Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 30

Pagi.Sori dan Jungwon sudah tiba di Bangunan HEY TAYO.Mereka sekarang berada di lif.Jungwon meraup wajahnya.Agak segan dengan isterinya sendiri.Orang orang yang di dalam lif itu hanya melirik lirik sahaja isteri Jungwon.Sori sekarang ini memakai pakaian berwarna merah jambu.Bukan itu sahaja,dia siap memakai skaf bertelinga kucing.Mulalah yang lain beranggapan bahawa Sori ini anak Jungwon,tetapi yang betulnya ini ialah isteri Jungwon.24 tahun dah kot.Jungwon sungguh rasa segan dengan dirinya dan isterinya.Ingin sahaja dia lari daripada sini.Pintu lif akhirnya terbuka,pergelangan tangan Sori digenggam lalu menarik gadis itu keluar dan memecut laju ke arah officenya.Kata kata dari pekerja lain dihiraukan.Bilik office dibuka lalu mereka masuk dan pintu ditutup semula.Jungwon menarik Sori untuk duduk di sofa.Sori dengan muka tidak bersalah mendongak untuk melihat Jungwon.Lelaki itu bercekak pinggang.

"Kenapa Jungwon?"

Jungwon menguak rambutnya ke belakang.

"Kau lah.Kau dah kenapa pakai baju macam ni?Tak nampak ke orang tengok tengok?"

Sori melihat penampilannya.Bibir dimuncungkan.

"Ala,kenapa?Salah ke?"

Jungwon melepaskan keluhan.

"Bukannya salah tapi,pakaian kau ni terlampau.Sampai orang tengok kau pelik tau tak"

Sori mula rasa rimas.Rambutnya dikusutkan.Jungwon hanya memasang wajah datar.

"Semualah tak kena!Apa lagi yang Sori nak pakai kalau ni je yang ada!"

Jungwon meraup wajahnya kasar.

"Jadi,apa gunanya aku belikan kau baju baru semua tu.Eh dari mula sampai sekarang,belum pernah lagi aku tengok kau pakai baju yang aku belikan tu.Asyik baju hello kitty lah pony lah upin ipin lah,cubalah pakai pakaian yang matang sikit.Aku nak kau jadi cantik.Supaya,kalau kau pakai cantik cantik sejuklah mata memandang.Hanya aku sorang je lah.Macam tu,faham tak?"

Sori berdiam diri.Satu patah perkataan pun tiada dia sebut.Gadis itu mengalah.Jungwon menuju ke almarinya lalu sehelai baju T Shirt diambil lalu diberikan ke Sori.

"Nah,pakai ni"

Sori mengerutkan dahi.

"Baju siapa ni?"

"Baju aku,jangan risau baju tu bersih"

Sori mengambil baju tersebut lalu melihat tulisan di baju itu.

"Hey Tayo Is The Best"

Jungwon menguak rambutnya ke belakang.

"Tu baju khas untuk pekerja Syarikat Hey Tayo.Kami kena bagi.Tapi,tu saiz aku tu.Kau okay ke?Takut nanti terlampau besar pula"

Sori senyum yakin.

"Takpe,Sori okay je.Jap,Sori nak tukar"

Jungwon mengangkat kening kanannya.

"Kau tau ke kat mana tandas?"

Sori terkaku.Keluhan berat dilepaskan.Dia menggeleng perlahan.Jungwon menggerakkan bebola matanya ke atas.

"Kau keluar dari sini,lurus lepastu belok kiri lurus je sampai hujung.Kat sanalah tandas"

Sori mengangguk faham.Gadis itu berlalu pergi.Jungwon duduk di mejanya dan mula membuat kerja.Matanya ternampak satu sticky note di mejanya.Ini mesti angkara Sori.Note itu dibaca.

"Jungwon!Malam ni janji tau , pergi Festival tu!!Sayang Jungwon ♡(∩o∩)♡"

Sengihan dilepaskan.Jungwon menggeleng perlahan lalu sambung membuat kerjanya.Disituasi Sori pula,gadis itu selesai menyalin pakaian.Keluar sahaja daripada tandas,semua pekerja melihatnya.Sori yang tadi tersenyum terus senyumannya pudar.Dia melihat pekerja pekerja itu semua dengan tanda tanya.Apa yang hanya gadis itu boleh buat hanya menunduk hormat dan pergi dari situ.Dalam perjalanan ingin ke office Jungwon semula,Sori ternampak Q yang baru sahaja daripada dapur bersama coffee di tangannya.Q juga ternampak Sori.

"Hai Cik Sori"

Sori senyum lalu melambaikan tangannya.Q mendekati Sori.Melihat sahaja baju yang dipakainya hampir ingin membuat Q gelak.

"Cik,baju siapa cik pakai tu?"

"Oh ni baju Jungwon.Dia suruh tukar seban baju Sori yang ni agak melampau"

Q mengangguk tanda faham.Agak risau juga dengan saiz baju ini.

"Err cik tak apa apa ke?Sebab baju ni saiz dia besar"

Sori senyum sambil menggeleng.

"Takpe,Sori okay je"

Q hanya tersenyum kecil.

"Ha baiklah kalau macam tu,saya pergi dulu ya"

Sori mengangguk.Selepas sahaja Q pergi,Sori menuju ke dapur.Dia juga ingin membuat kopi untuk Jungwon.Satu pack kopi dari balang tersebut diambil dan Sori mula membuat kopi untuk Jungwon.

-

Pintu diketuk.

"Masuk"

Pintu dibuka dan ternampaklah wajah cantik Q.Youngbin yang fokus itu terus hilang fokus apabila melihat Q.Kening lelaki itu diangkat.

"Nah,coffee untuk awak"

Coffee teraebut diletakkan di atas meja Youngbin.Youngbin senyum sambil mengerutkan dahi.Q duduk di hadapannya.

"Pertama kali saya nampak awak buatkan saya coffee,selalunya bagi kat Jungwon"

"Jadi?Awak nak saya bagi kat Jungwon?Okay"

Youngbin dengan pantas menahan tangan Q untuk pergi.Q menggerakkan bebola matanya ke atas.Gadis itu duduk semula.

"Tau pun"

Youngbin ketawa kecil.Coffee panas itu dihirup.Sempat lelaki itu memuji coffee Q.Q hanya senyum.

"Erm,Q"

Q mengangkat keningnya.

"Balik nanti,teman saya"

Q memasang wajah terpinga pinga.

"Pergi mana?"

"Ikut saya kerja jadi maskot beruang"

Tekebil kebil gadis itu dibuatnya.

"Aik?Bukan awak dah berhenti ke?"

Youngbin senyum nipis.

"Ya memang pun,tapi saya nak kerja sana lagi untuk kali terakhir.Rindu pula saya dengan budak budak yang selalu datang sana bermain dengan saya"

Q mengangguk tanda faham.

"Sekarang ni,orang baru yang ganti saya.Itupun kawan sekerja saya juga.Dia dulu sebagai maskot arnab,tapi disebabkan saya dah berhenti,dia ganti tempat saya"

Q mengangguk tanda faham.

"Baiklah kalau macam tu,saya ikut awak"

Youngbin senyum.Pipi gadis itu dicubit.

Jungwon sekarang tengah rehat daripada membuat kerjanya terus menerus.Sesekali dia hairan.Mengapa si Sori ini lambat bebenor menukar bajunya tu?Apa yang dia buat sampai lambat macam ni?Jungwon mengeluarkan telefon bimbitnya lalu bermain game sekejap.Di luar boleh dia dengar beberapa pekerja berbual bual.Dan ada satu ayat daripada pekerja ini menangkap perhatian Jungwon.

"Dia dah kenapa?Dengan coffee lepastu dengan baju besar dia tu.Dah lah baju company kita"

Jungwon lantas meletakkan telefonnya di meja dan menuju ke pintu office.Pintu dibuka lalu Jungwom ikut melihat.Pekerja lain terkejut dan pantas mereka menunduk hormat.Jungwon meraup wajahnya kasar.Rambut dikuak ke belakang.

'Ya tuhan,dugaan apa lagi yang bagi kat aku ni.."

Dari jauh bisa lelaki itu melihat Sori sedang membawa secawan kopi.Tetapai masalahnya di sini,dia berjalan sungguh lambat.Kononnya takut jika tumpah.Tetapi,tidak usahlah lambat sangat seperti siput.Sori juga ternampak Jungwon yang berpeluk tubuh itu.Sori senyum.

"Jungwon!Tunggu Jungwon!Sikit lagi nak sampai!"

Jungwon menggeleng lalu masuk ke dalam officenya.Sori akhirnya berjalan agak cepat.Gadis itu sampai juga di office Jungwon.Dia berdehem kecil lalu pintu diketuk.Sori membuka pintu lalu masuk ke dalam.Baju yang tadi dipakai diletakkan di sofa terlebih dahulu.Coffee yang dibuat untuk Jungwon diletakkan di mejanya.Jungwon hanya melihat dengan wajah datar.

"Tadaaa!Coffee khas untuk Jungwon!"

Jungwon hanya menghm kan sahaja.Dia sambung membuat kerja.Sori memperlihatkan Jungwon bajunya yang dipakai.

"Jungwon,Jungwon punya baju ni selesalah.Sori ambil boleh?"

"Suka hati kau je nak ambil"

Sori memuncungkan bibirnya.

"Ala,Sori cakap je"

Jungwon berhenti menaip lalu menoleh ke Sori.

"Sori sini kejap"

Sori langsung mendekati Jungwon.

"Kalau tak nak baju ni nampak besar"

Tangannya disuruh angkat.Baju tersebut terus dimasukkan ke dalam seluar Sori.

"Tuck in baju ni supaya nampak kecil sikit.Kau jalan jalan macam tu tadi nampak pelik.Aku sendiri pun tak tau baju tu yang besar ke atau badan kau yang kecil"

Sori berdecit kecil.

"Ish,mestilah baju ni yang besar"

"Haaa tau pun"

Sori hanya menjeling malas kat Jungwon.Lelaki itu membalas balik dan Jungwon sambung membuat kerjanya.Sori menuju ke sofa lalu duduk.Dia menyandarkan kepalanya di kepala sofa tersebut.

"Jungwon,lama lagi ke malam?"

"Entahlah.Entah entah hari ni tak akan bertukar jadi malam"

Sori terus berdirikan kepalanya.

"Mana boleh macam tu.Dalam dunia ni semua kena ada.Kalau pagi ada malam pun kena ada.Kalau matahari ada bulan pun kena ada.Kalau makanan ada air pun kena ada.Kita tak boleh sesuka hati cakap benda benda macam tu.Apa yang dah ada,mesti akan terjadi.Malam akan terjadi.Percayalah"

Jungwon meraup wajahnya kasar.Tiber jadi ahli saintifik.

"Kalau macam tu,tunggu je lah malam Min Sori.Tak payah nak tanya tanya aku"

Jungwon terus menghirup coffee yang dibuat oleh Sori tadi.Stres dengan isterinya ini!

-

Pukul 10 sudah tiba,di mana semua pekerja pekerja Syarikat Hey Tayo berehat.Dan ada juga beberapa pekerja yang akan pulang pada masa ini.Youngbin akhirnya siap menyelesaikan kerjanya.Dia juga sekaranh sudah boleh pulang.Begitu juga dengan Q.Tetapi mereka ingin ke tempat yang Youngbin selalu memakai maskot beruang untuk bermain dengan budak budak yang lalu di sana bersama ibu bapa mereka.Biarpun dia sudah berhenti,dia masih lagi ingin pergi ke situ untuk kali terakhir.Dan kali ini,dia ingin membawa Q melayani budak bersamanya.Pada masa yang sama,Q datang.Gadis itu memakai sedikit solekan agar mukanya nampak berseri.Youngbin sempat memuji lalu mereka pun keluar daripada bangunan ini bersama.Pintu kereta dibukakan untuk Q.Gadis itu terus sahaja masuk.Pintu ditutup semula.Youngbin juga memasuki perut keretanya.Enjin dibuka dan minyak di tekan.Youngbin memandu keretanya dengan kelajuan sederhana.Mereka akhirnya sampai di Starduck.Bukan ingin masuk ke dalam sana tetapi ingin ke seberang kerana di sanalah tempat di mana Youngbin berkerja.Boleh mereka berdua nampak ada maskot beruang sibuk melayani budak budak yang bermain di sana bersamanya.Q senyum kecil.Mereka berdua mula menyeberangi jalan.Q terlebih dahulu melangkah tetapi masih ada lagi kereta memecut laju.Dengan pantas Youngbin menarik tangan Q ke bahu jalan semula.Sungguh bahaya kereta itu.Adakah terus bergerak biarpun sudah nampak ada orang hendak melintas.Youngbin agak marah dengan pemandu tersebut.Dia melihat Q yang masih terkejut itu.

"Awak okay?"

Q mengangguk laju.Air liur ditelan kesat.Youngbin menggenggam tangan Q.

"Pegang tangan saya kuat kuat,jangan lepas"

Sekali lagi gadis itu mengangguk.Mereka melihat ke kiri ke kanan terlebih dahulu barulah mereka melintas.Akhirnya mereka berjaya menyeberangi jalam raya itu.Youngbin melihat ke kanan dan menjerit.

"Baekhyun!"

Maskot beruang tersebut langsung menoleh ke kiri.Bisa dia melihat Youngbin melambaikan tangannya.Maskot beruang itu atau lebih tepat lagi Baekhyun membuka kepala beruang tersebut.Senyuman gembira diukir lalu Baekhyun membalas balik lambaian Youngbin.Youngbin dan Q mendekati lelaki itu.Mereka berlaga tangan dan juga bahu.

"Weh Youngbin,kau buat apa kat sini?"

Youngbin tersengih.

"Takdelah,aku ingat nak buat tugas kau ni"

Kening diangkat.

"Aik?Kau kan dah berhenti,kenapa nak kerja pula?"

"Bukan apa,aku nak buat tugas ni untuk kali terakhir.Dan ini kali juga lah kali terakhir aku main dengan budak budak macam diorang ni haa"

Baekhyun mengangguk tanda faham.Byun Baekhyun ialah kawan sekerja Youngbin.Dia juga mengambil kerja ini sebagai maskot arnab.Selepas sahaja tau yang Youngbin ingin berhenti,dia pula yang menggantikannya.Pada mulanya Baekhyun mengenal Youngbin,Youngbin seorang yang agak suka ingin bersendirian.Hari pertama dia berkerja juga agak bermasalah.Kepala beruang itu selalu sahaja terjatuh kalau Youngbin ingin menunduk dan tidak sengaja terkena budak.Yang paling teruknya,Youngbin pernah terjatuh kerana tidak dapat melihat apa apa dan tidak sengaja terlanggar budak dan membuatkan kaki budak itu tercedera.Ibu bapa budak itu memarahi Youngbin,mereka membuat keputusan untuk tidak akan lagi pergi ke sini.Baekhyun agak kesian dengan Youngbin.Lelaki itu perlahan lahan berbual dengan Youngbin.Diajarnya lelaki itu cara pekerjaan ini.Dan Youngbin akhirnya mendengar cakap.Di situlah juga mereka menjadi kawan.Dan tidak sangka pula yang Youngbin akan berhenti berkerja di sini.Agak sedih kerana kawan sekerjanya sudah tidak ada.Tetapi syukur hari ini diberi peluang untuk Baekhyun berjumpa dengan Youngbin semula.Baekhyun melihat Q.

"Siapa tu?"

Youngbin mengelus tengkuknya.

"Awek?"

Mulalah Baekhyun mengusik usik Youngbin.Pernah juga Baekhyun bertanya dahulu,adakah Youngbin ini sudah berpunya.Selepas sahaja mendengar soalan itu membuatkan Youngbin terdiam.Lelaki itu ketawa kecil melihat wajah merah Youngbin.Dan hari ini juga ditanya.

"Awek kau ke Youngbin?"

Q hanya berdiri tegak menunggu jawapan daripada Youngbin.Youngbin masih lagi malu.Lelaki itu merampas kepala beruang daripada Baekhyun.

"Kau pergilah rehat,aku nak buat kerja kau ni.Buka maskot ni"

Baekhyun hanya menjeling malas.Dia tahu yang Youngbin tidak akan menjawabnya.Maskot dibuka lalu diberikan ke Youngbin.Sebelum Baekhyun ingin berlalu pergi,sempat dia melihat Q.Q juga melihatnya.Baekhyun mengatakan sesuatu ke Q.

"Call me-"

Satu pukulan di kepala Baekhyun dilayangkan.Q hampir tertawa.Baekhyun melihat Youngbin.

"Call me kepala kubis kau.Aku boleh dengar"

Baekhyun memasukkan tanganny di dalam poket.

"Aku saja nak buat kau jeles~"

Lelaki itu langsung melarikan diri di saat Youngbin membuat gaya seperti ingin menumbuknya.Q tersengih.Youngbin melihat Q.Senyum kekok diukir.

"Maaf Q,kawan saya memang macam tu"

Q menggeleng perlahan.

"Takpe.Jadi,awak nak mula dah ke?"

Youngbin mengangguk.Kepala beruang tersebut diberikan ke Q.Q terpinga pinga.

"Kenapa?"

Youngbin menggerakkan bebola matanya ke atas lalu kepala beruang tersebut dipakaikan di kepala Q.Q mengangkat sedikit kepala tersebut.

"Apa ni Youngbin"

Youngbin hanya memakai maskot beruang tanpa kepalanya.

"Awak pakai je.Saya nak mula kerja ni"

Q mengembungkan pipinya lalu memakai kembali kepala beruang itu.
M

ulalah kanak kanak mendekati mereka berdua bersama ibu bapa mereka.Kanak kanak itu hanya bermain dengan Youngbin.Q tersenyum melihat tingkah laku comel Youngbin terhadap kanak kanak.Sungguh ceria dan comel.Q ingin ikut tetapi agak malu.Salah satu daripada kanak kanak itu melihat Q sekilas.Dia bertanya.

"Abang"

Youngbin mengangkat keningnya.Budak itu menundingkan jarinya ke Q.

"Kakak ni isteri abang ke?"

Terkejut mereka berdua begitu juga ibu bapa budak itu.Ibu kepada budak itu mendekati anaknya.

"Jieun,apa yang kamu tanya ni.Maafkan anak saya ya"

Youngbin tersenyum.

"Tak apa,lagipun memang betulpun dia ni isteri saya"

Kali ni hanya Q sahaja yang terkejut.Tambahkan pula pipinya sudah mula merona merah.Budak bernama Jieun itu senyum.

"Waaaa cantiknya.Memang sesuai dengan abang.Mama,Jieun nak bergambar dengan abang ni dengan isteri dia boleh?"

Ibunya terdiam melihat anaknya.Dia mengangguk sambil senyum.Jieun lantas mendekati Q dan Youngbin.Ayah Jieun sudah sedia ingin menangkan gambar mereka.Q dan Youngbin berdiri bersama manakala Jieun ditengah tengah.

"Okay.1 2 senyum!"

CLICK!

"Nak tengok nak tengok!"

Jieun berlari ke arah ayahnya.Dia melihat hasil gambar mereka.

"Wah cantik!"

Mereka semua melepaskan tawa.Ayah kepada Jieun melihat jam tangannya.Ayahnya melihat Jieun yang masih bermain itu.

"Jieun,mari balik.Kita janji nak lawat nenek kan"

Jieun baru teringat.Lantas dia berlari mendekati ibu bapanya.Ibu Jieun mengangkatnya.

"Cakap bye bye kat kakak dengan abang"

Jieun menoleh ke Q dan Youngbin.

"Babai kakak abang!Jieun seronok bermain hari ni!Jumpa lagi!"

Mereka berdua hanya melambaikan tangan bersama senyuman.Akhirnya keluarga itu berlalu pergi.Q tersenyum melihat keluarga bahagia itu.Dia juga ingin mempunya keluarga seperti mereka.

Bersama Youngbin.

Q menoleh ke arah Youngbin yang sibuk memberikan gula gula kapas ke budak budak yang masih ada di sana.Bahu Youngbin dipukul.Youngbin menoleh ke arah Q.

"Kenapa?"

Q memasang wajah cemberut.

"Awaklah,kenapa mengaku yang saya ni isteri awak?"

Youngbin mengangkat kening kanannya.

"Lah memang betul kan"

Senyuman sinis diukir.Sempat Youngbin mengenyitkan matanya ke Q membuatkan Q terkejut.Youngbin yang dahulu sudah muncul.Kenyit kenyit pula,cungkil mata tu kang.Jam menunjukkan pada pukul 5.Akhirnya,Youngbin dan Q selesai melayani kanak kanak yang datang di sini.Maskot dan juga kepalanya diberikan kembali ke Baekhyun.Youngbin mengucapkan terima kasih ke Baekhyun dan mengucapkan terima kasih.Alang alang mereka berhampira di Starduck,mereka langsung masuk ke dalam kedai tersebut.Mereka memesan dahulu yang mereka mahu lalu duduk di meja kosong.Q duduk dihadapan Youngbin dan Youngbin duduk di hadapan Q.Q hanya mendiamkan diri manakala Youngbin bermain dengan telefonnya.Q melihat Youngbin.Bibir digigit.

"Erm,Youngbin"

Youngbin mengangkat keningnya.Mata masih lagi melekat di telefon.

"Apa yang awak buat kalau dah kahwin?"

Youngbin terkaku.Dia meletakkan telefonnya di meja lalu melihat Q.Tangan disilangkan ke dada.

"Kenapa awak tanya"

Q memuncungkan bibirnya.

"Ala,saja je.Cepatlah jawab"

Youngbin tanpa teragak agak menjawab soalan Q.

"Saya akan jaga dia baik baik.Layan dia,sayang dia.Kalau dia nak apa apa saya bagi je.Apa yang paling penting,dia setia"

Q mengangguk tanda faham.Youngbin melihat Q dengan kerutan di dahi.

"Kenapa...awak tiba tiba tanya saya macam tu?Awak dah nak kahwin ke?"

Q tersentak.Dia ketawa sambil menggeleng.

"Ish takde lah.Saya saja tanya"

Youngbin mengangguk.Tiba masa Q pula ditanya.

"Q,kalau awak kahwin"

"Dan orang tu ialah saya"

"Awak gembira tak?"

Q ternganga sedikit.Rambutnya diselitkan ke belakang telinga.

"K-kenapa awak tanya?"

Youngbin mengangkat bahunya.

"Saja"

Q menelan air liurnya kesat.Dia melihat sekeliling.Jari dimain mainkan.

"Saya..."

Youngbin menunggu jawapan daripada Q.Q masih lagi teragak agak ingin menjawab.Dalam hatinya suruh mengatakan 'Ya' tetapi dalam kepalanya hanya menyuruh untuk berdiam diri.

"Sa-"

"Pesanan daripada Encik Youngbin"

Youngbin melihat ke kaunter tersebut lalu dia melihat Q semula.Q langsung menutup mulut.Youngbin menggaruk batang hidungnya menggunakan jari telunjuk dan berdiri.

"Err saya...ambil pesanan kita dulu"

Q mengangguk.Youngbin berlalu pergi.Keluhan berat dilepaskan.Rambut dikuak.

'Nampaknya...jawapan ni aku simpan je lah dulu'

-

Jungwon membuka pintu keretanya.Sori yang nyenyak tidur itu digendong.Sekarang sudah pukul 6:58.Dan malam ini juga mereka akan pergi ke Festival tersebut.Pintu rumah dibuka lalu Jungwon masuk.Pintu dikunci semula.Pada masa yang sama Sori tersedar.Boleh Jungwon mendengar Sori bergumam kecil.

"Sori,kita dah sampai rumah dah ni"

Sori bergumam sekali lagi.Tangannya masih lagi memeluk leher Jungwon.Jungwon menghembus nafas berat.Mereka naik ke atas lalu menuju ke bilik.Katil didekati,menyuruh Sori untuk melepaskan pelukan.Jungwon duduk di birai katil.

"Sori,lepas.Aku nak mandi ni.Pukul 8 nanti kan kita pergi Festival tu"

Sori yang masih mamai itu akhirnya melepaskan pelukan.Dia baring lalu menggosok gosok matanya.Jungwon senyum nipis.Rambut yang menutupi dahi gadis itu dialihkan.Satu kucupan ke dahi Sori diberikan.

"Kau rehat lah dulu,aku nak mandi ni"

Sori hanya mengangguk.Jungwon langsung masuk ke dalam tandas.Tiba tiba sahaja telefon Jungwon berdering menandakan seseorang menelefonnya.Sori mengambil telefon tersebut lalu mengangkat panggilan.

"Hello?"

"Sori?Ni Sori ke?Jungwon mana?"

"Oh mama...kenapa?"

"Takdelah,mama nak tanya apa khabar korang berdua.Lama tak jenguk ni"

Sori mengangguk faham.

"Haa Sori,kamu apa khabar?Sihat?"

"Sihat je ma.Jungwon pun sihat"

"Baguslah kalau macam tu,ingatkan dah pengsan gara gara layan kamu"

Sori tersengih.

"Taklah.Mana ada"

"Jungwon pula mana?"

"Jungwon tengah man-"

Pintu tandas dibuka dan muncullah Jungwon yang hanya bertuala sahaja.Bahu yang basah gara gara air menitik dari rambut bersama dada sasanya dan juga bahu bidangnya itu mampu membuatkan Sori ternganga.Tidak lupa juga dengan abs yang dia miliki.WAW!Jungwon menguak rambutnya ke belakang.

"di.."

Jungwon melihat Sori.Keningnya berkerut di saat dia melihat Sori sedang bertelefon dengan seseorang menggunakan telefonnya.

"Kau bercakap dengan siapa?"

Sori didekati.Gadis itu mula panik.

"M-mama,Jungwon dah keluar tu"

Telefon itu diberikan ke Jungwon.Jungwon hanya mengambil lalu meletakkan di telinganya.

"Hello?"

"Haa Jungwon"

"Oh mama,kenapa?"

Tengah tengah Jungwon sedang berbual dengan ibunya,ini peluang Sori untuk keluar dari bilik.Takkan gadis itu hendak duduk diam di sini sahaja.Belum sempat Sori melarikan diri,Jungwon menahan tangannya.Gadis itu membulatkan matanya.

"Okay mama,bye"

Panggilan dimatikan.Jungwon mula memandang Sori.Sori membulatkan matanya.

"Kenapa?Nak lari?"

Sori melihat ke arah lain.

"Err..."

Jungwon senyum sinis.Tangan gadis itu ditarik lalu Sori duduk.Kedua dua tangan Jungwon berada di sisi Sori.Lelaki itu menunduk sikit.Wajah didekatkan ke Sori.

"Jungwon...apa ni.."

Jungwon menatap wajah gementar Sori.

"Aku nak cuba lagi,mana tau kau dah okay"

Sori menggeleng laju lalu menolak dada Jungwon.Jungwon agak terkejut.

"Uish,berani sentuh dada orang"

Sori yang baru sahaja sedar itu terus menarik balik tangannya tetapi Jungwon lebih pantas.Kini,dia menahan tangan Sori.Dibiarkan sahaja tangan gadis itu menyentuh kulitnya.Sori sudah mula berdegup degup.Bukan hanya itu,dia juga bisa merasakan yang dada Jungwon juga berdegup.Rupanya,lekaki itu juga rasa gementar.

"J-Jungwon,sampai bila kita nak macam ni?"

Jungwon mendekat.

"Kenapa?Kau takut?"

Air liur ditelan kesat.Jungwon mengusap usap pipi Sori.Pipi gadis itu dicium sekilas.Jungwon memandang Sori sambil tersenyum sinis.

"Min Sori"

"Malam ni"

Kepala gadis itu dipegang begitu juga dengan tangannya.Lutut sebelah Jungwon sudah pun naik ke atas tilam.

"Aku takkan lepaskan kau"

Lutut sebelah juga dinaikkan lalu Jungwon membaringkan Sori.Gadis itu terjerit.Belum sempat bibir bertemu,tiba tiba sahaja lonceng rumah berbunyi membuatkan pergerakan Jungwon terhenti.Sori naik turun naik turun dadanya.Mujurlah,Jungwon belum maju sepenuhnya.Jarak mereka masih dekat.Jungwon mencebik lalu lelaki itu bangun.Dia menuju ke bawah untuk melihat siapa yang mengganggu mereka ni.Sori menghembus nafas lega.Jungwon bagaikan harimau bintang,laju sahaja lelaki itu ingin menciumnya.Mujur ada orang selamatkan.Pintu rumah dibuka.

"Ini su-"

Posman itu hilang kata kata apabila melihat Jungwon yang hanya bertuala sahaja.Jungwon dengan muka dinginnya merampas surat surat daripada posman tersebut.Ingin pinty ditutup tetapi Jungwon berhenti di saat Posman itu masih lagi belum pergi,malahan menatao sahaja tubuh tegap Jungwon itu.Jungwon mengerutkan dahi.

"Kau kenapa?"

Air liur posman tersebut ditelan.Dia tersentak lalu melihat Jungwon.

"Hah?"

Jungwon sudah malas ingin melayan posman ini.Pintu segera ditutup lalu dikunci.Jungwon hanya membaling surat surat itu di lantai.Dia ingin menyambungkan adegan tadi.Lelaki itu lantas naik ke atas.Dia mengerutkan dahi di saat bajunya berada di luar.Ada juga sehelai kertas.Kertas itu diambil lalu dibaca.

"Pakai diluar!Sori nak mandi!"

Jungwon menguak rambutnya ke belakang.Kertas tadi keronyokkan lalu dibuang.

"Ni semua salah posman tadi"

Baju diambil dan Jungwon menyalin pakaian di bilik kerjanya.Beberapa minit kemudian,Jungwon sudah siap.Dia hanya memakai baju lengan panjang berwarna biru.Baju itu bercorak langit di malam hari bersama bulan dan bintang bintang.Seluarnya pula seluar jeans.Rambutnya disisir rapi.Ala ala style gomahae.Pada masa yang sama Sori juga sudah siap.Jungwon agak terkejut melihat pakaian Sori begitu juga Sori.Dia juga memakai warna dan corak sama seperti Jungwon.

"Mana kau dapat baju ni?"

Sori mengangkat bahu.

"Sori pun tak tahu yang Sori ada baju ni.Tapi baguslah,kita matching"

Sori tersengih comel.Jungwon menggerakkan bebola matanya ke atas.

"Dah lah jom"

Sori melompat gembira.Mereka berdua sudah pun di luar.Perut kereta dimasuk.Jungwon memakai tali pinggangnya begitu juga Sori.Sori sudah mula memakai tali pinggang kerana takut jika Jungwon buat benda yang sama lagi.Jungwon tertawa kecil.Dia tahu apa yang terjadi jika gadis itu tidak memakai tali pinggang.Enjin dihidupkan.Minyak ditekan dan kereta pun memecut laju.Dalam perjalanan,Jungwon hanya mendiamkan diri manakala Sori menyanyi biarpun suaranya tidak merdu.

"WaLaUpUn DiRiMu TaK BeRsAyAp!!!Ku AkAn PeRcAyA!Kau MaMpU..."

Jungwon hanya sabar dari mendengar suara isterinya ini.Sungguh bingit dan bising.Dia tidak suka.Lagu seterusnya dimainkan.Makin nyaring suara gadis itu.Jungwon memukul mukul telinganya.

"TeRlUkA DaN MeNaNgIs TaPi Ku TeRimA!"

"Ku MeNaNtI KaU TuK KeMbAlI!!!"

"AhAhAh Uh WaAaAaAaA!!!-"

Brek ditekan membuatkan Sori terkejut.Sori menoleh ke arah Jungwon.

"Kenapa Jungwon?Terkejut Sori"

Jungwon menarik nafas dalam dalam lalu menghembusnya perlahan.Lelaki itu menoleh ke arah Sori.

"Takde.Tapi apa yang aku boleh cakap,duduk diam diam ya.Jangan keluarkan suata satu pun"

Senyuman palsu diberi lalu minyak ditekan lagi.Beberapa minit kemudian,Sori dan Jungwon sudah tiba di Jiseon Park.Sori dengan laju membuka tali pinggang dan keluar daripada perut kereta.Bersinar sinar mata gadis itu melihat festival tersebut pada malam ini.Ramai sungguh orang.Jungwon didekati.

"Cantiknya!Jom Jungwon masuk!"

Tangan lelaki itu ditarik.Mereka disapa oleh penjaga pagar festival ini.

"Selamat datang di Festival makan makan dan permainan!Nikmatilah makanan makanan di sini dan berseronoklah dengan permainan yang ada!"

Senyuman Sori makin lebar.Ditariknya lelaki itu masuk.

"Sori jangan kasar sangat tarik,putus tangan aku.Lagi satu,aku boleh je jalan sendiri"

Sori ketawa kekok lalu melepaskan genggaman.Sori melihat sekeliling.Terdapat banyak permainan yang seronok.Satu permainan akhirnya menangkap perhatian Sori.

"Jungwon ikut Sori"

Jungwon hanya mengikut.Mereka mendekati permainan yang bernama "Hit the monkey".Cara permainannya senang sahaja.Yang penting,kena laju menangkap.Monyet-monyet akan muncul daripada lubang lubang ini dan pemain akan cuba untuk memukulnya.Tetapi jangan silap pukul pula.Jika lebah muncul pemain tidak disuruh kerana markah akan rendah.

"Hello selamat datang ke permainan Hit The Monkey!Kalau mampu,cubalah"

Sori meregang regangkan jarinya.

"Senang je ni.Jungwon bagi duit"

Jungwon yang tiada buat apa apa itu melihat Sori dengan muka tidak percaya.

"Amboi,kau minta macam kau minta air ya.Ada hati nak minta duit aku"

Sori menoleh ke arah Jungwon.

"Sori memang ada hati pun,cepatlah bagi"

Jungwon menghembus nafas berat.Lelaki mengeluarkan duitnya lalu memberikan ke Sori.Permainan dimulakan selepas sahaja Sori membayar.Matanya tidak berhenti melihat ke kiri dan ke kanan.Memastikan jika ada monyet,dia kena cepat cepat memukulnya.Jungwon hanya melihat sambil berpeluk tubuh.Tunggu punya tunggu akhirnya monyet muncul juga.Sori lantas memukul.Monyet kedua muncul dan sekali lagi Sori memukulnya.Begitu lah yang terjadi seterusnya dan akhirnya Sori menang dalam permainan ini.Tetapi yang mengejutkannya ialah,terdapat 2 pusingan lagi.Bermakna ini baru pusingan pertama.Jungwon ketawa sinis.Sori meggigit bibirnya.Fokus 100% pada permainan ini.Monyet akhirnya muncul dan kali ini agak sedikit laju.Sori masih mampu menangkapnya.Dan akhirnya lebah muncul hampir sahaja Sori ingin memukulnya.Pusingan ke 2 sudah pun berakhir.Dan,pusingan yang ke 3.Di mana kata orang orang yang pernah bermain "Hit The Monkey" ini mengatakan bahawa,sangat susah untuk melepasi pusingan ke 3.Sori sudah pun bersedia.Monyet akhirnya muncul membuatkan Sori terkaku.Kening dikerut.Pusingan 1 dan 2.Satu atau tiga yang muncul,tetapi kali ini ada 5 hingga 8 ekor monyet yang muncul dengan serentak.Sori sudah mula rasa panik.Dia memukul mukul sahaja mesin itu tetapi langsung tidak kena.Terlalu laju.Lebah muncul dan Sori tidak sengaja memukulnya.

"Alamak!Laju sangat ni!"

Pekerja itu tertawa begitu juga Jungwon.Pusingan 3 akhirnya telah tamat.Sungguh susah untuk melepasi pusingan terakhir ini.Tetapi,biarpun tidak menang Sori masih mendapat hadiah.Iaitu keychain anjing shibainu.Sori amat bersyukur,yang penting dapat hadiah.Mereka akhirnya pergi dari permainan itu.Perut kecil gadis itu akhirnya berbunyi menandakan dia lapar.Baru satu game sudah buat gadis itu lapar.

"Jungwon,Sori lapar.."

Jungwon hanya mengangguk.

"Jomlah,kita makan.Aku pun lapar ni.Dari tadi tengok kau je main"

Sori tersengih.Mereka pergi membeli makanan pertama mereka,iaitu gimbab bersama air green tea.Usai makan,tiba masanya mereka pergi ke permainan ke dua yang di mana Jungwon yang ingin bermainnya.Iaitu "Shoot!".Pemain akan diberi senapang mainan dan cuba untuk menembak patung patung yang bergerak itu.Sori di belakang menyorak untuk Jungwon.Jungwon sudah pun sedia.Patung patung di hadapannya mula bergerak.Jungwon melihat dahuu sasaran yang senang untuk ditembak.Tembakan pertama dilepaskan dan patung mula jatuh.Sori menyorak gembira.Tembakan kedua dilepaskan dan patung terjatuh sekali lagi.Makin kuat sorakan Sori.

"Yang Jungwon hebat!Jungwon hebat!"

Berkali kali Jungwon menembak patung patung tersebut dan akhirnya kesemua patung itu terjatuh.Permainan juga sudah tamat.Sori mendekati Jungwon lalu memeluknya.Jungwon juga senyum kemenangan.Kepala isterinya diusap.Patung panda diberikan lalu Sori mengambilnya.Mereka akhirnya pergi.

"Wow hebatlah Jungwon tadi!10 markah untuk Jungwon!"

Jungwon tersengih.Hidung gadis itu dicuit.

"10 markah apa nya,aku bukannya ikut pertandingan nyanyi"

Sori tersengih.Jungwon melihat jam tangannya.Jam sudah menunjukkan pukul 9:05.Jungwon melihat Sori.

"Dah lah Sori,jomlah balik.Dah pukul 9 dah ni"

Sori yang senyum itu terus sahaja menghilangkan senyumannya.

"Dah nak balik ke?"

"Ya.Aku besokkan kerja"

Sori memuncungkan bibirnya.

"Ala...Sori belum puas lagi nak main.."

Jungwon menghembus nafas berat.Rambut dikuak ke belakang.

"Yelah yelah,jom lah main lagi"

Sori melompat gembira.Macam macam permainan mereka main.Makanan juga banyak dirasai.Ke mana Sori pergi di situ juga Jungwon ikut.Tetapi masalahnya di sini,Sori janji untuk bermain beberapa permainan sahaja,namun sudah lebih permainan yang gadis itu main membuatkan duit Jungwon hampir ingin habis.Tambahkan pula makanan yang mereka beli.Jungwon sudah mula rasa risau akan duitnya yang dikuasai oleh Sori.Mereka menuju ke arah permainan yang bernama "Give The Correct Food To Us".Sori ingin bermain permainan ini.

"Hello selamat datang di permainan Give The Correct Food To Us.Permainannya mudah sahaja.Anda hanya memberikan makanan makanan yany tepat kepada haiwan haiwan yang akan muncul nanti.Selamat mencuba"

Bunyinya sungguh menarik perhatian Sori.Sori menoleh ke arah Jungwon.

"Jungwon,Sori nak main ni"

Jungwon mengelus tengkuknya.

"Sori"

Lelaki itu membisikkan sesuatu ke Sori.

"Duit aku dah berkurang ni.Marilah balik,lagipun dah banyak game kau main takkan kau belum puas?"

Sori memasang wajah sedih.

"Ala,ini game terakhir Sori janji.Tolonglah"

Jungwon menggeleng.Kerimasan Sori sudah muncul tetapi dia masih sabar.

"Ala Jungwon,Sori nak ni je.Satu je lagi boleh lah,lepas ni kita balik"

"Tak boleh Min Sori.Tolong dengar cakap aku"

"Maafkan saya,korang nak main ke tak?"

Serentak mereka berdua menoleh ke pekerja tersebut.Sori baru ingin menjawab tetapi Jungwon bersuara.

"Err takpelah,tak jadi"

Sori membulatkan matanya.Tangan Sori ditarik menjauh daripada permainan tersebut.

"Ish Jungwon,kenapa cakap macam tu?Sori nak main"

"Aku dah cakap aku dah takde duit Min Sori.Tolong faham"

Sori masih melawan.

"Sori tak kisah,yang penting Sori nak main permainan tu"

Tangan disilangkan ke dada.Jungwon mengepal tangannya seperti penumbuk.

"Kau ingat aku kaya sangat ke?Lagipun tempat tempat macam ni tak penting pun semua.Kau kena ingat,duit ni susah nak cari.Kita kena berjimat,ni tak.Main keluarkan je apa yang ada.Habis nanti kalau kau nak beli benda yang penting macam mana?"

Sori menggaruk kepalanya rimas.

"Sori nak main satu permainan je pun takkan lah tu pun tak boleh!?"

Suara Sori tinggi seoktaf.Membuatkan situasi yang meriah itu menjadi sunyi.Jungwon tersentak mendengarnya.Air mata mengalir perlahan.

"Bukannya mahal pun!Satu permainan ni bawah 50,kenapa Jungwon masih lagi kedekut nak keluarkan duit!?"

"Aku bukan kedekut ta-"

"Kalau macam tu keluarkan je lah!Itupun nak berkira ke!?"

Semua orang mula membisik bisik tentang mereka.Jungwon melihat orang di sekelilingnya.Rasa segan sudah pun muncul.Sori menjerir sekuat hatinya.Jungwon mendekati Sori lalu menggenggam tangannya.

"Dah dah Sori jom.balik"

"Sori nak main lagi!"

Gadis itu melompat lompat kerimasan.Jungwon meminta maaf kepada semua orang yang melihat situasi ini.

"Sori dah dah tu Sori,orang tengok kita ni"

Sori masih lagi meronta ronta.Dada sasa Jungwon di pukul kuat.Kakinya dipijak pijak.Jungwon tetap bersabar.Sungguh kuat kesabaran Jungwon ini.Orang orang yang melihatnya agak risau.

"Dah Sori,jom jom"

"Tak nak!"

Satu tamparan kuat dilayangkan ke pipi Jungwon.Orang lain membulatkan mata.Jungwon menyentuh pipinya.Kepanasan dalam dirinya sudah pun menaik senaik naiknya.Sori yang masih mengamuk itu diangkat dan mereka meninggalkan festival tersebut.

"Jungwon!Lepaslah!"

Pintu kereta dibuka lalu Jungwon memasukkan Sori ke dalam perut kereta.Jungwon juga akhirnya masuk ke dalam.Enjij dihidupkan lalu kereta memecut laju.Baju Jungwon masih dipukul.

"Jungwon patah balik!"

"Jungwon!"

"Sori nak main lagi!"

"Sori benci Jungwon!"

"Jungwon patah lah balik!"

Mereka akhirnya sampai di rumah.Jungwon tetap memandu hingga sampai ke rumah biarpun Sori masih memukulnya dan menjerit tidak puas hati.Sekarang juga masih lagi.Jungwon menunduk ke bawah.Sori memukul mukul lagi bahunya.

"Jungwon!"

"Sori nak pergi sana balik!"

"Jungwon ni tak pernah lah faham Sori!"

"Boleh tak benda yang Sori nak tu Jungwon bagi je!?"

"Ke Jungwon memang tak sayang Sori!?"

"Kalau benci Sori tu cakap je lah-"

"Sudah sudah lah jadi budak Min Sori!"

Terdiam.Sori ternganga.Pertama kali dalam hidupnya melihat Jungwon menaikkan suaranya.Jungwon lepaskan apa yang dia ingin lepaskan.

"Aku dah penat dah dengan semua ni!Penat!Faham kau?Habis aku?Kau tak pernah faham aku,perasaan aku bila kau asyik paksa paksa aku je!Min Sori,aku ni pun manusia biasa tau tak,kesabaran aku bukannya tinggi mana,kalau aku nak marah aku marah.Ni pertama kali kau tengok aku macam ni.Kau ingat dengan gaya paksa paksa kau tu,aku baik baik je?Tak pernah baik!Apa yang kau nak aku bagi!Apa lagi yang tak cukup?Takkan semua kau nak Min Sori?Aku!Kat office tu,berkerja keras untuk buat duit sendiri.Lepastu sampai sampai rumah,habis disebabkan kau!Duit aku habis disebabkan kau Sori!Kau ingat aku ni apa?Robot?Aku pun nak beli barang keperluan aku tau,bukan kau punya barang je.Kalau kau nak sangat,kau pergi cari kerja!Buat duit sendiri!Dapat duit kau belilah apa yang kau nak!Tak payah nak duit aku.Eh Sori,cuba kau di tempat aku sekarang.Kau tak rasa rimas ke!?Dengan jeritan kau tangisan kau!Ni muka ni tangan ni rambut ni,ingat tak sakit ke!?Kau sedap lah cakap yang aku ni sabar orangnya,tapi kau tengok lah sekarang!Tengoklah Min Sori,aku sekarang marah!Marah teruk,dengan kau.Umur 24 tahun masih begini perangai.Patutlah takde siapa nak kat kau.Sebab tak tahan dengan perangai budak kau tu!Kalau kau tak nak aku macam ni,tolong ubah!Ubah semua yang kau patut ubah!Kau jangan anggap diri kau tu bayi lagi!Penat aku nak urus.Kau cakap aku benci kau kan?Aku tak pernah benci kau Sori cuma jangan sampai perangai kebudak budakkan kau ni yang membuatkan aku benci kau!Aku sabar je ni!Faham tak Min Sori!?"

Sori terdiam.Tidak bisa mengatakan apa apa.Jungwon menguak rambutnya ke belakang.Puas hati sudah meluahkan apa yang dia pendam selama ini.Dia juga agak terkejut dengan dirinya sendiri.Sebelum ini tidak pernah pernah lelaki itu menaikkan suaranya ke Sori.Takut nanti Sori takut.Tetapi kali ini dia lakukannya.Sori menelan air liurnya.Jujur dia cakap,Jungwon nampak lain apabila marah.Takut itu,takut juga tetapi masih terkejut.Terkejut melihat sisi lain Jungwon.Lelaki itu membuka pintu kereta lalu keluar meninggalkan Sori sorang sorang.Sori juga cepat cepat keluar.Rumah dimasuk.Boleh dia melihat Jungwon naik terlebih dahulu.Sori mengunci pintu dan gadis itu juga naik.Di dalam tandas,Sori membuka shower lalu membasahkan tubuhnya.Tiba tiba sahaja kata kata Jungwon terngiang ngiang di kepalanya.

"Umur 24 tahun masih begini perangai"

"Aku tak pernah benci kau Sori cuma jangan sampai perangai kebudak budakkan kau ni yang membuatkan aku benci kau!"

"Kau ingat aku ni apa?Robot?"

Sori meraup wajahnya kasar.Kata kata Jungwon itu,semuanya betul.Semua manusia sama.Ada perasaan semua.Mestilah kalau Sori punya perangai membuatkan Jungwon marah.Mustahillah tidak.Tetapi,Sori sahaja yang ikutkan hati.Konon Jungwon tidak akan marah,tetapi tengok lah sekarang.Ternganga member mendengar suara marah Jungwon.Ingin gadis itu meminta maaf ke Jungwon.Dia menyesal membuat Jungwon marah.Sori keluar dari tandas bersama baju pijamanya yang sudah dipakai.Rambut dikeringkan terlebih dahulu.Usai itu Sori menutup suis.Sori berdiri lalu menuju ke bilik office Jungwon.Pintu diketuk lalu Sori memanjangkan lehernya untuk melihat Jungwon.Lelaki itu sedang mendengar lagu di headsetnya untuk hilangkan stres.Bermakna,lelaki itu tidak sedar kehadiran Sori.Sori menutup pintu lalu mendekati Jungwon.Jari dimain mainkan.

"Jungwon..."

Jungwon membuka mata lalu menoleh ke arah Sori.Lelaki itu berdehem kecil.Lagu dipause,headset dibuka.Jungwon menolehkan kerusi rodanya menghadap Sori.Sori memuncungkan bibir.

"Jungwon...Sori nak,minta maaf tau.Minta maaf sangat sangat.Sori janji Sori tak buat lagi.Sori menyesal buat Jungwon marah...lepasni Sori nak berubah supaya Jungwon tak marah lagi...Sori takut.Tolong maafkan Sori ye?"

Jungwon hanya memasang wajah datar.Sori menghembus nafas berat.Jungwon menggerakkan bebola matanya ke atas lalu sambung mendengar lagu.Sori tidak mengalah,akhirnya gadis itu mendapat idea untuk Jungwon memaafkannya.Sori perlahan lahan mendekati Jungwon.Kerusi roda tersebut dihadapkan lagi di hadapan Sori.Jungwon terkejut.Sori lantas duduk di peha Jungwon.Jungwon mengerutkan dahi.Bahu lelaki itu di sentuh.Sori menggenggam baju Jungwon.Bibir digigit.Jungwon yang hairan itu,terus tidak mahu ambil peduli.Lagipun,lelaki itu masih lagi ingin ketenangan.Tiba tiba sahaja rasa rimas apabila melihat wajah isterinya ini.Sori dengan keberanian yang ada mendekatkan wajahnya.Bibir mereka akhirnya bertemu.Seperti magic!Dahulu,Jungwon yang maju tetapi kali ini Sori.Jungwon membulatkan matanya.Sori terus dan terus mencium bibir lelaki tersebut.Jungwon terkebil kebil.Pinggang gadis itu disentuh.Ciuman dileraikan.Jungwon mengerutkan dahi sekali lagi.Sori memasang wajah tidak bersalah biarpun sekarang ini mukanya sudah mula merona merah.Sori melihat butang baju pijama lelaki itu.Tanpa teragak agak Sori membukanya satu persatu.Jungwon membulatkan matanya.Tangan Sori ditahan.Sori melihat Jungwon.Lelaki itu ternganga.

"Sejak bila kau pandai buat macam ni?"

Sori berfikir.

"Erm..Sori buat macam ni sebab,nak Jungwon maafkan Sori"

Jungwon senyum senget.Sekarang baru lelaki itu faham.Jungwon menolak Sori lembut daripada terus duduk di pehanya.Lelaki itu berdiri,gadis itu diangkat seperti bridal style lalu Jungwon membaringkan Sori di katil.Sori menelan air liurnya.Bodoh sungguh Sori,kononnya dengan cara ini Jungwon akan memaafkannya.Makin suka lah lelaki ini jawabnya!Jungwon akhirnya di atas Sori.Rambut Sori diusap usap.Jungwon senyum sinis.

"Pandai kau ni.Makin lama makin berani"

Sori dengan gugupnya menjawab.

"Mestilah.."

Jungwon agak kagum dengan balasan Sori.Dia mengangguk tanda faham.Kini betul betul sudah bermula.

"Baiklah sayang.Jangan risau,aku lembut orangnya"

Leher dipegang lalu bibir mereka bertemu lagi.Sori memeluk Jungwon.Pinggang Sori juga dipeluk lalu gadis itu duduk.Ciuman hangat itu mampu membuat kedua dua mereka berdegup kencang.Ciuman dileraikan sebentar kerana Jungwon ingin membuka bajunya.Sori agak terkejut.Jungwon dah melampau ni!Belum sempat Sori ingin menghalang Jungwon,lelaki itu membaringkan Sori dan sambung menghangatkan situasi tersebut.

Hari hari yang dinanti nantikan telah tiba!

Dah dah jangan lelebih ye anak anak.

-5 bulan kemudian-

Jungwon menyisir rambutnya dengan rapi.Pada masa yang sama Sori muncul.Gadis itu mengukirkan senyuman.Tali leher suaminya dibetulkan.Sekarang ini,Sori sudah pandai membetulkan tali leher.Tidaklah tercekik Jungwon dibuatnya.Jungwon mengusap kepala isterinya.Mereka berdua menuju ke muka pintu.

"Erm,Jungwon nanti balik belikan tteobbeokki boleh?"

Jungwon melihat Sori dengan wajah jengkel.

"Eyy,janji nak berubah"

Sori sekarang masih dalam proses perubahan diri.Jika dia ingin sesuatu tetapi Jungwon tidak bagi,dia tidak akan memaksa lagi.Dia sudah janji.Okay balik kepada cerita.Sori memuncungkan bibir.

"Ish Jungwon ni,takkan tak nampak perut bunting Sori ni.."

Sori mengandung 3 bulan yang lalu.Sungguh gembira gembira mereka,lagi lagi Yang Jungwon.Dia akan jadi ayah tidak lama lagi.Jungwon tersengih.Perut bunting isterinya di usap.

"Alahai anak ayah ni,lapar ye?"

Sori mencebik.Jungwon memeluk bahu Sori.

"Yelah,nanti aku beli kalau ada ya?Aku nak gerak dah ni.Jaga rumah,jangan bergerak banyak sangat kau tu mengandung.Hati hati"

Sori mengangguk laju.Beg kerja Jungwon diberikan lalu lelaki itu ambil.Sempat Jungwon mencium bibir Sori sekilas.

"Aku pergi dulu,bye sayang!"

Sori melambaikan tangannya.Kini berakhirlah sudah ragaman Sori.Sudah tidak ada tangisan,paksaan dan sebagainya.Gadis itu telah berubah.Dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang bertanggungjawab!

Dia ialah Min Sori!Umur 24 tahun!No more kebudak budakkan!Yeah!

-The end-

YESSS akhirnyaaaa RAGAMAN DAH HABISSS !!! THANK U YALL YANG BACA CITE NI DRI AWAL SAMPAI HABIS SAYANG ANDA ANDA SEMUA !!!

BYE BYE AND ENJOY READ MY LAST EP OF RAGAMAN !!!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro