Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 18

Keesokan harinya,Sori mengikut lagi Jungwon ke officenya.Disuruh gadis itu untuk duduk di rumah supaya benda yang sama tidak berlaku lagi.Tetapi,gadis itu tetap melawan dan akhirnya Jungwon membenarkan sahaja gadis itu ikut.Malaa ingin tenangkan Sori,jadi dia benarkan sahaja.Sekarang ini,Jungwon bersama pekerjanya ada perjumpaan lagi di bilik mesyuarat.Dibiarkan isterinya bersendirian di dalam officenya.Usah risau kerana,Kim Youngbin telah pun dipecat.Dia keluar kelmarin petang.Youngbin dihentikan tanpa diberi apa apa.Dah dia buat salah,perlukah juga bagi hadiah?Tidak kan.Jadi,inilah balasan yang Youngbin dapat.Dia pergi ke mana,Jungwon sudah tidak ambil kisah.Dia sudah beranggapan bahawa Youngbin itu bukan lagi sahabatnya.Jungwon juga sebenarnya tidak suka akan gaya Youngbin yang suka akan gadis gadis di luar sana.Yang paling teruknya,wanita yang berkahwin pun masih diajak keluar.Haih,bahaya lelaki zaman sekarang.Okay,balik kepada cerita-

Sori bermain dengan telefonnya.Baru sahaja ingin membuka aplikasi Instagram,bateri telefonnya sudah habis.Sori menghembus nafas berat.Dia mengembungkan pipi.Sesekali,gadis itu melirik ke komputer Jungwon.Senyuman diukir.Sori majukan diri ke komputer lelaki tersebut lalu menekan punat on.Malangnya di sini,komputer Jungwon ada kata laluan dan Sori tidak mengetahuinya.Sori cuba untuk meneka sendiri tapi masih gagal.Kepalanya di garuk rimas.Sori mengambil keputusan untuk mencari Jungwon.

Di situasi Jungwon,lelaki itu sibuk memperjelaskan hal hal yang penting kepada pekerjanya dibantu oleh Q.Mereka semua mengangguk faham di saat Jungwon menyoal.Jungwon senyum nipis.

"Baiklah,kita ke halaman seterusnya"

Baru sahaja Jungwon ingin membuka halaman lain dari laptopnya,tiba tiba sahaja seseorang masuk ke dalam.Semua orang tertumpu perhatian kepada seorang gadis bertopi itu.Jungwon juga melihat,matanya membesar di saat Sori tiba tiba datang.Q mengerutkan dahi.Gadis itu maju ke Jungwon lalu lengan lelaki itu dipeluk.Sori memuncungkan bibirnya.

"Jungwon.."

Mula mereka berbisik bisik tentang Jungwon dan Sori.Q hanya berpeluk tubuh sambil menatap dingin.Jungwon meminta maaf kepada pekerjanya,kerana ingin Sori katakan sesuatu kepadanya terlebih dahulu.Jungwon membisik.

"Kau buat apa kat sini?Aku tengah kerja ni"

"Sori nak buka komputer Jungwon,tapi ada kata laluan...apa kata laluan dia?"

Jungwon cuba melepaskan pelukan Sori.

"Sori,nanti kita bincang pasal ni ya,aku sibuk lagi ni"

Sori menggeleng.Jungwon meraup wajahnya.Dia melihat pekerjanya yang hanya duduk diam melihat mereka.Ada juga yang bercerita,ada juga yang buat sendiri dan ada juga yang membaca nota yang Jungwon jelaskan tadi.Jungwon berdehem kecil,sekali lagi dia meminta maaf ke pekerjanya.

"Sori,boleh tak kita bincang ni nan-"

"Tak nak,nak sekarang juga...!"

Suara Sori meninggi sedikit.Jungwon berdecit kecil.Lelaki itu menguak rambutnya ke belakang.Q,masih lagi melihat mereka.Sungguh dia rasa geram dengan Sori yang bermanja manja dengan Jungwon.Gadis itu menggerakkan bebola matanya ke atas.Semakin Jungwon menolak,semakin Sori memaksa.Jungwon cuba lagi untuk menolak dan akhirnya...

Semua orang terdiam di saat mendengar teriakan daripada Sori.Jungwon juga terdiam.Sori menghentak kakinya.

"Sori nak kata laluan je,tu pun tak boleh ke!?"

Sori menggaruk kepalanya rimas.Gadis itu mula mengamuk.Air mata kian mengalir.Ada beberapa pekerja yang terkejut apabila melihat gaya sebenar Sori.Gadis itu,sepertinya kebudak budakkan.Jungwon menggenggam kedua dua tangan Sori.

"Okay nanti ya ak ba-"

"Tak nak!Nak sekarang juga!"

Sori duduk lalu meronta ronta ganas.Pekerja pekerja hanya melihat.Akhirnya,Jungwon mula rasa malu.Mengapa kejadian ini harus terjadi lagi?Pada masa yang sama,Q sudah tidak tahan dengan gaya Sori.Jungwon pula jadi mangsa pukulannya.Dia tidak suka.Ingin Q membantu tetapi Jungwon menghalang.Katanya,dia boleh urus semua ini.

"Sori nak kata laluan!"

"Kata laluan!"

Tanpa sengaja,Jungwon ditampar oleh Sori membuatkan semua orang terkejut untuk kali ke dua.Jungwon hanya menelan air liurnya kesat.Q sudah tidak tahan,gadis itu menarik Jungwon menjauh lalu berdiri di hadapan Sori.Gadis itu ditampar sekuat.Semua orang mula tekejut sekali lagi begitu juga Jungwon dan Sori.Dada Q naik turun naik turun menahan amarah.

"Puas hati aku!Kau dah tampar dia,kau dah puku dia,ini balasan kau!Eh orang tengah kerja lah perempuan!Baik kau pergi rumah,memasak!Atau lebih bagus cerai je dengan Jungwon,tau menyusahkan orang je!"

Kata kata Q itu mampu membuat Jungwon agak marah.Sori tidak layak diberi ayat seperti itu,baginya Sori ini berhati lembut.Dia tahu itu.Sori,tidak boleh dimarahi dengan begitu saja,kenalah secara baik baik.Kalau tidak,perempuan itu bisa takut dan menangis.Sori akhirnya menangis akibat tamparan Q itu.Gadis itu itu ketawa sinis.Mendengar tangisan Sori membuatkan Jungwon geram.Dia maju ke Sori lalu berdirikan gadis itu.Sori dipeluk.Q mengerutkan dahi.Jungwon menatap Q dingin.

"Jangan sesekali cakap macam tu dekat Min Sori"

Mereka berdua akhirnya berlalu pergi.Q amat tidak percaya.Boleh boleh Jungwon itu tetap membela Sori?Tak guna betul!Q menguak rambutnya ke belakang.

'Kau tengok je lah nanti'

-

Jungwon dan Sori kembali di office Jungwon.Sori duduk di sofa,gadis itu masih menangis akan tamparan kuat Q tadi.Jungwon duduk melutut di hadapan Sori.Gadis itu cuba ditenangkan.

"Dia tampar pipi Sori!Sakit!"

Jungwon hanya mengangguk sambil air matanya dilap.Jungwon mengalihkan beberapa helai rambut Sori yang melekat di dahi dan pipi.

"Dah dah ,jangan nangis.Nanti aku marah dia ya"

Sori mengelap air matanya.Jungwon yang duduk melutut itu dilihat.Tangan lelaki itu ditarik agar lelaki itu berdiri.Jungwon berdiri lalu mengikuti Sori yang berjalan ke arah mejanya.Laptopnya dibuka.

"Kata laluan..."

Jungwon menghembus nafas beratnya.

"Kau ni,datang sini main game pula"

Sori yang monyok itu tersenyum.Dia mengusap usap tangan Jungwon.Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.Kata laluan diberi lalu laptop Jungwon akhirnya terbuka.Sori bersorak gembira.Dia duduk dan mula mencari permainan video yang ada.Kepala gadis itu diusap.

"Dah,aku nak sambung mesyuarat.Dah dapat buka kan?Haaa jadi,jangan lagi kacau.Buat malu je"

Sori hanya menjelirkan lidah.Jungwon mencebik lalu pipi gadis itu dicubit.Jungwon akhirnya melangkah keluar.Selepas sahaja Jungwon keluar,dia tersentak di saat Q berdiri di hadapannya dengan muka agak marah.Jungwon menghembus nafas.

"Encik.Kenapa encik masih bela dia sedangkan dia tampar encik tadi?"

Jungwon hanya mendiamkan diri.

"Saya tampar balik di sebab saya marah dia.Tampar tampar encik,ingat tak sakit hati ke?"

Jungwon memasukkan tangannya di dalam poket.

"Dia isteri saya,awak tak perlu masuk campur hal saya dengan dia"

"Tapi saya nak to-"

"Tak perlu.Saya boleh urus semua ni.Lagi satu"

Wajah lelaki itu mula berubah dingin.Q menelan air liurnya.

"Berani berani awak tampar dia.Awak ingat,saya tak sakit hati?"

"Eh,manja manja dia pun jengkel jengkel dia pun,saya tak pernah naik tangan kat dia tau.Yang awak ni pula,entah dari mana tiba tiba tampar dia"

Q mendengus geram.

"Jadi sekarang ni,encik nak salahkan saya?Daripada menolong encik?"

Jungwon menguak rambutnya ke belakang.

"Niat saya baik encik.Saya buat macam tu,agar dia sedar.Tak sakit ke hati?Bila dibuat buat begitu hari hari?Eh kalau saya pun,saya sakit hati lah"

Jungwon ketawa sinis.Lelaki itu membisik sesuatu di telinga Q.

"Bukan masalah saya"

Lelaki itu berlalu pergi.Q berdecit kecil lalu menguak rambutnya marah.Tangan disilangkan di dada.

"Tak guna punya Min Sori"

Bersambung...

Sorry guys late upd!!!
Sorry juga kalau ep kali ni agak hambar hurm.

But hope like it lah yerr hehe <333

Byeeeee !!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro