Ep 23
Beberapa jam kemudian,akhirnya Jungwon dan Sori sudah kembali ke rumah.Sori masuk dengan perasaan gembira manakala Jungwon...
MBAA!
AAAAA TAKUT!
Mengapa dengan Jungwon?
Lelaki itu masuk dengan wajah pasrah.Selama mereka membeli belah tadi,dialah menjadi mangsa Sori.Apa apa lagi bila mereka di kedai alat solek.Begini ceritanya...
-Flashback-
Sori dan Jungwon akhirnya sampai di Mall BINNASEO.Mereka ke sana untuk membeli pakaian baru untuk Sori.Alang alang sekarang ni Jungwon ada duit,ingin gadis itu membeli baju baru.Sori memeluk lengan Jungwon,lelaki itu hanya membiarkannya.Mereka melihat sekeliling.Rambutnya dikuak ke belakang sebelum bertanya.
"Kau nak pergi mana dulu Sori?"
Sori memuncungkan bibirnya.Matanya masih lagi mencari cari di mana kedai yang bagus.Kaki mereka pula belum lagi berhenti berjalan jalan.Jungwon ada juga memberikannya pendapat untuk masuk ke dalam kedai yang lelaki itu pilih,tetapi Sori menggelengkan kepala.Apa yang Jungwon suruh masuk,gadis itu tetap menggeleng.Masih ingin mencari kedai yang menarik.Sudah 30 minit,satu kedai pun mereka belum masuk lagi.Jungwon sudah mula rasa rimas.
"Sori,bila kau nak masuk kedai ni?"
Sori berdecit kecil.Dia menatap wajah Jungwon geram.
"Sabar lah,Sori masih cari ni"
"Masalahnya,dah berapa minit kita masih kat luar.Belum lagi masuk masuk kedai"
Sori hanya menjelirkan lidah.Jungwon ketawa sinis lalu menguak rambutnya ke belakang.Lelaki itu menghembus nafas lega di saat Sori akhirnya menarik lengannya untuk masuk ke salah satu kedai baju ini.
"Hello,welcome to Padino"
Jungwon menunduk hormat ke arah pekerja tersebut.Sori mula mencari baju yang cantik cantik sementara suaminya hanya mengikuti sahaja langkah Sori dari belakang sambil berpeluk tubuh.Jungwon juga melihat lihat jika ada baju yang dia inginkan.Anak Yang pun mau baju lah heh.Mulalah sudah sesuatu merasuki badan Jungwon agar lelaki itu melihat pakaian pakaian lelaki.Sori pula masih melihat melihat pakaian yang dia inginkan.Jungwon menelan air liurnya.Isterinya yang berada di hadapan ini dilihat.Bahu gadis itu ditepuk sekali membuatkan Sori menoleh ke belakang.Kening diangkat.Jungwon mendekatkan wajahnya ke telinga Sori.
"Kau cari cari lah dulu baju,aku nak tengok baju lelaki ni"
Sori mengangguk.Sempat Jungwon mencium pipi Sori sekilas.Pada mulanya Sori terkejut tapi terus sahaja gadis itu senyum.Sori sambung mencari baju semula.
-
Beberapa minit kemudian.Jungwon sekarang berada di halaman baju lelaki.Dilihatnya baju baju yang ada di sini.Sungguh segak baginya.Rasanya,jika Jungwon memakainya,adakah akan menjadi lebih segak?Jungwon melihat satu persatu saiz dan harga baju tersebut.Keluhan dilepaskan.Mahallah pula.Jungwon akhirnya memberi keputusan untuk melihat lihat sahaja,tanpa dibeli.Pada masa yang sama,tubuh kecil Sori terlihat ingin menuju ke sini.Jungwon tersengih kecil.Tetapi sengihannya terus menghilang di saat Sori kembali dengan baju yang berlambak di tangannya.Sori berdiri di hadapan Jungwon bersama senyuman teruja.Jungwon membulatkan matanya.
"Jungwon!Nak ni!"
Terbatuk lelaki itu dibuatnya.Mana taknya,Sori main ambil sahaja baju yang dia inginkan tanpa melihat harganya.Usah ditebak berapa hargamya,kalian sudah pun tahu bahawa mereka sekarang ini berada di dalam kedai baju yang mahal.Baru sahaja Jungwon melihat harga baju yang dia inginkan inikan pula baju yang Sori inginkan.Memang mati dibuatnya karang.Jungwon berdehem kecil.
"Kau ada tengok harga tak sebelum kau pilih semua ni?"
Sori hanya melihat baju baju itu sekejap lalu memaling ke hadapan semula dengan gelengan.
"Ala,Jungwon janganlah risau.Ni mesti murah murah punya Sori pilih"
Jungwon mendengus halus.
'Murah lah sangat..!'
Lelaki itu menguak rambutnya ke belakang.Dia senyum manis ke arah Sori.Tangan gadis itu dicapai.
"Sori Sori"
Sori hanya menatap wajah kacak Jungwon.Rambut gadis itu diselitkan ke belakang telinga.
"Boleh tak,kalau kau ambil beberapa je.Yang lain tu,tinggal"
Sori mengerutkan dahi.
"Tapi...ni lah yang Sori nak"
"Semua ni?"
Gadis itu mengangguk.Jungwon ternganga.Matanya terkelip seketika.Lelaki itu berdehem lagi.
"Ala,yang lain tu tinggal kat sini.Kau pilih yang betul betul kau nak.Nanti hari lain,yang kau letak balik tu boleh beli lagi"
"Tapi,ni lah yang betul betul Sori nak"
Jungwon tertawa sendiri.Bukan tertawa kerana gembira tetapi tertawa kerana ingin menahan sabar.Jungwon memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.Gigi diketap.Jungwon membisik sesuatu ke Sori.
"Ingat Sori,aku ni bukannya daddy sugar.Duit aku tak banyak mana pun"
Sori membeku.
"Jungwon cakap...Jungwon kerja office,mestilah banyam duit"
"Tak semua.Sekarang ni,bagus kau letak semua baju ni.Kita cari tempat yang lebih murah sikit"
Sori mengundur lalu menggeleng.Jungwon berdecit kecil.
"Tak nak,Sori tetap nak ni"
"Tapi Sori,ni semua ma-"
"Tak nak.."
Sori menggeleng laju dan air matanya sudahpun mengalir.Okay,Min Sori is back.Gadis itu masih melawan tetapi Jungwon tetap membalas balik.Akhirnya,teriakan Sori mula bergema di setiap ruangan tersebut membuatkan semua orang fokus kepada mereka berdua.Sori menjatuhkan semua baju yang dia ingini itu ke lantai.Sori mula teresak esak.
"Jungwon cakap Jungwon ada duit!Jungwon cakap Jungwon belikan!Tapi sekarang Jungwon menolak pula!Kenapa Jungwon ni hah!?Tak pernah lah faham Sori!Sori nak tu Jungwon tak bagi!Jungwon memang tak sayang Sori ke!?"
Jungwon memejamkan matanya.Hembusan dilepaskan.
"Okay Sori,dengar du-"
"Mahal ke murah,itu semua tak penting!"
Jungwon terdiam.
"Yang penting,Sori nak baju ni faham tak!?"
Gadis itu sudah pun melompat lompat kerana rimas.Kepala digaruk garuk.Kaki dihentak kuat.Semua orang mula membisik bisik tentang mereka.Jungwon menggigit bibirnya.Yang paling teruknya,Sori menendang semua baju yang dilantai tadi dengan ganas.
"Letak lah balik letaklah!Tak payah lah Sori datang sini lagi!Takde guna!Semua ni takde guna!"
Sori akhirnya melangkah keluar.Jungwon sudah mula sesak nafas dengan kelakuan isterinya.Lelaki itu sudah mula tidak tahan.Dia melihat semua orang yang masih membisik tentang mereka tadi.Selepas sahaja mengatur nafas,Jungwon mengutip semula semua pakaian itu lalu terus ke kaunter.Sempat dia menunduk hormat dan meminta maaf ke semua orang.Aduh,benda yang memalukan berlaku lagi.Mengapa harus Jungwon?Sungguh penat dia ingin melihat ragaman Sori hari hari.Jungwon tak faham Sori?Gadis itu yang tak faham Jungwon.Tak faham perasaan Jungwon macam mana,selama mereka hidup bersama.Ingin Jungwon menjadikan isterinya seperti isteri isteri yang lain.Tidak banyak sangat ragam.Tidak banyak sangat minta itu ini.Dan tidak banyak sangat paksa memaksa.Sungguh penat sudah Jungwon ini.Bila lah benda ini berakhir.Mengapa dia tidak bisa mengubah perangai Sori ini?Ya tuhan,tolonglah lelaki yang bernama Yang Jungwon ini.Dia lebih rela mengasuh bayi daripada mengasuh gadis yang sudah 24 tahun ini.Tetapi,kalau bayi itu sepertu emaknya tidak bagus juga.Boleh nangis lelaki itu dibuatnya.So u have to redo.Jungwon akhirnya keluar dari kedai baju itu berasama baju yang sudah dibayar itu.Kerana sayang,Jungwon sanggup juga belikan.Biasalah,lelaki kan selalu mengalah.Perempuan selalu nak menang.
KITA LAWAN!
LAWAN!
Dan tiba masanya untuk mencari isterimya yang sudah pun melarikan diri akibat merajuk.Jungwon menggaruk kepalanya.Dah lah mall ni luas dan besar,tidak mungkin lelaki itu ingin mencari gadis itu satu mall.Sori janganlah buat begini!Tidak mampu berbuat apa apa,terpaksalah lelaki itu mencari Sori satu mall.Beberapa oranh di tanya jika mereka ternampam Sori lalu di sini ataupun tiada.Tapi malangnya,tidak ada satu pun yang nampak.Jungwon menghembus nafas berat.Dia sambung mencari.Sekarang sudah pukul 9:20,gadis merajuk itu belum lagi dijumpai.Jungwon sudah mula agak risau.Siapa ja tak risau,hampir satu mall ini dipusingnya hanya kerana ingin mencari Min Sori.Tetapi Sori tetap tidak terlihat.Sempat lelaki itu berhenti untuk berehat.Nombor Sori didail.Gadis itu tidak menjawab.Jungwon sudah mula rasa rimas.Makin teruk ni!Jungwon mula lalu ke bahagian Karaoke.Langkahnya terhenti di saat dia mendengar suara yang sangat dia kenali.Dan suara itu...
Sumbang.
Dan.
Itu ialah suara.
Min Sori.
Gadis yang dia cari itu sebenarnya berada di tempat karaoke ini.Lantas kakinya melangkah masuk.Jungwon pergi ke kaunter.
"Maafkan saya,yang suara macam kelaut tu bilik nombor berapa?"
Pekerja itu agak terkejut akan kata kata Jungwon.Hampir ketawa.Pekerja itu langsung menjawab.
"Bilik nombor 12"
Jungwon mengangguk lalu terus menuju ke bilik 12.Langkahnya terhenti lagi di saat...
"AlL bY MySeLf~~"
"DoN't WaNnA Be~"
"AlL By MySeLf~~!!!"
Jungwon menggeleng kepalanya.Sesampainya lelaki itu di bilik 12,terus sahaja dia masuk membuatkan Sori terkejut.Sori berhenti menyanyi.Mata bulat besar.Jungwon menguak rambutnya ke belakang.
"Kau tau tak,penat aku cari kau?Kat sini rupanya"
Sori menutup mic lalu meletakkan di tempat asal.Rambut diperbetulkan lalu Sori mula mendiamkan diri.Jungwon menghembus nafas berat.Wajah gadis itu dilihat.
"Masih merajuk?"
Sori mendiamkan diri.Bakul yang berisikan baju baju untuk Sori itu ditayangkan.
"Aku dah beli ni"
Bebola mata Sori melihat bakul tersebut.Gadis itu berdiri lalu mendekati Jungwon.Bakul itu diambil.Jungwon senyum kecil.Dagu Sori diangkat agar wajah cantik gadis itu terlihat.Sori nampaknya masih merajuk.Bibirnya masih dimuncungkan.Jungwon mengerutkan dahi dengan senyuman.
"Suara siapa tadi tu?"
"Sumbangnya"
Sori menumbuk lembut bahu Jungwon membuatkan lelaki itu tersengih.Tangan isterinya dicapai lalu digenggam.
"Dah,jom.Jangan nangis nangis lagi"
Mereka akhirnya melangkah keluar dari tempat karaoke tersebut.
Bersambung...
Hello love !!!
Senanya ep kali ni tergantung HAHA nnti wapa buat sambungan dia tau sbn tk nk ep kali ni panjang sgt hshs biar yg last ii tu panjang hoho.
Jgn risau cite tak lama lagi habis,just tunggu je okay?
Hope u like it :)
Bye byee and goodnight ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro