Ep 2
Kakinya pantas menuju ke bilik mesyuarat.Dia sudah lambat.Pintu di buka lalu Jungwon masuk ke dalam.Semua orang melihatnya.
Jungwon mengatur nafas terlebih dahulu.Salah satu pekerja di situ bertanya.
"Encik Jungwon?Encik okay tak?Butang masih terbuka,tali leher kat atas kepala"
Yang lain hampir sahaja ketawa.Jungwon melihat mereka.Air liur ditelan.
"Maafkan saya lambat,pagi tadi..ada masalah"
Jungwon memperbetulkan dirinya terlebih dahulu sebelum mereka memulakan perbicaraan.
-Pagi tadi-
Sori mendekati Jungwon yang hendak tergesa gesa mencari baju.Sori memuncungkan bibirnya.
"Jungwon"
"Apa dia Sori,aku nak cepat ni.Pukul 7 kami start meeting"
Sori mentadahkan tangannya.Jungwon melihat gadis itu pelik.Kening kanan diangkat.
"Kenapa?"
Sori senyum comel.
"Mari Sori tolong seterikakan"
Jungwon melihat Sori tidak percaya.
"Kau pandai ke?Nanti terbakar"
Sori berdecit kecil.
"Ish bagi je lah.Kata nak cepatkan.Apa salahnya kalau Sori tolong Jungwon"
Jungwon menggerakkan matanya ke atas.Baju kerjanya diberikan kepada Sori.Sori menyuruh lelaki itu untuk mandi sementara Sori pergi seterika baju milik Jungwon.
Seterika dipanaskan terlebih dahulu.Sori membuka pintu rumahnya agar angin masuk.
Beberapa minit kemudian,Sori mula menerika baju kerja milik Jungwon.Digosoknya dengan betul betul.Sori seketika bersenadung.
Tiba tiba..
"Meow"
Sori terhenti.Dia melihat luar rumahnya.Matanya bersinar sinar apabila dia ternampak seekor anak kucing sedang duduk dihadapan rumahnya.
"Alololo,comelnya"
Sori tinggalkan seterika itu begitu sahaja lalu mendekati anak kucing tersebut.Di usap usapnya kucing itu dengan lembut.
Sampaikan Sori sudah tidak sedar bahawa seterika itu masih terbaring di baju Jungwon.
Dalam masa yang sama,Jungwon akhirnya turun.Dia berkerut dahi di saat dia terhidu bau terbakar.Jungwon juga ternampak Sori yang masih bermain bersama anak kucing.
Hendak dia mendekati Sori,sehinggalah dia ternampak bahawa seterika itu dibiarkan terbaring di atas bajunya.Membuatkan baju itu bocor.
Jungwon membulatkan matanya.Lantas dia berlari ke arah seterika tersebut.
"Sori!Apa yang kau dah buat...!"
Sori menoleh ke belakang.Dia juga terkejut.Lantas gadis itu mendekati Jungwon yang sudah mendudukkan seterika tersebut.Sori menggigit bibir.
"Err Jungwon...Sori minta maaf,Sori tak sengaja"
Jungwon meraup wajahnya.Rambut dikuak.Baju yang sudah bocor itu ditayangkan ke Sori.
"Kau tengok apa yang kau dah buat.Sori,aku nak cepat ni"
Sori serba salah dengan diri Jungwon.Dia bermain dengan jarinya.
"Sori minta maaf..."
Jungwon mengeluh.Sabar je lah.
"Takpe.Sekarang ni,kau pergi buatkan aku air kopi.Biar aku cari baju lain"
"Minta maaf tau Jungwon...Ni semua salah kucinh tu la-"
Jungwon memejamkan matanya.
"Tak payah nak salahkan kucing.Dah kau tak berjaga jaga.Aduh,takpelah.Benda dah jadi.Pergi buatkan aku kopi"
Sori masih takut jika Jungwon marah padanya.
"Jungwon marah..?"
Jungwon hanya menggeleng.Sori menggenggam lengannya membuatkan Jungwon tersentak.
"Eh Sori,lepas.Aku nak ambil baju"
"Jungwon betul betul tak marah ke?Sori takut nanti Jungwon marah..."
Jungwon menghembus nafas berat.
"Iya betul,aku tak marah.Dah lepas"
"Betul ni?"
Mau sahaja Jungwon memaki tetapi kena sabar.Dia mengukirkan senyuman manis lalu berkata lembut kepada Sori.
"Iya sayang,aku tak marah.Jangan risau okay?Sekarang ni,pergi buatkan aku kopi"
Baru Sori percaya.Dia akhirnya menuju ke arah dapur.Jungwon muncul dengan penampilan yang separuh siap.
"Dah ke buat kopi?"
Sori mengangguk lalu memberikan kopi itu kepada Jungwon.Jungwon lantas meneguk air itu biarpun panas.
Usai minum,Jungwon cepat cepat memakai kasutnya di hadapan pintu rumah.Sori hanya melihat dari belakang.
Tiba tiba lagi sekali...
TRING TRING!
Mata Sori bersinar sinar apabila nampak penjual aiskrim ingin menuju ke sini.Sori menepuk nepuk bahu Jungwon.
"Jungwon nak aiskrim"
"Ish,nantilah.Aku na cepat ni"
Jungwon akhirnya berdiri.Sori lompat lompat tidak puas hati.
"Tak nak!Nak sekarang juga!"
"Eihh budak ni karang.."
Sori menggaruk garuk kepalanya rimas kerana Jungwon tidak belanjanya aiskrim.
"Ihhh nak juga nak juga!"
Jungwon akhirnya turut sahaja permintaan Sori.Penjual aiskrim itu berhenti lalu membiarkan Sori melihat aiskrim apa yang ada.
Jungwon melihat jamnya.Dia sudah lambat.Tambahkan pula terpaksa mengurus Sori.
"Sori cepat sikit,aku dah lambat ni"
"Kejap...Haaa!Nak yang ni satu"
Pekerja itu mengangguk lalu memberikan aiskrim strawberi kepada Sori.Jungwon membayarnya.
"Dah dapat aiskrim kan?Sekarang ni,pergi masuk rumah.Aku dah nak gerak ni"
Sori melihat Jungwon.
"Tak nak ni?"
Jungwon menggeleng geleng.Laju dia masuk ke dalam kereta.Sori hanya melihatnya sahaja.
"Bye Jungwon!"
Jungwon melambai tangannya ke Sori.Sori akhirnya masuk ke dalam.
-
Jungwon menghembus nafas berat.Teringat benda yang terjadi pagi tadi.Usai dia memperbetulkan tali lehernya,mereka mula bermesyuarat.
Beberapa jam kemudian,mesyuarat telah pun tamat.Semua orang menunduk hormat ke Jungwon lalu pergi.
Jungwon sibuk mengemas barang barangnya.Tiba tiba,seorang perempuan mendekati Jungwon.
"Hello encik Jungwon"
Jungwon melihat gadis itu.
"Haaa Q,kenapa?"
Q.Ialah nama samaran gadis itu sahaja.Nama sebenarnya ialah Han Wohee.Entahlah kenapa,dia menyuruh rakan sekerjanya memanggilnya sebagai Q.Jungwon juga terikut memanggil Q.
Q senyum manis lalu menyelitkan rambutnya di belakang telinga.Sebenarnya,Q ini assistant Jungwon.Jika Jungwon inginkan pertolongan,Q lah yang dia selalu panggil.
"Err Encik Jungwon dah makan?"
Jungwon menggeleg.Q senyum.
"Kalau macam tu,marilah ma-"
"Kejap ye Q"
Jungwon membuka telefonnya.Tiba tiba sahaja ada orang menelefonnya.
"Oh ibu,kenapa?"
Q hanya diam.Jungwon mengangguk.Talian dimatikan.Q kembali senyum.
"Err Q,fail fail ni semua tolong edarkan ke semua orang boleh?Saya nak cepat ni.Ibu saya bawa saya makan"
Q terkebil.Dia mengangguk tanda faham.Fail itu semua diambil lalu Jungwon mengucapkan terima kasih.Lelaki itu pun berlalu pergi.Q menghembus nafas berat.
-
Puan Min melihat sahaja Sori yang lahap makannya.Wanita tua itu menggelengkan kepala.Tangan Sori dipukul lembut.
"Makan tu perlahan lahan lah sikit Sori"
Sori masih mengunyah.Dia berkerut dahi.
"Jungwon lambat lagi ke?"
"Kejap lagi dia sampai lah tu"
Betul cakap Puan Yang.Selepas sahaja menyebut namanya,orangnya telah pun tiba.Sori menayangkan wajah gembira.
"Jungwon!"
Jungwon menuju ke arah mereka.Sori berdiri lalu memeluk Jungwon.Jungwon terkejut.
Lelaki itu senyum sambil menunduk hormat ke arah ibunya dan Puan Min.
"Duduk lah Jungwon"
Jungwon mengangguk.Sori membawa Jungwon untuk duduk bersamanya.Sori sambung makan semula.Sempat dia menyuruh Jungwon untuk makan sekali.
"Macam mana kerja,okay?"
Jungwon mengangguk.
"Macam biasa ibu.Tapi tulah,agak lambat hari ni"
Puan Yang mengerutkan dahi.
"Maksud kamu?"
Jungwon melirik ke arah Sori.Dia mengeluh.Puan Min tau apa yang terjadi.
"Ala,macam biasa.Urus Sori lah tu kan Jungwon?"
Jungwon tersengih lalu sambung makan.Sori melihat daging yang ingin Jungwon makan.Pantas dia membuka mulut.Jungwon melihat gadis itu dengan pelik.
"Kenapa?"
"Nak"
Jungwon menggelengkan kepalanya.Daging itu disuapkan ke dalam mulut Sori.Puan Min tersenyum.
"Jungwon"
Jungwon mengangkat keningnya.
"Selama kamu urus Sori ni,kamu pernah naikkan suara kamu ke dia?"
Jungwon menggeleng sambil tersenyum.Puan Min menghembus nafas lega.
"Baguslah,si Sori ni tak boleh kasar kasar.Kena lemah lembut je layan dia.Faham?"
Jungwon mengangguk lagi.Dia akan janji dengan dirinya,biarpun ragaman Sori seperti ini,Jungwon tidak akan sesekali menaikkan suaranya ke dia.
Dia tahu bahawa Sori ni perlukan kasih sayang.Jadi,dia harus lemah lembut kepada Sori.Biarpun marah,dia tidak boleh meninggikan suara.Kenalah sabar.
Jangan bersedih brader.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro