Ep 3
Malam.Jungwon sedang menikmati makan malamnya.Sori yang baru sahaja dari atas menuju ke arah dapur lalu duduk di hadapan Jungwon.
Dia menongkat bahu.Jungwon mempelawanya untuk makan tetapi Sori menolak.Katanya sudah kenyang.Sori menghembus nafas berat.
"Jungwon.."
Mula dah muncul suara manja.Mesti nak sesuatu ni.Jungwon bergumam.Sori memuncungkan bibirnya.
"Besok Jungwon kerja lagi ke?"
Lelaki itu berhenti mengunyah.Dia menatap wajah Sori.
"Yelah,takkan aku nak duduk diam kat rumah ni"
Jungwon sambung makan.Sori menggenggam tangan Jungwon lalu menggoncang goncangkannya.
"Kau nak apa lagi?"
Sori merengek.
"Boleh tak...Jungwon tak payah kerja?Sori bosanlah takde Jungwon kat rumah ni"
Jungwon menatap wajah Sori sekali lagi.
"Kalau aku tak kerja,siapa yang nak bagi kau makan?"
Jungwon menaik turunkan keningnya sambil memasang wajah serius.Sori bermain dengan jarinya.
"Makan je lah apa yang ada dalam rumah ni"
Jungwon berpeluk tubuh.
"Kalau makanan dalam rumah ni habis,lepastu duit pun takde untuk beli makanan.Macam mana?"
Sori terdiam.Tidak mampu menjawab apa apa.Jungwon mendengus halus.
"Tau pun diam"
Sori berdecit kecil.
"Ish Jungwon ni,Sori cuma nak Jungwon layan Sori satu hari je.."
"Takdenya satu hari.Hari hari kau paksa aku.Dah lah masa tu aku dah lambat"
Sori membulatkan matanya.Dia berpeluk tubuh.
"Maksudnya Jungwon tak sayang Sori lah ni?Jungwon lebih pentingkan kerja daripada Sori?"
Jungwon mengeluh.
"Sayang tu memang aku sayang kau.Tapi aku kena kerja untuk dapatkan d-"
Kata kata Jungwon terputus di saat Sori berdiri.Dia menghentak kaki.
"Kalau macam tu,Sori pun tak nak sayang Jungwon lagi!"
Sori akhirnya berlalu pergi dengan perasaan marah.Jungwon menguak rambutnya ke belakang.
"Ikut dia lah.Malas nak pujuk"
Boleh Jungwon dengar Sori menutup pintu bilik dengan kuat.Jungwon hanya ketawa sinis lalu sambung makan.
-
Usai Jungwon makan,dia lalu menaiki tangga untuk tidur.Sudah agak lama dia tidak tidur malam hanya kerana membuat kerjanya.
Jadi,malam ini dia ingin rehat secukupnya.Baru sahaja pintu bilik ingin dibuka tetapi sudah dibuka dari dalam.Jungwon berkerut dahi di saat melihat Sori bersama bantal dan selimutnya.
"Kau buat apa bawa bantal dengan selimut ni?"
Sori menatap tajam ke arah Jungwon.
"Sori nak tidur kat bawah"
Sempat gadis itu menjeling lalu turun ke bawah.Jungwon hanya membiarkan sahaja lalu masuk ke dalam bilik.
Sori hanya berjalan.Pintu bilik ditutup membuatkan Sori terhenti.Dia menelan air liurnya.Cuba untuk tidak kisah,Sori sambung berjalan.
Sori sekarang di ruang tamu berseorangan.Sori seketika melihat sekeliling.Dia menghembus nafas.
"Tidur je lah,apa yang nak takut"
Gadis itu mula baring.Badannya disarungkan selimut.Sori cuba untuk menutup mata.Tetapi,tidak dapat.Sori mula merasa gelisah.Matanya tidak berhenti melihat kanan kiri.Dia merasakan ada orang sedang memerhatikannya.
Peluh kian keluar.Selimut digenggam kuat.Sori sudah mula risau.Sori cuba menutup mata lagi.
'Tidur je lah,buat apa nak taku-"
Tiba tiba,bunyi orang berdehem membuatkan Sori membuka mata.Lantas gadis itu bangun lalu cepat cepat naik ke atas.Sungguh dia takut sekarang ini.
Padahal yang berdehem itu Jungwon.Pintu diketuk berkali kali meminta Jungwon untuk buka.
"Jungwon,bukalah pintu ni!"
Tiada jawapan.Air mata hampir keluar.
"Jungwon..!"
"Ingatkan kau berani,rupanya penakur juga"
Sori mencebik.Pintu diketuk lagi.
"Buka je lah Jungwon..Sori takut ni!"
"Tidur je lah,mana ada apa apa"
"Ihhh Jungwon..!"
Sori membeku di saat dia mendengar sesuatu dari bawah.Pintu diketuk lebih kuat.
"Jungwon buka Jungwon!"
"Tolonglah buka!"
"Jungwon!"
Akhirnya Sori menangis teresak esak.Pintu masih belum dibuka oleh Jungwon.Gadis itu terduduk mencangkung.
"Jungwon buka...!"
Sori menyembamkan kepalanya di tangan.Beberapa minit kemudian,pinty akhirnya dibuka.Jungwon melihat Sori sambil berpeluk tubuh.
Kepala digeleng gelengkan.Gadis itu masih menangis.
"Tak nak masuk ke?"
Sori mengangkat kepalanya.Dia berdiri lalu memeluk Jungwon.Jungwon hanya membiarkan sahaja.
"Takut.."
Jungwon ketawa sinis.
"Tadi bukan main merajuk.Tengok tengok,datang balik juga"
Sori hanya mendiamkan diri.Jungwon menutup pintu lalu membawa Sori untuk baring bersamanya di katil.
Mereka berdua akhirnya baring.Jungwon mengelap air mata Sori.
"Dah dah,jangan nangis.Aku ada"
Sori memuncungkan bibirnya.
"Kenapa lambat sangat buka pintu..?"
Jungwon tersengih.Hidung isterinya dicuit.
"Tidur"
-
Jungwon sekarang sibuk membuat kerjanya di office.Sambil sambil itu,dia menghirup nescafe yang dibuat oleh Q.
Pintu diketuk.Jungwon menyuruh untuk masuk.Kawan Jungwon,Youngbin masuk ke dalam.
"Jungwon"
Mereka berdua berlaga tangan.Jungwon menyuruh Youngbin untuk duduk.
"Kau buat apa kat sini Bin?"
Youngbin ketawa kecil.Kerusi dipusing pusingkan.
"Takdelah,aku saja nak masuk office kau.Kat office aku bosanlah.Takde na buat apa apa"
Jungwon menaikkan kening kanannya sambil senyum senget.
"Lah tu je"
"Eh Jungwon,kau kena tau Won.Aku ni kalau takde siapa siapa memang aku bosan.Nasib baik kau masih ada kat sini.Tapi lain kali tak nak lah kau je,nak lah yang macam...ayu ayu kan"
Youngbin terkekeh.Jungwon memasang wajah jijik.Matanya digerakkan ke atas.Pintu diketuk sekali lagi menandakan seseorang ingin masuk.
"Masuk"
Pintu dibuka dan muncullah Q.Dia sibuk memegang fail fail yang banyak itu.Youngbin terpegun akan kecantikan gadis itu.
Q menghampiri meja Jungwon lalu meletakkan fail itu semua di mejanya.Q mengatur nafas.
"Ni fail yang encik minta"
Jungwon mengangguk.Youngbin tidak leka memandang Q.Q bermain dengan jari jarinya.
"Ada apa apa lagi yang saya boleh tolong?"
"Takde.Awak boleh lah keluar dan buat kerja sendiri"
Q mengangguk.Ingin dia pergi dari sini tetapi langkahnya terhenti.Dia memalingkan badannya ke Jungwon.
"Err encik Jungwon"
Jungwon melihat Q sambil kening diangkat.Q mengukirkan senyuman.
"Err tengah hari ni,jom makan sama sama"
Jungwon mengangguk setuju.Q memasang wajah gembira.Tiba tiba,Youngbin menyampuk.
"Tak nak bawa saya?"
Q melirik ke arah Youngbin.Lelaki itu mengenyitkan matanya.Q berkerut dahi.
"Awak ni,cantiklah.Tapi lagi cantik kalau jadi isteri saya~"
Youngbin menggigit bibirnya.Q sudah mula rasa muak.Dia menjeling Youngbin.
"Sibuk je"
Gadis itu akhirnya berlalu pergi.Youngbin senyum senyam.
"Weh,cun doh awek tu.Dia single kan?"
Jungwon mengangkat bahu.Youngbin memasang wajah penasaran.Youngbin menongkat dagu.
"Hurm Won.Kau pernah cakap yang kau dah kahwin kan?"
Jungwon mengangguk.Youngbin berfikir sebentar.
"Cantik tak dia?"
Jungwon berhenti menaip.Dia menatap wajah Youngbin.
"Kau jangan nak macam macam.Kau kalau nampak je yang cantik,semua lah kau rembat"
Youngbin menyilangkan kakinya.Dia meniup rambut depannya.
"Tak salah kan,kalau kongsi?"
Jungwon berdiri lalu fail disebelahnya ingin dibaling ke arah Youngbin.Youngbin juga turut berdiri.Dia ketawa kecil.
"Chill bro.Aku main main je"
Jungwon menundingkan jarinya ke Youngbin.
"Kau jangan macam macam ye.Dia tu aku punya"
Jungwon menghalau Youngbin.Lelaki itu turut keluar.Jungwon duduk semula.Wajah diraup.
Inilah Youngbin.Semua gadis dia mahu.Yang paling penting,cantik.Sampai orang yang dah berpunya pun dia hendak sentuh.
Tetapi pelik kan,kenapa Jungwon tetap nak kawan dengan Youngbin?
-
"Aku dah balik"
Sori yang mendengar suara Jungwon itu langsung berlari ke pintu utama.
"Jungwon!"
Gadis itu senyum gembira lalu memeluk Jungwon dengan erat.Jungwon membalasnya.
"Yey Jungwon dah balik!Jom makan dulu"
Tangan lelaki itu di tarik menuju ke dapur.Mereka akhirnya makan bersama.
Bersambung...
Double update <333
hope u like it !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro