Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 28

Youngbin bermain dengan jarinya.Peluh kian keluar.Jantung berdegup dengan kencang.Sekarang ini hanya Youngbin dan Jungwon sahaja berada di dalam office.Jungwon ingin mengenal pasti sama ada betulkah sudah Youngbin yang dulunya pemalas,suka mengusik gadis gadis di sini telah berubah.Jungwon menatap Youngbin atas bawah.Dia melihat lagi borang pemohonan Youngbin untuk kali ke dua.Keluhan berat dilepaskan.Kaca mata juga dilepaskan.Jungwon menatapl lagi wajah Youngbin yang masih gementar itu.

"Jadi...kau nak mohon lagi lah ni?"

Youngbin mengangguk laju.Jungwon berdehem kecil.

"Okay apa yang aku boleh cakap erm...kau kena janji dengan aku dulu"

Mata Youngbin terkebil kebil.

"Janji apa?"

Jungwon menggaruk batang hidungnya menggunakan jari telunjuk.

"Kau janji yang,kau tak bawa lagi perangai kau yang dulu"

Youngbin mengangguk laju.

"Ya,aku janji.Kalau aku buat lagi,kau pecat dan aku takkan mohon lagi kat sini"

Kening kanan diangkat.Masih lagi rasa curiga dengan kawannya yang satu ini.Youngbin betul betul yakin,yang dirinya sudahpun berubah.Keluhan dilepaskan.

"Baiklah Kim Youngbin,awak diterima"

Senyuman lebar diukir.Mereka saling bersalaman.Youngbin menggenggam tangan Jungwon lalu menggoncangkannya.Tanda gembira.Jungwon hanya senyum.Semoga sahaja kawannya ini betul betul sudah berubah.Di situasi Sori dan Q pula.Mereka berada di dapur office.Q sibuk membancuh cafe untuk dirinya sendiri manakala Sori hanya mendiamkan diri.Jari dimainkan.Usai Q membancuh cafe,gadis itu perlahan lahan menghirup cafe tersebut.Mata dipejam,menikmati kesedapan cafe yang dibuatnya.Dia menoleh ke arah Sori yang mendiamkan diri dari tadi.Senyuman nipis diukir.Satu pack cafe diambil dari balang lalu diberikan ke Sori.Sori mengangkat wajahnya.

"Nah,kalau nak buat cafe"

Sori menggaruk kepalanya.Senyuman kekok diukir lalu gadis itu mengambil jua pack tersebut.Sori menelan air liurnya.Sebab Sori berkelakuan begini,kerana dia agak takut dengan Q.Dulu Q sungguh tidak suka akan Sori,disebabkan itulah dia takut.Q sedar akan Sori.Gadis itu seperti tidak selesa dengannya.Q mengangguk tanda faham.

"Cik Sori"

Sori mengangkat keningnya.Q senyum lagi.

"Cik masih takut dengan saya?"

Sori hanya diam.Q menghembus nafas berat.Tangan Sori perlahan lahan dipegang.Sori tersentak tetapi dia biarkan sahaja.Q mula berterus terang.

"Sebenarnya cik,dulu...saya ada perasaan terhadap encik Jungwon"

Sori terkaku.Orang yang sudah berkahwin dia sukai?Q bersuara lagi.

"Tapi bila tau yang,dia dah kahwin..saya agak marah dan cemburu sebab,perempuan yang kahwin dengan dia tu sangatlah beruntung"

Q menatap wajah Sori.

"Dan itu ialah cik.Saya cemburu dengan cik"

Sori menelan air liurnya.

"Sebab tulah,selama saya kenal cik saya berkasar dengan cik.Saya marah marah,dan yang paling teruknya...saya pernah tampar cik.Maafkan saya ya"

Sori masih lagi mendiamkan diri.Q juga terus menerus menjelaskan perkara sebenar.

"Dan...lepas saya bertemu dengan Youngbin balik,saya dah mula hilang perasaan kat encik Jungwon.Saya suka Youngbin"

Sori mengangguk tanda faham.Q tiba tiba sahaja memeluk Sori membuatkan mata gadis itu membulat besar.Pelukan tidak dibalas.

"Maafkan saya cik Sori.Saya betul betul minta maaf"

Sori mengetap bibir.Badannya kian mengeras.Dia tidak tahu hendak buat apa,mahu balas pelukan agak sukar pula baginya.Sori hanya menepuk nepuk bahu Q berkali kali.Pelukan akhirnya terlerai.Pada masa yang sama,Youngbin datang.Mereka berdua menoleh serentak.Youngbin senyum,matanya langsung melihat Sori.Dia ingat gadis ini.Gadis yang dia hampir ingin sentuh dahulu.Keluhan dilepaskan.

"Kau,isteri Jungwon kan?"

Sori mengangguk.Tengkuk dielus elus.

"Maafkan aku hal yang terjadi dulu tu.Harap kau maafkan aku"

Sori hanya mengangguk tanda faham.Dan Jungwon pun tiba.Jungwon melihat mereka bertiga.

"Amboi,lepak lepak sini tak ajak aku?"

Q tersengih.Youngbin mengerutkan dahi.

"Weh Jungwon"

Jungwon mengangkat kening.

"Aku dari tadi lagi perhatikan.Bibir siapa juga yang cium kau sampai ada bekas?"

Jungwon membulatkan mata.Sori juga begitu.Peluh kian keluar.Q cuba untuk tahan ketawa.Sapu tangan cepat cepat dikeluarkan lalu bekas gincu tersebut dilap sehingga hilang.Lengan Youngbin disiku.Youngbin menoleh ke Q.

"Awak ni tanya lagi,mestilah yang cium tu isteri encik Jungwon"

Makin merah wajah Sori.Skirtnya digenggam erat.Youngbin mengangguk tanda faham sambil mengintai Sori yang sudah merona merah itu.Jungwon mengelus elus rahangnya.

"Ish korang ni,suka betul usik usik aku"

Youngbin dan Q tertawa.Sori mengembungkan pipinya.

"Habis korang tu?"

Serentak mereka berdua melihat Sori dengan wajah hairan.

"Youngbin dengan Q"

"Bila nak kahwin?"

Tersembur lalu tertawa Jungwon dibuatnya.Mulalah mereka berdua pula yang tersipu malu.Youngbin pula memukul mukul kepala Jungwon,meyuruh untuk diam.Sori ketawa kecil.Q yang juga sudah merona merah itu terus melarikan diri.Youngbin berhenti memukul Jungwon.Sampai terbatuk suami oranh dipukulnya.

"Ish dah lah,aku nak pergi dulu"

Belum sempat Jungwon bersuara,Youngbin juga sudah melarikan diri.Nak kejar Q lah tu.Kini,tinggal Sori dan Jungwon.Jungwon melihat Sori.Gadis yang berketawa tadi terus sahaja diam apabila dipandang.Dia berdehem kecil.Jungwon memegang tangan Sori lalu menggenggamnya.Gadis itu tersentak.Jungwon senyum.

"Masa rehat dah sampai,jom aku belanja makan"

Sori bersinar sinar matanya.Dia lompat kegembiraan.Sempat pipi Jungwon dikucup berkali kali.Yang bikin terkejutnya,Sori memanjat badan Jungwon.Lelaki itu membulatkan mata.Lantas kaki isterinya ditahan supaya Sori tidak jatuh.

"Kau dah kenapa naik atas badan aku?"

Sori memeluk leher Jungwon lalu menekup mukanya dibelakang tubuh Jungwon.Kakinya dihayun kedepan dan kebelakang.

"Jom makan!"

Jungwon menghembus nafas berat.Dia hanya membiarkan sahaja isterinya naik di badannya.Mereka akhirnya berlalu pergi.

-

Youngbin keluar dari bangunan HEY TAYO.Dia melihat kiri dan kanan.Ingin mencari Q.Dia menuju ke arah Pantai Jungsan.Sebenarnya,bangunan HEY TAYO ini berdekatan dengan Pantai Jungsan.Setiap kali waktu rehat,di sanalah beberapa pekerja pekerja syarikat HEY TAYO lepak bersama.Jadi,tidak usahlah pergi jauh jauh lagi.Di Pantai Jungsan pun sudah cukup.Tetapi jika ingin pergi ke tempat lain selain daripada Pantai Jungsan pun tiada masalahnya.Berbalik kepada Youngbin,lelaki itu masih mencari kelibat Q.Ombak yang bergelora pada tengah hari itu sungguh menenangkan.Pada masa yang sama,Youngbin ternampak seorang gadis yang duduk di depan pantai tersebut.Dibiarkan angin menyapa pipinya.Melihat daripada belakang tubuh pun Youngbin sudah kenal.Itu ialah Q.Gadis itu duduk di sana untuk menangkan fikiran.Gadis itu lantas didekati.Q yang sedar akan kehadiran Youngbin terus menoleh ke belakang lalu mendongak.Agak terkejut kerana Youngbin dihadapannya.Youngbin senyum lalu duduk disebelah Q.

"Buat apa sorang sorang kat sini?"

Q senyum.Dia melihat sahaja laut yang biru itu.Youngbin juga ikut menikmati pemadangan laut pada tengah hari ini.Beberapa minit kemudian,Youngbin menoleh ke arah Q.

"Q"

"Hm?"

Youngbin bermain dengan jarinya.

"Awak...masih suka Jungwon?"

Q mengerutkan dahi.

"Kenapa awak tanya?"

Kepala digaruk.Youngbin ketawa kekok.

"Takdelah,saya...tanya je"

Q memandang ke depan semula.Rambutnya berterbangan kerana angin yang kuat itu.

"Mungkin dulu ya,tapi sekarang dah tak"

Youngbin ternganga sedikit.

"Kenapa?"

Q menguak rambutnya ke belakang.

"Saya...tak tahulah"

"Mungkin,sebab awak?"

Youngbin membulatkan matanya.Dia menundingkan jarinya ke dirinya sendiri.

"S-saya?"

Q tertawa.

"Youngbin"

"Saya nak tanya"

Youngbin mengangkat keningnya.

"Awak tau tak apa yang saya rasa bila dengan awak?"

Youngbin terpinga pinga.Kepala digaruk.

"Tak tahu..."

Q melihat lagi Youngbin.Mereka menatap antara satu sama lain.Q tiba tiba senyum sinis.Dengan pantas dia mendekatkan wajahnya ke wajah Youngbin membuatkan Youngbin terundur sedikit.Air liur ditelan kesat.

"Awak dengar?"

Youngbin berkerut.

"Dengar apa?"

"Degupan jantung awak"

"Laju"

"Dan itulah"

"Yang saya"

"Rasakan sekarang"

"Saya suka awak Kim Youngbin"

Bersambung...

Sorry loveee wapa lambat upddd
Sorry juga kalau ep kali ni bosan HAHA ni je lah yang wapa mampu pikiak :")

But hope u like it
Bye byeee <333

Goodnight love ><

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro