
Ep 22
Hari demi hari Q singgah ke Starduck bila masa kerjanya sudah tamat.Bukan setakat ingin minum air lazatnya,malahan ingin berjumpa dengan maskot beruang itu lagi.Tiap tiap hari Q akan pergi ke seberang jalan,kerana di sanalah keberadaan beruang tersebut.Mereka mengambil gambar bersama,Q diberi gula gula kapas olehnya dan juga bergelak ketawa jika ada kanak kanak menghampiri beruang itu.Q rasa,Q mula agak selesa apabila melihat maskot beruang itu.Dan...
Dia mula suka.
Ya,Q mengakui bahawa gadis itu mula jatuh cinta pada orang di dalam maskot tersebut.Terkejut bukan?Q juga pertama tama,agak hairan dengan perasaanya.Apabila sahaja berjumpa dengan maskot beruang tersebut,dia agak gugup dan malu.Tetapi,gadis itu buang rasa gugup dan malunya.Selalu sahaja begitu.Dan pada suatu hari,barulah Q sedar.Dia suka orang tersebut.Lebih tepat lagi,jejaka tersebut.Q ingin berjumpa dengannya.Q ingin melihat muka aslinya.Q ingin meluahkan perasaannya kepada jejaka itu.Ingin dia melakukan semua hal itu.Q selalu sahaja berdoa,semoga sahaja dia dan jejaka tersebut bisa berjumpa.Bila jugalah mereka boleh bertemu ini.Hurm.Baiklah,sambung ke cerita-
Besok harinya,pagi.Q menuju ke arah dapur untuk membancuh kopi untuk Yang Jungwon.Seperti biasa gadis itu akan menuju ke sini.Semasa Q melangkah masuk ke dalam dapur,terdapat dua pekerja perempuan di sana sedang berbual bual sambil menghirup kopi panas mereka.Q hanya menyapa lalu senyum manis.Mereka juga membalas.Q mula mengambil pek kopi dan satu gelas.Gadis itu mula membancuh.Dua orang pekerja itu masih lagi berbual.
"Weh,kau masih ingat Kim Youngbin tak?Yang kena pecat dua minggu lepas tu?"
Pekerja bernama Rose itu mengangguk laju.
"Ingat,kenapa dengan dia?"
"Aku dengar,dia kerja jadi maskot doh"
Kata kata perempuan itu mampu membuatkan Q berhenti mengacau kopi tersebut.Q membeku.Kim Youngbin?Adakah dia orang yang dalam maskot beruang tersebut.Q dengan diam diam mendengar perbualan mereka.
"Ye ke?Dia jadi maskot apa?"
Pekerja bernama Lisa itu mengangkat bahu.
"Itu aku tak taulah.Tapi aku tau yang dia kerja jadi maskot haiwan"
Rose mengangguk sekali lagi.Q yang sudah agak sesak nafas itu agak lega.Dia kira,mereka tau Youngbin menjadi maskot haiwan apa.Jika maskot itu haiwan beruang,sudah pasti kedua dua biji mata Q ini tercabut akibat terkejut.Jika dalam maskot beruang itu Youngbin,maksudnya Q menyukai Youngbin-
Q menggeleng laju,cuba untuk lupakan tentang itu.Tetapi,gadis itu tidak percaya selepas sahaja Youngbin dipecat,lelaki itu mengambil keputusan untuk berkerja menjadi maskot haiwan.Haiwan apa,Q sendiri tidak tahu.Bila difikirkan balik,Q bertanya sendiri.Di mana juga keberadaan Youngbin sekarang.Dan,di mana selalu lelaki itu berkerja sebagai maskot haiwan?Jika dikatakan lelaki itu berkerja di seberang kedai Starduck itu,logik juga.Tapi,masalahnya sekarang ini Q tidak tahu maskot haiwan apa yang Youngbin pakai selalu.Jadi,dia ada dua jawapan.Sama ada orang yang dalam maskot beruang itulah Youngbin,ataupun Youngbin memakai maskot haiwan yang lain.Arghhh pening!Q cuba lagi untuk melupakannya tetapi gadis itu akan cuba membongkar rahsia ini.Siapa tahu kalau itu benar Youngbin?Usai membancuh kopi,Q terus sahaja keluar meninggalkan Rose dan Lisa yang masih berbual itu.
-
Petang.Jungwon akhirnya balik ke rumah.Isterinya,Min Sori terus sahaja muncul dari atas lalu memeluk Jungwon.Dahi lelaki itu kian berkerut kerana gadis itu datang dengan pakaian seperti hendak pergi keluar jalan jalan.Jungwon memegang kedua dua bahu Sori.Jungwon melihat penampilan Sori.Hurm,comel.Tapi masih rasa hairan.
"Kau asal pakai baju macam ni,nak pergi mana?"
Sori senyum kambing.
"Jungwon~"
Sori memeluk lengan Jungwon.Kening diangkat.Dada sasa milik Jungwon diusap menggunakan jari telunjuk.Jungwon menelan air liur.
"Erm Jungwon...boleh tak malam ni kita keluar?"
Jungwon mengerutkan dahi sekali lagi.
"Kau nak buat apa keluar malam malam?Aku barulah balik dari kerja,penat tau tak"
Sori memasang wajah cemberut.
"Ala Sori nak beli baju baru...Jungwon belanja!"
Sori tersengih.Jungwon mengangkat keningnya lalu menundingkan jari pada dirinya sendiri.Lelaki itu ketawa sinis sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
"Amboi,kau ingat aku ni kaya sangat ke?"
Sori memuncungkan bibirnya.Jari dimainkan.
"Ala...Jungwon kan kerja mestilah dapat banyak duit.."
"Eyyy.Amboi sedap je mulut kau cakap gitu ya.Aku taulah aku kerja dapat duit,tapi duit tu untuk benda benda yang penting"
Sori mengembungkan pipinya sambil menghentak kaki.
"Benda ni pun penting juga tau!Takkan lah lepasni Sori nak berbogel?"
Jungwon terdiam.Siapa juga ajar budak Sori ni cakap macam ni-.Sori melompat lagi.
"Ala Jungwon boleh lah..."
Lengan lelaki itu digoncang goncang.Jungwon menggaruk kepalanya rimas.Sori dilihat.
"Yelah yelah,kita pergi"
Senyuman gembira terus terukir.Sori melompat kegembiraan.Mereka akhirnya keluar dari rumah.Perut kereta mereka masuk.Jungwon menghidupkan enjin.Sementara menunggu kereta itu panas,Jungwon memakai tali pinggang keledar manakala Sori hanya duduk tanpa memakainya.Gadis itu sibuk melihat dirinya di cermin kereta.Ingin Jungwon memusingkan stereng tetapi lepas sahaja melihat isterinya masih belum memakai tali pinggang keledar,dia berhenti.Tangannya dibiarkan direhatkan di stereng tersebut.Jungwon menatap Sori dengan keluhan.Sori yang sedar sedang diperhati itu terus sahaja menoleh ke arah Jungwon.Gadis itu hairan.
"Kenapa tak jalan lagi,jalan lah"
Jungwon menundingkan jarinya ke arah tali pinggang.
"Pakai dulu"
Sori menjeling lalu menoleh ke hadapan.Gadis itu berpeluk tubuh.Jungwon menguak rambutnya ke belakang.
"Kereta ni takkan berjalan kalau kau tak pakai tali pinggang"
Sori berdecit kecil.
"Ala Jungwon,Jungwon pandu je lah pelan pelan.Biar lambat asalkan selamat"
"Nak selamat,pakai tali pinggang"
Sori melihat wajah Jungwon dengan tidak mahu kalah.Sori menayangkan tali pinggangnya ke Jungwon.
"Ni,penting sangat ke?Sori rasa tak penting sangat pun.Lagipun,Sori tak selesa lah pakai benda ni..Kita gerak je lah"
"Aku takkan gerakkan kereta ni"
Sori ketawa sinis.
"Jadi sekarang ni Jungwon nak lawan Sori.Dengan tali pinggang n-"
Mata Sori membulat besar.Adakah bibirnya baru sahaja dihempap oleh benda yang lembut.
"Kenapa Jungwon buat macam tu?"
"Dah kau tak nak pakai,aku buat macam tu.Jadi,kalau tak nak kena lagi.Pakai.Sekarang"
Sori masih melawan.
"Tak nak-"
Bibirnya dicium lagi.Sori tersentak.Gadis itu menoleh ke arah Jungwon dengan wajah yang tidak percaya.
"Apa yang J-"
Dicium lagi.
"Dah dah la-"
Dan dicium lagi.
"Jungw-"
Dan lagi.
"Cukup la-"
Dan lagi sekali.
"Okay cukup!"
Baru sahaja Jungwon ingin mencium Sori untuk ke 8 kali,gadis itu lantas menahan bibir Jungwon daripada mencium Sori terus menerus.Sori sudah mula rasa takut.Jungwon hanya memasang wajah yang tidak bersalah.
"Okay Jungwon okay...Sori pakai Sori pakai.Tapi jangan cium lagi!"
Jungwon senyum sinis.Tangan gadis itu ditepikan.Dagu Sori di sentuh.Air liur ditelan kesat.
"Kejap sayang,satu kali lagi"
Untuk kali ke 8,bibir Sori dicium sekilas.Jungwon menatap mata Sori itu.Senyuman sinis terukir dan kening kanan diangkat.
"Berani nak lawan aku?"
Sori senyum kekok lalu menggeleng laju.Jungwon akhirnya menjauhkan wajahnya dari wajah Sori.Sori bisa bernafas semula.Pantas sahaja gadis itu memakai tali pinggang keselamatan.Risau nanti Jungwon cium lagi.Jungwon yang menyadari itu tersengih.
Tau takut.
Stereng akhirnya dipusing dan mereka pun mula bergerak ke destinasi yang ingin mereka tujui.
Bersambung...
Sorry sekmuuu latw upd hshs
Hope u like it lah yerr even ep kali ni agak hambar sikit hshs bukan sikit BANYAK YANG HAMBAR ARGHH!!
Okaylah tu jelah HAHA.
Goodnight love,byeee !!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro