaki itu berdiri.

"Tak payah sampai peluk peluk saya.Saya,tak suka.Maaf"

Q senyum kecil sambil mengangguk tanda faham.

Bersambung...

sorry ep kali ni agak cringe hshs

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro