Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 5

Q tengah sibuk buatkan air kopi untuk Jungwon.Walaupun lelaki itu sebenarnya tidak minta pun.Mungkin,ingin perhatian darinya?Tengah sedap sedap Q membancuh air kopi tersebut,muncul seorang lelaki lalu bersandar di meja sambil menatap Q.

Q melirik lelaki itu dan dia adalah Youngbin.Gadis itu melihatnya pelik.Youngbin hanya tersenyum sambil menaik turunkan keningnya.Q bertanya sambil membancuh kopi tersebut.

"Awak buat apa kat sini?"

Youngbin tersengih.Rambutnya dikuak kebelakang lalu dia berrpeluk tubuh.Youngbin membisikkan sesuatu kepada Q.

"Nak temankan gadis cantik ni lah"

Q memasang wajah jijik.Usai dia membancuh kopi,sudu tadi di cuci dahulu baru gadis itu ingin pergi ke office Jungwon.Tetapi Youngbin menghalangnya.Q berdecit kecil.

"Awak nak apa?"

Youngbin memasukkan kedua dua tangannya ke dalam poket seluar.Dia berdehem kecil.Dia melihat Q dari atas hingga ke bawah.

"Q,daripada awak asyik buat kopi untuk Jungwon,apa kata awak buatkan untuk..saya?"

Youngbin sambung lagi sambil memuncungkan bibirnya.

"Ni,Jungwon je awak buatkan.Buatkanlah untuk orang lain pula,contohnya saya?"

Matanya dikenyitkan.Q tiba tiba sahaja senyum ke arah Youngbin membuatkan lelaki itu turut tersenyum.Kopi untuk Jungwon tadi diletak semula di atas meja.

"Nak kopi ye?"

Q membuka penutup balang yang terisu kopi itu.Makin gembira Youngbin di saat dia mengambil satu pek serbuk kopi bersama cawan dan sudu.

Gadis itu berdiri di hadapan Youngbin.Senyuman manisnya masih ada.

"Kalau nak kopi"

"Buatlah sendiri"

Semua bahan tadi dibaling ke arah Youngbin sekali gus.Youngbin membulatkan matanya lalu cuba untuk menyambut kesemuanya.Tetapi malangnya,cawan kaca itu tidak sempat dia menyambut dan membuatkan ia jatuh lalu pecah.

Q dan Youngbin terkejut.Tetapi sebenarnya,Q hanya pura pura sahaja.

"Ops,sorry"

Cepat cepat gadis itu keluar bersama kopinya,tinggalkan Youngbin keseorangan yang masih terkejut itu.

"Bunyi apa yang pecah tu!?"

Tidak pasal pasal Youngbin kena hukum oleh makcik makcik cleaner di sana.Mereka menyuruh Youngbin untuk membersihkan semua kaca kaca itu.Baru sahaja tempat ini dibersihkan,tetapi bersepah semula.

-

Pintu diketuk lalu Q masuk bersama kopinya.Dia tersenyum di saat gadis itu melihat Jungwon yang tertidur sambil menongkat dagu.Perlahan lahan Q menghampiri lelaki itu.

Dia mengambil tempat di hadapannya.Dagunya ditongkatkan sekali.Q menatap sahaja wajah Jungwon itu.

'Kacak betul encik Jungwon ni.Aku harap,aku boleh jadi milik dia"

Q tersengih sendiri.Tiba tiba sahaja terfikir sebegitu.Tapi memang betul pun.Ingin dia miliki Jungwon.

TRING TRING!

Q melirik telefon Jungwon yang sedang berdering itu.

'Sori manja'

Q mengerutkan dahinya.Ingin dia mengambil telefon Jungwon lalu menjawab panggilan,tetapi Jungwon akhinya terbangun membuatkan Q tersentak lalu gadis itu berdiri.

Jungwon menggeligat.Dia seketika menguap kecil.Dia mengangkat panggilan sebaik sahaja dia mendengar bunyi dering.

Q hanya memerhatikan Jungwon.Sempat lelaki itu meraup kasar wajahnya.Q agak pelik.

"Yelah yelah,nanti aku beli.Puas?"

Setelah itu,Jungwon mematikan panggilan.Rasa rimas dengan isterinya yang selalu minta itu ini.Jika tidak diberi,menangis pula.Q teragak agak ingin bertanya.

"Err encik,siapa yang telefon tadi?"

Jungwon memandang Q.Dia senyum kecil lalu menggelengkan kepalanya.Q mengangguk tanda faham,biarpun sekarang ini dia rasa ingin tahu.

Jungwon mengangkat keningnya di saat melihat secawan kopi berada di sebelahnya.Dia memandang Q.Q hanya senyum.

"Itu kopi untuk encik"

Jungwon menunjuk dirinya sendiri.Q mengangguk laju.Jungwon menghambus nafas berat lalu senyum ke Q.

"Q,saya tak minta pun.Kenapa nak buat juga?"

Q memuncungkan bibirnya.Jari dimainkan.

"Mana tau,encik haus.Kopi dah sedia ada kat sana.Kalau encik tak nak,say tukar jadi air kosong je lah"

Baru sahaja Q ingin mengambil kopi itu semula tetapi Jungwon menghalang.Dia senyum lagi.

"Takpe.Terima kasih juga sebab buatkan kopi ni untuk saya"

Q juga turut senyum.Pipinya merona merah.Jantungnya berdegup kencang.Dia mengangguk.

"Sama sama,encik"

Q cepat cepat meminta diri.Jungwon hanya tersengih lalu mulai minum kopi tersebut.

'Pandai betul Q buat kopi'

'Untung siapa yang dapat dia sebagai isteri nanti'

Balik kepada Q.Gadis itu bersandar di dinding.Cuba untuk tenangkan diri daripada berdegup kencang.Q menelan air liurnya.Peluh yang mengalir dilap.Q akhirnya mula tenang.

Dia senyum malu.Muka ditekup lalu Q menjerit perlahan tanda dia sangat gembira.Sungguh dia suka akan senyuman manis Jungwon.

-

Jungwon masih dalam perjalanan ingin pulang ke rumah.Agak sesak di sini.Sambil sambil itu,Jungwon mendengar lagu yang ada di radio.

Selepas lampu bertukar menjadi hijau,cepat cepat Jungwon menggerakkan keretanya.Tiba tiba,bunyi guruh yang agak kuat itu membuatkan Jungwon tersentak.

Dia medengus kasar.Jam tangan dilihat lalu Jungwon fokus kepada memandunya.Makin lama hujan semakin kuat dan lebat.Ada juga petir kuat berbunyi.

Penglihatan Jungwon agak kabur kerana air mengalir yang menutupi tingkap keretanya.Jungwon menekan enjinnya dengan kuat.

-

Pukul 7.30,Jungwon akhirnya sampai di rumahnya.Kereta dikunci lalu Jungwon cepat cepat masuk ke dalam rumah kerana sekarang ini dia sudah basah teruk.

Pintu ditutup lalu Jungwon membaling beg kerjanya ke sofa.Butang atas dibuka.Jungwon menggeleng laju supaya rambutnya yang basah itu hilang sedikit rasa meitik.

Tiba tiba,Jungwon mendengar seseorang menangis dari atas.Pada masa yang sama,petir keluar lagi dan membuatkan Sori menjerit dari atas.

Jungwon lantas berlari ke atas untuk mendapatkan Sori.Dia membuka pintu bilik mereka dan dapati Sori sedang memeluk lututnya sambil menangis ketakutan.

Selimut di sarungkan di badannya.Jungwon menghampiri Sori.

"Sori,kau okay?"

Sori mengangkat kepalanya lalu menangis lagi dengan kuat.Jungwon memeluknya erat sekali,cuba untuk tenangkan gadis itu.Sori tidak membalas.

"Dah dah,jangan takut.Aku ada"

Sori memeluknya kembali.

"Takut...hujan kuat sangat.."

Jungwon mengangguk tanda faham.Betapa takutnya gadis itu dengan guruh dan petir.Siapa sahaja yang tidak takut.Mungkin ada sesetengah sahaja yang berani tetapi tidak kepada Sori.

Gadis itu memang takut akan bunyi kuat semasa kecil lagi.Jika dia ingin orang untuk menenangkannya,dia akan menjerit sekuat hati.Dan datanglah ibu bapa Sori untuk tenangkan gadis itu.

Perkara ini berlaku lagi dan orang yang berada bersamanya sekarang ialah Jungwon.Jungwon mengusap belakang Sori.

Beberapa minit kemudian,hujan pun kembali reda.Sori sudah tidak nangis lagi.Jungwon menyentuh bahunya.Lelaki itu berkerut dahi di saat tali leher miliknya dipakai oleh Sori.

"Kau apasal pakai pakai tali leher aku?"

Jungwon melihat di lantai.Sungguh lelaki itu terkejut di saat semua tali lehernya bersepah di lantai tersebut.Semua ini angkara Sori.Lelaki itu menatap Sori.

Sori tersengih.

"Ala..Sori saja je"

"Saja saja,kalau ye pun kenapa nak sepahkan?"

Sori memuncungkan bibirnya.Dia cuba lupakan semua itu lalu menukar topik.

"Mana makanan yang Sori minta tadi?"

Jungwon menggeleng kepalanya.Sori membulatkan matanya lalu berpeluk tubuh.

"Takde?"

Jungwon hanya mendiamkan diri.Sori memukul bahu Jungwon membuatkan lelaki itu kesakitan.

"Kau kenapa?"

"Kenapa Jungwon tak beli?Sori kan dah bagitau Jungwon untuk beli makanan tu!"

Tangannya masih lagi memukul mukul Jungwon dengan kuat.Jungwon cuba untuk bertahan.

"Eh,kau takde duit ke nak beli sendiri"

Mula sudah,Sori menjerit.Jungwon terdiam.Sori geram lalu sambung memukul Jungwon.

"Nak juga!Nak juga!"

Jungwon melawan.

"Bersihkan dulu semua ni baru aku beli"

Sori menjerit lagi.Kali ni dia jerit tidak henti henti.Kakinya mula menendang Jungwon sambil baring.

"Pergi beli sekarang!"

"Eh,Sori"

Bukan hanya itu,bantal di sebelahnya dibaling ke arah Jungwon.Lelaki itu sudah mula risau kerana Sori asyik menjerit meminta untuk belikan makanan.

Lelaki itu berdiri lalu menguak rambutnya kebelakang.

"Beli!Beli!Beli!!!!"

Sori masih menjerit.Jungwon meraup wajahnya kasar.Cuba untuk tenangkan diri daripada memarahinya.

Dia menundingkan jari ke arah Sori.

"Okay,kalau kau tak diam aku tak beli"

Makin kuat jeritan Sori.

"Tak kisahlah,Sori nak sekarang juga!"

Jungwon akhirnya mengalah.Dia lalu pergi keluar untuk membeli makanan kepada Sori.

"Dah macam orang kena rasuk dah budak tu"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro